Berikut, diperturunkan petikan ulasan Khairy mengenai DEB, pada Perhimpunan Pemuda Umno tahun lepas;
Dalam hal ini, kata beliau, desakan Pemuda agar kerajaan menghidupkan semula semangat DEB bagi menyasarkan matlamat belum tercapai bukan bermakna pergerakan itu hanya berjuang menagih keistimewaan.
Sebaliknya beliau menjelaskan, selepas tempoh DEB tamat, kedudukan orang Melayu dalam bidang ekonomi masih mengecewakan.
``Bukan sekadar pegangan ekuiti 30 peratus masih belum tercapai, bukan setakat pendapatan isi rumah masih rendah berbanding kaum-kaum lain, malah jika dilihat secara terperinci, prestasi ekonomi Melayu hari amat membimbangkan,'' katanya.
Jelas beliau, pada tahun ini, statistik menunjukkan orang Melayu hanya menguasai 11.6 peratus dari segi pemilikan bangunan-bangunan komersial”.
Umno gagal bukan? Perhatikan kata-kata seperti: mengecewakan, amat membimbangkan, pendapatan isi rumah masih rendah. Itu semua nada kegagalan.
Jika Umno mengaku ia gagal, adakah Umno tidak perlu bertanggungjawab kepada kita orang Melayu dan kepada rakyat Negara ini juga, untuk terlebih dahulu membentangkan sebab-sebab kegagalan tersebut?
Adakah Umno tidak merasa malu dengan kegagalan ini? Adakah Umno tidak perlu memikul tanggungjawab di atas kegagalan ini?
Jika Khairy sendiri membuktikan Umno gagal, apa bukti Umno akan berjaya pada masa depan?
Apa lagi, jika motif terbesar membangkitkan isu ini ialah sekadar mempastikan elit berkuasa teru mendapat keistimewaan projek-projek, seperti terbayang dalam ulasan Khairy selanjutnya seperti berikut;
“Usaha itu semakin menyemarak dan menjadi kenyataan apabila Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin pagi ini membangkitkan cadangan tersebut semasa membentangkan usul ekonomi pada perhimpunan agung parti itu.
Katanya, melalui ANB, agenda Melayu perlu dizahirkan secara jelas dan terperinci dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) supaya pencapaiannya dapat dinilai dari semasa ke semasa.”
RMK 9 itu jadi sasaran!
Sekarang, anda bayangkan, sebagai contoh, dasar pemberian AP. Ingat dua orang Melayu yang mendapat ribuan AP setiap tahun? Mengapa dua Melayu ini begitu istimewa dan apa limpahan rahmat kepada orang Melayu terbanyak dengan terlebih kayanya dua Melayu ini?
Jangan negara kita terheret dalam kancah sentimen perkauman atas agenda tersirat Umno.
Tuesday, October 17, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Nampaknya kini di kalangan inteligensia bukan Melayu "UMNO" sudah menjadi satu perkataan lucah lagi menjijikan. Begitulah nasibnya UMNO yang sudah hilang wibawa, hinggakan segala rakan kongsi pun sudah tidak mahu pandang sebelah mata.
Org Melayu kalau nak maju dan berjaya dlm ekonomi kena berusaha sendiri tak perlu bantuan kerajaan dan tdk perlu masuk UMNO.Saya sendiri berjaya dlm perniagaan saya dan saya tidak menjadi ahli UMNO dan tdk pernah berhutang dgn mana-mana organisasi kerajaan.Ttg pemilikan premis perniagaan sebenarnya ramai org melayu yg terdiri dr pegawai kerajaan boleh membelinya tetapi setahu saya peraturan menetapkan pegawai kerajaan tidak boleh membeli bangunan perniagaan.
assalamualaikum datuk.
alhamdulillah, sekrang saya nampak ramai betul org masuk blog datuk.harap2 blog ini jadi satu wadah yang berkesan untuk menegakkan Islam.
cuma saya ingin tanyakan pada datuk,datuk tidak ada emel ke?saya perhatikan blog datuk ini tidak menyenaraikan sebarang emel datuk.saya rasa dengan emel, ramai boleh menghantar sebarang info atau maklumat kepada datuk dengan cara yang lebih selamat dan yakin.terima kasih.
khairi jamaludin sekadar ingin menonjolkan diri dengan mengupas persoalan ekonomi yang menuntut penyelesaian intelektual yang tinggi. Sebagai graduan Oxford Khairi dilihat tidak menonjolkan sifat intelektual beliau tetapi lebih terserlah dalam menggunakan peluang sebagai menantu YAB Perdana Menteri untuk berjaya. PAS sepatutnya berusaha untuk mendedahkan kebobrokan Khairi.
Khairy biggest mistake is that he is cocky - to some that may equal to leadership but to many it is just pure plain arrogance. In all other aspects he is just the usual self serving politicians that we Malaysian have come to accept - they all are in there to ensure that they can get as rich as possible. End of story.
Post a Comment