I
Kalau anggota kabinet Najib mesti bersih dan tak masuknya KJ adalah tanda bersih, apa hal Menteri Besar-Menteri Besar UMNO? Kalau tak boleh bertanding kerana politik wang, kenapa mereka tak gugur dan Mahathir pula tak tegur?
II
Kalau Mahathir sendiri dedahkan secara terbuka (lihat blog Tun) masih ada saki baki Menteri tak bersih, satu Kabinet tanggung malu. Najib perlu jelaskan dan dapatkan maklumat Mahathir. Kalau Najib tidak bertindak, Najib bertambah tak bersih kerana turut kekalkan Menteri yang tak bersih. Sekurang-kurang, ikut teori Mahathir, Menteri bersih semua, bos tak bersih kira ok.
Mahathir kena terus desak Najib sampai Menteri-Menteri tu gugur. Elok lagi pergi bisik terus dan letak senarai atas meja. Najib tak pakai, letak saja dalam blog.
Bersih untuk betul-betul bersih. Bukan guna alasan nak bersihkan Kabinet sebagai ugutan paksa Kabinet Najib kena buat itu dan ini, beri itu dan ini. Jambatan bengkok, landasan berkembar, ISA kan pengancam politik UMNO/BN atau apa saja tujuan tak ikhlas. Ambil kesempatan atas Najib yang lemah walaupun nampak tegap.
III
Kalau ikut naluri rakyat, Kerajaan BN tak boleh bersih. Satu saja cara, tukar kerajaan baru. Korup sudah berakar umbi bersama BN. Korup bukan sahaja guna kuasa kayakan diri dan kroni, tetapi korup kerana izinkan institusi utama negara kita korup. Korup dalam tindakan. Korup dalam profesyen mereka. Mana perompak, mana polis, mana hakim mana penjahat, mana pengadil mana penceroboh, mana mufti mana ketua bahagian, mana warden, mana banduan, mana perjuangan, mana cari makan dah semakin keliru.
IV
Seronok tengok Najib lancar Exora? Baru dua tiga hari jadi PM dah boleh siap kereta baru? Memang canggih!
Mahathir pun hadhir sama. Seronok pengasas Proton dapat bersama. Tapi Pak Lah mana?? Tak kan lah baru dua tiga hari tak ada jawatan Najib dah tak ingat Pak Lah?
Tak jemput Mahathir ok lagi. Tapi jemput Mahathir tak jemput Pak Lah, menabur garam atas luka Pak Lah bukan tanda rendah hati.
Sungguh pun Pak Lah pendiam dan tak suka heboh heboh seperti Mahathir, dia masih MP. Geng dia yang kena gugur pun ramai masih MP. Menantu dia, Zain, S Hamid, Zulhasnan dan lain-lain. Agak-agak pilihanraya akan datang dah tak jadi calon.
Sementara tunggu akhir kalam, mungkin mereka boleh buka langkah mereka sendiri.
Kerajaan Najib mungkin tak seteguh diduga.
V
Seronok tengok Najib seronok dengan One Malaysia. Yang tak seronok ialah trend Menteri lain membisu sama seperti zaman Pak Lah dulu berlaku lagi. Timbalan PM diam, menteri lain diam. Mereka tak faham? Tak setuju? Bimbang? Tak sekata?
Ketua UMNO Bahagian macam mana? Ketua-ketua Pengarang akhbar lidah UMNO macam mana?
VI
Berbanding Pak Lah, Najib tangkas bertindak balas atas satu-satu perkembangan. Bila sidang Pattaya batal, PM panggil sidang media di sana. Nampak sangat media Malaysia saja berminat hulur alat rakam sidang. Media asing tak datang. Mungkin mereka serik jadi macam sidang media Najib umum Kabinet tak ada soal jawab media. Kebetulan hari tu hakim jatuh hukuman kes Altantuya. Itu kita faham.
Kalau ada soal jawab, lain pula berita yang dibesarkan. Sama seperti cara media kita atur berita.
Itu sampingan. Saya nak ulas isinya. Beliau kesal tak dapat berucap. Kesian. Lawatan luar negara pertama, diharap dapat tunjuk pengiktirafan Ketua Negara Serantau pada PM baru. Tak dapat berucap seperti jadual. Najib kesal. Lebih kurang tembak kaki sendiri. Ada cara lain boleh ulas lain dari tabur debu atas kot kita sendiri.
Bila sepuluh ADUN BN Terengganu jadi kecut takut mereka kena bunuh kalau hadhir sidang dan mereka rasa mereka tak kena bunuh bila boikot sidang, Najib tegas arah 'budak-budak' tu 'masuk kandang' balik dan mereka ikut. Mat Said menang.
Mat Said akan kekal sebagai MB. Nak guling dia melalui usul tak percaya, Mat Said dah janji dia akan mengadap Sultan bubar DUN dan ada pilihanraya semula. Kalau UMNO tak pilih dia jadi calon, dia boleh join parti lain.
Mat Said jadi kuat dengan arahan Najib. Geng Ideris tak bijak buat bising cara budak ponteng sekolah pergi lepak macam tu. Nampak sangat ADUN UMNO penakut sampai begitu sekali.
VII
Najib ulas tentang perletakan jawatan Fairuz sebagai ADUN Penanti. Ini kata Najib tak betul dari segi demokrasi. Kitab mana dia rujuk kita pun tak tau. Alasannya ada macam-macam;
a. Kena tumpu ekonomi
b. Habis masa dan wang
C. Terlalu politiking
Senang saja macam tu, bila ada kerusi kosong kerana ADUN lawan letak jawatan, BN tak usah letak calon bagi parti sedia menang free. Jimat duit, jimat masa, boleh tumpu ekonomi, kurang politik, BN pun tak malu kalau kalah dan orang tak boleh kata, Najib dan Pak Lah sama-sama rakyat tak boleh terima.
UMNO jangan letak calon DUN Penanti.
VIII
Kerajaan cari jalan kurangkan tol. Bagus. Kerja payah. Peninggalan Mahathir. Tak ada kerja cari kerja kerana kalau dari asal Kerajaan BN ambil kira kepentingan rakyat tak payah lah buat kerja tebuk tayar tampal tayar. Buang angin isi angin. Tapi tak apa, kita sokong. Janji tol boleh turun tapi bukan pula senyap-senyap untuk selesaikan untung pemegang konsesi lebih cepat. Kalau tidak kena tunggu kutipan tiap tahun tapi sekali kerajaan tolong bayar, untung esok selesai hari ini. Kalau BN tumbang pun, akaun dan tutup. Macam itu habiskan wang kerajaan saja. Pasti ada cara lain dan PR kena dijemput dalam komitee teliti isu ini supaya telus dan bebas. Bukan jerlus dan kena kebas.
Dalam semangat kurangkan kos banyak lagi boleh buat. Ada orang tanya berapa kos bina Istana baru? Ada berita tender terendah ialah tawaran oleh Bina Optima RM 535 juta. Rendah tu...! Tapi syarikat lain dapat. Yang rendah tak dapat. Yang dapat tak tau berapa tinggi harga dia. Kalau ada keinginan, baik umum yang ni dulu. Kerja mudah sikit, tak makan banyak masa.
Istana kena bagus, tapi jangan ambil kesempatan macam penasihat Sidik Sagara gunakan, konsep 20 persen tu, naik lagi, naik lagi sampai Sidik Sagaraga pun kena jual.
VIIII
Mukhris jadi Timbalan Menteri MITI. Tugas besar Mukhris kena dedah apa Wanita Besi UMNO dulu buat di situ. Dedahkan. Rafidah pun kena bersedia.
Mukhris naik KJ tak naik untuk kuatkan parti, kata Najib. Ramai menangis ingatkan Najib begitu utamakan parti dari segala-galanya dan itu cara Najib balas jasa Pak Lah padanya. KJ pun setuju, sekurang-kurang ikut ucapan zahir. Pemuda kena kuat bawah KJ.
Pemuda saja kena kuat, yang lain boleh tumpang rezki masuk kerajaan.
Friday, April 17, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)