Friday, October 06, 2006

Syabas Raja Nazrin, patik rasa tersentuh

Ramadhan kali ini membawa dua kegembiraan kepada dua bekas tahanan terlama di Negara kita, Pak Salleh dan Pak Jamil.
Satu, mereka dapat berpuasa di luar penjara selepas terkurung selama 30 tahun, 11 bulan, 9 hari. Mereka dihukum penjara sepanjang hayat dan setelah menempuh Ramadhan di penjara selama 31 kali, mereka mendapat pengampunan dari Sultan Kedah, Selasa lalu.
Selepas terpenjara sekian lama, bagaimana mereka mahu memulakan kehidupan baru?
Kedua, hasrat mereka untuk mendapat keihsanan insan lain segera terjawab bila Raja Muda Perak berkenan menganugerahkan sumbangan kepada Pak Rashid atau nama sebenarnya Salleh Taib, 57, dan rakannya Jamil Ahmad, 56, bagi membantu mereka memulakan hidup baru.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Paduka Seri Sultan Perak, Raja Datuk Mansur Raja Razman hari ini berkata, Raja Muda berkenan menerima menghadap Salleh di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada pukul 5 petang esok.
“Raja Muda Perak mengikuti berita Salleh dan Jamil yang telah diberi pengampunan oleh Sultan Kedah. Baginda mengambil maklum akan hasrat Salleh dan Jamil yang mahu memulakan penghidupan baru,” kata Raja Datuk Mansur.
Mereka berdua mula masuk penjara ketika masing-masing berumur 27 dan 26 tahun waktu itu.
Syabas Tuanku, semoga amal keinsanan Tuanku di bulan seribu kebaikan ini direnjis kasih sayang Tuhan Maha Pengasih yang berpanjangan, dunia akhirat.
Di Dubai, seperti dilaporkan akhbar Gulf News, Perdana Menteri UAE, Shaikh Mohammed Bin Rashid al Maktoum – mengumumkan pengampunan beramai-ramai banduan Dubai (seramai 517 orang) sempena Ramadhan yang mulia.
Tahanan ISA kita bagaimana? Hati Perdana Menteri kita belum tersentuh dengan kerahiman Ramadhan?
Sekalipun tahanan ISA akan terus berhariraya di Kemunting, tidak adakah hasrat Kerajaan menghulurkan perbelanjaan raya untuk anak-anak mangsa tahanan, yang sebahagiannya memang amat memerlukan? Berbuka puasalah dengan mereka. Hulurkan mereka sedikit kegembiraan.
Ramadhan Karim, Pak Lah!

23 comments:

Anonymous said...

Say ingat rasa prihatin dan perikemaknusiaan dah mati di Malaysia. Syukur alhamdullillah saya salah.

Anonymous said...

Orang-orang PAS yang ditahan dalam kem I.S.A. Kamunting padan muka. Mereka pengkhianat agama Islam dan mestilah dihukum bunuh tanpa perikemanusiaan.

Ini sebab orang-orang PAS bukanlah manusia tetapi binatang -- anjing kurap! Kita perlu tendang mereka seperti macam Anwar Ibrahim diikat dan dipukul oleh ketua polis negara (IGP).

PAS = Parti Ajaran Sesat

Anonymous said...

to muhamad najib..

website yg saudara letakkan tu dah menunjukkan diri saudara..

ISA dan UMNO/BN lah anjing kurap yg bernanah yg mengharapkan kuasa yg ada sebagai pembuncit perut!!

tunggulah azab/ keseksaan dari ALLAH ...

Anonymous said...

Ketinggian tamaddun sesuatu bangsa boleh diukur dengan bagaimana "anjing kurap" di jaga. Sekiranya kita menjaga "anjing kurap" dengan adil dan saksama akan berkuranglah anjing anjing kurap didalam masyarakat, Anjing Malaysia semuanya boleh jadi good breed. Tapi bila keadilan kita lupa.... kurap tu infectious!!!

Anonymous said...

50 tahun Malaysia merdeka masih ada lagi rakyat yang mahu "membunuh tanpa perikemaknusiaan?". Ajaran ugama mana tu? Setahu saya atheist pun tak setuju konsep "bunuh tanpa perikemaknusiaan" atas sesiapa saja-baik orang UMNO atau PAS atau anjing kurap. Maknusia, binatang dan alam sekitar mesti dijaga dan hak haknya dihormati. Baik minta nasihat Ong Ka Ting- dia takutkan Tuhan!

Anonymous said...

amboi dasyatnya kata2 najib, menghiris hati..

Anonymous said...

saudara muhammad najib

nama saudara sudah cukup menggambarkan yg saudara seorang islam.
tapi, mungkin zaman sekarang ni, islam nya seseorang tu kita tak boleh nampak pada nama nya.

semoga saudara akan ketemu kebenaran.

kalau saudara tak bersetuju dgn fahaman pas pun, tolong lah bersimpati pada anak2 dan isteri tahanan ISA.

Anonymous said...

Wahai Manusia yang bernama Najib! Benarkah tuduhan kamu ini? Apakah asas yang menjadi ukuran kamu untuk menyatakan Tahana ISA itu pengkhianat agama? Pernahkah mereka diadili dimana-mana mahkamah. Kalau sekadar tuduhan, itu amat berat dan ingatlah ianya mungkin akan kembali kepada kamu jua tuduhan itu. Ingatlah kita sedang berada dalam bulan Ramadhan, bulan yang patut kita kawal nafsu serakah kita. Bertaubatlah banyak-banyak kalau awak seorang islam.

Anonymous said...

to najib..
dah la nama najib(cam nama TPM)..
sesuka hati ko kata tahanan ISA tu pengkhianat agama...ko tu lagi khianat tau..ko kata org anjing kurap...ko dan konco2 lebih berkurap dr anjing kurap..
ko tak layak nak jatuh hukuman bunuh kat org yg tak pernah diadili..ko tu bagus sgt ke...mudah2an Allah bukak hati ko pegi Kota Bharu, tgk camne bandaraya Islam dari ko buang masa gi jalan2 kat Pekan ko tuh!!!mudah2an Allah bagi rezeki kat ko jumpa dgn Tuan Guru Nik Aziz...br ko tau cahaya muka org beriman ni camne..boleh la ko cermin muka ko tuh!!!

Anonymous said...

Najib, kau kata PAS Parti Ajaran Sesat? Tapi kalau tengok pada statement yang awak buat, awaklah yang sebenarnya sesat. Sesat lagi menyesatkan. Inilah banahanya kalau menganut fahaman sekular yang Rasulullah tak mengaku Umatnya. Tapi biasalahkan, orang gila akan mengatakan orang lain gila sedangkan sebenarnya dialah yang gila.

Anonymous said...

muhammad najib, adala satu nama yang baik tapi membawa ahklak yang buruk.

Anonymous said...

lantak ko la najib..
aku do'a kalo ko sesat mudah2an dpt hidayah ke pangkal jln.

tapi kalo memang ko pilih kesesatan, nak buat macam mana..

dan kalo ko menyeberkan kesesatan, maka, pedang kami sedia menanti..

PAS= Pedang Ahlus Sunnah

Anonymous said...

ASSALAMULAIKUM SELAMAT HARI RAYA .....PERTAHANKAN KELANTAN JADIKAN KELANTAN NEGERI MAJU

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Rasa saya ...Muhamamd Najib cakap ada benarnya...sebab kebenaran itu adalah berdasarkan kepada ilmu dan apa yang dia faham tentang erti perjuangan. Jadi selama ini itulah yang diimaninya seumpana Saidina Umar sebelum masuk Islam betapa keras dan tegasnya dia pada prinsip yang dipegangnya. Dia juga waktu itu mengatakan yang dia benar sebab yang menilai kebenaran itu hanya dia...

Jadi Muhammad Najib nie pun samalah...dia rasa dia sudah benar-benar dalam kebenaran. Dia lupa bahawa kebenaran yang dia yakini hari ini mungkin tidak akan lagi benar apabila dia disentuh oleh cahaya ilmu. Cari lah , galilah ilmu semoga kebenaran yang sebenarnya kebatilan yang selama ini saudara yakin itu dapat diwas-waskan dengan ilmu yang diperolehi. Maka di waktu itu tuan syeikh akan dapati bahawa segalanya tanpa disuruh tanpa diajar dan tanpa diberitahu bahawa apa yang orang lain kata kan kamu itu salah ada kebenarannya. So kalau tuan ikut kata yang lain-lain sekarang tuan akan berhadapan dengan taqliq buta maka tiada gunanya. Jadi cari lah sebab kenapa ramai yang tidak suka dengan tulisan tuan syeikh itu...So ambil masa...please try answer why.

Buat Yang Lain.....

Sabarlah lidah tidak bertulang. Terdapat pelbagai kemungkinan kenapa tulisannya sebegitu....ingatlah kemungkinan beasar ini adalah salah satu provokasi untuk menjadikan halaman blog ini sebagai medan caci mencaci dan isu ini mungkin akan dibesarkan hingga ke Parlimen. Siapa yang rugi....

Lagi satu dalam dakwah ini yakinlah bahawa...balaslah keburukan dengan kebaikan...kenapa kita suka mendoakan dia diazab...sedangkan Nabi kita ajar...dan berdoa sewaktu dia dibaling batu oleh penduduk Yatrib bahawa sesungguhnya mereka tidak mengerti.....TAPI...Nabi juga berdoa pada bapa saudaranya apa jawab Allah soal hidayah ini bukan lah kita penentunya.....Selain itu dalam surah Al Baqarah Sesungguhnya hati mereka ada tutupan. Dan hati mereka ada penyakit...(antara lain maksudnya)

Sekian Salam Perkenalan ///

* Syeikh digunakan melambangkan orang yang banyak ilmu dan boleh berijtihad hukum.

-seperti yang najib katakan bahwa "mereka patut hukum bunuh itu."

Anonymous said...

Khas buat Muhammad Najib.

"Melayu tak semestinya Islam & Islam itu tak semestinya Melayu"


Wassalam

Anonymous said...

Betul melayu tak semestinya islam dan islam tak semestinya melayu jadi kita semua jangan haru biru bila ada melayu macam Najib dan ada Ong Ka Ting yang lebih islam. Prinsip hidup bukan tergantung semata mata pada ugama tetapi pada individu- ugama cuma memberi panduan kepada yang mahu mengambil panduan. Jadi bila ada melayu "yang macam tak islam" atau "pelik" macam Najib ni, kita harus relax - dunia punya dalam ada macam macam. Macam tak islam tak semestinya tak islam - Islam tu ada macam macam bukan satu cara saja. Walaupun perit menghadapi orang macam Najib ni.

Anonymous said...

Muhammad Najib tu saja nak cari publicity.. Dia tu sebenarnya Siput Babi (SB) tak payah layan buat buang karen aje..

Anonymous said...

Paklah Alhadhari masih dan akan terus hendak menunjukkan kuasanya terhadap tahanan ISA. Sekaligus hendak menjadikannya sebagai 'ingatan' (kononnya) kepada semua pejuang2 keadilan terhadap penentangan mereka kepada kerajaan. Sambil itu nak menunjuk2 bahawa beliau masih ada taring dan senjata walaupun dalam banyak hal akhir2 ini, ternyata beliau tewas dan kecundang...(orang bujang macamtu la agaknya).

Seharus sikap prihatin Sultan Kedah dan Raja Muda Perak diambil iktibar oleh pihak Istana Negara untuk mengambil tindakan yang bijaksana dengan memberi pengampunan kepada semua tahanan ISA. Raja adil raja disembah! golf, golf jugak tuanku, rakyat tuanku ada yang menderita ni. Sempena ramadhan yang mulia ni, ambillah contoh raja UAE tu...tak la seramai tu nak diberi pengampunan, tak sampai 5% pun dari bilangan di UAE tu. Kalau tak nak contohi UAE, contohi tindakan kanda sultan Kedah dan dinda di Perak pun dah kira ok. Ampun Tuanku.

Nak harapkan askar kita buat rampasan kuasa macam di thailand baru2 ni...ntah bila..elok la jugak tak jadi macam gitu..nanti pecah pulak jalan2raya di KL dan putrajaya kena lenyek dengan kereta kebal. dah payah nak kena repair pulak..(budget tu tak masuk dalam RMK9)... lepas tu kang ada pulak yang bawak bas tak pasang lampu terlanggar kereta kebal tengah2 malam. hilang pulak nyawa (dah meningkat pulak rekod ops sikap 2006).

Eh najib, ape benda la kau merepek di bulan puasa ni..memang betul abang kat atas tu kata, ada chance kau ni belum cukup ilmu. tak apa, nasihat saya tambahkan ilmu di dada..ILMU SULUH HIDUP! tak ingat ke cogankata masa sekolah rendah dulu?
Tapi kalau dah berilmu sengaja buat2 bodoh...itu ....memang nak jadi bodoh la kot? wallahualam...

selamat menikmati keindahan 10 terakhir ramadhan. Allahuakbar!

Anonymous said...

sedih nye aku ade org macam najib nie kat malaysia. patutnye dia duduk kat sebelah presiden bush 2..

Anonymous said...

Pemimpin kita ni secara sememangnya mengamalkan cakap tak serupa bikin.. Apa tidaknya, secara lantang diorang menyalak berkenaan dengan tahanan Guantanamo tp dlm masa yg sama tahanan ISA macam tu gak... Apa bezanya tahanan ISA dgn tahanan Guantanamo...same je. Silap2 ISA kita lebih teruk... Memang takde perikemanusiaan langsung.. Cubalah tengok anak2 mereka, takde langsung ke perasaan keibubapaan tu? Tahlah, tak tau lagi camana nak nasihat anak seorang ulamak yg disegani ni.. Kpd kaum kerabat tahanan ISA. Banyak2lah bersabar. Semoga Allah memberikan kekuatan yg berlipat kali ganda lagi..

Anonymous said...

To ALL,

"Jika kamu berbuat baik, berarti kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri".

Selamat berpuasa, semoga menjalani ibadah dengan tekun dan sabar dan moga ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya dan Selamat Hari Raya.

Wassalaam

Anonymous said...

apa yg terjadi pada hari ini adalah acuan daripada 10 tahun yg lalu... Inilah jadinya kalau sesebuah pemerintahan itu tidak meletakkan al-quran dan hadis sebagai rujukan... maka terhasil la manusia yg tidak reti apa itu kesopanan dalam berkata... moga Allah membuka pintu hatinya... Amin

Anonymous said...

najib, posa2 ni pun buat hal ya. pegi bace hadith nabi (kalau Islam lah) , bila puasa jangan mengeluarkan kata2 buruk, bertengkar - mafhum hadith. Yang benar dah terserlah. yang kena cucuk hidung sekular pun dah terang benderang macam bulan purnama.