Wednesday, December 30, 2009

RM 270 Billion: Kertas Putih MOF

Untuk Tun Dr. Mahathir,
(Surat Terbuka)

Tun,

Amat malang sekali PM telah menolak cadangan Tun supaya sebuah Suruhanjaya Diraja menyiasat pengurusan kewangan Tun dan Pak Lah dibentuk.

Alasan Najib sekadar melepas batuk di tangga. Sapu bawah karpet. Kemudian goyang kaki.

Jika Najib seorang PM yang serius melihat pulihnya pengurusan prudent, beliau mesti berbuat sesuatu. Kalau pun enggan menubuhkan Suruhanjaya Diraja.

Menteri Kewangan boleh membentangkan Kertas Putih mengenai ke mana wang minyak RM 270 billion telah dibelanjakan. Tun harus menggerakkan cadangan ini. Paling tidak, Parlimen akan mendapat penjelasan melalui Kertas Putih MOF itu.

Ia mampu dilakukan oleh Kerajaan dan atas prinsip telus dan berakauntable, tidak ada sebab Najib enggan berbuat demikian.

Tentang penggunaan wang RM 270 billion tersebut, memang ada kebenarannya untuk diragui.

Senarai ringkas di bawah sedikit sebanyak boleh memberikan gambaran bagaimana wang itu dibazirkan sesuka hati;

a. Pembatalan kontrak Landasan Berkembar Rawang-Ipoh.
Bayaran ganti rugi kepada DRB-Hicom - RM425mil
b. Pembatalan kontrak Jambatan Kedua Malaysia-Singapura
Bayaran ganti rugi kepada Gerbang Perdana - anggaran awal RM360mil
c. Bayaran ganti rugi kepada operator lebuhraya RM380mil

Compensation to be paid to nine highway concessionaires are as follows

1. Ampang-Ulu Kelang Elevated Highway RM28 million,

2. North South Expressway (Central Link) RM18 million,

3. Seremban-Port Dickson Highway RM178 million,

4. Kulim-Butterworth Highway RM10 million,

5. Malaysia-Singapore Second Link RM6 million,

6. Sprint Highway RM34 million,

7. North Klang Valley Expressway RM9 million, and

8. Penang Bridge RM22 million.

d. RM 500 juta - pembelian bas baru untuk Rapid KL milik Khazanah. 1,000 bas sedia ada terpaksa disadai
e. Kompleks CIQ berharga RM 1 b menjadi gajah putih hasil pembatalan pembinaan Jambatan Kedua.

"The result is that more than RM1 billion has been wasted building the Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) complex (left), foundation works for a new railway station, pilings and preliminary works on the road linking the CIQ to the bridge plus compensation to the contractors because of the cancellation of the projects."

f. Kos pembinaan Landasan Berkembar Rawang- Ipoh, mengikut PAC, meningkat RM 1.43 billion dari harga asal. Mengikut laporan lain, ia meningkat dari RM 2.7 pada Julai 2007 kepada RM4.8 billion pada Mei 2008. Peningkatan 77% dalam tempoh 10 bulan!

g. Pembatalan insinerator Broga - dianggarkan di antara RM 500 juta hingga RM 700 juta untuk bayaran pampasan dan berkaitan.

Angka di atas sahaja dah mencecah RM 5.5 billion!

Sebahagian kos ini berlaku kerana sistem runding terus. Sebahagian, untuk menyediakan peluang perniagaan kepada pihak tertentu semata-mata. Sebahagian kerana bayaran ganti rugi semata-mata.

Siapa patut disalahkan, tidak disentuh di sini. Namun, bagaimana wang yang sangat besar boleh diselamatkan jika Kerajaan cekap dan berhemat.

Saya percaya, Tun mampu mempengaruhi Najib membentangkan Kertas Putih itu pada sidang Parlimen akan datang.

Atau, jika Tun ada cadangan lain bagaimana siasatan dan penjelasan terhadap isu ini boleh dilakukan.

Terima kasih.

Husam Musa
(surat ini akan difakskan ke pejabat Tun M pada 31 Disember 2009)

Monday, December 28, 2009

270 B: MACC kena jumpa Tun M

Cabaran Dr. Mahathir untuk dirinya dan Pak Lah disiasat, wajar disokong.

Angka RM 270 billion yang disebut oleh Dr. Mahathir amat besar.

Benar atau tidak Pak Lah telah menyalahgunakan wang ini, amat perlu ditentukan. Siasatan adalah langkah adil untuk semua pihak.

Kalau nanti siasatan itu membuktikan Pak Lah tidak bersalah seperti disangka, ia baik untuk Pak Lah. Maruahnya dapat dipulihkan.

Selama menjadi PM, jarang Dr. Mahathir boleh bersetuju dengan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja. Bila Dr. M berseuju, menunjukkan isu ini amat besar dan penting.

Jika syarat Dr. M hanya satu: supaya beliau dan Abdullah kedua-dua disiasat bersama, tidak ada sebab rakyat Malaysia tidak boleh bersetuju. Bahkan syarat ini munasabah, patut dan wajar. Sekurang-kurang, Dr. M berteman.

Saya yakin Dr. M mempunyai info sahih bila ia bersuara.

Jika MACC dan mana-mana badan siasatan sedia ada cekap, mereka patut menemui Dr. M sekarang juga sekalipun Suruhanjaya belum terbentuk. Tugas MACC tidak mengenal masa. Bahkan PAC juga patut bersidang dan meneliti isu ini.

Mengapa MACC tidak menemubual D. M? Mungkin beliau mempunyai maklumat terpilih. Jika tidak, masakan beliau terus-terusan menekankan isu ini. Gagalnya MACC mengambil sebarang tindakan tidak boleh difahami.

PM pula, sama seperti Pak Lah, mengambil sikap biar lilin padam sendiri.

Pasif bukan penyelesaian.

Dr. M sendiri sudah bersetuju. Diamnya PM bermakna cuai melaksanakan public dutynya melindungi kepentingan negara.

Cakaplah sesuatu. Setuju kata setuju. Kalau tak setuju, kenapa tak setuju?

Kalau tuan hak sudah bersetuju, apa pula Kerajaan tak bersetuju?

Pak Lah juga patut bersetuju supaya nama baiknya boleh dibersihkan dan beliau bertindak berani kerana benar.

Tinggal lagi, siapa patut mengambil inisiatif menjayakan hasrat murni ini?

Malaysia atau diri

Malaysia mungkin dikenakan sanction atas penjualan enjin pesawat secara gelap. Kesan kepada ekonomi dan negara kita secara keseluruhan tentu amat besar. Kenyataan Balasubraniam yang tersebar menerusi internet mengenai isu PM-Altantuya, amat menjejaskan dan belum nampak formula mengatasinya. Imej Kerajaan kita terjejas teruk. PKFZ dan lubang hitam terbesar yang ditinggalkannya tak mungkin dapat ditutup dalam tempoh dekat. Hampir tumbangnya kerajaan pimpinan Najib gara-gara MP BN tuang sidang Parlimen semasa undian, tentulah menggerikan penyokong BN.

Lebih menakutkan kekurangan solid vote untuk Najib itu memang direstui oleh MP BN itu sendiri kerana dah malas.
Di peringkat antarabangsa, kita nampaknya belum mencapai standing terhormat seperti dulu.

Kerajaan seakan nampak tidak solid. Isu BTN sahaja, pimpinan utama berbelah bagi. Enjin jet, seakan terbahagi dua antara ingin mendedahkan dan ingin mendiamkan.

PM mungkin mengikuti jejak Pak Lah. Lebih banyak berdiam dari memberikan respon segera. PM seakan terpisah dari realiti. Beliau lebih memberi fokus terhadap agenda yang hendak ditonjolkan yang dirangka oleh penasihat strategik beliau dan pasif terhadap isu sebenar yang berbangkit saban hari. Beliau articulative ketika membincangkan agenda utopia rangkaan kumpulan penasihat dan seakan membiarkan isu sebenar bergerak sendiri.

Dalam setengah hal, kita mengulangi keadaan seakan kerajaan dipandu secara auto pilot dalam urusan seharian kerana pimpinan sibuk menyiapkan gagasan utopia untuk dijadikan gula-gula. Banyak keadaan terkunci pada mode lama, termasuk SOP urusan diplomatik dan luar negara.

Belum dibincangkan susunan parti-parti komponen.

Keadaan nampaknya kritikal.

Peluang untuk rencana perubahan mengambil tempat lebih kukuh terbuka luas.

Asal pemain-pemain agenda perubahan tidak pula terperangkap dengan isu dalaman yang tidak mustahak. Kemucut-kemucut sekalipun, jika tidak diurus, boleh menghilangkan fokus dan menjadi kulit pisang yang licin dan membahayakan.

Konsep berkerajaan yang baik ialah pengasingan antara family matters dan state matters. Bukan sahaja legally, tetapi juga morally.

PAS - satu masa dulu pernah digelar Parti Asri Sekeluarga - kerana pemegang beberapa jawatan tinggi ada kaitan keluarga dengan Presiden PAS waktu itu, Datuk Asri. Serangan sedemikian ketika PAS berdepan dengan krisis politik pada waktu itu, merugikan PAS dan menjadi modal lawan yang berkesan sekali.

Antara isu yang sukar ditepis oleh Dr. Mahathir ialah penglibatan anak-anaknya dalam perniagaan. Isu bail out syarikat kapal Mirzan oleh Petronas kekal dibangkitkan sampai ke hari ini. Anaknya yang lain, Mokhzani akhirnya membuat pengumuman berundur dari dunia korporat apabila menjadi sasaran serangan dan digunakan sebagai bukti amalan kronisma Mahathir sekitar awal 1990an.

Abdullah Badawi sangat popular sebelum isu anak dan menantunya muncul dalam kehidupan politik beliau. Beliau berjaya membawa UMNO/BN menang paling besar dalam sejarah politik negara pada tahun 2004.

Selepas riak dan alpa dengan kemenangan besar itulah, isu penglibatan perniagaan syarikat anaknya, Scomi mula menikam politik beliau. Ditambah dengan penglibatan ekonomi dan politik KJ, Abdullah akhirnya kecundang dalam masa yang sangat singkat.

Anak dan menantu atau keluarganya, gagal mempertahankan beliau. KJ telah berkhidmat secara langsung dengan Pak Lah melalui jawatan di Tingkat Empat, yang tak lama kemudian ditentang hebat termasuk oleh ahli UMNO sendiri.

KJ kemudian memperolehi saham ECM Libra, yang menjadi isu hangat.

Sekalipun KJ melepaskan jawatannya di Tingkat Empat dan menjual sahamnya dalam ECM Libra, namun Pak Lah terus dikaitkan dengan KJ dan anaknya Kamaludin dalam banyak perkara.

KJ berada di belakang semua keputusan Pak Lah - dalam minda hampir semua orang.

Namun, politik Malaysia memandang serong politik keluarga seperti ini. Kemenangan besar tahun 2004 tidak berulang. Isu-isu keluarga antara penyumbang kepada tumbangnya Pak Lah selepas pilihanraya 2008.

Dihimpit antara kritikalnya kedudukan negara dan sedikit sebanyak gangguan dalaman yang wujud, peliharalah integriti pemimpin-pemimpin kita dengan anggota keluarga tidak merasa diri mereka adalah stake holder yang lebih penting dari pihak yang dipilih oleh rakyat secara yang sah.

Dilihat dari sirah Rasulullah, ada keadaan-keadaan di mana anggota keluarga memberikan pandangan atau diminta pandangan dalam pelbagai isu. Namun, keputusan akhir adalah di tangan Rasulullah s.a.w dan isu-isu itu pula bukan berbentuk monetary gain atau percaturan politik keluarga tetapi lebih kepada public interest.

A'isyah memberi pendapat kepada suami baginda bahawa ayahandanya Abu Bakar seorang yang penghiba dan tidak perlu dilantik menggantikan Rasulullah sebagai imam solat yang dikira penting. Rasulullah s.a.w meneruskan hasrat baginda. A'isyah memberikan pandangan itu atas kepentingan awam dan bukan untuk kepentingan dirinya sendiri.

Salah seorang isteri Rasulullah memberikan idea Rasulullah mesti memulakan tahalullul sebagai penyelesaian terhadap keengganan sesetengah sahabat menerima terma perjanjian Hudaibiyyah dan idea ini diterima dan berjaya.

Namun, sampai kepada isu monetary gain, rule of law dan isu governance yang lain, Rasulullah mengambil sikap menjunjung prinsip pemisahan itu mengatasi hubungan kekeluargaan. Baginda sampai berkata, kalau anaknya sendiri didapai melakukan jenayah, hukuman sepatutnya akan dikenakan dan ia akan dilakukukan oleh baginda sendiri.

Batas inilah yang perlu dipelihara ketika madsyarakat sedang tertunggukan kebangkitan yang solid tanpa kecelaruan sedangkan kecelaruan tersebut boleh dielakkan.






Sampai

Wednesday, December 23, 2009

Keberanian Ahmad Said Akan Selamatkan Negara

Saya terpegun dengan keberanian MB Terengganu.

Saman Kerajaan Terengganu yang difailkan ke atas Petronas untut menuntut bayaran royalti tak akan ditarik balik. Saman itu difailkan oleh Kerajaan PAS dulu. Bayaran royalti hendaklah dibuat kepada Kerajaan Negeri secara langsung. Bahkan sebahagian wang royalti yang telah digunakan oleh Kerajaan Pusat sejak tahun 2000 dituntut semula. Ia berjumlah RM 2.79 billion mengikut kiraan Kerajaan Terengganu dan Kerajaan Pusat melalui Kementerian Kewangan telah akur pada tuntutan Kerajaan Negeri. Jumlah sahaja yang berbeza. Dari segi konsep, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan sendiri telah bersetuju wang itu mesti dipulangkan semula. Jumlah yang dipersetujui dipulangkan ialah RM 1.686. Bakinya minta 'dihalalkan'. Ahmad Said berkeras jumlah penuh RM 2.79 billion mesti dipulangkan.

Tidak mudah bagi seorang MB yang sama parti dengan PM dan Kerajaan Pusat mempunyai pendirian yang demikian jelas berbeza. Ahmad Said berani tidak bersetuju dengan Kerajaan Pusat. Ahmad Said berani mengekalkan pendirian Kerajaan Terengganu bahawa royalti adalah royalti dan ia tidak boleh 'dicuri' sebahagian untuk digunapakai sebagai wang ehsan.

Dalam keadaan biasa, PM boleh menukar MB seperti itu. Namun, Ahmad Said berani angkat kepala dan berkata tidak.

Ahmad Said dengan bijaknya menggunakan flatform Sidang DUN untuk menyatakan pendirian Kerajaan Terengganu dalam isu ini. Ia pernyataan terbuka. Ulasannya terperinci. Tuntutan-tuntutan Terengganu adalah jelas.

Kita boleh memahami tuntutan Ahmad Said itu disokong oleh kehendak sebenar undang-undang. Kerana itu Ahmad Said boleh bertegas dan Kementerian Kewangan terpaksa akur. Dari segi politik, Ahmad Said sanggup menanggung risiko.

Implikasi keberanian dan ketegasan Ahmad Said itu sangat meluas dan besar kesannya.

Dakwaan Kerajaan Pusat bahawa Terengganu sama seperti Kelantan, tidak layak mendapatkan royalti, tertolak dengan begitu jelas. Kalau Terengganu telah dibayar royalti sampai sekarang, cuma jumlahnya sahaja yang dipertikaikan, Kelantan dengan sendirinya juga layak! Kerajaan Pusat tidak dapat berbohong lagi.

Kedua, dari segi akaunting, memang jelas bermasalah dan dalam jangka panjang akan membebankan Kerajaan Pusat. Segala perberlanjaan atas nama wang ehsan tidak dikira telah menyelesaikan masalah. Kerajaan Pusat terpaksa dua kali berbelanja. Royalti tetap perlu dijelaskan dan segala perbelanjaan atas nama wang ehsan dikira hangus begitu sahaja.

Apa untungnya untuk Kerajaan Pusat berbuat demikian? Kehendak perjanjian dan undang-undang akhirnya akan memerangkap Kerajaan Pusat.

Terengganu sekarang sebaris dengan Kelantan - agenda perjuangan yang sama dalam isu ini, berdepan kerenah Kerajaan Pusat yang sama. Kerajaan Pusat yang telah meletakkan perhitungan politik jangka pendek mengatasi kewajipan undang-undang.

Nampaknya, Kelantan telah mendapat teman yang banyak akan membantu. Mustajabnya permintaan dalam solat hajat kadang-kadang datang dalam bentuk yang berbagai-bagai. Saya merasa amat bersyukur.

Tentunya saya berterima kasih kepada YB Dato' Seri Presiden PAS yang telah mengemukakan pertanyaan sehinggan membolehkan Ahmad Said memberikan penjelasan.

Terima kasih juga pada NST dan Sinar Harian , antara media (setahu saya) yang melaporkan isu ini hari ini.

NST
http://www.nst.com.my/articles/21los/Article/index_html

Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story6247307.asp

Terengganu say 'No' to low offer of RM1.7b oil royalty

'No' to low offer of RM1.7b oil royalty

NST Online - 2009/12/24


THE Terengganu government has turned down an offer of RM1.686 billion in oil royalty payment from the Federal Government as the state administration insists it has the right to a higher amount.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said said the quantum the state government believed it deserved to be paid is RM2.79 billion, the balance of the funds the Federal Government spent on various projects using Terengganu oil royalties between 2000 and this year.

He said the offer was made by the Finance Ministry at their last meeting on petroleum royalty issue chaired by the Treasury secretary-general on Aug 18 in Kuala Terengganu.

He said the differing stands of the state and Federal Government on the amount of oil royalties to be paid had prolonged discussions between the two sides.

"There is a need for the Federal Government to return the rights of the Terengganu people based on the original agreement (on oil royalties)."

He said this in reply to a supplementary question from Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Rhu Rendang) who wanted to know the achievement of the state government in negotiating for the return of oil royalties to Terengganu.

Hadi, in his original question, had asked for the state government to outline the latest development with regards to oil royalty payment to Terengganu.

Ahmad said the Federal Government put up several proposals, which the state government had disagreed to, resulting in the delay in getting back the oil royalty payment.

He said meetings with the Federal Government started soon after he was appointed menteri besar, with their first official discussion on Sept 16 last year.

There were three principles the state, federal governments and Petronas had agreed to raise in their discussions.

He said the three parties agreed that Petronas should pay the royalties directly to Terengganu, that all payments made by Petronas to the Federal Government between 2000 and this year be considered as oil royalties to Terengganu and for the state government to drop its suit against Petronas.

"The state government will not sign any agreement or drop its court case until it is satisfied that all rights and interests of the Terengganu people with regards to the oil royalty are clearly spelt out."

At the Aug 18 meeting, Ahmad said the Treasury disclosed it had received RM15.847 billion from Pe-tronas between 2000 and March this year, but had disbursed RM16.576 billion.

Of that amount, RM14.89 billion had been spent in Terengganu for the state budget, state Special Funds Action Council and special programmes, such as those for Islamic Civilisation Park and Pulau Duyong development.

He said the funds were also used for projects carried out by various ministries and housing programmes spearheaded by the National Housing Company (SPNB) in Terengganu.


"During that period, the funds were used to finance other programmes in other states and to build houses by SPNB outside Terengganu. This amounted to RM1.686 billion.

"The Treasury agreed in principle to return to us only RM1.686 billion for its expenditures in other states. We do not agree to this amount and this resulted in a long-drawn out discussion as the Finance Ministry refuses to back down from its decision."

Sunday, December 20, 2009

Mustafa Anti Kelantan?

Datuk Mustafa Muhammad seakan bukan anak Kelantan. Sejak hari pertama tuntutan minyak berbangkit, jalur yang diambil oleh beliau ialah cuba menidakkannya.

Belum pun jelas duduk perkara, beliau antara yang pertama membuat kenyataan: di peraiaran Kelantan, petroleum tidak ada. Tak lama, beralih kepada bertindeh dengan orang lain. Kemudian, hanya layak wang ehsan. Sekarang, seperti dilaporkan oleh Utusan Online petang ini, tidak mudah untuk Petronas nak kira jumlah bahagian Kelantan.

Sebagai Menteri Pusat anak Kelantan, dengan maklumat lebih terbuka sebagai Menteri, beliau sepatutnya yang pertama bersuara Kelantan terhak kepada apa jua nama bayaran bagi pengeluaran petroleum di perairan negeri ini. Itu tidak terjadi.

Mungkin hasrat hatinya kekayaan bumi Kelantan biar tertutup begitu sahaja. Terlalu terang hasrat hatinya untuk menyukarkan keadaan, bukan memudahkannya.

Hari ini beliau bercakap lagi mengenai Kelantan hanya layak untuk wang ehsan. Kelantan juga kata beliau, tidak layak untuk pengeuaran di kawasan JDA. Penggunaan wang ehsan nanti pula seratus peratus budi bicara Kerajaan Pusat.

Tengku Razaleigh yang juga ahli UMNO dan datang dari Kelantan, berbeza sekali sikapnya dengan Mustafa. Sama parti sama negeri, kenapa ada dua pandangan berbeza?

Pandangan siapa lebih betul? Datuk Mustafa yang kini menguruskan AP yang boleh membawa kekayaan segera kepada sesiapa yang mendapatnya atau Ku Li yang turut menjadi arkitek pembangunan petroleum pertama negara kita?

Mengapa tidak Datuk Mustafa memanggil sidang Badan Perhubungan UMNO Kelantan untuk menetapkan pendirian bersama UMNO Kelantan? Jemput bersama Ku Li sebagai Ketua UMNO Gua Musang untuk memberikan pandangannya.

Kenapa tidak diambil pendekatan pro rakyat Kelantan dan bukan pro penindasan dan buli yang telah menjadi trade mark UMNO sekian lama?

Ini abad 21. Abad maklumat dan abad pemikiran kritikal.

Datuk Mustafa masih dengan sikap lama yang tidak produktif.

Tanya dulu berapa medan gas atau minyak yang wujud di perairan Kelantan.

Jika PM menyebut Kelantan akan mendapat wang ehsan dari medan Bumi Selatan di Parlimen baru-baru ini, Bumi Selatan merujuk kepada konsesi CS Mutiara meliputi;

Bunga Kamelia dijumpai pada November 2003
Bunga Zetung dijumpai pada Julai 2004
Bunga Angerik dijumpai pada November 2004
Bumi Selatan dijumpai pada Februari 2005
Bunga Kesumba dijumpai pada Februari 2005

Ia bukan secupak dua cupak. Berapa reservenya, biarlah Menteri seperti Datuk Mustafa mengumumkannya tetapi jangan pula ingat orang lain tak tahu.

Di kiri dan kanan konsensi CS Mutiara ini ada pula medan seperti Bergading, Ular, Gajah, Bunga Dahlia, Bunga Melati dan Damar.

Reserve Bergading sahaja rasanya melebihi 120 juta tong. Damar pula hanya 68 batu dari pantai Negeri Datuk Mustafa.

Sebagai Menteri Pusat tak terasakah di hati Datuk Mustafa bagi berusaha mendaratkan gas dan condesate ini ke negeri sendiri?

Dengan satu pipe line utama, medan-medan ini boleh dihubungkan dengan pipe line cabang dan dengan jarak yang begitu hampir, ia boleh didaratkan di Kelantan sendiri. Jika itu berlaku, satu katalis besar untuk ekonomi Kelantan.

Jika dikatakan bertindeh menghilangkan kelayakan royalti, mengapa untuk kawasan CAA yang bertindeh antara Vietnam dan Terengganu, Terengganu dibayar royalti?

JIka selama ini Terengganu layak, kenapa Kelantan yang turut bertindeh dengan Vietnam di bahagian utara CAA tidak berhak menerimanya? Sekurang-kurang bagi Medan Bunga Pakma dan Bunga Orkid, Kerajaan Pusat terhutang kepada Kelantan beratus juta. Difahamkan Kerajaan Pusat telah menerima USD 700 juta dari kawasan ini selama ini.

Begitu juga dengan kawasan JDA. Ia berada dalam perairan Kelantan dan Akta JDA 1990 langsung tidak menidakkan kawasan itu berada dalam perairan Kelantan lama sebelum Kelantan menyertai Malaysia. Tidak juga Akta itu menjadikan kawasan ini wilayah eksklusif yang terkeluar dari kedaulatan negara kita. JDA hanya satu corporation yang diberi kuasa untuk mengolah pengeluaran petroleum secara bersama dengan Thailand dan bertanggunjawab membayar royalti seperti tercatat dalam Akta itu.

Hanya niat buruk untuk mempastikan Kelantan terus miskin sahaja alasan sebenar penafian ini. Difahamkan, bagi kawasan JDA, MTJDA telah menghulurkan USD 200 juta sebagai royalti kepada Kerajan Pusat. Untuk tahun 2010, ia meningkat kepada RM 800 juta. Mana bahagian Kelantan?

Bagi medan Bintang yang bertindeh antara Kelantan dan Terengganu, sudah tentu Kelantan juga layak terhadap sebahagian royaltinya. Difahamkan Petronas telah membayar RM 10 billion sebagai royalti kepada Kerajaan Persekutuan bagi medan ini. Jika Kelantan dibayar tunggakan satu pertiga sahaja dari medan Bintang, ia sudah berjumlah RM 3.3 billion!

Tiba masanya untuk Kerajaan Pusat lebih telus dan lebih bersemangat kekeluargaan. Selain adil, saksama dan bersetia dengan perjanjian.

Bukan sahaja Allah tidak sukakan perjanjian diengkari, tetapi juga makhluk yang bermaruah tidak dapat menerimanya.

Mengapa tidak Datuk Mustafa menjadi hero rakyat Kelantan dengan memulakan perbincangan dan perundingan dengan Kerajaan Negeri?

Kemudian, memberikan hak kepada yang berhak, apa lagi untuk negeri tumpah darah beliau juga.

Saturday, December 19, 2009

Konvensyen Pakatan: Malaysia hampiri perubahan

Nampak jelas Utusan melalui tulisan Zul Bakar hari ini, yang tentunya menggambarkan UMNO juga,begitu cemas dan gentar bila Pakatan Rakyat semalam mengambil bentuk yang lebih konkrit dan konstruktif.

Di luar jangkaan dan agenda pecah belah Utusan, Pakatan Rakyat melalui satu perhimpunan besar yang bersejarah, keluar dengan persepakatan polisi utama, termasuk kedudukan Bahasa Melayu dan Agama Islam, yang menjadi peluru Utusan membakar sentimen pengundi Melayu terhadap Pakatan selama ini.

Pakatan kini, dari segi susanan ras, sudah at par dengan BN. Halangan mental yang cuma dibina sebelum ini ke atas Pakatan ialah ketidakselarian pendirian terhadap isu-isu kaum, agama dan kedudukan Perlembagaan. Kini, dengan persepakatan polisi Pakatan, Pakatan muncul lebih meyakinkan dari BN yang dihantui amalan tempangnya yang panjang selama ia berkuasa.

Kelebihan persepakatan polisi Pakatan ialah, ia menyelesakan isu fundemental hubungan antara kaum, ditambah dengan pembaharuan polisi governance yang menjadi kekurangan BN selama ini.

Apa yang boleh dibuat oleh BN ialah meniru polisi-polisi governance Pakatan tetapi persoalannya, dengan heretan permasalahan dan sikap Kerajaan sedia ada yang tidak coherent dengan apa yang dikehendaki oleh majoriti rakyat, menjadi halangan besar bagi BN.

Zul Bakar dan Utusan konsisten dalam usahanya memecahbelahkan Pakatan Rakyat. Target utamanya ialah PAS. Sejarah penulisan Zul dan Utusan sepanjang isu ini menjadi bukti.

Zul dan Utusan cuba satu masa meletakkan persetujuan PAS menerima Pakatan hanyalah agenda 'kumpulan Erdogan' dan saya adalah antara termasuk dalam label 'Erdogan' yang telah dimainkan oleh Utusan sekian lama.

Bila Ustaz Hadi berdiri bersama dua pimpinan Pakatan yang lain di atas pentas dan gambar mereka tersebar luas, nyata komitmen terhadap Pakatan adalah komitmen PAS, bukan komitmen kumpulan Erdogan yang kononnya wujud dalam PAS.

Tentulah hati Zul hancur dengan keadaan ini. Utusan berperanan menewaskan saya berdasarkan sejarah dan urutan berita dan rencana yang disiarkan. Namun, tewasnya saya tidak berjaya mencapai sasaran Utusan mengasingkan PAS dari rakan Pakatan yang lain.

Saya patut bergembira atas gagalnya Utusan. Giliran saya untuk mentertawakan Utusan.

Medan dakwah PAS menjadi lebih terbuka di bawah konsep Pakatan. Perjuangan PAS memerlukan public acceptance dari semua kaum dalam negara. Public acceptance itu boleh dicapai melalui public polisi mengikut stage siasah syariyyah yang benar dan tulin. Sudah tentu polisi yang diolah seperti itu boleh diterima umum dan pada masa yang sama tidak meningalkan asas perjuangan.

Ia mesti bermula dengan trust dan trust itu telah mula diperolehi melalui sokongan meningkat bukan Melayu dalam pilihanraya 2008. Kepercayaan itu tidak boleh dirosakkan dan tidak juga boleh digagalkan.

Dua perkara yang boleh merosakkan trust itu. PAS hanya menjuarai isu kemelayuan sekalipun bertentangan dengan konsep keadilan dan kesaksamaan sejagat. Bila nilai keadilan dijunjung tinggi, bukan bermakna segala yang terhak kepada orang Melayu mesti diketepikan seperti yang cuba digambarkan oleh media lawan.

Kedua, PAS menerima kerjasama dengan UMNO yang akan meletakkan segala korupsi, lunturnya rule of law dan hilangnya integriti segala institusi utama negara terus tertegak kerana hilangnya segala nilai murni dalam UMNO di semua peringkat. Samada PAS memimpin dan UMNO di belakang atau UMNO kekal di depan dan PAS mengiyakan kebobrokan yang berlaku kerana hilangnya jati diri parti itu.

Trust itu lebih penting bagi perjuangan PAS baik dari sudut dakwah mahupun politik.

Melalui Pakatan, PAS berpeluang menjadi rakan utama dengan meluaskan bilangan kerusinya dalam pilihanraya akan datang. PAS belum mencapai siling kekuatan. Ia masih boleh meningkatkan pencapaiannya baik di peringkat DUN mahupun Parlimen.

Dalam konteks perubahan dan reformasi, perubahan hanya boleh dilakukan oleh kumpulan yang mendokong dan menghayati nilai-nilai murni. Ia tidak boleh datang dari parti yang sudah korup nilai murninya dan luntur jati diri. Seperti disimpulkan oleh Tun, busuk sampai ke usus. Parti yang 'usus' dan ''akalbudinya' sihat saja mampu membawa perubahan.

Perubahan kepada kedudukan negara ini sangat kritikal dan mustahak. Semua pihak yang mencintai perubahan ke arah kebaikan, perlu mempersiapkan diri seberapa maksimum.

Jika ada lagi kekurangan Pakatan, ia perlu diperbaiki dan diolah terus menerus sehingga Pakatan layak di mata rakyat menggantikan UMNO/BN.Pada masa yang sama, setiap komponen Pakatan harus bergerak memperkuatkan pencapaian masing-masing secara bersama, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Jika pencapaian setiap parti dalam Pakatan dapat dilonjak sedikit lagi, Insya Allah, era perubahan yang ditunggu sekian lama akan menjadi kenyataan.

Jangan -jangan Menteri Pertahanan pun boleh hilang?

Enjin jet perang kita boleh hilang?

Satu hari, mungkin satu batalion tentera kita juga 'hilang'?

Ia satu jenayah serius yang melibatkan keselamatan negara.

Jika benar enjin yang sudah terpasang di jet perang dan jet itu bersama enjinnya sudah berada dalam negara, tetapi kemudian boleh hilang dan telah dibeli orang, ia bukan sahaja isu tentera. Ia juga isu kastam, polis dan inteligen negara.

Mungkinkah kehilangan enjin yang sudah tentu tidak kecil dan tidak ringan itu, hanya berlaku atas kertas? Maksud saya, enjin itu sebenarnya secara fizikal tidak pernah memasuki negara ini. Ia hanya transaksi atas kertas. Bill penghantaran sampai, dalam inventori ia ada, tetapi fizikalnya ia sudah pun dihantar ke destinasi pembeli sejak hari pertama.

Ini mungkin sekadar fiksi saya. Tapi andainya modus operandi sebegini memang berlaku, bayangkan apa lagi yang telah dibeli tetapi 'hilang' dan ke mana jatuh peralatan itu?

Tugas kerajaan sekarang bukan sahaja menyiasat enjin pesawat F-5E yang telah kini menjadi milik negara lain, tetapi juga siasatan menyeluruh terhadap kemungkinan wujudnya modus operandi sebegini yang tentunya melibatkan lebih banyak 'kehilangan' segala peralatan perang kita, termasuk bekalan makanan dan logistik yang lain.

Kalau enjin jet boleh lesap, apa lah sangat dengan beras, telur dan segala macam yang lebih ringan dan mudah.

Apa lagi, ia melibatkan pihak yang 'lebih tinggi' dalam Kementerian Pertahanan sendiri.

Jangan mudah Menteri Pertahanan menolak isu ini kepada satu dua pegawai tentera semata-mata, tetapi mesti bersedia untuk semakan menyeluruh oleh Suruhanjaya yang lebih telus.

Dalam kesempatan ini juga, saya menarik perhatian terhadap bekalan peralatan bermutu rendah, bahkan dalam setengah keadaan, membahayakan tentera kita.

Seperti yang dibangkitkan oleh YB Saifuddin Nasution dan YB Mahfuz di Parlimen, payung terjun yang dibekalkan oleh syarikat tertentu belum dikaji untuk ditarik balik. Sedangkan ia dikatakan telah melibatkan tujuh kematian tentera kita kerana spesifikasi yang tempang. Pihak tentera sudah tentu menyedari hal ini dan langkah segera perlu diambil dengan melupakan hubungan syarikat kroni, jika ada, dfalam hal ini.

Lebih banyak penelitian dalam isu-isu bekalan peralatan ketenteraan mungkin lebih mengukuhkan pasukan pertahanan negara.

Tindakan menyeluruh yang segera boleh membantu mengutuhkan integriti tentera di mata rakyat. Majoriti tentera kita sanggup berkorban jiwa raga dan mereka pasukan yang berdisipin dan begitu setia kepada negara pada setiap masa. Hargailah keikhlasan majoriti mereka dengan memberikan yang terbaik kepada mereka tanpa sebarang ruang pernyelewengan oleh sebegitu kecil pihak berkepentingan.

Sistem pemantauan lebih telus perlu mengambil termpatnya sekarang.

Wednesday, December 09, 2009

Lutfi dan Kijang Care

Kijang Care bukan idea saya. Ia cadangan peminat blog ini. Dalam dunia terhubung dengan jaringan net tanpa sempadan, sumbangan kecil dari seantero glob boleh menjadi sangat bermakna. Jaringan net boleh melakukannya.

Caring adalah sebati dengan jiwa semua pejuang Islam, juga insan lain di seluruh dunia. Masa itu saya ADUN Kijang, lalu KIJANG yang jadi lambang Negeri Kelantan dicadangkan jadi nama Tabung Prihatin ini - Kijang Care.

Sekalipun saya telah berubah DUN dari Kijang ke Salor, tetapi kerana Kijang adalah bersifat Ke Kelantanan dan tidak terhad kepada DUN Kijang semata, nama ini dikekalkan. Capaian keprihatinannya adalah meluas, setakat dana yang ada, mengikut urgensi yang wujud.

Ketika saya menziarahi Sdr. Lutfi, Ketua Pengarang Harakah, saya tak tau dia ada masalah jantung. Beliau pun tak tau. Yang dia tau, dia sakit dada sebelah kiri dan sedang menunggu tarikh berjumpa doktor ikut jadual temujanji seterusnya.

Setahu saya serangan jantung boleh berlaku tak tunggu jadual temu janji. Setahu saya juga, sakit jantung sekarang agak manageable, tapi mesti cepat sebelum terlambat. Pengalaman saya, ramai rakan berakibat fatal dari serangan jantung kerana terlambat diperiksa atau mendapat rawatan.

Kijang Care membiayai sedikit kos pemeriksaan Lutfi supaya sakitnya dapat ditentukan segera. Lalu Lutfi disahkan perlu menjalani rawatan angioplasty sesegera mungkin kerana tiga saluran arteri jantungnya tersumbat.

Hari yang sama saya melawat Lutfi, wakil Kijang Care melawat Pak Cik Jamal yang terlantar dan sedikit sumbangan telah disampaikan. Pak Cik Jamal agak sentimental dengan saya kerana dalam pilihanraya kecil Pulai Condong di mana PAS menang tipis, sumbangan Pak Cik Jamal amat terasa. Kini, beliau terlantar tetapi suaranya masih gagah bila dia menalipon saya ketika wakil kami sedang bersama beliau.

Tujuan saya menulis entry ini bukan nak besarkan sumbangan pembaca melalui Kijang Care. Tujuannya ialah untuk mengajak anda terlibat sama dengan program ke hadapan kami.

Di Manek Urai, belia dan anak muda inginkan satu padang bola dan tempat reakreasi dan riadhah mereka, khusus di Kg. Manjor dan Budi.

Sekeping tanah seluas 6 ekar dicadangkan dijadikan sebagai padang bola dan aktiviti sukan yang lain untuk remaja bersekitaran. Harga tanah untuk seluas itu hanya RM 109,000. Selain padang bola, kami juga bercadang menempatkan dua tiga buah rumah untuk penduduk miskin selain bangunan pra sekolah, jika sumbangan berlebihan.

Saya bukan ADUN Manek Urai tetapi Kijang Care adalah untuk semua. Jika anda sudi, sumbangkan dalam akaun yang tertera.

Akhir Disember ini, kami akan ke Padang membantu pelajar perubatan Kelantan yang turut terkesan dengan gempa lalu. Sumbangan Kerajaan Negeri sudah ada diamanahkan pada saya untuk membawanya. Rakyat Padang sendiri juga perlu dibantu.

Jika anda ingin ikut sama menjayakan, saya ucapkan terima kasih atas sumbangan anda sekali lagi. Caring and Sharing. Anda, saya dan yang memerlukan.

Nazri: Kuda Putus Tali

Selari. Apa yang Nazri nak, itu juga yang Kelantan nak. Laporan Malaysiakini: "K'tan plans to sue federal gov't over oil royalty."

Ada satu yang tak selari. Segera bawa ke Mahkamah supaya tak payah berdoa. Ini tak boleh. Mahkamah, Mahkamah juga. Doa dan tindakan Mahkamah boleh jalan bersama. Sementara tunggu Hakim putus, kita kena berdoa. Lepas Hakim putus, pun kita kena berdoa atau bersyukur.

Tindakan menukar jantina wang minyak dari royalti kepada ihsan adalah tindakan politik. Mahkamah juga kadang kala menjadi instrumen politik kerajaan.

Sebelum kita menghulur kepala kita dalam satu medan yang agak samar integritynya, biarlah kita bergelumang menerusi pentas politik dulu. Nanti istilah sub judice akan menjadi benteng memagari kita dari terus bercakap tentang penganiyaan Kerajaan Persekutuan dalam isu ini.

Biarlah penghakiman rakyat mengambil tempat terlebih dahulu dalam berbagai bentuk sebagai hamparan menuju Mahkamah. Sebuah NGO baru bernama GEGAR yang menggabungkan puluhan NGO telah tertubuh di Kelantan. GEGAR bekerjasama dengan NGO serupa di Terengganu bernama MAMPAT. Program mereka antara lain mebawa kuda jagoan UMNO sendiri untuk bercakap bahawa keputusan Kerajaan UMNO/BN adalah nyata salah. Kalau Ku Li sebagai pengasas Petronas kata royalti adalah terhak dan ihsan adalah pelanggaran terhadap perjanjian, siapalah Nazri?

Ku Li akan berucap. Berupayakah UMNO menidakkan pendapat Ku Li?

Ku Li lebih reliable atau pemimpin negara yang mengatakan sebaliknya lebih reliable? Tidak ada seorang pun pemimpin negara yang ada kini lebih autoritatif dari Ku Li dalam isu ini. Penjelasan demi penjelasan akan nanti menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan dan rasanya ini lebih mahal dan berharga.

Hujjah yang benar tetap kuat sekalipun diucapkan di luar Mahkamah. Penghujjahan yang bernas boleh membawa rakyat menghakimi tindakan Kerajaan Persekutuan dengan kuasa rakyat.

Keputusan politik dihadapi dengan tindakan politik, sampai satu masa yang tepat untuk tindakan selanjutnya.

Sambil itu, teruskan berdoa. Jika Nazri inginkan doa dihentikan, lagilah perlu doa diulang-ulangi terus menerus.

Lagi pun cabaran Nazri tak semestinya menggambarkan hasrat dan pendirian Kerajaan Pusat. LIhat saja isu BTN, TPM pun tak setuju selaran Nazri pada Tun Mahathir. Maknanya, kalau pun tidak "loose cannon on rolling deck" , Nazri adalah kuda putus tali. Larinya kencang tapi kadangkadang lari luar gelanggang.

Apa pun, kalau Kerajaan Pusat begitu yakin mereka benar, Kerajaan Pusat boleh ke Mahkamah untuk mendapatkan perisytiharan terhadap kedudukan sebenar perjanjian itu. Saya tak tau boleh tak boleh, tapi Kerajaan Pusat rasanya juga boleh ke Mahkamah.

Kelantan, seperti kata Tok Guru, tetap akan sampai ke situ tetapi bila, biarlah ikut agenda kita.

Saturday, December 05, 2009

Royalti Jambangan Kasih

Al Qur'an: "Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah adik beradik" Al Hujurat:10.

Sabda Rasulullah: "Seorang Muslim adalah adik beradik kepada seorang Muslim yang lain. Ia tidak akan menganiayai adik beradiknya sendiri dan tidak akan memalukannya dan tidak pula akan membiarkannya (terlantar). Semua hal mengenai Muslim adalah terlarang bagi adik beradik segama dengannya: darahnya, hartanya, maruahnya." Catitan Imam Muslim.

Jika Perpaduan Islam asasnya, 95% rakyat Kelantan beragama Islam. Jika Perpaduan Melayu tajuknya, 95% rakyat Kelantan adalah Melayu.

Jika good governance pertimbangannya, perjanjian telah termaktub bahawa mana-mana negeri pengeluar petroleum akan menikmati 'bayaran tunai dua kali setahun kepada kerajaan negeri berkenaan."

Persaudaraan Islam menghendaki rakyat Kelantan yang majoriti beragama Islam dihulurkan hak mereka. Pasti, pembayaran royalti membuka rasa kasih antara satu sama lain.

Selaku Menteri Besar yang mewakili kepentingan negeri dan rakyat Kelantan, Tok Guru telah menjalankan tugasnya menulis kepada PM. Saya yakin, surat rasmi itu berpijak atas rasa ukhuwwah, selain sudut hak dan perundangan.

Jika permohonan itu dilayan selayaknya dengan memberikan hak kepada yang berhak, iklim politik negara akan jadi lebih nyaman dan tenteram.

Abd al-Rahman b. Shumasah berkata: Saya telah menemui A'ishah untuk bertanya sesuatu kepada baginda. Baginda bertanya: Engkau dari mana? Saya menjawab: Saya dari Mesir. Apa layanan yang dilakukan oleh Gobenor Mesir ke atas kamu? Saya menjawab: Kami tidak mengalami sesuatu yang buruk darinya. Jika ada unta kalangan kami yang mati, beliau berikan unta yang baru. Jika kami kehilangan pembantu, beliau berikan pembantu yang baru. Jika ada sesiapa yang memerlukan keperluan asas kehidupan, beliau menyediakannya. Baginda berkata: Ingatlah! Layanan baik yang telah dikaitkan dengan saudaraku Muhammad bin Abu Bakar (tadi) tidak menghalang saya menyampaikan apa yang telah diucapkan oleh Rasulullah dalam rumahku ini: Wahai Tuhan! Sesiapa yang ditakdirkan mempunyai kuasa ke atas urusan ummatku dan ia bertindak keras ke atas mereka, maka Engkau berlaku keraslah ke atas mereka dan jika sekiranya mereka berlaku baik dalam urusan ke atas ummatku, Engkau berlaku baiklah ke atas mereka." Catitan Imam Muslim.

Banyak lagi sabda Rasulullah yang menekankan pentingnya pemerentah memenuhi hak dan berlaku adil.

Apa susahnya untuk permohonan Kelantan diberikan sebagaimana amalan yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak. Juga Terengganu sebelum ia jatuh ke tangan PAS?

Jika Allah telah tentukan sejak azali untuk Ia tempatkan khazanah petroleum itu di bumi Kelantan, siapa kita untuk menafikan ketentuan itu?

Bukan sahaja royalti bagi medan Bumi Selatan (seperti yang diumumkan oleh PM), tetapi juga kawasan JDA (Joint Development Area dengan Thailand) yang bernilai RM 800 juta bagi tahun 2010 dan dua medan Bunga Pakma dan Bunga Orkid yang berada di bahagian utara CAA (Commercial Arrangement Area dengan Vietnam) , sebagaimana Terengganu juga menerima royalti dari kawasan CAA bahagian selatan sejak lama. Medan Bintang juga adalah kawasan bertindeh dengan Terengganu mengikut peta dikeluarkan oleh Petroconsultants, di mana kaedah 'unitization' patut diamalkan dan dengan itu Kelantan juga terhak ke atasnya. Bumi Selatan, JDA, CAA dan Bintang - antara lain tuntutan Kelantan.

Persaudaraan Islam dan praktis good governance, kedua-duanya menghendaki royalti dibayar, bukan yang lain. Tok Guru menulis pada PM. Tok Guru mengiringinya dengan doa. Bahagian pertama doanya ialah supaya pintu hati persaudaraan dan amalan good governance menyelinap masuk ke dalam hati PM. Jika selepas itu, masih belum berjaya, perkara sebaliknya dipohon. Ikut turutan itu. Lihat balik doa Tok Guru. Tetapi jika hak orang Mukmin dan rakyat biasa dinafikan terus menerus, Islam juga mengajar kita tidak boleh membiarkan ketidak adilan itu berterusan.

Agenda ini sangat plain. Jika dihebohkan kononnya Tok Guru terus mendoakan laknat, itu hanya sensasi media utama yang juga kononnya berusaha membawa agenda perpaduan. Lain di kata, lain disogokkan.

Jika doa itu salah, adakah menafikan hak yang termaktub adalah betul??

Sunday, November 29, 2009

Ku Li, Petronas dan Rule of Law

Pelanggaran kontrak – kata YBM Tengku Razaleigh mengenai keengganan Petronas membayar 5% royalty terus kepada Kerajaan Negeri, dalam laman rasminya http://razaleigh.com/ hari ini.

Perjanjian itu dibuat dalam bahasa mudah - budak-budak sekolah juga boleh memahaminya, kata Ku Li.

Keengganan Petronas membayar bayaran langsung kepada Kerajaan Negeri boleh membawa implikasi kepada terbatalnya perjanjian: “It negates an agreement signed between the Kelantan Government and PETRONAS”

Satu dakwaan paling serius tapi credible - dari anggota Backbencher BN sendiri. Apa Najib nak kata?

JIka Najib dan Petronas gagal menyelami implikasi dakwaan ini, lebih banyak kesan buruk akan berlaku. Bukan sahaja isu hilangnya 'rule of law' yang sentiasa boleh menghakis kepercayaan masyarakat pelabur dan perdagangan terhadap negara kita, bahkan perakaunan juga.

Apa yang wajib mengikut undang-undang, jika tidak dilaksanakan adalah merupakan isu 'breach of trust' yang serius.

Lihat laporan kewangan Kerajaan Terengganu seperti dalam Laporan Jabatan Audit untuk Kerajaan Terengganu 2008 - sebagai bukti wang Negeri tak boleh dilarikan;

1. Terimaan Drp Kerajaan
Persekutuan (Dana Khas)

2004 2005 2006 2007 2008

150juta 1,015B 1,334B 1,000B 1,408B

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Terengganu

Sekalipun Kerajaan Pusat mengumumkan bayaran royalti kepada Terengganu telah dibatalkan dan digantikan dengan wang ihsan bermula tahun 2000, namun sebahagian wang itu tetap terpaksa dibayar langsung kepada Akaun Kerajaan Ndegeri kerana itu adalah kehendak undang-undang, seperti tercatit di jadual di atas.

Perjanjian menghendaki wang itu dibayar kepada Negeri dan tidak boleh dibayar oleh Petronas kepada Kerajaan Pusat, apa yang menjadi milik negeri.

Masa untuk Kerajaan Pusat berdolak dalik sudah berlalu.

Hormati perjanjian, begitu nasihat Ku Li.

Komitmen Ku Li memulangkan hak rakyat dalam isu royalti, boleh merubah landskap politik negara ke arah pemulihan kedaulatan perundangan dan segala institusinya.

Wednesday, November 25, 2009

Arafah - hitung kami sebagai tamuMu

9 Zulhijjah – ‘himpunan di Padang Kebangkitan Semula’.

Haji adalah Arafah – kata Rasulullah. Arafah - padang berhamparan pasir beratapkan sinar mentari terik. Pakaian rasminya ‘kain kafan tak berjahit’, putih menyelimuti ‘mayat’ yang akan bangkit di hadapan Rabnya.

Pangkat, kedudukan, kekayaan, keturunan, telah ‘ditinggalkan’. Sebuah kehidupan baru akan bermula. Sebuah keputusan sedang ditunggu. Keampunan? Penerimaan?

Insan beruntung dibasahi tangisan penyesalan. Satu demi satu rantai noda dan dosa terbayang – diikuti keinsafan. Sedar akan kesalahan. Dosa sesama insan, umpat keji, caci maki, hasad dengki, adu domba, makar yang hina, fitnah dan dusta, perampokan maruah, harta atau apa saja, berat di atas pundak. Di depan api, mundur ke belakang semula tidak bisa lagi.

Dosa pada Ilahi, yang masih ingat, yang sudah terlupa, yang disedari, banyak pula yang tak disedari, yang baru, yang lama, yang kecil, yang besar – bakarlah semuanya di Arafah supaya di Mahsyar nanti tidak lagi digalas beban. Ampuni!
Menjadi tamu – hanya di padang pasir hangat ini? Mana pelayan? Mana kemewahan? Mana kebesaran? Padang gersang ini untuk tetamu Tuhan?

Ia sebuah refleksi. Masa depan yang tidak sesiapa pun dapat lari darinya. Hadapi realiti sebelum realiti tak dapat ditolak lagi!

Padang hangat membakar ego diri, kemegahan, keangguhan. Pedulilah pada hari yang berat, hisablah diri, bakarlah sifat permusuhan mu, keluarlah sebagai bayi suci yang dosanya telah dibakar hangus. Selamanya, Mahsyar ini akan berdiri dalam dirinya sampai ketemu Mahsyar sejati.

Ia sebuah persinggahan. Wukuf. Sedemikian jauh engkau berjalan dalam hidup mu, tersadai di persinggahan ini juga engkau?

Menuju destinasi Keampunan atau Kemurkaan. Penerimaan atau Penolakan. Ia sebuah persinggahan menuju destinasi.

RahmatMU jua kami pohon – jadikan hari ini hari pengampunan untuk kami, sekalipun kami hanya di sini. Sekalipun manusia lain enggan mempedulikan lintasan Kebesaran Hari WukufMu ini dalam kelalaian mereka.

Perhatikan juga sebahagian petikan Syarahan Perdana Junjungan Mulia dalam Hajinya yang terakhir, pesan untuk semua manusia;

"Wahai manusia! Dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia! Sepertimana engkau menganggap bulan ini, hari ini dan kota ini adalah suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.
Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. (Semua manusia berasal dari Adam dan Hawa, tidak ada (bangsa) Arab yang lebih mulia dari (bangsa) bukan Arab atau (bangsa) bukan Arab lebih mulia dari (bangsa) Arab; juga tidak ada yang (berkulit) putih lebih mulia dari yang (berkulit) hitam atau yang (berkulit) hitam lebih mulia dari (berkulit) putih) Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh."

Monday, November 23, 2009

NST: Tolong Takutkan Tuhan

Laporan NST semalam, Husam: They go or I'll quit, begitu mengada-ada.

Wartawan NST, Shuhada Elis and Nik Imran Abdullah, sudah menjadi 'saya' dan 'hadhir' bersama ketika kononnya saya berjumpa Tok Guru untuk memberi kata dua pada Selasa lalu. Saya tertanya-tanya, ada tak aku jumpa Tok Guru Selasa?? Singat saya Isnin dan Selasa lalu saya di Parlimen mengikuti perbahasan peringkat Jawatankuasa JPM - melihat Datuk Nazri beraksi da..

Mereka berdua 'tahu' semua butir percakapan dalam 'pertemuan' itu. Tok Guru kata tak ada, NST kata ada. Saya?

Saya menanya diri saya semula. Adakah kami pernah berbincang seperti dilaporkan? Memberi syarat itu dan ini dan mengungut itu dan ini? Husam kah itu atau siapa?

Atau apa yang ada di keyboard wartawan itu dimasukkan ke dalam mulut kami kononnya saya atau Tok Guru berkata seperti itu? Ahh.., jangan-jangan ada orang tertelan salah pil lalu khayalannya turun atas lembaran?

Bila dongeng dimasukkan sebagai laporan berita, NST menjual sampah sebagai permata.

Tidak hairan ada orang berkata, zaman ini adalah zaman maklumat, tetapi sedikit sekali kebenarannya. 'Info' telah digaul bagi menampal ruang-ruang imiginasi penulis kononnya membentuk sebuah persembahan 'berita' mengikut apa yang mereka selerakan. Kebenaran bukan ukuran dalam abad ini.

Islam sejak dulu menekankan 'kesahihan'. Pembawa berita juga mesti 'muttaqin'.

Berita memang penting, kerana itu 'Nabi' membawa makna 'orang yang mempunyai berita'.

Penulis berita bukan sahaja akan mendapat upah dan gaji, promotion dan bonus, malah catatan Rakib dan Atid dalam sebuah 'hard disc catitan diri' untuk sebuah perbicaraan agung. Mahsyar.

Bukankah kalau berita itu tidak ada nilai kebenaran, ia menurun kepada 'berita palsu'. Lazimnya ia dikaitkan dengan motif seperti: adu domba, fitnah atau membawa agenda perpecahan, permusuhan, pergolakan, character assassination, political isolation, dan menumpaskan lawan.

Menjelang pilihanraya umum lalu, NST telah pun melakukan perkara yang sama ke atas saya. Kes saman saya ke atas NST itu akan dijalankan awal tahun 2010.

NST secara bersendiri telah menerbitkan permohonan maaf tanpa persetujuan saya dalam kes itu. Dan sedikit 'saguhati' yang saya minta peguam saya menolaknya secara baik kerana rasanya harga diri mana-mana insan tidaklah semurah itu....

Hari ini, NST mahu saya menyamannya sekali lagi dengan sekali lagi 'menggoreng berita'. Banyak 'It was understood that....' dijadikan sandaran apa yang hendak 'digoreng' oleh NST.

Bukan kerana ruang bicara tertutup sama sekali dan saman sahaja bahasa saya dengan media. Bukan begitu.

Sesuatu yang salah yang berulang-ulang memerlukan didikan berterusan dan pertahanan diri bagi mangsa yang lemah seperti saya hanyalah mahkamah. Apa lagi, kalau NST ada motif dan agendanya dan sanggup menanggung risiko dengan cuba mengeruhkan air untuk menangkuk debu dan pasir kalau pun tidak ikan yang enak dagingnya.

Sunday, November 22, 2009

Oh..., Mingguan Malaysia!

Mingguan Malaysia sekali lagi 'memandang tinggi' pada saya dengan berita provokatif muka depan.

Dulu saya diserang bertubi-tubi menjelang Muktamar PAS.

Agenda 'mematikan' saya nampaknya belum berakhir.

Hari ini, Utusan cuba berbagai cara menghubungi saya untuk 'pohon penjelasan'. Semasa Utusan bersiap 'meletupkan' berita itu semalam sepatah penjelasan saya tidak diminta.

Beratus sms, kegelisahan begitu ramai orang dan deringan talipon sejak awal pagi adalah bukti 'berita' yang sengaja dimasak sebegitu rupa telah mencetuskan kesan negatif yang bukan sedikit.

Saya amat terharu dengan penjelasan segera bos, guru, rakan dan bapa saya - Tok Guru Nik Aziz.

Saya sakit belakang. Jumpa doktor dan doktor minta saya dapatkan rawatan, rehatkan tulang belakang saya dan kurangkan aktiviti. Bila saya nak masuk wad untuk rawatan itu saya boleh tentukan sendiri ikut kelapangan saya, tetapi jangan kurang dari lima hari penuh. Jangan lambat, kata doktor.

Saya maklumkan pada bos saya. Lima hari sebelum raya haji amat sesuai. Tetapi program saya kena tangguh dan mana mesyuarat yang saya ditugaskan wakili Tok Guru kena tukar kepada rakan yang lain.

Apa kata Tok Guru bila saya terus jumpa beliau Khamis lalu?

Jumpa doktor Di Pakar Perdana habis jam 12.30 tengah hari. Jumpa Tok Guru lebih kurang jam 1 sebelum zohor.

"Tak boleh lok (tangguh). Buat (rawat) selalu (segera). Jangan jadi macam ana..."

Saya bercadang masuk hospital hari Isnin. Keluar petang Khamis.

Apa kena mengena sakit belakang saya dengan letak jawatan?

Letak semua pulak tu?

Mana perjuangan saya? Mana parti dan kerajaan yang saya membantu menjayakannya sekian lama? Di hujung jalan kami akan berpisah? Membuka ruang pada lawan menerobos masuk dalam detik yang kritikal ini?

Tok Guru telah cuba dimalukan. Cuba dipinggirkan kerana pendiriannya yang tegas dan hasratnya yang jelas untuk membawa negara kita menuju perubahan.

Saya sebagai murid dan 'budak' Tok Guru, mengangkat bendera putih semata-mata kerana Utusan cuba meng-agendakan kami?

Sakit adalah lumrah insan. Letak jawatan tidak boleh diikat dengan satu dua hari di hospital - maka ia bukti Husam letak jawatan.

Kepada teman dan rakan, sahabat dekat dan jauh, saya ucapkan terima kasih atas ingatan anda semua. Ustaz Aziz menalipon pagi hari dari Mekah kerana terbangun dari mimpi, saya hargai erti persahabatan.

Bolehkah media kita diajar erti kredibiliti?

Tanpa menyakiti Utusan, tetapi tulisan Art Harun dalam blognya Articulations, menulis tentang Utusan buat sedikit 'touch' untuk tukar gambar payung berlambangkan dacing dengan gambar payung biru tanpa dacing, barangkali cukup untuk kita merasa tertanya-tanya Utusan ini apa..?




Terdapat payung berlambang dacing di belakang pak cik yang ditangkap kerana membunuh isterinya yang minta cerai di Kedah. Gambar yang sama diguna pakai oleh Metro, The Star dan Berita Harian.

Tapi demi maruah BN, Utusan menyiarkan gambar yang diubah seperti di bawah pada berita yang sama, 10 Nov 2009;



Saturday, November 21, 2009

Hasan Harun dahului saya. Tahniah!

Suara apa bising di luar tingkap sana??

Meneliti dokumen lama sehari dua ini, termasuk keratan akhbar, hati saya bertambah senang, dan fikiran pula sudah tentu tenang.

Perjuangan rakyat Kelantan menuntut hak mereka dibantu oleh semua pernyataan-pernyataan yang kini termaktub dalam arkib dan lembaran sejarah. Fokus, seperti diajar oleh doa iftitah kita, juga disebut dalam bahasa tasawuf - tawajjuh - saya masa ini ialah tuntutan royalti petroleum dan bukan suara bising di luar jendela.

Penggalian dokumen lama memungkinkan kita mencantumkan tuntutan kita selari dengan semua pernyataan yang pernah diucap kecuali sikap berdolak dalik UMNO yang sentiasa kekal sebagai punca masalah.

Dokumen lama dan baru tidak pandai berbohong. Ya kata ya, tidak kata tidak. Termasuk keratan akhbar 'sohih' seperti Utusan. He he he, maaf Utusan - usik sikit jiwa murni anda, kalau-kalau ada sedikit berbaki. (Dr. Maza ada sms pagi ini Mingguan Malaysia hari ini potong sesetengah tulisan beliau) Pulak tu Mingguan hari ni letak saya muka depan! Hebat tu. Tak menyesal ke?

Senator Hasan Harun, atau lebih mesra dengan panggilan Abe Hase, telah mendahului saya dalam keprihatinannya terhadap hak dan masa depan rakyat dan bumi Kelantan. Tahniah! Insya Allah saya akan berkunjung ke rumah tuan untuk kalungan terima kasih sehari dua ini.

Lihat catitan persidangan DEWAN NEGARA , 9 APRIL 1989, halaman 993,994,995;

CARIGALI MINYAK DI KELANTAN

1. Tuan Hassan bin Harun( Kelantan) minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) benarkah usaha carigali minyak di pantai Kelantan telah berjaya

(c) apakah rancangan-rancangan dan faedah-faedah yang akan dinikmati oleh pendudukpenduduk tempatan berhubung dengan ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Kasitah bin Gaddam):
Tuan Yang di-Pertua, usaha mencarigali minyak dan gas di perairan negeri Kelantan belum lagi berjaya menemui
minyak di dalam kuantiti yang komersial. Di dalam tahun tujuhpuluhan, Syarikat Esso telah menggerudi dua telaga tetapi gagal
menemui minyak.

Pada bulan Ogos, 1988, kawasan tersebut yang dikenali sebagai Blok PM2, telah diserahkan pula kepada sebuah konsortium terdiri daripada Home Oil Malaysia Ltd., Petro-Canada Malaysia Inc., Texaco Canada Malaysia Inc., PEXCO N.V. dan PETRONAS Carigali.

Mengikut Kontrak Perkongsian Pengeluaran yang ditandatangani dengan PETRONAS, konsortium ini akan membelanjakan $43 juta untuk kerja-kerja mencarigali di dalam tempoh tiga tahun dan menggerudi empat telaga rambang di kawasan ini, bermula pada penghujung tahun ini.
Jika minyak ditemui dalam kuantiti yang komersial, maka konsortium ini akan bertanggungjawab mengeluarkannya.

Sekiranya minyak diperolehi di kawasan berhadapan dengan negeri Kelantan, maka Kerajaan Negeri Kelantan akan menerima hasil royalti sebanyak 5% daripada minyak dan gas yang dikeluarkan sebagaimana yang diterima oleh negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak.


Abe Hase teladan untuk pemimpin UMNO Kelantan masa kini. Berbeza parti jangan sampai menolak-nolak rezki rakyat Kelantan. Hati perut kita biarlah bersama yang berhak, rakyat kita sendiri.

Petikan lain menyusul kemudian. Sampai royalti menjadi milik kita.

Untuk pemimpin UMNO, saya ulangi, belum terlambat.

Friday, November 20, 2009

ROYALTI: Pahang Dah Nak Join Kelantan

Saya amat gembira hari ini.

Selepas Tok Guru Nik Aziz membangkitkan sense of natural justice - dalam isu royalti minyak - ADUN BN Pahang telah menyambutnya.

ADUN Padang Tengku dari BN, Datuk Abdul Rahman Mohamad meminta Kerajaan Pahang menuntut royalti minyak kerana hasil minyak yang digali di perairan Terengganu mungkin dari kawasan negeri Pahang - menunjukkan jiwa menuntut keadilan itu ada di mana-mana.

Hari ini ia tersembunyi, lama kelamaan, ia tidak tertahan lagi.

Sinar Harian selanjutnya melaporkan;

Abdul Rahman ketika membahaskan Bajet Kerajaan Negeri Pahang 2010 berkata, satu syarikat konsultan perlu dilantik bagi mengkaji perkara itu dalam usaha meningkatkan pendapatan baru Kerajaan Negeri yang sudah 12 tahun mengalami bajet defisit.

“Terengganu diberi royalti minyak, Kelantan juga diberi peruntukan ihsan, kenapa Pahang tidak diberi, Pahang juga berhak,” katanya pada Persidangan Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pahang ke-12 di sini, semalam.

Abdul Rahman berkata, kebanyakan pelantar cari gali minyak di Terengganu bersempadan dengan Pahang dan tidak mustahil minyak yang digali itu disedut dari kawasan perairan Pahang.


Jika nasihat saya ditanya, cuba lihat kemungkinan fenomena 'horizontal drilling' antara Pahang dan Terengganu. Undang-undang antarabangsa menetapkan pembahagian 50:50 kiranya fenomena itu benar berlaku. Peluang Pahang mendapatkan sama nikmat khazanah minyak masih terbuka.

Royalti - itu yang dituntut oleh ADUN BN sendiri. Wang ehsan tak main. Itu hanya silap mata UMNO.

Kalau Pahang yang belum tentu ada atau tidak minyaknya pun nakkan royalti dan bukan wang ehsan, bayangkan apa perasaan rakyat Kelantan yang memang berhak dan terhak.

Jika balak, hasil terbesarnya untuk negeri dan hanya sedikit ses dan cukai untuk Persekutuan. Begitu juga emas dan hasil logam yang lain. Kenapa pula minyak, Kerajaan Persekutuan dapat hasilnya sedangkan setiap titik minyak dan gas adalah berada di bumi Negeri? Persekutuanlah yang patut menerima ehsan Negeri dan bukannya Negeri tertakluk kepada ehsan Persekutuan.

Syabas Pahang! Nampaknya Petronas kena lebih telus dan terbuka tentang telaga-telaga pengeluarannya di seluruh negara. Penyata pengeluaran harus dibentangkan sama di Parlimen.

Thursday, November 19, 2009

Oil Royalty: UMNO discriminate shelf

Territorial water atau continental shelf - keduanya telah pun diselesaikan 32 tahun lalu di Persidangan Dewan Negara.

Dua istilah ini kini menjadi perisai UMNO untuk melindungi niat politik mereka. Malang, rekod Dewan Negara menunjukkan ia telah pun dibincang dan dihuraikan berbeza dari apa yang UMNO cuba kelirukan kini.

PETRONAS-PERJALANAN PERKONGSIAN PENGELUARAN - Juma'at, 7 Januari 1977, Persidangan Dewan Negara;

1. Tuan Chua Ching Cheng (Melaka) (di bawah S. O.23 (2)) minta Perdana Menteri menyatakan :
(a) keputusan daripada perbincangan-perbincangan di antara PETRONAS dan beberapa syarikat minyak dan menghasilkan petroliam dalam kawasan Malaysia;
(b) berapakah syarikat (berikan nama-nama) telah menerima syarat-syarat
perjanjian yang dikemukakan oleh PETRONAS ;
(c) apakah syarat-syarat perjanjian itu.

Menteri Tak Rerpotfolio (Tan Sri Chong Hon Nyan) : Tuan Yang di-Pertua, berikutan dengan rundingan-rundingan yang telah diadakan di antara PETRONAS dan beberapa buah syarikat minyak, persetujuan muktamad telah dicapai dan Perjanjian Perkongsian Pengeluaran telah ditandatangani di antara PETRONAS dengan :

(a) ............................................
(b) Royalty dan Kos Pengeluaran

PETRONAS boleh mengambil 10% daripada jumlah keluaran untuk membayar royalty kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang berkenaan, manakala syarikat carigali minyak yang berkenaan boleh mengambil tidak lebih daripada 20% daripada jumlah pengeluaran......"

Raja Datuk Nong Chik bin Raja Ishak (Selangor):

Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua,

Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri yang bertanggung jawab,mengikut Territorial Waters dan juga berkenaan dengan Continental Shelf yang mana dipakai berkenaan minyak ini, iaitu satu-satu Kerajaan Negeri misalnya, adakah kita mengikut iaitu Territorial Waters ini dipunyai oleh Kerajaan Negeri itu ataupun Continental Shelf lebih jauh lagi dipunyai oleh tiap-tiap Kerajaan Negeri. Adakah penentuan ini dibuat ataupun tidak.

Tuan Yang di-Pertua : Yang Berhormat Menteri hendak menjawab ataupun tidak,
atau hendak minta notis ?

Menteri Tak Berpotlio (Tan Sri Chong Hon Nyan) :

Tuan Yang di-Pertua, secara am sahaja saya menjawab tentang perkara ini. Seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum kita mengadakan satu Akta berkaitan dengan Continental Shelf dan kawasan Continental Shelf. Pengeluaran daripada Continental Shelf diperolehi oleh Kerajaan Persekutuan tetapi kawasan di dalam Territorial Waters ialah 3 batu dari pantai. Kawasan itu ialah terpulang kepada negeri-negeri yang berkenaan. Dalam gerakan mencarigali minyak ini di dalam kawasan Continental Shelf, hak itu sudahpun diberi kepada PETRONAS dan PETRONAS sudahpun mengadakan perjanjian dengan negeri-negeri yang berdekatan dengan dasar laut itu, sebagaimana saya katakan tadi supaya royalty 10% itu dibahagi kepada kedua pihak (iaitu 5% Kerajaan Persekutuan dan 5% Kerajaan Ngeri seperti jawapan di atas yang dijawab pada persidangan yang sama, pada hari yang sama).


DEWAN NEGARA
25 April 1978

Ahli Dewan Negara bertanya Royalti PETRONAS di Sabah.

PENGELUARAN M1NYAK MENTAH

8. Datuk Haji Abdul Razak bin Husain (di bawah S.O. 23 (2)) minta Perdana Menteri
menyatakan berapa peratus hasil minyak daripada pengeluaran minyak di Sabah diberi
kepada Kerajaan Negeri Sabah semenjak pengeluaran dimulakan, dan jumlah pengeluaran minyak harian, bulanan serta tahunan sehingga akhir tahun 1977.

Perdana Menteri: Tuan Yang di-Pertua, mengikut perjanjian, Petronas dikehendaki
membayar sebanyak lima peratus daripada pengeluaran kasar minyak mentah di Sabah kepada Kerajaan Negeri Sabah sebagai royalti.

Tuan Yang di-Pertua , oleh kerana perkara minyak ini amatlah mustahak kepada rakyat jelata di negara kita ini, saya suka memberi maklumat tambahan sebagai makluman Ahliahli Y ang Berhormat di Dewan ini.

Bagi tempoh lhb April, 1975 hingga 3lhb Disember, 1977 jumlah royalti yang telah
dibayar kepada Kerajaan Negeri Sabah ialah $78,817,387. Mengikut Perjanjian Perkongsian Pengeluaran (Production Sharing Agreement) pembahagian hasil minyak adalah seperti berikut :

Jika katakanlah jumlah pengeluaran 100; daripada itu 10% minyak royalti iaitu
untuk Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri...."
Saya amat gembira Senator Tuan Chua Ching Cheng, Datuk Haji Abdul Razak bin Husain, Raja Datuk Nong Chik bin Raja Ishak dan Menteri Tak Berportfolio, Tan Sri Chong Hon Nyan serta Perdana Menteri Tun Razak telah membantu menyelesaikan tuntutan Kelantan 32 tahun yang silam lagi.

Kedua-dua pengeluaran petroleum di kawasan territorial water dan continental shelf adalah termasuk dalam istilah offshore di mana semua negeri yang terdapat pengeluaran petroleum berhak mendapat bayaran 5% ke khazanah negeri tanpa sebarang syak lagi!

Saya berbangga dengan semua nama yang saya catitkan tadi, atas pandangan jauh mereka. UMNO, nak ke mana lagi?

Wednesday, November 18, 2009

Murahnya maruah, mahalnya kejujuran




Honesty is the best policy. Ku Li keluar dari kebiasaan UMNO kontemporari. Tegak sebagai tokoh rakyat yang meletakkkan kejujuran sebagai tonggak.

(The Star) - Former Finance Minister Tengku Razaleigh Hamzah has weighed in on the oil royalty debate, saying that all oil-producing states including Kelantan had a right to oil royalty.

“It is a constitutional right of the people, whether is it found on shore or off shore. I think the agreement that was signed between the states and Petronas assures that the states where oil is found, whether on shore or off shore, will benefit from such a find,” he told reporters at the Parliament lobby on Wednesday.


Selasa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengulangi kata bosnya, lebih 3 batu, minyak itu bukan lagi milik negeri.

Rabu, Tengku Razaleigh, MP UMNO, bercakap sebagai pengasas Petronas, royalti tidak terhad pada ukuran 3 batu. Hanya dua: onshore untuk petroleum yang dijumpai di atas daratan dan semua yang di laut samada 3 batu atau di luar tiga batu, adalah termasuk dalam kata offshore.

Itu juga yang difahamkan oleh Tun Rahman Ya'kub, bekas Ketua Menteri Sarawak yang pada waktu itu adalah MP Payang, bila beliau berucap menyokong Akta Petroleum 1974 di Dewan Rakyat ( 24 November 1974, muka surat 2371).

Peguam Negara pada waktu itu ialah Tun Salleh Abbas, yang juga berpendirian demikian menerusi afidavit yang difailkan untuk menyokong tuntutan Kerajaan Terengganu.

Hanya Tun Razak yang telah meninggal dunia. Tokoh lain yang terlibat secara langsung merangka Akta PDA 1974 dan menubuhkan Petronas dan merangka perjanjian minyak dengan negeri-negeri masih hidup!

Drafter perjanjian, saya difahamkan ialah Datuk Manan Osman, juga masih hidup. Antara peguam menasihati Petronas pada waktu itu ialah Datuk Nik Saghir, juga masih hidup. Kesemua mereka masih wujud untuk dirujuk tafsiran sebenar perjanjian dan Akta. Cukup dengan apa yang ditinggalkan oleh Tun Razak dalam bentuk catatan persidangan Parlimen, bertarikh 12 November 1975, genap 34 tahun beberapa hari lalu;

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut, yang dijual oleh PETRONAS ataupun ejensi-ejensi ataupun kontrektor-kontrektornya.”

Sayang! Najib tidak mengambil kesempatan menggungguli bapanya!

Tun Razak nyatakan dengan jelas - perairan atau luar perairan. Oleh Petronas atau kontraktornya. Negeri yang akan menerima bayarannya.

Foto di atas mengimbaskan kita, baru setahun yang lalu, Najib telah menukar wang ehsan untuk Terengganu yang dimulakan oleh Tun M, kepada royalti semula. Lihat apa yang tertulis di atas cek gergasi itu. Tidak timbul alasan 3 batu nautika. Jika foto tersebut masih belum cukup, ikuti semula wancara Berita Minggu dengan Datuk Najib sehari sebelum pilihanraya kecil Kuala Terengganu:

"Ikuti temu bual wartawan Berita Harian, KADIR DIKOH, JOHARI IBRAHIM dan AZRUL AFFANDI SOBRY bersama media lain dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di pejabatnya di Putrajaya semalam.

Bagaimana Datuk Seri melihat pelbagai isu yang ditimbulkan pembangkang, termasuk soal royalti yang menurut dakwaan mereka, BN gagal menyalurkannya dengan baik dan telus?

Kita sudah membuat satu pendirian yang tegas bahawa wang royalti ini akan dikembalikan ke pangkuan rakyat Terengganu. Kerana itu saya sudah menyerahkan cek bernilai RM408 juta sebagai wang royalti bagi 2007 dan 2008. Selepas ini, tidak timbul lagi sebarang pertikaian atau polemik kerana ia akan diurus tadbir sepenuhnya oleh kerajaan negeri.



Bukankah jujur itu lebih mudah? Dan juga lebih bermaruah?

Masih belum terlambat.

Monday, November 16, 2009

Ong naik jet, MP BN ke Taiwan, siapa belanja?

"49 ahli Parlimen BN berlepas ke Taiwan untuk lawatan sambil belajar"


Itu tajuk Utusan pada 08/09/2008.

KUALA LUMPUR 8 Sept. — Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, selain beliau sendiri, anggota rombongan terdiri daripada Pengerusi BNBBC, Datuk Seri Tiong King Sing, 10 anggota Parlimen Sabah, 12 anggota Parlimen Sarawak dan selebihnya dari Semenanjung.

“Kami dijangka pulang ke Malaysia pada 17 atau 18 September ini,” katanya ketika dihubungi Bernama sejurus sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang di sini.


YB Tiong dikaitkan dengan skandal PKFZ. Beliau untung banyak. Negara rugi lebih besar dari skandal BMF. Beliau juga seorang yang pemurah. Mengaku menderma RM 10 juta pada OTK, Menteri Pengangkutan. Juga mengaku menaja penerbangan Menteri Pengangkutan sekarang menggunakan jet eksekutif milik anak syarikat dia. 5 kali pulak tu. . .

Bernama, 13 Ogos 2009 melaporkan seperti berikut;

Mengenai dakwaan bahawa beliau menggunakan jet khas syarikat tersebut lima kali dengan kos AS$40,000, Ong berkata beliau hanya menggunakannya sebanyak empat kali pada tahun ini.

"Pada kebiasaan, jika saya boleh naik pesawat komersial, saya akan ...hanya jika saya sangat memerlukan perkhidmatan seperti itu, disebabkan kesuntukan masa atau segera, barulah sebagai pilihan terakhir, saya cari perkhidmatan ini," kata beliau.

Beliau mempersoalkan keikhlasan syarikat tersebut membuat dakwaan seperti itu, dengan mengatakan jika ada pembayaran tertunggak, satu invois boleh dikemukakan kepada Kementerian Kewangan.

"Kewajipan itu terletak kepada mereka. Jika kita tidak bayar, mereka mesti beritahu kita," tambah beliau.

Mengenai satu lawatan, katanya beliau ditawarkan tempat duduk selepas menghadiri satu majlis di Kuching.

"Malahan itu pun menjadi sesuatu yang berlainan," kata beliau.

Sementara itu Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Datuk Faizal Abdullah berkata invois-invois tidak dikeluarkan kerana pesawat itu dipinjamkan kepada Ong dan tidak pernah disewakan kepada menteri itu.

"Beliau meminta (menggunakan pesawat itu) melalui pegawainya kepada rakan seniaganya," katanya pada persidangan akhbar di sini hari ini.

Menurutnya pesawat itu milik anak syarikat Kuala Dimensi, Wijaya Baru Aviation Sdn Bhd.


Lawatan 49 MP BN ke Taiwa, kata YB Bung Mokhtar tidak ada kaitan dengan usaha menghalang Pakatan Rakyat daripada menubuhkan kerajaan persekutuan pada 16 Sept lalu.

Portal berita internet pula melaporkan;

THURSDAY, 11 SEPTEMBER 2008 07:10
Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) menafikan dakwaan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee bahawa setiap Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menyertai lawatan ke luar negara menerima duit sebanyak RM 50,000. Menurut Timbalan Pengerusi BNBBC, Datuk Bung Moktar Radin tiada Ahli Parlmen yang membuat lawatan ke Taiwan menerima wang termasuk dua Ahli Parlimen SAPP.

"Kita tidak ada buat tawaran memberikan wang kepada setiap Ahli Parlimen yang menyertai lawatan ini, kita pergi atas perbelanjaan sendiri dan tidak ada menawarkan sesuatu termasuk wang RM50,000 kepada setiap Ahli Parlimen yang menyertai lawatan ini," katanya. Dua Ahli Parlimen SAPP iaitu Datuk Eric Majimbun dan Datuk Dr. Chua Soon Bui menolak pelawaan lawatan ke luar negara dan tawaran wang saku RM50,000.


Pilihlah mana satu anda nak percaya. MP BN pergi Taiwan belanja sendiri! Hebat.

Yang pasti, kedua-dua isu ini tidak pernah disiasat! SPRM lagi hebat rupanya!

Sunday, November 15, 2009

Najib ganti Pak lah cepat pelupa

Menjelang pilihanraya kecil Kuala Terengganu akhir tahun 2008, UMNO cuba memenangi hati rakyat Terengganu dengan pendekatan memulangkan semula royalti petroleum Terengganu.

Segala-galanya masih baru. Tercatat di sana sini.

Timbalan Perdana Menteri, Dato' Sri Najib menyerahkan replika cek bernilai RM 408 juta kepada MB Terengganu - cek wang royalti untuk Terengganu. Royalti - bukan wang ehsan!

Utusan, bertarikh 13/12/2008 melaporkan begini:

KUALA TERENGGANU 13 Dis. —

Pada majlis itu, Najib yang juga Menteri Kewangan menyerahkan cek bayaran royalti minyak berjumlah RM408.6 juta kepada Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz.

Bernama pula melaporkan begini:

December 13, 2008

KUALA TERENGGANU, Dec 13 (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak said Saturday the government has agreed in principle to the proposal by the Terengganu government to set up the Terengganu Investment Authority (TIA) with an initial fund of RM10 billion.

The deputy prime minister said the cabinet gave the nod for the proposal at its meeting Friday, reflecting a strong relation between the federal and state government.

"In principle, the proposal has been approved by the cabinet," he told reporters after handing over oil royalty payment to the Terengganu government here Saturday.

At the event, Najib, who is finance minister, handed over a cheque worth RM408.6 million in oil royalty to Menteri Besar Datuk Ahmad Said.

In his speech, Najib said, the cabinet felt that it was not proper to continuously pay out compassionate fund to Terengganu.

On the contrary, he said, the royalty should be paid in full so that Terengganu could utilise it to implement development programmes.

"We should not deprive the Terengganu people of their rights, neither should we give the impression that we are not confident of Terengganu's ability to manage the oil royalty," he said.

Asked whether the royalty payment would mean that there would be less allocation for development in Terengganu, Najib said, it would depend on several criteria including per capita income.

Speaking at another event, Najib said, Terengganu should be able to witness heightened economic activities following the royalty payment.

The state government could now spend more money on human capital development as well as projects to bring development to the people, he said.

"Terengganu will now have enough money to implement development programmes," he said in his speech at the Tengku Intan Zaharah Mosque, here.

-- BERNAMA


Lihat apa Najib kata? ROYALTI!

Paling sedap apa dia kata: "We should not deprive the Terengganu people of their rights, neither should we give the impression that we are not confident of Terengganu's ability to manage the oil royalty," he said.

Di Parlimen, Najib kata kerana Terengganu dapat wang ehsan saja, Kelantan pun hanya akan diberi wang ehsan!

Tak sampai setahun Najib dah lupa?

Mana Press Sec PM? Mana Muhyidin dalam kabinet tak ingatkan PM bos dia dulu dah sebut wang ehsan dah, jadi royalti balik sekarang jadi ehsan balik. Mana PM nak letak muka? TPM pun lupa sama dahsyat dengan PM? Hishamuddin lagi lupa. Shabery Chik pun tak tolong ingatkan PM pada hal dia pun ada masa Najib umum Terengganu dapat royalti semula. Menteri apa macam ni?

Kalau pun PM perlu berbohong, para pegawai PM kenalah buat homework sikit. Janganlah biarkan PM tersungkur macam ni.

Semaklah sikit paper cutting tu. Biar nampak coherent. Nasihat PM biar elok, jangan tak buat kerja. Kalau saya jadi Najib, saya hantar pegawai macam ni pergi tambah kursus.

Sebab tu saya kata, tak usah kelentong jauh sangat, bayar saja royalti seperti perjanjian. Nanti Najib sama imej dengan Pak Lah. Pelupa!

Esok, Tan Sri Nor akan beraksi di Parlimen, perbahasan peringkat Jawatankuasa JPM. Ayuh, jangan Tan Sri Nor lupa apa Najib sendiri pernah kata. Rakan saya MP PR sudah tentu dah bersedia....

Sunday, November 08, 2009

Nor Ya'kob gulung royalti minyak hari ini

Insya Allah saya di Parlimen hari ini untuk dengar sendiri apa Tan Sri Nor Ya'kub nak tambah tentang royalti minyak.

Kata pegawai, ikut teks, Nor Ya'kub akan tekankan lagi tentang 3 batu nautika sebagai syarat tunggal kelayakan royalti.Point lain Nor Ya'kub buntu!

Saya yakin MP PR akan bersedia.

Horizontal drilling - satu dari isu diharap dapat dibangkitkan oleh MP kita.

Begitu banyak misteri menyelubungi aktiviti Petronas. Tidak ada ketelusan. Tidak ada penyata pengeluaran terperinci dibentangkan di mana-mana.

Siapa tahu banyak hasil Kelantan dikaut tanpa pemakluman. Bahkan, Bumi Selatan yang disebut oleh PM sebagai telaga Kelantan, gasnya juga disalurkan ke Pelantar Cakerawala di kawasan JDA. Gas Kelantan dikenakan cukai oleh Thailand semata-mata kerana menumpang pelantar dalam kawasan bertindeh.

Mengapa tidak saluran paip dibena untuk bawa gas Kelantan ke pantai Kelantan?

Untuk mengelakkan hasil mahsul Kelantan dikaitkan dengan Kelantan, pelbagai cara dilakukan.

Sungguhpun Kelantan adalah terhampir samada untuk kawasan JDA atau CAA, kastam dari Kemaman dihantar setiap kali jualan minyak dibuat dari FSO di tengah laut. Kastam ini terpaksa berkereta dari Kemaman ke Kota Bharu dan naik heli ke pelantar.

Ia bukan rompakan tetapi apa?

Kalau benar horizontal driling berlaku, malanglah negara kita. Bila amanah dirobekkan, siapa lagi yang akan berlaku jujur?

Kawah dalam Malay Basin memungkinkan ia berlaku. Telaga Bintang dan Lawit selamanya berada dalam perairan Kelantan tetapi Petronas melukis blok PM 302 menjulur masuk dalam perairan Kelantan tetapi ia milik Terengganu!

Bila basin senget ke telaga berdekatan, hak negeri jiran akan sia-sia.

Perjuangan royalti adalah perjuangan memulihkan sebuah kejujuran dan menegakkan sebuah ketelusan. Ia bukan untuk Kelantan tetapi Malaysia hanya diberkati dengan amanah kekayaan yang terpelihara.

Atas kedudukan inilah saya tegak. Bendera kebenaranlah yang akan kita pacak!

AA malukan Malaysia

Wawancara Dr. Awang Adek disiarkan Mingguan Malaysia, 8 Nov 2009. Mengulas royalti minyak Kelantan.

Kalau begini minda anggota kabinet kita, lingkuplah Malaysia. Lambat atau cepat. Primitif, kata Dr. Abu Hasan dalam Facebooknya.

Baca apa Tun Razak kata di Parlimen pada 12 Nov 1975 tentang 3 batu nautika;

Perdana Menteri (Tun Abdul Razak) 12 NOVEMBER 1975:

“Tuan Yang di Pertua, Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut, yang dijual oleh PETRONAS ataupun ejensi-ejensi ataupun kontrektor-kontrektornya.”

Prime Minister ( Tun Abdul Razak ): "According to this agreement, each state would receive 5 % of the value of petroleum found and obtained within the waters or outside the waters of that state, which is sold by PETRONAS or its agencies or its contractors “


(Hansard, 12th November 1975, at page 6979)

Baca pula apa kata laman rasmi Malaysia Thai Joint Authority tentang pembayaran royalti kepada Thai dan Malaysia bagi kawasan bersama JDA;

FISCAL REGIME FOR THE JDA

The contract has to be in a form of Production Sharing Contract (PSC) and includes the following:
Royalty payable by Contractors to MTJA at 10% of gross production for remittance to the Governments (5% to each Government).

Mana Dr. dapat tentang 3 batu tu?

Lebih malu lagi, Thailand bayar wilayah Songkhla 5% royalti dari bahagian mereka. Mana Malaysia nak letak muka?

Janganlah malukan negara.

Saya tulis satu penjelasan untuk dihantar pada Utusan hari ini. Harap Utusan dapat siarkan. Untuk Dr. Awang, gunakan peluang jadi Timbalan Mnteri untuk dapatkan maklumat lengkap, paling tidak kelentong akan nampak lebih real.

Thursday, November 05, 2009

Kelantan bermaruah, bukan lapar wang

Dua rakan saya beraksi dalam Sembang Sembang Awani malam ini, berbincang tentang royalti atau ehsan.

Kedua YB Ibrahim Ali dan YB Alwi seronok berbincang bagaimana nak guna duit ehsan nanti. Royalti atau ehsan tak penting bagi mereka berdua, asal dapat duit.

Kalau pemikiran seperti itu diberikan ruang menguruskan negeri, saya sangat kecut.

Royalti bermakna kedaulatan negeri dihormati. Perjanjian dipatuhi dan pemimpin Kerajaan Pusat berintegriti dan ada pemikiran menjunjung rule of law dan meletakkan perhitungan politik kepartian di bawah.

Malang, pemikiran kepartian masih menebal, hak dalam bentuk royalti sanggup ditukar kepada wang ehsan dengan dikawal oleh Kerajaan Pusat, sedangkan itu hak Kerajaan Negeri tak kira siapa juga yang mentadbir Negeri berkenaan.

YB Alwi dan YB Ibrahim cuba menutup niat politik ini dengan menekankan yang penting rakyat Kelantan mendapat wang, tak kira atas apa nama.Seolah rakyat Kelantan begitu laparkan wang dan tak mempedulikan maruah tak bermaruah. Aduh.., UMNO tetap UMNO.

Kalau ia dibayar kepada Kerajaan Negeri adakah rakyat Kelantan tidak akan mendapa faedah? Ia masih jatuh kepada rakyat dan pada masa yang sama, mematuhi segala perjanjian yang dengan sendirinya menaikkan martabat Kerajaan Pusat.

Melalui wang ehsan, rakyat mungkin mendapat faedah tetapi Kerajaan Pusat telah melanggari sekian banyak nilai mulia dan prinsip-prinsip asas.

Selepas Kerajaan Negeri menuntut dan tuntutan itu telah berjaya pada tahap pertama iaitu pengakuan wujudnya pengeluaran petroleum di Kelantan dengan bayaran ehsan itu, dua YB itu tak segan silu cepat-cepat menunjuk handal berkhayal untuk apa wang itu akan digunakan.

Tak salah berkhayal dan tunjuk handal, tapi janganlah tahu nak guna wang tak tahu nak menyokong tuntutan ini termasuk menjadikan bayaran itu adalah royalti. Masa Kerajaan Negeri mula tuntut, YB Ibrahim kata janganlah pandai nak cari wang mudah. Sekarang, dia pula mudah-mudah tunjuk pandai...

Kedua, kenapa tidak menuntut dibayar bagi telaga-telaga yang lain juga dan hanya berpuas hati pembayaran atas telaga Bumi Selatan? Banyak lagi telaga dalam perairan Kelantan. Kenapa berbelit-belit atas fakta yang salah?

Bersabar lah dulu. Teruskan perjuangan menuntut hak yang sebenarnya lebih banyak dan lebih besar. Berjiwa Kelantan dengan jujur. Biarlah Kelantan mendapat semua haknya. Jangan cepat berendam dalam nikmat yang diperjuangkan oleh rakyat, kononnya atas nama rakyat, dengan menggendalakan perjuangan rakyat yang lebih besar dari apa yang ditawarkan.

Nak dikatakan Kerajaan Pusat lebih jujur dan cekap mengendalikan wang rakyat, tengok laporan akhbar hari ini. YB Khairy dilaporkan menyebut;

Debating on the Supply Bill, Khairy also called for a stringent monitoring of such effort to prevent public funds from going “missing”.

Citing an example, he said RM238mil was disbursed to one company but the funds later went missing. The matter was later brought to the court.
a

Tengok laporan PAC tentang PKFZ. Bagaimana mudah wang negara diselewengkan. Menteri keluar surat sokongan, bon dikeluarkan dan jadi beban Kerajaan dan Kabinet dengan sebegitu ramai Menteri terpaksa setuju atas apa yang telah disangkutkan kepada Kerajaan dengan nilai berbillion ringgit.

Kalau satu Kabinet boleh cuai sampai rugi berbilllion ringgit, belum tentu Kerajaan Pusat mampu jana faedah optimum pada rakyat Kelantan dengan duit ehsan ini.

Dah nampak jalur apa ada dalam kepala mereka bila ada ahli panel dah cadang duit ini diguna untuk infra, pelancungan dan segala macam yang lazimnya berakhir dengan .....

Pengalaman Terenganu masih segar. Segalanya untuk rakyat, tetapi siapa yang kaya raya...?

Wednesday, November 04, 2009

Ada Telaga, ada ehsan?

"Najib memberitahu, Petronas memaklumkan pada masa ini hanya terdapat sebuah medan petroleum yang mengeluarkan hasil di Kelantan, yang terletak di luar perairan negeri tersebut iaitu medan Bumi Selatan dalam Blok PM301." - Utusan online.

Nampaknya kehsanan BN masih berasaskan pada telaga pengeluaran minyak atau gas.

Negeri tak ada telaga minyak, tak adalah ehsannya.

Kelantan ada satu telaga? Bumi Selatan. Dapat wang ehsan. Terengganu ada banyak telaga, juga sama jauh di luar kawasan 3 batu nautika. Ada telaga tapi jauh, dapat wang ehsan, bukan royalti.

Ada telaga, tapi tak lebih dari 3 batu dari panytai baru dapat royalti.

Mana negeri ada telaga tapi tak lebih 3 batu dari pantai? Tolong tunjukkan.

Sabah? Sarawak?

Telaga Sabah lebih jauh dari semua telaga di Kelantan. Sarawak juga.

Sabah dan Sarawak kalau begitu dalam bahaya. Hari ini royalti, tetapi sebenarnya mereka pun hanya layak terima wang ehsan kerana telaga mereka juga jauh ke tengah laut.

Najib lupa atau tak diberitahu telaga Sabah dan Sarawak juga jauh ke tengah laut?

Bolehkah PM mempunyai dua hujjah bertentangan satu masa? Dua kriteria? Dua polisi?

Kalau ikut logik PM, habislah Sabah dan Sarawak. Tak beroyaltilah dua negeri itu.

Semua negeri dalam Malaysia ikut Akta Petroleum yang sama. Kalau Kelantan tak layak dapat royalti kerana telaganya jauh, maka Sabah dan Sarawak pun tak boleh dibayar royalti.

Sabah dan Sarawak masuk Malaysia tahun 1963, lebih kemudian dari Kelantan dan Terengganu. Kenapa Sabah dan Sarawak dapat keistimewaan?

Jalan berfikir seperti itu boleh bawa Malaysia maju dan baik?

Baiklah pulang semula kepada jalan berfikir yang selari. Logik yang sama untuk isu yang sama.

Kelantan juga, sama seperti Sabah dan Sarawak, terhak diobayar royalti. Bukan saja untuk satu telaga, semua telaga termasuk dalam kawasan JDA dan CAA.

Masa belum teerlambat sebelum keadaan lebih bercelaru.

Royalti: Ku Li dan Tok Guru perlu ceramah bersama

Sungguhpun kejayaan tuntutan royalti dimulakan dengan pengakuan adanya pengeluaran yang hanya melayakkan Kelantan untuk sekadar wang ehsan yang dikawal oleh Kerajaan Pusat, peerlu rasanya saya aturkan penghargaan kepada pelbagai pihak yang telah membantu.

Ramai juga yang menjadi batu penghalang, bukan pembantu dengan berbagai kerenah mereka.

Namun, kejayaan pertama telah datang dan akan membuka tirai baru sejarah Negeri Kelantan.

Dalam kesempatan pendek ini saya tak akan senaraikan satu persatu pelbagai pihak yang telah memberikan dokongan mereka terhadap usaha tuntutan ini.

Harapan saya, tokoh pengasas Petronas, Ku Li, harus maju ke hadapan memimpin reform sistem dekokrasi negara kita yang telah koyak terus menerus.

Perjuangan reform telah mempunyai momentum. Penyertaan Ku Li dalam memperkukuhkan momentum ini boleh mempercepatkan buah kejayaan dan sinar baru.

Ku Li telah menunjukkan skill dalam membangunkan negara termasuk mengasaskan Petronas. Pandangannya terhadap isu tuntutan royalti ini adalah kemas, tegas dan jelas. Kualiti seperti itu sudah hilang dari pemimpin UMNO yang lain.

Izinkan Ku Li duduk sepentas dengan pimpinan rakyat yang lain untuk berbicara tentang royalti minyak Kelantan ini....

Tuesday, November 03, 2009

Langkah Pertama Ke Arah Royalti

Sekalipun namanya wang ehsan, perjuangan rakyat menuntut royalti telah mencapai kejayaan pertama.

Pertama kali isu ini dibangkitkan, terdengar banyak suara sumbang dan pessimistik di mana-mana. Kelantan tak ada minyak, Kelantan tak layak, ini kawasan bertindeh, jaraknya jauh sangat, tak usah harap Kelantan dapat apa-apa.

Julai lalu, permulaan tuntutan ini disuarakan secara rasmi. Awal November, berselang empat bulan, PM mengesahkan adanya pengeluaran minyak di Bumi Selatan dalam PM 301 yang seratus peratus berada dalam perairan Kelantan.

Siapa kata tidak ada pengeluaran petroleum di Kelantan?

Di Manek Urai, TPM putuskan Petronas memberikan penjelasan Kelantan nolo minyak dalam masa 48 jam. Menteri dan Timbalan Menteri dari Kelantan ambil sikap negatif yang sama - no way Kelantan dapat.

PM telah meletakkan mereka semua sebagai pemimpin politik bersandiwara, bukan pemimpin rakyat jujur dan saksama.

Isu royalti adalah lebih penting ditangani secara prudent oleh Petronas dan Kerajaan Pusat dari Kerajaan Kelantan sendiri. Kesan pengabaian segala tanggung jawab seperti termaktub mengikut undang-undang dan perjanjian ke atas Petronas dan Kerajaan Pusat adalah amat besar.

Integriti dan nama baik, perakaunan, beban kewangan dan undang-undang serta implikasi yang lain harus ditimbang semasak-masak.

PM telah menjadi mangsa pertama kerana penjelasan beliau gagal meyakinkan Ahli Parlimen sendiri. Wang ehsan dan bukannya royalti, serta merta merendahkan pengharapan ramai terhadap Najib.

Wang ehsan adalah penyelesaian politik yang dikemukakan oleh Tun Dr. M untuk menafikan hak Kerajaan PAS Terengganu menguruskan khazanah ini mengikut acuan Kerajaan Negeri. 

Wang ehsan dengan itu sinonim dengan penggelapan hak Kerajaan Negeri ke atas wang royalti kerana politik. Sebuah nama yang buruk dan bersejarah hitam. Najib mengulanginya, amat menghairankan saya.

Hujjah 3 batu nauitka yang digunakan Najib mencederakan nama baik dirinya.

Perhatikan apa yang termaktub dalam media release Petronas yang dikeluarkan bersekali dengan Laporan Tahunan Petronas yang terkini, pada 25 Jun 2009;

Another RM6.2 billion was paid in royalty payments to the state
governments of Terengganu (RM3.0 billion), Sarawak (RM2.3 billion) and Sabah (RM0.9
billion).


Bayaran kepada Terengganu adalah royalti, bukan wang ehsan!

Di luar 3 batu nautika, bukan sahaja untuk telaga-telaga Kelantan tetapi juga untuk Sabah, Sarawak dan Terengganu! Kenapa ketiga negeri tersebut tidak menerima wang ehsan tetapi hanya royalti?! Sabah - lebih 3 batu nautika - royalti. Sarawak - lebih 3 batu nautika - royalti. Kelantan??

Di bawah sinar matahari terang benderang dalam Parlimen yang menjadi simbol demokrasi, rakyat Malaysia cuba dihidangkan dengan gorengan semurah itu?

Tuesday, May 26, 2009

Bila Zahid Tak Muncul......

Malam tadi saya dijadualkan berdebat dengan Naib Presiden UMNO yang juga seorang menteri kanan kabinet Malaysia: Datuk Zahid Hamidi. Persoalan sekitar rasuah dan korupsi yang sangat relevan dengan ancaman negara masa kini.

Iklan mengenainya telah disiarkan berhari-hari oleh TV9 dan juga TV3. Saya telah menyatakan persetujuan saya menyertai debat ini selepas pegawai saya mengesahkan dengan pihak pengajur, Datuk Zahid confirm datang. Zahid, tegas saya, bukan orang lain.

Isu sepenting ini, jika kita serius, hendaklah dibincangkan dengan penyertaan pihak yang berautoriti, samada dalam parti mahu pun kerajaan. Itu sebab saya mensyaratkan tokoh seperti Datuk Zahid atau orang yang sepadan dengan beliau.

Jadualnya, 26 Mei, malam. 25 Mei, malam, TV3 mula menyiarkan iklan saya berdebat dengan Sdr Ezam, tanpa persetujuan saya terlebih dahulu. Pada hemat saya, penganjur langsung tidak profesional dan Datuk Zahid langsung tidak bertanggungjawab. Kalau Datuk Zahid menggantikan seseorang seperti Setiausaha Politik beliau, cukup untuk menunjukkan rasa hormat terhadap tanggungjawab beliau kepada masyarakat umum sebagai Menteri Kabinet.

Jika Zahid tak berkelapangan di saat akhir selepas berhari-hari iklan tersiar, saya mencadangkan kepada pengajur, ia diadakan pada tarikh lain Datuk Zahid berkelapangan.

Tengah hari semalam, saya telah meminta pegawai saya menyerahkan dengan serahan tangan satu surat meminta Datuk Zahid mengotakan janji beliau dan dapat hadhir seperti yang diiklankan.

Mengikut pembantu di pejabat Datuk Zahid, bos mereka ke luar negara! Saya rasa tak menasabah. Sebab itu, selepas
sah Datuk Zahid tidak hadhir ketika program hampir dimulakan malam tadi, saya telah menalipon sendiri beliau. Datuk Zahid ada di Malaysia!

Saya meminta Datuk Zahid menetapkan satu tarikh baru bagi debat kami. Penganjur boleh menghubungi Datuk Zahid semula. Sebulan tak ada kosong, tiga emapat bulan lagi tidak menjadi masalah kepada saya.

Janganlah iklan berdegar-degar, tetapi tidak siapa ingin mengambil tanggungjawab dari gagalnya debat pada malam tadi. Tidak Zahid, tidak juga TV9?

Saya sudah berada di Sri Pentas malam tadi. Zahid tidak muncul.

Saya kesal, tapi saya bersedia menunggu untuk tarikh yang baru.

Muhammad Al Fatih: Bagaimana Baginda Terbentuk?



Hari ini, 546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya - Konstantinapol.

Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian.

Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut;

a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat.
b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan
c. Kehendak yang kuat
d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat
e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan
f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta

Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota Konstantinapole itu sendiri yang sangat menakjubkan;

Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;

a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter.
b. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter.
c. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebel.
d. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
e. Terdapat 400 battalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa.

Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.

Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat di letakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.

Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.

Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerentah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub Al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.

Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad Al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453, hari tulisan ini dipostkan.

Sungguhpun pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program penaklukan ini telah berjalan lama!

Ia bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih guru-guru yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, se orang anak yang nakal.

Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad.

Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh beliau. Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil!

Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal Al Qur'an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerentah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak. Gurunya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujjah bahawa se orang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar.

Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa. Sudah tentu baginda fasih dalam bahasa Arab.

Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau.

Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad Al Fateh telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini. Apa rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisa. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan.

Dari perbincangan itu, antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;

a. Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu.

Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Konstantinapol dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang!.

Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki. Nah! Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya.

b. Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut.

Sultan Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh. Mesti disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.

Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan serentak dengan pengepungan sebelah daratan.

c. Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama setahun.

Sultan Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang canggih. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu.Ia memang berjaya disiapkan seperti direncanakan.

Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad? Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif.

Sultan Muhammad dapat menganalisa dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan misinya.

Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinbapole. Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda banginda ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu!

Baginda bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebiuah kenyataan.

Dari sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang berpandangan jauh. Sejak umur 14 tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan, bapanya ingin menumpukan kepada ibadah. Namun, dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin Kerajaan Uthmaniah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad diberikan peluang untuk menguruskan semula empayar yang sedang berkembang itu. Melalui pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang berkualiti. Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan keruhanian dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika pengepungan kota itu berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan Muhammad.

Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota!

Pada hari pembukaan Kota Kontantinapole yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud syukur. Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Pertanyaan seterusnya, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertitah, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali  Sbaginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah! Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Instanbul.

Sekarang, marilah kita mengenali secara ringkas guru-guru yang berjasa besar membentuk Sultan Muhammad.

Pertama, Ahmad 'ibn Ismail Al-Kori:
Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang wara', tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain memberikan tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka.
Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al Qur'an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang bersilih ganti.

Ahmad ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur'an, hukum-hukum agama dan kepatuhan padanya. Ia juga membentuk rasa taqwa dalam jiwa Sultan Muhammad dengan berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerentah.

Kedua ialah Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy, lebih dikenali sebagai Ba'q Shamsuddin. Beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad. Beliau telah menginspirasikan Sultan MUhammad meningkatn aktiviti dakwah dan keislaman di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut. 
Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu.
Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain. Beliaulah yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja. Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara selepas lama memerentah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi. Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai. Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Guru yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah. Insan pada sisi lain Sultan Muhammad Al Fatih.