Ramadhan atau Hari Raya, sama saja bagi rejim Israel. Kegemaran mereka membunuh tidak mengenal batas waktu.
Meninggalkan kaum keluarga menangisi kematian orang yang mereka kasihi menjelang fajar Idilfitri semacam satu kepuasan kepada tentera Israel.
Israel yang membunuh saban hari, rakyat Palestin pula yang dilabelkan pengganas.
Bermula 1948, di mana 800,000 orang Palestin dihalau dari kampung halaman mereka, lalu perkampungan haram Yahudi didirikan di atasnya. Menjelang 1967, penaklukan Yahudi ke atas bumi Palestin disempurnakan, menjadikan orang Palestin minority di Negara asal mereka dan lebih tujuh juta orang Palestin menjadi pelarian di merata tempat. Sampai kini mereka diburu, dibunuh, diseksa dan dizalimi.
Bila mereka berjuang menentang kekejaman ini, mereka dituduh pengganas. Kecuali mereka menerima segala kekejaman demi kekejaman.
Negara kita, tidak menunjukkan komitmen yang jelas menghulurkan bantuan kemanusian seperlunya bagi mangsa kekejaman Israel di Palestin.
Selain itu, janji Naib Ketua Pemuda UMNO untuk mendedahkan syarikat Yahudi yang beroperasi di Negara kita, hingga kini, belum keluar-keluar…. Terkunci?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Kunci tu terletak pada saham saham yang tinggi harganya dan saham- saham itu kebanyakkannya dipegang oleh siapa? DiMalaysia ni biasalah... bukan tak biasa,,,,,
naib ketua pemuda umno tu biasalah
masa tgh panas, dia yg berapi2 hantar memo pd condolezza rice.
pastu janji mcm2, nak keluarkan senarai syarikat yg terbabit ngn israel...
tapi skrg mungkin tindakan tu akan merugikan dia dan kroni2 nya, so member senyap lah...
orang orang kita kan mudah lupa (bak kata Dr M)...so, dia take advantage lah dengan kealpaan kita..media pulak tak nak tanya lebeh2 ...
pakat senyap je lah senarai syarikat israel tu
dinukilkan pada suatu hari, pemuda itu bersiap2 menyiapkan senarai itu. mereka membuka segala beg, karung, peti dan guni.
arakian, selepas tujuh hari tujuh malam, hampir siaplah senarai itu apabila tiba-tiba mereka terjumpa satu cermin amat besar keadaannya.
melihat mereka itu akan cermin berkenaan. berbelah bagi hati mereka melihat imej di cermin itu - sama ada mahu meneruskan senarai atau membakulsampahkannya diiringi mantera melalaikan orang lain.... sekian adanya
Janji-janji manis UMNO umpama gula-gula yang hanya manis di bibir pahit di mulut dan adalah racun untuk ditelan.. Sanggupkah Ketua Pemuda UMNO menelan racun, adakah membunuh rakyat Palestin lebih baik daripada melakukan istishadiyah?? apa yang paling orang yahudi takutkan adalah kematian... Wallahua'lam
SAYA SETUJU WIZ PUTRA SOLLEH.... HOPEFULLLY ALL PEOPLE REGRET
Post a Comment