Saturday, October 14, 2006

Liatnya harga minyak nak turun, tak seperti cepatnya naik

Harga minyak dunia berada di paras terendah selepas lonjakan tertinggi Julai lalu. Berbanding kadar Julai, USD$ 78.40 dengan kadar sekarang di bawah USD$ 60 setong. Pengurangan sebanyak RM 74 setong.

Walaupun harga minyak diramal naik semula menjelang musim sejuk di Eropah, tapi rakyat berpeluang meringankan sedikit beban hidup jika PM kita boleh menurunkan harga minyak selaras dengan kejatuhan harga minyak dunia, walaupun untuk sebulan dua.

Apa salahnya bila harga minyak dunia turun, minyak kita juga turun.

3 comments:

Anonymous said...

Gitulah BN.

BN = Barang Naik (tak tahu turun)
BN = Bila Naik?
BN = Baru Naik! (Nak Naik lagi tu!)
BN = Berapa Naik?
BN = Banyak Naik.
BN = Banyak Nyaya (Pada Rakyat)
BN = Banyak Naga (tengoklah YB dari Selangor yang bina Istana tu)

OLEH ITU UNDILAH LAGI BN SEKIRANYA ANDA BERHAJAT UNTUK DI NYAYAKAN OLEH NAGA-NAGA YANG BERMAHARAJALELA DALAM BN.

Anonymous said...

Khabarnya Pak Lah minta pemimpin Barat memahami Islam, saya nak tanya Pak Lah dah betul-betul faham Islam ker? Minyak naik menyusahkan rakyat, bila dah harga minyak turun cepat-cepatlah turunkan harga minyak. Kat UK ni 1 litre petrol 83.9 pence sejak harga minyak turun dan masa minyak naik dulu harganya cecah 1 pound tapi tak lah semahal di M'sia kecualilah kalau ikut nasihat Najib, convert kpd RM. Memang nampak mahal lah minyak diUK berbanding dgn M'sia. Tapi tak sepatutnya diconvert. UK dikenali sebagai welfare state, sebenar ini ajaaran Islam, saya rasa drpd sudut Islam Barat amalkan apa yg Islam saran lebih drpd UMNO cuma mereka tak syahadah shj. Bukti lain, di UK ni Tony Blair tak tahan org bwh ISA sampai 6 thn. paling lama 28 hari shj itu pun proses ketat. M'sia sampai 6 thn, tak kan tal selesai siasat lagi. Maaf la YB bercampur aduk komen saya, Geram betul dgn BN ni.Sedang tulis komen ni terdengar Pak Lah cakap dlm TV3, ulas isu kajian ASLI dan komen Gerakan. dia kata "W're here not in the business of cheating people" saya rasa byk dah Pak Lah menipu, YB rasanya ada maklumat lebih byk, tlg ulas sikit.

Unknown said...

Tumpang tanya, 007 agent (data berkenaan dengan kenaikan harga minyak dari tahun 2000 tu dapat dari mana--ada artikel mana2 ka?