Tuesday, July 17, 2007

Nahas Nuri - Takziah Untuk Keluarga Para Wira

Saya terlebih dahulu sampaikan ucapan takziah dan rasa terharu kepada semua keluarga enam perwira kita yang terkorban dalam nahas terbaru Nuri di Janda Baik.

Pahitnya ujian Allah di dunia ini bertukar menjadi manis di akhirat kiranya kita bersabar dan redha dengan ketentuan Ilahi.

Diberitakan Nabi Muhammad s.a.w memberitahu; "Sesiapa yang ditimpa musibah lalu kemudiannya teringat kembali peristiwa itu sesudah lama berlaku dan mengucapkan istirja' setiap kali ia teringatkan peristiwa itu, Allah menuliskannya pahala sebagaimana pahala hari pertama ia ditimpa musibah (dan mengucapkan ucapan istirja' iaitu 'Dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali'.

Salam takziah dari kami.

1 comment:

Anonymous said...

Balasungkawa buat perwira negara.Takziah buat balu serta keluarga.Raja payung negara.Kepada Duli Yang Mulia Yang DiPertuan Agung danPermaisuri terima kasih kerana turut bersimpati.kepada Menteri Besar Kelantan melihat Datuk mengimamkan solat jenazah untuk Allahyarham Khuzaimi di akhbar tempatan tak terlafaz kata kata kecuali dambaan doa. "Ya ALlah peliharalah ,rahmati lah pemimpin ini dalam kesejahteraan.