Sebulan dua ini, segalanya berbau perkauman.
Sesama kerabat BN pun bahasa yang dilafazkan adalah bahasa perkauman.
BN sendiri telah membuktikan, dasar harmoni kaum yang mereka pamerkan selama ini hanyalah untuk tontonan sementara semata-mata. Sebenarnya, seperti kata Presiden Gerakan, masing-masing memasang mimpi yang berbeza walaupun sudah lama bersekelambu dan satu selimut.
Trend ini membimbangkan. Sekaligus, asas perkauman yang didokong oleh parti-parti komponen BN berketuakan UMNO tidak membawa ke arah integrasi yang sejati di kalangan rakyat pelbagai kaum di Negara kita.
Ini, pada saya, adalah kegagalan lebih besar dan jauh lebih parah, dari angka-angka penguasaan ekonomi yang dipertikaikan itu.
Monday, October 16, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment