Tuesday, October 24, 2006

Kembali pada fitrah…









Gema takbir dan tahmid memisahkan Ramadhan dan Syawal. Memisahkan bulan latihan dan orientasi yang padat kepada sambutan kemenangan dan kejayaan…

Salam Idil Fitri saya sekeluarga, teristimewa kepada semua yang tertindas, teraniaya, dizalimi dan ditekan, dirampas kehormatan, keamanan dan kebebasan, di mana saja. Pada anak-anak yang membesar dalam ketakutan, kerana perang dan keganasan, istimewa di Palestin, Iraq dan Afghanistan, anak-anak yang dihimpit kelaparan, kemiskinan dan kemelaratan, kekecewaan atas ketidakpedulian sesama insane, di Afrika, atau di mana saja.

Pada wanita-wanita yang merana, yang menangis sendirian atas penderitaan, para pelaria serta untuk para pejuang yang menjadi buruan atas perjuangan mereka menuntut yang hak.

Amat sedikit yang saya lakukan untuk anda semua. Maafkan saya.

Namun begitu, izinkan saya menyampaikan salam Idil Fitri yang akan mengukuhkan lagi ikatan silatur rahim sesama insan, di pagi yang mulia dan istimewa ini.

Sehari sebelum Deepavalli, saya sempat mengunjungi adik S Logeswaran yang terlantar di wad ICU, Pusat Perubatan UM di Kuala Lumpur yang terjatuh dari tingkat 16 selepas lif flat mereka rosak seperti lazim ianya berlaku. Hamper ingatan untuk menceriakan sedikit keluarga yang semestinya pilu , sempat saya hulurkan kepada ibu adik Logeswaran, Madam K Radha, yang dengan nada kesal menceritakan kecuaian pihak pengurusan flat membaik pulih perkhidmatan lif flat mereka yang meragam sekian lama.

Pada hari yang sama, Alhamdulillah, saya sempat mengunjungi pejuang PAS yang gigih, Ustaz Hasan Shukri yang dimasukkan ke Hospital Selayang untuk rawatan.

Ketibaan Idil Fitri turut memberikan kegembiraan kepada saudara kita dari kaum Cina apabila mereka turut menerima sumbangan untuk armalah (janda) dan keluarga pesakit kronik yang disampaikan menjelang raya.

Photo-photo yang lain, Insya Allah akan di upload kemudian…

Tak lupa kepada semua baki tahanan ISA dan yang menahan mereka tanpa bicara, saya perturunkan beberapa bait lagu puisi dipetik dari album yang diterbitkan oleh TVPAS. Com.


DI PALANG INI
Di kamar gelap Aku melukis
Di kamar gelap Gambar isteri
Di kamar gelap Gambar misteri
Di kamar gelap Menyendiri.

Di samar gelap Ayah dan ibu
Di samar gelap Anak di rindu
Di samar gelap Kesudahanku
Di samar gelap Tersendiri..

Salam raya dari kami sekeluarga.

8 comments:

Anonymous said...

selamat hari raya aidil fitri untuk dato' sekeluarga..

salam perantauan... U.K

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Ana dan family ingin ucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir dan batin...thanks atas segalanya..

Abu Handzolah
Kaherah,Mesir.

Anonymous said...

A'kum

Eid Mubarak untuk Dato' and sekeluarga.

Kami dah 3 kali tak dapat beraya di Kampung, di Kota Bharu, Kelantan. Di sini di NSW, Australia, di sebuah pekan yang kecil jauh jari hiruk pikut Bandaraya Sydney raya disambut secara sederhana di Islamic Centre, bersaudaraan islam terpancar, Muslim dari berbagai bangsa, dari Mesir, Pakistan, India, Australia, Labenon dll turut menyambut eid mubarak.

Jelas skop perjuangan Melayu yang diwar warkan oleh UMNO tak kemana, kecualian perjuangan Islam, di sini kami sekeluarga saja Melayu, tetapi kami tidak terasa terasing. Malah menguatkan semangat kami bahawa Islam melampau batas negara, dan juga bangsa.

Semoga Dato' terus berjuang menegakkan keadilan berpaksikan Islam bukannya Melayu.

Eid Mubarak

Yaacob Saman
Central Coast, NSW, Australia

Anonymous said...

A refreshing aidil fitri message- it is heartwarming to read a beautifully written message from the heart and apology too - it sure beats the mundane overused maaf zahir batin!

Anonymous said...

Salam aidifitri untuk dato' sekeluarga; dan tidak lupa kepada orang-orang kuat dato'yang banyak membantu dalam menghidupkan blog ini.

Maaf jua dipinta andai terkasar bahasa dan terguris rasa.

RR..

Anonymous said...

assalamualaikum...

selamat hari raya aidilfitri kpd Dato'.
Secara jujurnya dato' adalah kesinambungan kepimpinan ulama di kelantan walaupun standard ulama masih jauh dari keperibadian dato' tetapi saya dapat rasakan dato' mempunyai keperibadian yang mulia bagaimanapun ia diselimuti oleh hakikat politik.
dato' bisa kiranya dato' mulakan kempen dari dalam Kota Darulnaim lagi bukan sekadar kawasan DUN dato' di situ terdapat beratus kakitangan yang setia untuk menceritakan kemulian dato' sebagai pemimpin
maaf kan saya sekadar mencadang

che'GuBard said...

Salam .........

apa sebenar tujuan kita .....

fikir - fikirkan lah....

buat Dato' sekeluarga selamat hari raya

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt.,
Ucapan Eid Mubarak kepada Dato` dan seluruh pembaca... sesunguhnya perjuangan yang hakiki adalah perjuangan dalam ISLAM.. dan saudara yang sebenar-benarnya adalah saudara sesama ISLAM.

Alhamdulillah.. pada tahun ini saya berpeluang menyambut Aidilfitri di UK bersama2 saudara2 dari Benua Afrika.

Apa yang hendak saya sampaikan disini adalah walaupun kami hanya empat beranak keturunan MELAYU.. berlainan bangsa dan bahasa, namun keceriaan dan keharmonian persaudaraan ISLAM tetap terserlah.

Sesungguhnya ISLAM itu tiada erti perbezaan kaum dan warna kulit.

Teruskan perjuangan mu.. Semoga ALLAH sentiasa melindungi mu dan keluarga.

Nazim & keluarga UK.