Monday, July 09, 2007

APA BISING: MINTA SAJA BURMA OYUNCHIMEG TUNJUKKAN GAMBAR NAJIB-ALTANTUYA


Bermaruah atau tidak - itu tema pertembungan Najib-Tian Chua.

Menyiarkan gambar superimposed Najib-Altantunya adalah tindakan tidak bermaruah, kata Najib. Utusan Malaysia hari ini menyiarkan reaksi marah Najib.

Ia bermula dengan keterangan sepupu Altantunya di mahkamah, bahawa beliau pernah melihat gambar Najib bersama Altantunya. Jika keterangan itu benar, bermakna Najib mengenali Altantunya yang telah dibunuh dengan kejam.

Mengenali Altantunya tidak semestinya bermakna Najib membunuh Altantunya atau terlibat dengan apa jua cara dalam pembunuhan itu.

Juga tidaklah menjadi hina semata-mata seseorang mengenali Altantunya, termasuk Najib.

Ia menjadi isu apabila Najib secara tegas sebelum ini menafikan beliau mengenali Altantunya atau pernah berjumpa atau berhubung dengannya.

Isu asal adalah samada Najib bercakap benar atau tidak. Samada beliau pemimpin bermaruah atau tidak.

Kalau beliau tidak pernah samasekali mengenali dan berjumpa Altantunya adalah benar, beliau bermaruah.

Kalau beliau kata tak kenal tetapi tiba-tiba bergambar bersama, beliau tidak bermaruah.

Bahkan ini akan membawa orang ramai memasang pelbagai imiginasi mengenai hubungan beliau dengan gadis Mongolia itu.

Sekarang, mari kita periksa peringkat kedua isu ini – gambar berkenaan wujud atau tidak.

Najib mengenali Altantunya atau tidak ?

Pada hari ke 10 perbicaraan baru-baru ini, ketika Burma Oyunchimeg memberi keterangan bahawa beliau pernah melihat gambar Najib bersama Altantunya. Jjika pasukan pendakwa meluang sedikit masa meminta saksi menunjukkan gambar sedemikian di mahkamah untuk mempastikan samada dakwaan itu benar atau tidak, isu ini dengan sendirinya sudah terjawab.

Kita terlepas peluang itu. Peluang selanjutnya ialah, sama ada Najib sendiri atau Pemuda Umno yang galak ( atau berpura-pura ) mempertahankan Najib – samada mencabar atau memujuk sepupu Altantunya itu mendedahkan gambar berkenaan. Kalau ada – ada, kalau tidak - dakwaan itu habis disitu sahaja.

Silakan ! Tak perlu riuh rendah dan hiruk pikuk.

NAJIB CABAR SAJA SEPUPU ALTANTUYA ITU TUNJUKKAN GAMBAR BERKENAAN. Najib perlu membuat cabaran itu. Sepupu Alntatuya itu yang perlu difokuskan, bukan Tian Chua.

Itu caranya jika Najib atau Pemuda UMNO berani.

Kenapa tidak ada cabaran itu?

Ketiga, rasanya, UMNO dan Najiblah yang memikul beban untuk membuktikan cerita pertemuan beliau dengan Altantunya adalah palsu.

Caranya mudah sahaja. Tubuhkan satu jawatankuasa Ahli-ahli Parlimen, wakil kerajaan dan pembangkang dan berikan kuasa kepada jawatankuasa ini memerikasa dokumen berikut :

. Perjalanan Najib keluar negara pada Ogos 2005, tarikh mereka dikatakan bertemu atau mana-mana tarikh yang berhampiran

. Hotel tempat beliau menginap di luar negara.

. Rekod-rekod perjalanan Altantunya, kerana dikatakan Altantunya bertolak ke Eropah pada tarikh tersebut dari Malaysia.

. Senarai tetamu hotel-hotel berkenaan di luar negara. Jika dua insan ini menginap di hotel yang sama, kemungkinan mereka bertemu adalah besar.

. Apa-apa rekod lain yang berkaitan. Dengan cara ini, rakyat Malaysia boleh memperolehi kebenaran dalam isu ini.

Maruah TPM boleh ditentukan dan maruah negara juga terjaga. Ada gambar atau tidak, yang penting, penegasan Najib mereka tidak bertemu boleh dibuktikan bukti benar atau tidak. Ayuh!

Pemuda UMNO sendiri rasanya tidak sukar melakukan cadangan ini. Lagipun, kalau gambar berkenaan memang ada, lambat atau bangat, rakyat Malaysia akan akhirnya dapat melihatnya juga.

1 comment:

Hariss Al-Hijazi said...

Betul kata saudara Husam Musa....Najib mmg tak bermaruah....Dia perlu beri penjelasan....