Jerebu kita kerana kebakaran hutan di Indonesia?
Lokasi kebakaran atau hot spot memang kebanyakannya terwujud di Indonesia. Tetapi ingat dua perkara ini;
Kebakaran hutan (untuk membuka ladang baru?) juga berlaku di Negara kita. Pada 26 Sep, 25 kebakaran di Sarawak dan 1 di Sabah. Pada 27 Sep, 12 kebakaran di Sarawak. Pada 28 Sep, 10 kebakaran di Sarawak dan 7 d Sabah. Masing-masing satu di Negeri Sembilan,Melaka dan Pahang.
Apa Abdullah lakukan untuk memastikan pembukaan tanah di Sarawak dan Sabah tidak melibatkan pembakaran hutan? Di mana tanggungjawab moral kerajaan BN untuk tidak menyusahkan rakyat menghirup debu setiap tahun kerana kesedaran moral yang rendah ini?
Di Indonesia pula, sudah lama terdapat dakwaan bahawa usaha pembersihan hutan untuk dijadikan ladang dilakukan oleh syarikat-syarikat Malaysia.
Tiba masanya penyiasatan menyeluruh dilakukan dan syarikat-syarikat ini dikenakan hukuman yang berat walaupun pembakaran itu dilakukan di Negara jiran.
Itu belum diambil kira asap lori dan bas yang berkepul-kepul.
Pak Lah, bangunlah! Jangan jadikan udara berasap acara tahunan yang kita sendiri menempahnya.
Thursday, October 05, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment