Jika laporan Reuters akan menjadi kenyataan, menjelang awal tahun hadapan, pengguna lima lebuhraya akan dihadiahkan dengan kenaikan baru tol, sehingga mencecah 60%!
Laporan tersebut menyebut, pengumuman mengenainya akan dibuat esok, Khamis.
Arahan juga telah diberikan, supaya media tidak membesarkan kenaikan ini, untuk membendung kemarahan rakyat. Berikut, laporan Reuters berkenaan;
Malaysia road tolls to rise by up to 60 pct -source
KUALA LUMPUR, Dec 13 (Reuters) - Malaysia will announce on Thursday a sharp rise in road toll rates to help trim state subsidies, a source said on Wednesday, in a move that could spark a public outcry and raise inflation.
Tolls will go up by as much as 60 percent and will affect users of five highways in and around the capital, Kuala Lumpur, said the source, who attended an official briefing on the matter.
"The new rates take effect on Jan. 1," the source, who declined to be identified, told Reuters. "That's our New Year present."
A spokesman for the Works Minister confirmed that an announcement would be made at a news conference at 3.15 p.m. (0715 GMT) on Thursday. He declined to give details.
Under toll concession agreements that critics say favour operators, the government has to reimburse operators if traffic volumes and revenues fall short of pre-agreed projections.
Most of the highways were approved in the 1990s by the administration of then Prime Minister Mahathir Mohamad, which made privatisation and mega-projects one of its hallmarks.
Works Minister S. Samy Vellu said recently the government would have to fork out 2 billion ringgit ($565 million) in compensation to five highway operators if toll rates were not revised.
The operators include listed firms Gamuda Bhd (GAMU.KL: Quote, Profile , Research) and Lingkaran Trans Kota Holdings Bhd (LKTH.KL: Quote, Profile , Research).
Litrak operates the 40 km Damansara-Puchong highway, where the toll is to rise 60 percent, to 1.60 ringgit from 1 ringgit now, the source said.
Some 418,000 vehicles used the highway daily on average, reflecting a 14.5 percent compounded annual growth rate for the past seven years, rating firm RAM said in a review of Litrak.
Malaysia's annual inflation was 3.1 percent in October year-on-year, down from a 7-year-high of 4.8 percent in March. ($1=3.537 ringgit)
Hanya kerajaan baru pembangkang sahaja yang mampu mengkaji semula semua perjanjian konsesi operator toll sedia ada. Hanya undi untuk pembangkang yang lebih besar mampu menyekat kemaraan kerakusan seperti ini.
Wednesday, December 13, 2006
Tuesday, December 12, 2006
Raja Sehari ditabal atas runtuhan di Kg Berembang
Ahad lalu, sepasang teruna dara dari Kg Berembang menjadi raja sehari. Kampung yang telah dirobohkan selepas 46 tahun penduduk bertapak di situ, jadi padang jarak yang diserang garuda. Kedua mempelai bersanding atas runtuhan kampung mereka.
Sekitar kampung itu penuh runtuhan rumah-rumah. Namun, penduduknya gigih mempertahankan hak mereka. Khemah-khemah sementara didirikan dan menjadi tempat tinggal mereka sekarang.
Bagaimana dengan pengantin baru? Tak kan mereka menghadapi malam pertama dalam khemah yang amat tidak sempurna itu?
Kita tawarkan untuk mereka berbulan madu di Kota Bharu, lima hari tinggal di Perdana Resort serta tambang pergi balik.
Sesiapa yang ingin tunjukkan solidarity, elok kirim sesuatu kepada pengantin hero kita ini. Laporan penuh, Harakah Daily.
Di China pun sexy tak boleh
Langkah Kerajaan Kelantan tidak membenarkan pakaian menjolok mata atau sexy telah dikritik, termasuk oleh Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang.
Kamus Merriam-Webster memberikan makna berikut bagi perkataan sexy;
1 : sexually suggestive or stimulating : EROTIC
2 : generally attractive or interesting : APPEALING
Jika kita meninjau sekeliling sejenak, ternyata China telah mendahului Kelantan, sejak dua tahun yang lalu. Ikuti laporan BBC bertarikh 2 September 2004;
China bans 'sexy' female attire
Female civil servants in eastern China have been banned from wearing sexy clothes and told not to use "dirty" language in the office.
Women have been asked to refrain from wearing revealing tops and leggings as well as too much jewellery at work, state media report.
They should "dress in a serious, proper, simple and natural way".
The regulations are the first of their kind in the country, says the partly state-owned China News Service.
The clothes must not be "avant-garde and ostentatious", the regulations announced by the Zhejiang provincial archives bureau say.
Nor should they be "too thin and tight or showing the under-garments".
'Elegant'
The report also recommended women should adopt manners in line with their professional positions.
"They should use elegant language, avoid rude words and must not in any case use dirty or strange words," it said.
"When they receive guests or speak on the phone, they must say 'please' and 'thank you'," the report said.
Perhatikan : They should "dress in a serious, proper, simple and natural way". Bukan 'stimulating'. Sexy, ikut mereka, antara lain - 'revealing tops and leggings'.
Adakah panduan ini : dress in serious, proper, simple and natural way - tidak sesuai untuk gadis Kelantan ? Kalau China komunis pun tahu kesan buruk dari pakaian sexy, tentulah Timbalan Perdana Menteri Islam Hadhari pun faham.
Mereka boleh membezakan antara sexy yang stimulating dan elegant. Janganlah semata-mata kerana Kelantan memperkenalkannya, kita jadi panik dan tidak rasional. Lim Kit Siang pun kena timbang-timbang lah.

Sunday, December 10, 2006
Muhyidin lepas bola Utusan pada Abdullah
Laporan wartawan Utusan, Sopha Sulaiman dari Jakarta mengenai komen Muhyidin, memberikan kita beberapa gambaran tambahan dalam isu Utusan kawin NST;
1. ‘‘Saya ingin merujuk kepada keputusan MT yang mahu mendapatkan maklum balas daripada pemimpin UMNO kerana mereka tentu hendak melihat Utusan terus menjadi penyambung lidah Melayu,” katanya.
Tambahnya, pemimpin UMNO tidak mahu sejarah dan reputasi Utusan dalam memperjuangkan kepentingan orang Melayu hilang dan tenggelam.
“Aspek itu telah disuarakan dengan kuat oleh mereka,” kata Muhyiddin.
2. ‘‘Kita serah kepada pemimpin untuk menimbang perkara itu bagi mendapatkan pelbagai maklum balas daripada ahli parti selain soal utama yang disuarakan oleh pengurusan ialah aspek ekonomi,’’ katanya.
Setakat ini, kata Muhyiddin, belum ada keputusan muktamad dibuat tentang penggabungan tetapi UMNO menyerahkan kepada presiden dan timbalannya untuk mencari pendekatan terbaik.
3. Ditanya sama ada penggabungan itu mendapat tentangan daripada ahli UMNO, Muhyiddin menjelaskan ia bukan satu protes tetapi mungkin mereka mahu mencadangkan pendekatan lain.
Katanya, UMNO tidak mahu Utusan terpinggir atau terhimpit kerana tidak memiliki kekuatan ekonomi untuk mempertahankan kredibilitinya.
Maklumbalas ahli parti? Macam mana tu?
Diserah kepada Presiden dan Timbalan?
Tak mahu Utusan terpinggir? Cadangan asal akan meminggirkan Utusan? Sekali lagi, siapa yang memberikan cadangan asal itu? Mengapa Presiden boleh memberikan persetujuan terhadap cadangan asal itu?
Jika Presiden boleh menyetujui cadangan asal yang akan meminggirkan kedudukan Utusan sebelum ini, apa jaminan Presiden yang sama dapat mengambil keputusan saksama dalam isu ini selepas ini? Jika MT Umno tidak membantah, sudah tentu cadangan asal yang buruk itu sudah jadi kenyataan.
Umno perlu menyemak kehilangan keupayaan pemimpin mereka membuat pertimbangan yang baik ini.
Kehilangan atau ketidakupayaan membuat pertimbangan inilah yang menimbulkan persoalan dalam isu pembatalan jambatan bengkok dengan alasan tidak masuk akal dan berkesudahan dengan kerugian melebihi RM 1 billion, penjualan MV Augusta yang merugikan hampir RM 600 juta, pengeluaran ribuan AP kepada dua raja AP yang mengancam Proton, serta lain-lain isu termasuk yang terakhir, meminta Peguam Negara campur tangan dalam isu penentuan agama seseorang dengan membelakangkan proses undang-undang sedia ada.

Utusan Genting - Kelab Veteran Utusan
"KVUM(Kelab Veteran Utusan Melayu) bersama masyarakat Melayu di seluruh negara berkongsi perasaan menyokong penuh Utusan yang berada dalam keadaan genting pada masa ini,’’ katanya dalam satu kenyataan.
Berita ini disiarkan Utusan hari ini.
"genting"
"berkongsi perasaan"
"menyokong penuh Utusan"
Sudah tentu KVUM telah menimbang dengan teliti pemilihan kata-kata ini.
Kenapa semua pihak tidak berani berterus terang dalam isu ini? Hanya berani berlindung di sebalik kata-kata. Perdana Menteri telah menyarankan, polisi pentadbirannya adalah 'tell me the truth' dan media Malaysia semakin bebas di bawah beliau.

Thursday, December 07, 2006
Minyak Kedah Minyak Kelantan
Ada dua berita berlainan yang menarik perhatian saya.
Kedah akan menjadi pusat penapisan minyak terbesar bermula tahun depan. The Star semalam, memetik kenyatan Exco Kedah, Datuk Chong Itt Chew. Saluran paip sepanjang 312km akan mengalirkan pula minyak ke Bachok, Kelantan.
Berikut, laporan berkenaan;
Yan set to be refinery hub
ALOR STAR: Yan is poised to be an oil refinery centre by next year as it is expected to attract RM20bil in investment for refinery plants and pipelines.
State Investment, Transport and Trade committee chairman Datuk Chong Itt Chew said a Malaysian-Middle East joint venture company was investing RM7.68bil to set up a crude oil refinery plant in Yan.
He said a listed company would also be setting up another oil refinery there, bringing the total investment to RM17bil.
Another company is proposing to build a 312km-long pipeline from Yan to Bachok in Kelantan.
Minyak itu bukan minyak Kedah, tetapi minyak dari timur Tengah. Kerajaan Kelantan, saya percaya, mengetahui hal ini, tetapi belum mengumumkan apa-apa. Biar tak berkokok tapi jadi bertelur. Salah kokok, bertelur tak jadi. Lebih baik diam ubi, berisi.
Berita kedua, 72 nelayan Vietnam terpaksa mendarat di Tok Bali, Kelantan selepas ditiup oleh Taufan Durian.
Betapa dekatnya Kelantan dengan Vietnam. Ini mengingatkan saya kepada pengeluaran minyak di kawasan PM-3 CAA, yang beertindan antara Malaysia (Kelantan) dengan Vietnam. Setakat maklumat sedia ada, melalui carian internet menunjukkan pengeluaran minyak di sini melebihi 40,000 tong sehari. Pengeluaran gas juga sudah bermula.
Ada sesiapa yang boleh menasihati saya mengenai isu ini? Adakah Kelantan tidak berhak menerima apa-apa pembahagian dari pengeluaran di kawasan ini?

Kenapa tidak Mini MSC?
Akhirnya MSC diluaskan.
Perdana Menteri mengumumkan, bermula 7 Disember ini, MSC tidak hanya merangkumi jaluran 15x50 km² dari KLCC ke KLIA bahkan meliputi seluruh Lembah Kelang.
Sudah tentu langkah ini amat dialu-alukan dan akan merangsang pertumbuhan industri multi media. Dulu, ia lebih menjurus kepada pembangunan hartanah. Untuk mendapat status MSC dengan nikmat pengecualian cukai yang menarik, sesebuah syarikat kena membeli atau menyewa bangunan samada di KLCC atau Cyber Jaya dengan kos yang jauh lebih tinggi. Ia semacam untuk mendapat untung atau sewa atau jual bangunan dan tanah. Sedangkan, perniagaan multi media boleh dijalankan di mana-mana.
Walaupun agak terlambat, perubahan paradigma ini harus dialu-alukan. Sewaktu saya di Dewan Rakyat dulu, saya telah bangkitkan isu ini dan nampaknya, kerajaan akhirnya akur, jika kerajaan ingin melihat kemajuan di bidang ini, ia tidak harus dikaitkan dengan matlamat yang lain.
Namun begitu, sekali lagi, adakah kita tidak harus berfikir untuk kembangkan hub multimedia ini di seluruh negara. Adakah kita harus tertumpu di Lembah Kelang semata-mata?
Bagaimana jika kita wujudkan mini MSC? Katakan Kelantan dan Terengganu untuk produk multi media untuk pasaran Islam? Produk animasi Islam umpamanya?
Adakah kerajaan Pusat bersedia untuk lebih terbuka?
Untuk makluman, Tuan Guru MB Kelantan akan merasmikan kempen menyertai sekolah animasi yang akan dikendalikan oleh Kerajaan Negeri. Tujuannya, melahirkan tenaga kerja berkemahiran untuk industri ini. Kemudian, melibatkan diri dalam produksi untuk memenuhi pasaran yang masih begitu luas.
Banyak lagi perkara boleh dilakukan, jika Kerajaan Pusat lebih terbuka.
Sekadar untuk ingatan, sasaran MSC menjelang 2010 ialah menjadi hub ICT dunia. Bagaimana kemampuan dan persiapan kita melahirkan tenaga kerja yang relevan dan kompeten?

Pemimpin kita elok baca buku ini
Diterbitkan oleh Khalifa, Jakarta, buku yang sudah dua kali diulang cetak ini informatif dan sarat dengan rujukan yang kemas. Ia sekurang-kurangnya mampu meluaskan horizon dan pandangan jauh kita. Jauh dari berbaur emosi, malah santun kupasannya.
Ia boleh membantu pimpinan negara membuat keputusan lebih strategik dalam arus persaingan penguasaan sumber negara lain yang kian mencabar kini. Agar kita tidak terlepas pandang dan hanyut dibawa arus semata-mata.
Sekadar memetik tulisan yang dipapar di cover belakang buku ini;
"Israel lebih hebat dibanding AS. Di Vietnam, AS mengirim 6,000 penasehat militer membantu Presiden Ngo Dinh Diem dan gagal. Di Singapura, Israel hanya mengirim 18 perwira untuk membangun angkatan perang negara ini. Hasilnya fantastis, angkatan perang Singapura menjadi kekuatan militer yang tercanggih ..." Lee Kuan Yew, From Third World to First.
"Yang bisa membantu Singapura hanyalah Israel. Sebuah negara kecil yang dikepung oleh negara-negara Muslim..." Menteri Pertahanan Singapura, 1965.
Singapura kuasai Utusan?
Blog Rocky's Bru, menimbulkan persoalan kemungkinan unsur penguasaan Singapura ke atas Utusan dan Nst selepas penggabungan selesai. Sekurang-kurangnya, itu antara implikasi ke atas cadangan asal.
Ikuti petikan dari blog berkenaan;
Singapore interest in Malaysia's merged media?
40 per cent. That's how much the market says Singapore could hold in the NSTP-Utusan merged company, mostly through proxy. Is that a plan?
You have no way of knowing at this point of time as both parties have signed a non-disclosure agreement, although that did not stop them the other day from briefing the analysts, who after that seemed very sure that the deal will happen. The renewed confidence, in turn, sparked NSTP's 19-sen rebound in this morning's trade.
I may be a minority shareholder but I want to know. If Lee Kuan Yew and Co holds even a single share in the NSTP or Utusan or, God forbids, a merged entity, I demand to be told before it happens.
That 1 share could be the golden share, man!
Semua pihak tentu mahukan kerajaan lebih terbuka dan memberikan maklumat yang jelas. Berani kerana benar, kata Tun M.
Rocky juga mengingatkan, beberapa pemanis untuk memujuk Utusan menerima penggabungan ini mungkin berlaku, termasuk menamakan Pengarah Urusan Utusan sebagai CEO syarikat induk selepas penggabungan.
Saya telah ingatkan, dalam tulisan sebelum ini, risiko terhadap masa depan Utusan tetap wujud, bila Utusan berada dalam kantung atau poket yang sama. Poket atau kantung nanti akan lebih berkuasa dan pada waktu itu, rancangan asal mungkin akan dihidupkan semula, walaupun dalam bentuk yang baru.

Wednesday, December 06, 2006
Hantaran kawin Utusan berubah
Laporan Bernama setengah jam yang lalu (3.21 petang, menunjukkan terma dan susunan cadangan penggabungan Utusan - Nst berubah banyak dari cadangan asal.
Antara perubahan baru ialah;
1. Pengarah Urusan Utusan, Datuk Nasir Ali akan dilantik sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan bagi entiti baru yang diwujudkan hasil penggabungan.Ini memberi lebih kuasa kepada Kumpulan Utusan.
2. Syarikat baru yang ditubuhkan nanti akan mengambil alih kedua-dua Utusan dan Nst dengan pemegang saham Utusan sekarang akan menjadi pemegang saham terbesar dalam entiti baru nanti. Dalam cadangan asal, Media Prima Bhd, syarikat induk Nst akan menjadi induk kepada penggabungan Utusan dan Nst,
3. Utusan akan disuntik ke dalam Nst melalui reverse takeover. Di bawah cadangan asal, Nst akan membeli Utusan dengan bayaran tunai. Utusan menjadi lebih atas.
4. Editorial akan kekal berasingan dan tersendiri.
Ini bermakna struktur baru ini sama sekali berbeza dari cadangan asal dan memberikan kesan yang berbeza kepada Utusan di satu peringkat, dari cadangan asal yang boleh membawa kepada Utusan dikawal dan duduk lebih rendah dari pihak lain.
Laporan itu juga menyebut dua perkara berikut;
1. Penjimatan kos tenaga manusia - bermakna pekerja, terutama di bahagian kilang, kemungkinan akan diberikan tawaran untuk diberhentikan,
2. Peningkatan pendapatan Kumpulan baru dari bayaran iklan dengan harga baru tanpa saingan. Bermakna kos pengiklanan akan meningkat melalui monopoli baru ini.
Namun, Utusan harus ingat, pada masa hadapan, bahaya masih tetap wujud. Mereka kini akan menjadi seakan dua otak dalam kantung atau poket yang sama. Kedudukan poket dan kantung mungkin akan menjadi faktor penentu.
Apa pun, Utusan harus berterimakasih kepada suara bising yang mengkritik cadangan asal sehingga Utusan boleh menikmati terma baru yang lebih strategik untuk mereka.
Bagai mana pun, beberapa isu kekal menjadi tandatanya.
1. Bagaimana Presiden Umno boleh bersetuju dengan cadangan awal dan tidak sensitif dengan kedudukan Utusan. Kalau tidak kerana ada suara bising samada di dalam atau luar Umno, keadaan akan berbeza.
2. Siapa yang begitu berpengaruh memberikan format cadangan awal yang lebih memihak kepada Nst?

Tuesday, December 05, 2006
Nst - flashback
Isu penyiaran kartun yang dikaitkan dengan penghinaan ke atas Nabi Muhammad s.a.w yang disiarkan oleh NST pada Februari tahun ini tentu masih segar dalam ingatan.
Ia memaksa Nst menyiarkan permohonan maaf di muka depannya.
"WE APOLOGISE. UNRESERVEDLY. OBVIOUSLY, WE MISJUDGED......", kata pernyataan maaf itu. Perdana Menteri kemudiannya segera berkata, permohonan maaf itu diterima.
South China Morning Post dalam laporannya menganggap ia adalah krisis terbesar dalam sejarah Nst.
Kemudian, Nst menyiarkan laporan yang tidak benar mengenai Tun M ingin berjumpa Perdana Menteri di Tokyo, sedangkan yang sebenar adalah sebaliknya.
Kemudian, Malay Mail, penerbitan di bawah kumpulan Nst, ditegur oleh Timbalan Perdana Menteri kerana 'Let's Talk About Sex'nya yang berbau lucah. Pengarangnya sekali lagi meminta maaf, juga di muka depan. Juga unreservedly.
"The minister for women, family and community development called the feature irresponsible and "downright vulgar."
The New Straits Times Press Bhd, which prints the Weekend Mail and The Malay Mail daily, apologized unreservedly for the stories and said it would question the editors.
"The articles were offensive and distasteful," the publisher's chief executive, Syed Faisal Albar, said in the apology displayed on the front page of The Malay Mail on Monday."
Itu antara lain laporan media mengenai isu ini.
Kemudian, Pengarang Kumpulannya, Brendan Pereira dikaitkan dengan meniru tulisan orang lain, sehingga membawa kepada perletakan jawatan. Kolumnya yang menyiarkan tulisan ciplaknya itu menjadi bahan ketawa seluruh dunia.
Kini, Utusan akan berguru dengan Nst?
Perdana Menteri, sepanjang berhubung Nst, cenderung memihak kepada Nst. Timbalan Perdana Menteri, cenderung kritikal terhadap Nst. Atau saya salah?

Selamatkan Utusan: 5 lwn 43 dalam MT Umno?
5 dari 48 anggota MT Umno dilaporkan menentang cadangan penggabungan Utusan-Nst, lapor Straits Times Singapura, Isnin lalu.
Siapa lima orang yang bersetuju itu? Presiden, Timbalan Presiden dan tiga yang lain?
Wow! Jika laporan ini benar, ia satu perkembangan yang mengejutkan.
Setakat ini, tiada penafian dari mana-mana pemimpin Umno terhadap laporan ini. Kita kira ia benar.
Lima lawan 43?
Ikut laporan itu lagi, Perdana Menteri dan Timbalan Pedana Menteri telahpun ditaklimatkan mengenai cadangan penggabungan ini sebelum mesyuarat MT dan kedua mereka telah memberikan persetujuan mereka.
Pemuda Umno pula dilaporkan tidak memberikan sebarang pendapat, ketika diberikan taklimat, kata laporan itu.
Setakat yang kita boleh fahami, pihak berkenaan tidak menjangkakan tentangan akan diterima dari anggota MT. Sebab itu, segala persiapan penggabungan ini telah dibuat, termasuk pengumuman adanya sidang akhbar khas pada 4 Disember, tiga hari selepas mesyuarat MT serta penggantungan jual beli saham kedua-dua Utusan dan NST.
Kerana ada perkara di luar dugaan berlakulah, saham Utusan dan Nst yang diniagakan semula hari ini, menyaksikan kejatuhan harga. Ini tidak masuk dalam jadual asal.
Namun, sungguhpun ditentang, gaya bahasa Perdana Menteri ketika mengupas isu ini ialah - kena jadi. Pengalaman kita sudah ada. Rancangan penyenaraian TH Plantation, satu masa dulu ditentang hebat termasuk oleh ahli Parlimen BN. Ia tidak mengubah apa-apa.
Tapi kali ini, 43 akan ditewaskan oleh 5? Ia tentu sangat dahsyat.

Utusan Tangguh Masuk Kubur?
Utusan sedang diheret ke kubur?
Sekurang-kurangnya itu ada dalam kepala orang Melayu, kalau kata-kata Perdana Menteri dapat kita faham begitu.
‘‘Apa yang orang Melayu tentu tak suka lihat ialah Utusan (akhbar Utusan Malaysia) terkubur atas usaha penggabungan itu,” kata Perdana Menteri.
Demikian lapor Utusan sendiri, hari ini. (5 Disember 2006)
Kesan penggabungan Utusan-NST boleh sampai kepada terkuburnya Utusan, kalau salah gaya. Tidak pula timbul terkuburnya NST. Mengapa jadi begitu?
Bagaimana caranya pula penggabungan tetap diteruskan tetapi Utusan tak terkubur?
Akhbar adalah lidah dan lidah adalah penyampai minda, rasa dan jiwa. Terkubur yang dimaksudkan Abdullah tentunya bukan bermakna Utusan tak akan terbit lagi. Terkubur di sini ialah Utusan sebagai jurubicara orang Melayu, atau sekurang-kurangnya Melayu Umno, lidahnya akan diasah bertutur dalam bahasa yang kehilangan sengat. Ia akan dikurung dalam sangkar yang sama dan mudahlah penggembalanya mengawal tutur kata dan lenggok fikirannya. Tak dilaporkan dalam NST, tak adalah pula laporannya dalam Utusan. Baru satu nada dan ikut Abdullah, itu bukan bermakna kebebasan media akan hilang dengan penggabungan ini.
Jadilah ia tiong yang lebih jinak sesangkar dengan kakak tua.
Siapa akan kawal siapa? NST kawal Utusan, itulah logiknya. Sebab itu yang dibimbangkan terkubur ialah Utusan dan bukannya NST. Tak ada orang bimbangkan NST terkubur sebagai kesan penggabungan ini. Kalau NST terkubur bermakna Utusan kawal NST. Dalam kes ini, ia tidak begitu.
Menarik untuk dilihat apa peranan Kalimullah dari NST yang dituduh sesetengah pihak sebagai agen Singapura dan dianggap perlu diawasi oleh Tun M sedikit masa lalu.
Kebetulan Utusan sedikit sebanyak menampakkan kecemburuan terhadap Faktor Singapura ke atas negara kita dalam pelbagai laporannya sebelum ini dan mungkin kerana itu, lidah Utusan tidak harus dibiar lebih petah atau lebih panjang dari lidah NST. Biarlah ada dua lidah tetapi kedua-duanya dari otak yang sama.
Terpulang kepada ahli dan pemimpin Umno melihat apa nasib akan menimpa Utusan. Utusan gali kubur sendiri? Tunggu akan dimasukkan ke dalam kubur? Atau bangkit mengkuburkan orang yang nak kuburkan Utusan?
Apa pun, jangan sekadar tangguh masuk kubur saja ...........

Friday, December 01, 2006
Utusan tak jadi kawin NST?
Rancangan membawa Utusan ke jinjang pelamin melalui penggabungan dengan NST dilakukan penuh rahsia. Utusan sendiri tidak pernah melaporkan dalam akhbarnya, tentang rancangan penggabungan itu serta nasib Utusan sendiri.
Akhbar Singapura mula membocorkan rancangan misteri ini dalam laporan mereka. Perkembangan terakhir sebelum ini ialah saham kedua-dua bakal mempelai ini digantung dari diniagakan menjelang pengumuman rasmi mengenainya Isnin ini.
Namun, hasil mesyuarat MT Umno semalam (Juma'at) mungkin mengubah cadangan asal yang sudah berada diambang pintu.
Akhbar The Star, melaporkan seperti berikut;
NST-Utusan merger deal back to the drawing board
KUALA LUMPUR: The New Straits Times and Utusan Malaysia merger deal has been sent back to the drawing board hours after Umno president Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi called for the tradition and histories of the newspapers to be maintained.
Sources said several party supreme council members voiced their concern over the deal and also the long connection between the party and Utusan Malaysia.
They told the meeting they feared that any merger which could affect the identity of the Malay daily would backfire on the party, although Umno would continue to control it.
It was learnt that the negotiators were told of the council’s concern later and decided to take a re-look at the deal.
Media Prima, the parent company of NSTP, had originally scheduled a press conference on Monday to announce the deal but that function is expected to be called off.
Satu - cadangan penggabungan itu akan dikaji semula
Dua - ada ahli MT menyuarakan rasa tidak senang mereka dalam mesyuarat MT semalam
Tiga - ada Ahli MT berpendapat rancangan penggabungan itu akan menjadi isu yang akan merugikan parti
Empat- perunding penggabungan ini telah diberitahu tentang pandangan ahli MT dan diminta mengkaji semula cadangan ini
Lima - rancangan memanggil sidang akhbar pihak berkenaan Isnin ini untuk menggumumkan penggabungan ini dibatalkan
Persoalan:
Satu - siapakah sebenarnya yang telah memberikan persetujuan awal menggenai penggabungan ini? Perdana Menteri?
Timbalan Perdana Menteri? Belum mendapat persetujuan sesiapa? Mustahil cadangan sebesar itu tidak dimaklumkan
terlebih dahulu kepada Perdana Menteri atau Timbalannya.
Kedua - jika kedua mereka sebelum ini telah bersetuju, adakah ini bermakna pandangan mereka telah ditolak oleh MT
Umno? Jika demikian, bagaimana mereka boleh memberikan persetujuan sebelum mendapatkan pandangan MT?
Jika pandangan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno ditolak, ia boleh melemahkan lagi kepimpinan beliau?
Ketiga - siapakah negotiators berkenaan? Anak atau menantu siapa? Adakah rakyat biasa dan ahli Umno tidak perlu tahu
siapa mereka?
Empat - apa nasib penggabungan ini seterusnya? Adakah Utusan akhirnya akan 'tergadai' atau tak jadi 'tergadai'? Dibatal
terus sama seperti nasib jambatan bengkok? Sekejap jadi, sekejap tak jadi.
Lima - mengapa rancangan ini begitu rahsia sekali?
Enam - apa motif penggabungan ini?
Tujuh - mengikut laporan, NUJ juga menentang cadangan ini. Satu dari sebabnya ialah para kakitangan kedua gergasi
akhbar ini tidak pernah diberikan taklimat mengenai penggabaungan ini sedangkan ia melibatkan kedudukan
mereka. Apa hal macam tu?
Lapan - siapakah ahli MT yang menentang cadangan ini? Apa hujjah mereka?
Sembilan - siapa lebih sukakan siapa? NST tergilakan Utusan atau Utusan tergoda dengan NST? Atau jodoh mereka diatur oleh orang tertentu?
Bagaimana pencak silat selanjutnya?

Subscribe to:
Posts (Atom)