Thursday, October 05, 2006

Lonjakan Perdana dan berbuka puasa dengan jerebu…….

Tajuk muka depan Utusan hari ini ialah mengenai Tujuh Lonjakan Perdana Pendidikan yang diumumkan oleh Perdana Menteri.

Inisiatif itu memang penting, tetapi nampaknya Perdana Menteri kita hidup di dunia lain seakan tidak ada apa-apa berlaku di sekeliling beliau. Jerebu seakan tidak melanda Putra Jaya sehingga sepatah komen beliau tidak muncul mengenainya.

Di luar sini, rakyat merasa rimas tetapi PM kita relaks saja. Usahkan jerebu, harga ayam dan cili yang lambung melampung pun Kerajaan kita tak mampu kawal. Putus gula berbulan-bulan tak boleh sembuh.

Sekurang-kurangnya, Abdullah boleh mengarahkan kerajaan mengedarkan percuma penutup hidung dan mulut supaya rakyat tak berbuka puasa dengan hidangan jerebu sebelum azan maghrib berkemundang…… (seperti kata Nanek Kebayan dalam tulisannya - jerebu tebal di depan mata bagai boleh di potong-potong untuk di telan!) Nampakkanlah sedikit keprihatinan terhadap kerimasan rakyat mengharungi hidup sebenar setiap hari.

Pada tahap yang lebih serius, Abdullah harus menggerakkan Regional Haze Action Plan (RHAP) yang telah ditubuhkan oleh negara ASEN sendiri menjadi lebih berkesan dan memastikan perjanjian Agreement on Transboundary Haze Pollution dipatuhi.
Sebutlah sepatah, bang aji!

4 comments:

Anonymous said...

Dah perit tekak ni ...tapi tak tau nak beri gelaran kepada menteri jerubu. saban tahun kena jerubu jawapan 'standard' kerana kebakaran hutan di Indonesia itulah jawapan kerajan sejak mula saya kenal jerubu dan hirup jerubu. Belum dengar salahnya daripada Malaysia, yang slah Indonesia saja?

Anonymous said...

jangan cakap komen PM, apa hal dengan wartawan kita- tak tahu soalan apa yang perlu di tanya, isu apa yang penting pada rakyat. Zaman pre internet bolehlah tipu rakyat dengan propaganda gomen bertiraikan suratkhabar. Jerebu dari dulu jadi kabur segalanya.

Anonymous said...

Apa nak buat..PM serba tak tahu kan...mana tahu ada jerubu

mudin001 said...

mata Pak Lah tak nampak, jerebu!
Masalahnya, Pak Lah tak tahu dia tak nampak sebab jerebu.

Pak Lah kan sentiasa tak tahu!