Monday, October 02, 2006

Mustapa, Hishamuddin tak takutkan Tuhan?

Utusan Malaysia hari ini, melaporkan kata-kata Ong Tee Kiat, selepas Samy Vellu membuat kenyataan membenarkan dakwaan beliau sebelum ini, bahawa berlaku unsur-unsur penyelewengan dalam kerja pembaikan SJKC Kung Yu di Muar, Johor.

‘‘Apa yang benar dan saya ketahui terpaksa disampaikan kerana saya juga takut kepada Tuhan,’’ - Ong Tee Kiat.

Hishamuddin menyerang balas Ong sebaik sahaja Ong mengeluarkan dakwaan kemungkinan wujudnya penyelewengan tersebut. Tanpa terlebih dahulu menyiasat, Hishamuddin menukar topik penyelewengan kepada serangan separa perkauman dan peribad ke atas Ongi.

Mustapa Mohamed pula tidak teragak-agak meminta maaf secara terbuka atas dakwaan Timbalan Menterinya di Kementerian Pengajian Tinggi. Belum pun isu ini disiasat, Menteri tidak segan silu segera memohon maaf.

Seolah-olah bagi dua Menteri tersebut, mendedahkan penyelewengan adalah satu perkara yang mengaibkan sehingga permintaan maaf secara terbuka dibuat dan rakan sendiri dalam BN terpaksa diserang.

Sekarang, dengan pendedahan Samy, adakah Mustapa akan meminta maaf atas penyelewengan yang berlaku? Mengapa Hishamuddin tidak segera memberi komen seperti sebelumnya?

Siasatan awal JKR menunjukkan kos sebenar hanya sekitar RM 4,000 tetapi kontraktor dibayar RM 29,000.

Jika Kabinet begitu mempertahankan prinsip sesama anggota Kerajaan tidak boleh mengkritik portfolio yang lain, apakah pula prinsip Kabinet BN dalam usaha mendedahkan penyelewengan yang kemudian dakwaan tersebut ternyata benar?

Prinsip tidak menyentuh Kementerian lain lebih penting dari mendedahkan kepincangan dan penyelewengan?

Nampaknya, Ong Tee Kiat lebih takutkan Tuhan dari Mustapa dan Hishamuddin, malah Kabinet sendiri? Memalukan.

12 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum..

Menteri yang kehabisan idea didalam mengurus tadbir negara semestinya meletak jawatan..!dan memberi laluan kepada org yg lebih bertanggungjawab mentadbir Malaysia ini.....

Anonymous said...

Assalamualaikum ;

Baru pertama kali masuk dlm blog ni saya harap blog ini diupdate selalu dgn isu-isu semasa.

Anonymous said...

Lack of accountability is systemic in Malaysia. Politicians behave as if they have absolute power,(let's face it-in many ways they do- because we the rakyat allows them) with compliant media and toothless public service.

Syaikh Al-Bakistani said...

Macam mana UMNO nak takutkan tuhan, sedangkan UMNO adalah parti secular. Dalam ajaran secular, tidak timbul takut atau tidak kepada tuhan…

kepimpinan PAS kena buktikan kemampuan memerintah Malaysia. kebuktian tersebut mesti di mulakan dari sekarang.

teruskan PAS!!!

takbirrr!!!

abu_abdillah_azzam@yahoo.com
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

Anonymous said...

Inilah yang di namakan Pemimpin yang sudah TIDAK relevan. Malah dari sikap yang mereka tunjukkan menunjukkan mereka ini TIDAK layak menjadi Menteri.

Anonymous said...

That is why I never vote for BN although my parent are lifetime member of UMNO

Amin Ahmad said...

Sejak bila diorang takutkan Tuhan?

Anonymous said...

Hisamudin is not fit utk menjadi Menteri...hanya kesiankan arwah bapanya dia diberi peluang!!
Tolong cari fakta dulu sebelum bertindak...cara u bertindak macam budak 3 thn saja...memalukan saja.
Kalau dah bodoh...megaku sajalah!!

Anonymous said...

sejak hishamudin jadi menteri pelajaran, lagi bengong kementerian tuh...
isu yg membabitkan pelajar samseng, buli makin teruk time dia jadi menteri...dia sendri tak blajar kat m'sia, camne dia atur pendidikan kat sini...wat hancur pendidikan saja...skrg ni tgk, bebudak sekolah senang2 je masuk pertandingan realiti hiburan dan maksiat...dia rasa biasa la sbb dia sekolah kat negeri omputih dulu tu mcm tu...tu, nak bawak pulak budaya tu kat sini....bodoss punya orang..

wake up PAS!!!wake up!!!

kita gegarkan MALAYA pilihanraya nnti...

Anonymous said...

Dah memang nyata menteri menteri yg ada dalam kerajaan BN sekarang semuanya banggang!

Anonymous said...

Sayangnya komen2 yang menggunakan perkataan 'bangang',ataupun tuduhan2 'mereka tak takutkan tuhan', yang menyebabkan sokongan kepada PAS tidak banyak, malah mungkin merosot.
Sebagai ahli dalam satu sistem demokrasi, walaupun mungkin bukan demokrasi tulen, kita harus menunjukkan sikap demokrasi. Komen perlulah berdasarkan fakta. Ahli politik, walau sehebat Husam sekalipun, mungkin adakalanya keciciran fakta. Beliaupun bukannya dalam kabinet. Namun inisiatif beliau mencari fakta itu yg harus dicontohi. Tidak bijak jika kita menggunakan fakta yg dipersembahkan oleh Husam untuk menghalalkan carutan kita terhadap orang.

Anonymous said...

tak salah nak menegur orang lain..tapi janganlah libatkan sentimen politik dan fakta yang tidak diketahui hujung pangkalnya.Pas bagus untuk menjadi parti pembangkang yang baik tapi tidak cukup untuk menarik minat golongan berpendidikan tinggi dan profesional secara menyeluruh kerana ahlinya lebih kepada ceramah mengutuk daripada ceramah menegur.Bertakbir tidak cukup utk mengembalikan kegemilangan uthmaniyah dan abbasiyah.Kita kena ade bijak pandai utk buat
senjata,bom dan teknologi yang canggih.Kalau setakat ceramah mengutuk saya rasa pas tak ke mana.