Monday, October 02, 2006

Abdullah kesayangan Lee Kuan Yew?

Pertikaian mengenai kenyataan Lee Kuan Yew berunsur hasutan perkauman yang ditujukan kepada Malaysia dan Indonesia berakhir dengan tanda kasih sayang yang mendalam Singapura terhadap Perdana Menteri kita.

Surat Abdullah meminta penjelasan Lee, mendapat jawapan yang mengandungi hasrat yang tersurat dan tersirat.

Utusan Malaysia melaporkan;

“Saya minta maaf kerana apa yang saya katakan telah menyebabkan ketidakselesaan. Selepas sedekad hubungan bermasalah dengan pemimpin sebelum anda, perkara seperti ini tidak diingini langsung,” katanya dalam suratnya bertarikh 29 September yang diserahkan ke pejabat Abdullah di Putrajaya oleh Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia T. Jasudasen hari ini.

Kuan Yew juga mengambil kesempatan menyentuh mengenai pembinaan jambatan bengkok dalam suratnya itu.

Hasrat tersirat amat jelas, Singapura amat selesa dengan Perdana Menteri kita sekarang.

Adakah keselesaan Singapura itu hasil dasar penjualan asset Negara, Singapore First, yang kita amalkan sekarang?

Dengan jatuhnya Thaksin berpunca dari Singapore factor, adakah kenyataan Kuan Yew itu dapat mengukuhkan penghormatan rakyat Malaysia terhadap Abdullah sepanjang isu terlepasnya kepentingan Malaysia kepada Singapura tanpa satu penyusunan yang strategik?

Penjualan asset Negara kita kepada jiran culas kita itu lebih berbentuk untuk mendapat komisyen segera dari susunan strategik kepentingan jangka panjang.

Siapa pun akan bersyukur mendapat pemimpin Negara jiran yang mudah berkira dan menguntungkan mereka.

12 comments:

Anonymous said...

minta u bukak Blog pasal Harga minyak dunia dah jatuh.. why kerajaan tak turunkan lagik.. pembangkang please bagi tekanan pada dia orang jangan sepi jer.. harga minyak dunia dah turun bawah USD60 setong!!!!

Anonymous said...

tanda hampir pilihan raya?

basiron abdul wahab said...

Setuju dengan pandangan Dato' mengenai surat yang dikatakan Lee Kuan Yew mohon maaf. Bagi saya mahu pun Abdullah mahu Najib keduanya bukanlah tandingan menteri Mentor Singapura itu, kedua-duanya tidak mempunyai keupayaan untuk bertegas dengan Singapura. Nampaknya Umno kenalah mencari tokoh lain yang berani mengatakan 'tidak ' kepada Singapura dalam pelbagai isu membabitkan kedua-dua negara.

Anonymous said...

sekiranya UMNO sudah tiada tokoh yang berkaliber (pak lah dan najib sudah tidak layak) siapakah lagi yang ada dalam UMNO selepas PRU ke 12 agak2nya?

UMNO sudah ketandusan pimpinan!

isem

Anonymous said...

Apa yang kita nak hairankan, Paklah telah membuka ruang Malaysia seluas-luasnya kepada Singapor.Paklah pula TIDAK berani menongkah arus untuk berdepan dengan karenah Singapor.Sebab itulah paklah di sayangi masakan brendan bolih menjadi orang kuat NST.

Anonymous said...

dolah terkena lagi! banyak komen pasal dolah boleh dilihat di sini

http://www.blogger.com/comment.g?blogID=28452020&postID=115985194060055331

dolah tak mengenal HAD dan HARI! slalu saja "kena"!

basiron abdul wahab said...

Jenguk-jenguklah blog ambo....

dhuat79 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
dhuat79 said...

Tahniah di atas usaha blogging ini.
Moga rapat dengan masyarakat.

Anonymous said...

Sejak dulu lagi saya tidak mempunyai keyakinan ke atas Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dia tidak memiliki ramuan sebagai seorang Perdana Menteri. He is just not PM material!! TDM sebagai PM Malaysia selama 22 tahun telah mewujudkan satu benchmark yang terlalu tinggi dan sukar dicapai oleh orang seperti Pak Lah. Nasihat saya, akuilah kelemahan diri dan letak jawatan. Janganlah terus terusan menegakkan benang yang basah. Kelemahan anda terlalu ketara. Demi maruah negara, bangsa dan agama, pilihlah jalan terbaik. Letak jawatan aje.

Anonymous said...

tuan, agak-agaknya siapakah tokoh yang berani itu.

apakah ia membawa konotasi tokoh yang sebelum ini atau tokoh yang baru?

:)

Anonymous said...

Kalau setakant Pak Lah dan Najib, alaah, LKY ratah aje!
Yg LKY paling takut Menteri sewaktu Singapura masih jadi anggota Malaysia ialah Tun Dr> Ismail. Kalau tidak kerana Tunku AR, Tun Dr Ismail sudah penjarakan LKY dibawah akta ISA. Sebabitu LKY panas dan cepat cepat suruh Tnnku bebaskan Singapura dari Malaysia.
Pandai pandai LKY ada juga bodohnya.