Monday, October 16, 2006

Soalnya, kenapa gagal?

Soal yang lebih pokok dalam isu ini, pada pendapat saya, ada dua.

Pertama, mengapa gagal?

Kedua, jika UMNO ternyata gagal, apa perlunya orang Melayu terus menyokong UMNO?

Jika kita menerima statistik yang diberikan oleh Kerajaan adalah benar, kita dengan sendirinya terpaksa menerima hakikat bahawa UMNO telah gagal.

Tugas kita sekarang ialah menyemak mengapa ia gagal.

Oleh kerana pendekatan UMNO bagi mencapai matlamat penguasaan ekonomi Bumiputera selama ini telah diakui sendiri oleh UMNO sebagai gagal, tidak mungkin UMNO akan berjaya pada masa depan selagi pendekatan UMNO tidak berubah.

Sebagai orang Melayu bukan UMNO, pada saya, sebab terbesar UMNO gagal ialah kerana diskriminasi politik yang diamalkan oleh UMNO ke atas orang Melayu sendiri. Diskriminasi ke atas Melayu bukan UMNO.

Dasar ini menghasilkan dasar sempit UMNOPutera. Bahawa orang Melayu UMNO saja layak diberikan peluang ekonomi, lazimnya melalui jalan pintas yang kemudiannya menghasilkan fenomena kronisma dan nepotisma yang dahsyat.

Entity milik kerajaan diswastakan kepada insan terpilih dan selepas mereka menghisap segala kekayaan melalui syarikat yang diserahkan kepada mereka, kerajaan diminta menyelamatkan syarikat-syarikat ini.

Kekayaan pintas ini lah yang menjadi tumpuan UMNO sedangkan majority Bumiputera yang lain terkial-kial di takuk lama.

UMNO perlu mempertahankan angka 18% itu untuk mereka teruskan amalan kronisma dalam pembahagian kekayaan Negara di masa depan. Itu yang penting bagi UMNO.

4 comments:

Anonymous said...

saya kagum dengan pandangan jauh saudara yang dapat melihat apa yang terselindung di sebalik isu ini. apabila umno terus mempertahankan ekuiti bumiputera hanyalah 18%, saya percaya rakyat (khususnya melayu) memandang umno sebagai pembela kerana seolah2 umno ingin menolong lagi orang2 melayu. sedangkan hakikatnya, tidak.

Anonymous said...

Dari safiansab,UIA......

I am going to give a fair judgement which is very rational by using al-mutawassith approach between BN and ASLI on the issue of 18 vs 45. Dengan ini saya harap BN tidak payahlah melatah macam nenek dan ASLI tak payahlah terkejut macam beruk. Kita gunapakai sifir budak sekolah darjah satu: 18+45 = 63 , kemudian 63 dibahagi dengan 2, jawabnya ialah 31.5 .....

Ok! Kalau secara puratanya kita dapati ekuiti ekonomi bumiputera
sudah pun mensasarkan melebihi angka 30%, itu sudah banyak baik. Kita termasuklah pemimpin UMNO patut berbangga dengan pencapaian itu. Tidak payahlah kita analisiskan dia punya breakdown figures, kroni punya ke, korporat kroni ke, atau kroni punya kroni punya korporat. Yang pentingnya bumiputera sudah berjaya!

Yang hairannya kenapa pemimpin BN langsung tidak boleh terima fakta yang agihan ekuiti sudahpun ada anjakan positif, atau bertambah banyak kemajuan dibandingkan dari 30 tahun dulu. Janganlah salahkan ASLI, konon ASLI tidak pandai calculate; dan terus membuat affirmative action
kepada kerajaan, kononya kerajaan BN memang pandai calculate.
ASLI sudah tentu gunakan uslub dan kepakaran kajiannya (mungkin ada sedikit kelemahan @ minus-factor).Kerajaan BN pula pun gunakan metodologi dan kepakaran juga (mungkin ada sedikit kelemahan @minus-factor).

Kita pakai simple algebra: Ekuiti ekonomi bumiputera bersamaan dengan
Purata kepada kajian ASLI less minus-factor dan kajian kerajan less minus-factor.

Dengan ini saya berharap kerajaan janganlah bulat-bulat nafikan terus
'the findings'oleh pihak ASLI. Kerajaan sekurang-kurangnya terimalah peratusan ekuiti baru ini iaitu 31.5% selepas mengambil kira semua kelemahan dari semua pihak.

Anonymous said...

Salam perjuangan...
Saya berminat untuk menulis dari angel yang berlainan selari dengan pandangan independent selaku mahasiswa negara. YB Husam begitu fokus terhadap pelaksanaan dan kesan DEB yang dilihat terlalu kasihan dan amat menyedihkan bangsa Melayu umumnya. Namun, jika dilihat daripada kronologi isu tersebut seolah-olah terdapat satu gerakan sistematik yang ingin menjatuhkan ketuanan Melayu Islam di Malayasia oleh 'tangan-tangan jijik' yang amat iri hati terhadap keharmonian negara. Jika diperhatikan bermula drp isu IFC & Murtad, Gerakan & Melayu Pulau Pinang,then isu Ucapan Khairy, disambung pula dengan Peruntukan SRJKC yang ditimbulkan oleh Tmb Menteri KPT dan yang terakhir isu Lee Kuan Yu sebelum Ekuiti Melayu diperdebatkan. Depends on this situation, kesimpulan yg boleh kita buat bahawa UMNO tersepit antara prinsip BN dan perjuangan 'Hidup Melayu'nya. Akibat diserang internationally mahupun nationally, Pak Lah hanya mampu membisu sbg jawapan bg persoalan yang ditimbulkan. Selaku anak Malaysia,persoalan pokok perlu diperdebatkan secara bijaksana. Saya suka melihat cara YB salehudin selaku MP Kubang Kerian yang dilihat lebih jantan dalam mempertahankan tanah Air berbanding Pemimpin Melayu Islam lain. Justeru, saya mencadangkan agar satu persidangan khas yang menggabungakn orang Melayu Islam tanpa mengira ideologi perlu diadakan bagi menyelamatkan maruah negara pada masa depan. Satu muhasabah juga wajar ditujukan kepada UMNO yang ternyata gagal dlm membangun bangsa.

Anonymous said...

Perkara pokoknya ialah kenapa sudah sekian lama projek DEB ini dilancarkan, entah bebebebeberapa bilion dana Ringgit Malaysia dan bebebebeberapa banyak juta transactions being done and have been done keluar dan masuk tak henti-henti, tapi hasilnya ia pada takuk....Apa betul ke ni? Kalau seorang budak kampung mulakan business jual goreng pisang tepi jalan, dan selepas 30 tahun dia sudah pasti dan mungkin jadi jutaan
(law of empirical proof & cause and effect).

Masalahnya sekarang, apa punya bodoh punya management yang menguruskan DEB! Tak tahu nak buat planning ke, atau tak tahu nak organize ke, atau tak tahu nak monitor ke! Inilah yang pelik, asalkan ada saja projek termasuk projek mega kalaulah 'melayu' yang menjadi masterplanner dan tukang jadi propeller...ceritanya berakhir dengan sad ending. Tak boleh ke melayu ni ubah sikit perangai, ubah sikit minda, buat satu anjakan paradigma, keluar dari kepompong ulat sutra dan masuk ke dalam lautan samudra dan lihat banyak perkara yang boleh dipelajari dan dimanipulasi dalam ilmu-ilmu yang ada.

Sebenarnya projek ekuiti DEB ini tidak susah, senang saja, saya sendiri seorang diri pun boleh buat dan tak payah pakai banyak-banyak menteri dan mesyuarat beribu-ribu kali. Saya harap kerajaan BN boleh belajar dari petua saya ini yang saya telah belajar dari arwah bapa saya. Caranya begini:
1. Indentify all threats, opportunities, loopholes, shortcomings,strength & weaknesses.
2. Focus directly towards planning, implementing, organizing and monitoring.
3.Gunakan prinsip AMANAH, dan jangan suka ambil kesempatan.
4.Gunakan prinsip TRANSPARENCY, dan jangan suka songlap.
5.Buat kerja dengan bersandarkan TAKWA dan IMAM,

Datuk Husam Musa mungkin setuju dengan petua ini yang diturunkan oleh arwah bapa saya. Tetapi ada pula masalah ke dua, iaitu 'matlamat DEB tak serupa bikin'. Setelah sekian puluhan tahun kerajaan kononnya bersusah payah menolong dan memulih agar projek DEB boleh tercapai, tapi apabila ada ura-ura atau berita tentang matlamat sasar sudah pun tercapai, kenapa tiba-tiba melatah tak mahu sambut berita baik itu. Sekurang-kurangnya katalah alhamdulillah...atau tak sangka boleh sampai juga ya....atau terima kasih, nanti kita kaji lagi kalau-kalau betul ianya sudah melebihi sasar.

Mesti ada rahsia yang jahat di sebalik penafian oleh pemimpin kerajaan BN. RAHSIA itulah yang menjadi penyakit yang sekian lama menular tidak henti-henti sejak dari dulu lagi. Itu sebablah telah saya katakan dari awal-awal lagi melayu itu sebenarnya lemah, tetapi kelemahan ini boleh di'repair',it is not borne but the paradigm can be shifted. We are now trying to erode the embedded vested-interest technology that already being embodied among malay leaders, especially the malay umno leaders, especially the political umno leaders. Wassalam.