Tuesday, October 17, 2006

Nik Adli akhirnya hirup udara bebas

Insya allah, raya ini anak-anak Nik Adli dapat bersama ayah mereka, selepas lima tahun masing-masing mereka menanggung rindu.

Difahamkan, besok Nik Adli akan tiba di Kota Bharu sebagai insan merdeka dari kurungan ISA yang panjang.

Kedua-dua Nik Adli dan bapa beliau, Tuan Guru Nik Aziz, patut dikalungkan tahniah kerana masing-masing berjaya membuktikan ketahanan diri yang tinggi. Tidak sedikit usaha dibuat untuk memujuk Tuan Guru menemui pihak tertentu meminta jasa baik membebaskan Nik Adli, samada usaha itu inisiatif peribadi atau sengaja diatur. Tuan Guru dapat bertahan walaupun pembebasan Nik Adli adalah sangat diharapkan.

Nik Adli, khabarnya, dapat bertahan dari desakan dan pujukan untuk akhirnya keluar sebagai manusia terhormat sekalipun tempoh tahanannya memanjang.

Syabas, kedua-dua mereka.

16 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah, terharu ambo dengan pembebasan ini. Tahniah kepada beliau dan keluarga yang berjaya mengharungi tempoh yg penuh derita. Semoga yg lain-lain juga turut dibebaskan. Teruskan perjuangan untuk melenyapkan akta zalim ISA.

Anonymous said...

Bersyukur kita kepada Allah,walaupun kita nampak ianya amak meyiksakan, tetapi ingat ini semua adalah ujian Allah untuk meningkat darjah hambanya disisiNya.

Anonymous said...

Alhamdullilah, akhirnya Nik Azli dibebaskan.Di akhirat nanti Tn. Guru Nik Abdul Aziz boleh tuntut hukuman pada Allah kepada pemimpin-pemimpin dan tali barut mereka yang menginayakan anaknya. Kesabaran mereka sekeluarga dalam mengharumi kekejaman pihak pemerintah dibawah telunjuk pemimpin UMNO sepatutnya menjadi contoh kepada yang lain. ISA mahupun jeriji besi tidak mampu mematahkan semangat pejuang sejati Islam. Semoga Nik Azli akan terus berjuang dan menjadi pemimpin PAS yang terulung di masa depan. Semangat kental yang ada padanya semoga terus bersemarak.

Kekejaman ISA mestilah dihapuskan, hanya mereka yang takut dengan kebangkitan Islam menggunakannya sebagai alasan untuk menahan seseorang tanpa bukti yang kukuh.

Sama-sama kita berjuang melenyapkan ISA dengan memberi sokongan yang padu kepada Pas. Insyallah.

Anonymous said...

Kami sekeluarga sangat gembira dengan berita ini, semoga beliau serta anak isteri dan keluarganya menikmati saat saat bahagia ini dengan penuh kasih sayang.

Anonymous said...

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi atas pembebasan ini, semoga yang lain juga akan dibebaskan. Jangan perjuangan melenyapkan ISA hanya terhenti bila beberapa insan dibebaskan, Kpd Ust Nik Adli saya ucapkan tahniah krn dapat jalani dugaan ini dgn tabah semoga semangat perjuangan akan lebih tinggi selepas ini dan terus bersama perjuangan Islam meneruskan agenda penting iaitu melaksana kerja dakwah serta menegakkan daulah Islamiyyah. Selamat hari raya Eidulfitri, maaf zahir batin

Perantau
UK

Anonymous said...

Syukur Alhamdulillah!Semoga Allah mengurniakan semangat jihad yang berpanjangan kpd Nik Adli & rakan2.Pak Lah masih lagi berdosa kpd Nik Adli,TG Nik Aziz,tahanan2 ISA & seluruh keluarga meraka. Pak Lah WAJIB minta maaf atas keterlanjuan ini dan undang2 rimba ISA WAJIB dihapuskan.
Syabas Nik Adli,TG Nik Aziz & keluarga atas kesabaran & kekentalan anda semua.

Anonymous said...

Al-Hamdulillah....
Akhirnya bebas jugak...

Tapi heran yer?....
Nape wartawan tau pasal pembebasan tahanan ISA, sedangkan (mungkinlah) keluarga di Pulau Melaka tak tau? Sampai isteri Nik Adli heran wartawan 'berkumpul' depan rumah... sejak pagi plak tu....

Adakah Pak Lah (yg tak bape terserLAH tu...) nak tunjuk sifat 'baik hatinya'?...
Sifat 'kemuliaannya'?......

Tapi ingatlah doa org yg dizalimi, insya-ALLAH makbul....

Kes gambar 'pengganas' (muka Nik Adli) di kem PLKN, jgn lupa lawan sampai gambar tersebut terkeluar dari silibus PLKN...

X-suPULAI

Anonymous said...

Saya kini berumur 54 tahun , masa muda amat menyokong kerajaan. Walaupun saya lulusan University semasa muda tetapi kerana dari umrur 12 tahun hanya membaca akhbar pro pemerintah,tanpa membaca lain berita alternatif,saya menjadi penyokong totok pemerintah tanpa dapat melihat kezaliman, penindasan,pembohongan, fitnah dan kezaliman terhadap sesiapa yang membangkang, walaupun di ajar ilmu membangkang yg baik..Bacalah buku dua wajah karya Syed Hussain atau buku karya Said Zahari,buku karya Ahmad Boestamam, anda akan tahu bagaimana siksanya mereka yg dizalimi dibawah ISA.Kalau di zaman pemerintahan ROME,musuh politik dilepaskan agar dibaham singa,siksa dinegara ini untuk penghuni "kemunting"dll mungkin setaraf itu. Selamat sejahtera sdr Nik Adli. Betapa berat anda dan keluarga menaggung azab,semoga Allah membalas kezaliman mereka terhadap sdra di akhirat nanti .dll.

Anonymous said...

Walaupun Nik Azli telah dibebaskan perjuangan menentang kezaliman ISA mesti diteruskan. ISA adalah satu bentuk kekejaman yang digunakan oleh pemerintah yang zalim. Sejarah membuktikan penjara, penyiksaan, ugutan, mahupun apa-apa bentuk penyiksaan psikologi tidak mampu mematahkan semangat juan pejuang tulin. Malah penjara dijadikan tempat untuk mendalami erti sebuah kehidupan, bagi mereka yang "bebas" pada hakikatnya terpenjara, mentaliti dipenjara. Setiap hari kita dihadapkan, dipertonton sesuatu didalam media yang mana messagenya tiada lain untuk menjamin kerajaan yang ada sekarang terus berkuasa, terus menyuburkan rasuah, kehidupan hedonisme, pujaan yang melampau kepada artis, sehingga lalai akan tanggungjawab sebenarnya sebagai seorang manusia. Kejayaan dikaca mata pemerintah BN hari ni adalah lebih kepada kebendaan, inilah sabang hari di war war kan. Kita mahu jadi negara maju. Maju dari erti kata kebendaan. Hakikat sebenarnya kebendaan tidak membawa kebahagiaan, contohnya kes-kes jenayah meningkat, muda mudi tiada pedoman hidup, agama amat asing bagi mereka. Masyarakat Islam Malaysia di bawah UMNO dan BN semakin meninggalkan agama demi pembangunan. Nampaknya Capitalisme telah memang, malah Capitalisme sekarang dianggapa segala-galanya. Lihat di TV, dengar di radio, hampir keseluruhan maklumat yang disampaikan berkaitan dengan capitalisme. Ruangan kemanusian and keagamaan dikesampingkan, tidak sampai 5 peratus.

Inilah product, hasil kerajaan yang membuang agama untuk mengejar kebendaan.

ISA dijadikan alat untuk menyekat pejuang Islam, walaubagaimanapun ia tidak mampu mematahkan semangat waja mereka yang ikhlas berjuang.
Pastikan pilihan raya akan datang kita mampu memberi signal yang kuat kepada PakLah and konco-konco nya kami menentang hala tuju dan pendekatan kamu yang tidak Islamik. Hanya Islam yang mampu melawan kekejaman ISA, capitalism and Hedonism.

Anak kelate
NSW Australia.

Anonymous said...

ana sedang menunggu untuk melihat bagaimana balasan dan janji allah swt terhadap mereka yg melakukan kezaliman pada semua tahanan ISA di dunia ini tanpa sebarang alasan dan menyalahguna kuasa pemerintahan yg diberikan allah swt kepada mereka. sudin@pastipusat.net

Anonymous said...

Alhamdulillah
Semoga tok guru dan keluarga dirahmati Allah.

Anonymous said...

Alhamdulillah
Semoga tok guru dan keluarga dirahmati allah .ameen.fauzi ab kadir kl-rantau panjang kel

Anonymous said...

Hambo dah nampok pembalasan kepada yang menyumbat Nik Adli ke dalam ISA. Orang itu sekarang dijulang oleh orang PAS ... dok pahe hambo ...

dok kesie ko kat Nik Aziz bilo dio ghoyak hatinyo masih terluko kerana kerajaan penjaro ke anok dia tanpa sebab?

Siapa yang penjarakan anak dia? Bukan mahathir ker? Doh tu yg semua pakak2 gi sokong mahathir lo ni, tok pk pasal tok guru ko?

Anonymous said...

Salam aid fitri kpd YB Hj Hussam, saya ingin merakamkan tahniah serta rasa kesyukuran di atas pembebasan Ust Nik Adli. May Allah bless him. Amin.

Anak kelahiran kelantan
United Kingdom

Anonymous said...

Saya berdoa agar Tok guru dan Nik Adli sentiasa redha dengan ketentuannya. Orang zalim tidak kemana semoga Allah memberi mereka hidayah dan petunjuk untuk mengetahui bahawa ISA sememangnya akta zalimdan tidak bertamadun.

Anonymous said...

ISA nama seorang nabi yang akan muncul semula di akhir zaman untuk menyelamatkan ummah...tapi itu sesuatu yang baik tetapi I.S.A ini adalah satu akta yang digunakan untuk suatu game "aku buat takapa engkau buat siap aku kerjakan" ini adalah permainan UMNO yang diwariskan penjajah british kepada manusia yang otaknya dijajah dulu,kini dan selamanya formulanya senang saja pemimpin UMNO boleh buat apa saja Rasuah opps. silap sebut, politik wang atau hadiah lebih manis saya pikir , rogol anak dara orang, bunuh orang dan macam-macam perkara lagi yang aib dan memalukan asalkan tidak menentang presiden parti maka selamatlah hidup mereka ...ah sampai bila mereka akan melakukan perkara baik ? tapi bila pilihanraya menang lagi ..tapi saya rasa elok mereka ini cuba duduk satu malam dalam lokap ISA dan alami bagaimana seksaan yang dilalui oleh mangsa ISA baru mereka bersetuju untuk mansuhkan akta zalim tu.