Monday, November 23, 2009

NST: Tolong Takutkan Tuhan

Laporan NST semalam, Husam: They go or I'll quit, begitu mengada-ada.

Wartawan NST, Shuhada Elis and Nik Imran Abdullah, sudah menjadi 'saya' dan 'hadhir' bersama ketika kononnya saya berjumpa Tok Guru untuk memberi kata dua pada Selasa lalu. Saya tertanya-tanya, ada tak aku jumpa Tok Guru Selasa?? Singat saya Isnin dan Selasa lalu saya di Parlimen mengikuti perbahasan peringkat Jawatankuasa JPM - melihat Datuk Nazri beraksi da..

Mereka berdua 'tahu' semua butir percakapan dalam 'pertemuan' itu. Tok Guru kata tak ada, NST kata ada. Saya?

Saya menanya diri saya semula. Adakah kami pernah berbincang seperti dilaporkan? Memberi syarat itu dan ini dan mengungut itu dan ini? Husam kah itu atau siapa?

Atau apa yang ada di keyboard wartawan itu dimasukkan ke dalam mulut kami kononnya saya atau Tok Guru berkata seperti itu? Ahh.., jangan-jangan ada orang tertelan salah pil lalu khayalannya turun atas lembaran?

Bila dongeng dimasukkan sebagai laporan berita, NST menjual sampah sebagai permata.

Tidak hairan ada orang berkata, zaman ini adalah zaman maklumat, tetapi sedikit sekali kebenarannya. 'Info' telah digaul bagi menampal ruang-ruang imiginasi penulis kononnya membentuk sebuah persembahan 'berita' mengikut apa yang mereka selerakan. Kebenaran bukan ukuran dalam abad ini.

Islam sejak dulu menekankan 'kesahihan'. Pembawa berita juga mesti 'muttaqin'.

Berita memang penting, kerana itu 'Nabi' membawa makna 'orang yang mempunyai berita'.

Penulis berita bukan sahaja akan mendapat upah dan gaji, promotion dan bonus, malah catatan Rakib dan Atid dalam sebuah 'hard disc catitan diri' untuk sebuah perbicaraan agung. Mahsyar.

Bukankah kalau berita itu tidak ada nilai kebenaran, ia menurun kepada 'berita palsu'. Lazimnya ia dikaitkan dengan motif seperti: adu domba, fitnah atau membawa agenda perpecahan, permusuhan, pergolakan, character assassination, political isolation, dan menumpaskan lawan.

Menjelang pilihanraya umum lalu, NST telah pun melakukan perkara yang sama ke atas saya. Kes saman saya ke atas NST itu akan dijalankan awal tahun 2010.

NST secara bersendiri telah menerbitkan permohonan maaf tanpa persetujuan saya dalam kes itu. Dan sedikit 'saguhati' yang saya minta peguam saya menolaknya secara baik kerana rasanya harga diri mana-mana insan tidaklah semurah itu....

Hari ini, NST mahu saya menyamannya sekali lagi dengan sekali lagi 'menggoreng berita'. Banyak 'It was understood that....' dijadikan sandaran apa yang hendak 'digoreng' oleh NST.

Bukan kerana ruang bicara tertutup sama sekali dan saman sahaja bahasa saya dengan media. Bukan begitu.

Sesuatu yang salah yang berulang-ulang memerlukan didikan berterusan dan pertahanan diri bagi mangsa yang lemah seperti saya hanyalah mahkamah. Apa lagi, kalau NST ada motif dan agendanya dan sanggup menanggung risiko dengan cuba mengeruhkan air untuk menangkuk debu dan pasir kalau pun tidak ikan yang enak dagingnya.

15 comments:

Anonymous said...

Utusan Malaysia, Berita Harian & NST are good for nothing, period!

hafiz said...

salam,yb husam kuatkan semangat,sekarang musim menyerang pimpinan kerajaan negeri,media sekarang tidak boleh diharapkan lagi menjadi alat memfitnah para pemimpin..kemana pegi etika kewartawanan...yb husam patut saman je mereka...ingatlah orang muda dah xpandang akhbar macam tu..kami akan tetap menyokong yb husam dan pimpinan kerajaan negeri

Admin007 said...

Assalamualaikum Dato', alhamdulillah bersyukur saya kerana Dato' segera membuat penafian diatas segala yang dilaporkan, Saya nasihatkan Dato' saman saja mana2 laporan yang tak benar & segala jumlah saman tersebut Dato' sumbangkan ke tabung negeri, insyallah Dato' akan dikenali selama-lamanya.. harap2 Dato' dapat hadir ke Majlis perkahwinan adik saya, sepertimana kad jemputan yang saya berikan sewaktu simposium di KL sabtu lepas.. diharap juga dato' dimurahkan rezeki & kesihatan oleh Allah swt, Sekian Wassalam,

rakyat biasa said...

Since when this reporter 'Takutkan Tuhan' . They only worried about their pay check that all that matter now days in journalism

Anonymous said...

Kenapa beriya-riya mereka menegakkan benang yang basah? apakah disangka MP Pas mudah benar mati perjuangannya? atau kerana "mengelak" serangan Husam ke atas MP BN tentang tajaan ke Taiwan pada 16 Nov lalu? Atau ia suatu agenda terancang menjatuhkan kredibiliti 'gergasi' setiap negeri Pakatan Rakyat. Dari Nizar, kemudian Khalid, Hassan Ali dan terkini Husam.

Benar bagai dikata, dunia akhir zaman, fitnah seperti buih dilaut.. Saya mencadangkan MP Pakatan Rakyat tidak memandang enteng 'fitnah' yang ditaburkan ke atas mereka. Tuan Guru Hadi Awang mengalami nasib yang sama ketika mentadbir Terengganu, mungkin antara faktor penyumbang kejatuhan Terengganu 2004. Ambillah tindakan sewajarnya, fitnah yang berleluasa bukan sahaja menjejaskan parti tetapi juga maruah sebagi manusia.

Anonymous said...

sokong husam!!!
dah melampau akhbar pihak kerajaan nih!!!
bloggers diorg pun same.. :(

ummisara said...

Dato',

semoga tabah...jangan mengalah!

sembang haroki said...

NST memang takut pada tuhan, tetapi tuhan mereka adalah fulus. cuma kita mestilah berkasih sayang sesama ahli jamaah. tulisan anda menjawab tulisan subki latif dalam harakah mesti lebih lembut. anda pemimpin, anda mesti berlembut dengan ahli2.

aku dan sesuatu said...

Syabas buat saudaraku Husam Musa kerana bersemagat kental menghadapi fitnah duniawi.. Usah dilayan karenah 'kanak-kanak rebina' seperti NST, Utusan Malaysia dan Berita Harian tu... Mereka masih samar dan tidak tahu siapakah TUHAN yang SATU.. Teruskan perjuangan Bersama Islam..

Anonymous said...

Betul YB, pemberita memang begitu, dan tidak hanya terhad kepada akhbar arus perdana sahaja; yg pro kerajaan, yang anti kerajaan sama saja... bloger pun macam tu semuanya untuk kepentingan duit dan politik. Saya harap Dato' tidak cepat melatah dan jangan tunjukkan sikap marah... be profesional kerana Dato' adalah harapan rakyat Kelantan kini untuk masa depan.

Anonymous said...

Salam,

Amat malang media malaysia, kalau begini tahap wartawan malaysia membuat berita atas ulasan sendiri sebagai sandaran. Begitu teruk tahap profesional dalam kewartawanan malaysia, mungkin wartawan ini gagal dalam pembelajaran kewartawanan masa di universiti/kolej, semestinya mana2 kursus kewartawanan mesti ada subjek etika dalam menyampaikan berita. Mungkin sampai dah untuk Datuk timbulkan usul ini dalam parlimen atau dewan undangan negeri atau mungin juga mana forum untuk ketengahkan isi ini. Kalau dinegara maju wartawan macam ini dah lama kenan tendang dari meja penerbit.wassalam.

Unknown said...

Sabar YB. Kebenaran PASti terbukti.

Suara Ummi

Ahmad Sabri G75312 said...

Salam...pertamanya izinkan saya rakamkan sekalung tahniah atas tulisan YB yang begitu ceria dan bernas walaupun terjerumus ke lembah yang kritikal tapi pada hakikatnya tidak kritikal...
Keduanya kita semua perlu sedar bahawa musuh akan sentiasa dan terus mencari jalan demi untuk memastikan dinasti Islam yang dibina lebur tanpa persoalan dan dalam zon sebegini saya yakin YB dan rakan-rakan sudah ada perancangan yang pro-aktif untuk membuat tangkisan.
Ketiganya marilah kita sama-sama menghayati antara terjemahan ayat suci al-Quran :
"dan katakanlah{Wahai Muhammad)apabila telah datang kebenaran maka lenyaplah kepalsuan"
Maka kesimpulan dari insan yang kerdil ini,TERUSKANLAH PERJUANGAN SEHINGGA KETITISAN DARAH YANG TERAKHIR...Wassalam

TEAM IT MTD TITI TINGGI said...

Assalamulaiakum,saya doakan Dato sekeluarga sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesabaran dan keteguhan iman di atas ujian yang amat berat daripada insan/golongan yang terhakis/sifar imannya kehadrat Allah.
Kami sebagai golongan marhaien yang turut sama menyumbang sokongan kepada jamaah yg dicintai ini dan saya percaya di seluruh bumi Malaysia tercinta ini juga turut menerima pelbagai tekanan,fitnah,pemulauan,dutukarkan tempat kerja dan pelbagai kezaliman walaupun tidak seberat Dato dan pimpinan PAS yg kami cintai laluinya sekarang,
Namun menyedari bahawa para Anbia,junjungan Besar Rasulullah, para sahabat dan para ulama terdahulu yg memperjuangkan Islam turut menerima ujian yg jauh lebih berat, seperti mana kupasan setiap usrah tg dihadiri, kami pasrah untuk terus tabah dan sabar mengharungi dugaan perjuangan ini.
Tahniah di atas sifat istiqamah Dato mengharungi ujian ini. Mudah-mudahan Dato akan terus berjuang dan sentiasa redha di atas ujian ini dan berusaha menangkisnya dengan hujah dan bermunajat ke hadrat Allah. Takbirrrr..

Anonymous said...

dulu org guna blog dan fitnah utk jatuhkan kerajaan BN. skrg ni racun yg sama digunakan oleh BN utk huru harakan pakatan pembangkang