Saturday, October 14, 2006

Pembangkang sifar dan istana ADUN Selangor

Pada pilihanraya 2004, UMNO Selangor melancarkan kempen ‘Pembangkang Sifar’. PAS kalah kesemua kerusinya di DUN Selangor.

Kehidupan rakyat Selangor bertambah baik dengan sifarnya PAS di DUN Selangor?

Laporan media sepanjang tiga tahun yang lalu membuktikan kesejahteraan rakyat Selangor semakin merosot – bekalan airnya tercemar sehingga sebuah akhbar arus perdana terpaksa menyiarkan berita ‘air di Selangor selamat diminum walaupun berbau najis’, sampailah botaknya bukit bukau yang indah tanpa sebarang belas kasihan.

Tiada siapa berani melarang…. Pembangkang di DUN Selangor sudah hampir disifarkan.

Terkini, kisah ADUN Selangor membina ‘istana’nya tanpa kelulusan pelan, memperolehi tapak istana itu dengan harga RM 180,000 walaupun nilai pasarannya ialah RM 1.3 juta, serta tiga anggota keluarga menjadi ahli Majlis Perbandaran yang sama.
http://www.nst.com.my

Ada gunanya sifarnya pembangkang bagi pemimpin BN/UMNO Selangor……… Mereka lebih bebas.....

19 comments:

Anonymous said...

Dari zaman mat taib lagi rakyat nampak ADUN- ADUN semuanya duduk dalam istana- bekas bekas ADUN semuanya businessman-ada bekas ADUN control stesen-stesen minyak kat Shah Alam, dan segala-galanyalah... tapi orang Malaysia tetap undi penyagak-penyagak - apasal? fear factor, tidak apa atau toleransi yang sangat tinggi pada rasuah?

Anonymous said...

kan mudah YB Datuk buat link saje kat alamat url tu, daripada taip panjang alamat tu sendiri.
contohnya : dari nst


apapun blog yang menarik.

Anonymous said...

terbaru yg disiarkan tv3 on buletin 1.30 hari ini.
kisah certificate of fitness di sebuah penempatan baru di kelana jaya, if i m not mistaken...
gara2 tiada pembangkang yg kuat lah mereka lebeh bermaharajalela..
takdak siapa yg berani nak tegur.
dari pemaju, sampai lah ke penguatkuasa sehinggalh adun2 dan kroni2 menteri besar sendiri...
kita rakyat yang jadi mangsa...
negeri maju konon...
penuh dgn korupsi

Anonymous said...

YB Datuk, betul kata NST tu, ada button link dekat dengan panel compose box tu, yang seperti rantai tu.

Blog yang informative. Syabas!

ILynn Virgobiru said...

waahhhh
ko ni berpolitik gak ek

Anonymous said...

Saudara Husam

Pembangkang Sifar, hanya menguntungkan kerajaan UMNO dlm menyeleweng fakta. Semua pegawai kerajaan yg berkhidmat di Selangor telah 'dikorupkan'. Antara fakta korup yg menarik ialah kisah pegangan ekuiti melayu sudah 40%?? betul ke kajian ASLI. Kajian ASLI hanya berdasarkan fakta yg kurang menyeluruh tetapi hasil kajian itu hampir tepat. Secara mata kasar, pegangan ekuiti ekonomi Malaysia dikuasai kaum bukan bumiputera. Itu hanya ekuiti fizikal. Yang meniaga adalah bukan bumi putera. TETAPI, itu hanya gambaran secara keseluruhan fizikal.

Jika diperhalusi kajian ASLI, pegangan ekuiti ekonomi bumiputera hanya dikuasai oleh golongan ahli politik koperat UMNO. Nilainya berbillion RM. Secara kasar, cuba lihat pegangan harta anak-anak TUN RAZAK, TUN HUSSEIN ONN, TUN MAHATHIR dan PAK LAH. Kajian ASLI hanya menggunakan sample rujukan pegangan ekuiti dari payungan dari empat keluarga politik ini. berbillion nilainya saudara Husam. Payungan bermaksud semua sekutu, sekufu dan sekroni sahaja.

Pembangkang sifar bermaksud, 4 keluarga ini akan memerintah secara dinasti. Tun Razak warisnya Najib, kemudian diwariskan kepada Hishamuddin, Kemudian Mukhriz, Khairy (menantu kesayangan Pak Lah). Seterusnya akan diulang, anak najib, anak hishamuddin dan seterusnya. Pusingan dinasti ini sudah persetujui dengan syarat, setiap PM handaklah menjaga kepetingan pewaris PM sebelum nya.

Pembangkang sifar bermakna, segala kertas cadangan merampas tanah hak milik bumiputera dibuat secara halus dan berhemah dan terancang. Menaikan taraf hidup rakyat dibuat secara halus. Menaikan taraf hidup adalah seperti, naikkan harga barang, petrol, takrif bil dsb. Siapa mampu menyekat perancangan halus ini. Hanya theori pembangkang sifar sahaja yg mampu melaksakan niat UMNO ini.

Pembangkang sifar akan merugikan rakyat. tiada check and balance dalam kerajaan negeri. Segala plan hanya didraf utk kepentingan kroni bersama. BAHAYA !!! cukup bahaya.

Paling bahaya adalah isu pengambilan tanah milik bumiputera. Selepas ini, kebanyakkan tanah anak distatuskan 'leased hold' susah kita nak jumpa 'free hold' for the next 10 years. Status 'free hold' yg ada akan diambil secara halus melalui pelbagai cara, mendakwa ianya tanah setinggan, menawarkan berpindah dan diberi pampasan (pampasan yg tak berbaloi), medakwa kawasan itu tidak selamat kerana faktor geografi (pindah paksa), mencipta fenomena bencana alam spt membanjirkan, meruntuhkan tanah, memendamkan, mentoksikkan dll.

maka berhati-hatilah dlm membenarkan atau merialisasikan propaganda pembangkang sifar. Tidak diSelagor tetapi disemua negeri. Wujudkan kerajaan campuran utk kepentingan Rakyat.

Anonymous said...

haahh!! apa nak kata? PADAN MUKA SIAPA? PADAN MUKA SENDIRI!!! UNDILAH UMNO LAGI, JILATLAH KERIS BURUK TU! Moga2 lidah terus berdarah...dan putus...tak dapat nak bantah lagi! Hidup Orang Melayu!

Mat Taib ke, Abu Hasan ke, Mat Khir ke, tak de bezanya...kalau tidak kerjanya nak menyusahkan rakyat, tapi mengenyangkan perut mereka sendiri....bukan UMNO la namanya..

JANGAN LUPA!
Mat Taib...bawak cash RM25 juta dalam beg..selamba je
Abu Hassan....nampak macam baik, songlap juga tuu..
Khir Toyo??...perrgggHH memang tahap toyol...sebab benda2 yang nak disonglap dah tinggal cebisan...(sudah ditelan oleh buaya2 terdahulu), maka kaedah toyollah yang digunapakainya...
mintak mahap le mengata sikit di bulan puasa ni.
Jaga2 jugak si Mat Zin yang berjambang tu...ni pun sorang lagi penyamun besar. ahh boleh kata semuanya penyangak la.

Bercakap bukan main lagi...pembangunan mampan, pembangunan lestari, kitar semula, infrastruktur bestari..bla bla bla....Thui!! tahi kucing la. Hari ni buat kenyataan akhbar...selangor akan mengekalkan hutan dan tanah bukit untuk kepentingan alam sekitar dan generasi akan datang...semalam dah gondol! besok tanah runtuh! puak2 dia jugak yang buat kerja...siapa lagi? orang PAS? hahaha (bukan la nak kata PAs tu betul semua, tapi jauh elok la kalau dinilai akhlaknya).

bila ada kes tanah runtuh....adalah pegawai2 yang kena jadi kambing hitam...menteri besar & exco takkan nak mengaku! Tapi yang peliknya, bila pilihanraya...menang jugak lagi setan2 ni.

Selangor Maju, Setinggan Sifar, Pembangkang Sifar = Bukit Gondol, Hutan Hilang, Sungai Kontang, poket MEREKA kembong!

Anonymous said...

Saudara Husam

Khir sebenarnya takut pada Zakaria!Adakah Khir sebenarnya takut pada Zakaria?

Terbayang difikiran saya besar kemungkinan perkara ini dibenar.

Saya biasa mendengar yang ADUN Pelabuhan Kelang ini, Zakrtia Md Deros yang pernah satu ketika dahulu melempang ADUN DAP YB Sdr Teng Chang Khim di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor, adalah seorang yang BRUTAL dan sering menghebah-hebahkan darihal pengaruhnya dengan orang atasan (lebih atas dari Khir lagi, mungkin di tingkat 4 dan 5).

Zakaria kini terjebak dengan skandal ISTANA RM5 juta nya yang dibina di sebelah kawasan rumah kos murah di Pandamaran. Anehnya Majlis Perbandaran Kelang atau MPK tidak berani mengambil tindakan terhadap beliau kerana enggan mengemukakan pelan ISTANA nya itu untuk kelulusan MPK terlebih dahulu. Sehinggalah apabila YDP MPK ditekan oleh pihak akhbar barulah Menteri Besar konon-kononnya meminta laporan dari MPK sedangkan ISTANA itu telah lebih 90% siap!

YB teng telah pun membuat laproan kepada BPR dan Lembaga Hasil Dalam Negeri darihal kekayaan luar biasa Zakaria ini namun seolah disepikan begitu sahaja.

Dan kini muncul pula isu baru. Kerajaan negeri pimpinan Khir dilaporkan telah memberi persetujuan untuk melantik Zakaria, anak lelakinya Zainuri dan menantunya Roslinda Abdul Jamil sebagai ahli Majlis Perbandaran Kelang yang baru.

Sungguhpun banyak pihak telah menyuarakan darihal ketidaksesuaian perlantikan yang melibatkan kaum keluarga seumpama ini namun Khir seolah memekakkan telinganya dan terus melantik juga. Apabila ditanya pemberita mengapa demikian, Khir menjawab:

Asalkan mereka tidak menyalah-gunakan kedudukan mereka, tak mengapa

Sebelum ini MPK melalui arahan kerajaan negeri pernah melantik anak beranak Spekaer Dewan, Onn Ismail (Pengerusi Tetap Umno) sebagai ahli majlis MPK iaitu anak perempuannya Nor Hayati, bekas suaminya Suffian dan menantunya Faizal Abdullah.

Bagi saya ini adalah bukti betapa kuat dan berpengaruhnya Zakaria sehingga MB pun tak mampu mengahalang kemahuannya, atau MB sendiri cari makan kerana mahukan bantuan dari pengaruh Zakaria, entahlah.

Yang jelas rugi adalah negeri Selangor, yang jelas malu adalah bangsa Melayu kerana pimpinan mereka sungguh longgar dan tidak memperdulikan pandangan orang-ramai.

Kepada Khir: Selamat Hari Raya: berani kerana benar, takut kerana salah.

Anonymous said...

cadangan takal untuk warga emas ada baik,

Anonymous said...

cadangan takaful untuk warga emas adalah baik

Anonymous said...

Who is Zakaria? What makes him so powerful? What makes Khir afraid of him?

Anonymous said...

DI penang, Gerakan buat grand plan untuk usir orang2 melayu dari pulau ke luar (mula2 ke balik pulau, lepas tu ke seberang perai) dengan program2 pembangunan melibatkan pengambilan tanah2 orang melayu di sekitar george town, jelutong, air itam dll. Melalui kaedah jualan terhad untuk bumiputera dan harga jualan yang melampau2 (memang tak dimampui oleh orang melayu)lama kelamaan orang melayu dengan sendirinya terpinggir dan seterusnya terkeluar dari peta pulau pinang....ini la yang sedang berlaku sekarang. Soalannya..yang menjadi broker tukang jual tanah2 melayu kepada developer tu agak2 hangpa sapa dia?

BETUI!!! sangat la tu..tak salah lagi..orang melayu sendiri jugak la! Depa ni depan rakyat cakap lain, belakang ada deal lain dgn developer...

Itu cerita di Penang, yang herannya di Selangor ni...walaupun UMNO sendiri memerintah, ada juga bibit2 atau tanda2 nak berlakunya kes semacam di penang tu...tolong la. Cukup la singapura dan penang saja.

Anonymous said...

sdr husam,
ada satu indikator utk menunjukkan sesebuah negeri itu maju atau tidak. indikator ini disembunyikan drp pengetahuan dan sengaja tidak diuar-uarkan.

sebuah negeri - misalnya selangor - hanya akan maju kalau ada istana besar yang bukan dimiliki sultan atau raja.

seorang ADUN - misalnya di selangor - akan dianggap maju kalau mampu mengaut kekayaan utk diri sendiri dan menayangkannya kpd umum, walaupun jiran di sebelahnya terpaksa mengikat perut mencari rezeki setiap hari.

Anonymous said...

Assamualaikum semua. Memang kita tidak mahu berlakunya pembangkang sifar di Selangor,bahkan di mana-mana negeri pun. Di Kelantan sendiri kita juga tidak mahu pembangkang sifar. Apabila pembangkan sifar, maka senanglah kerajaan yang memerintah melakukan apa saja kehendaknya dengan sesuka hati. Apa yang berlaku di Selangor adalah bukti jelas. Tidak ada siapa boleh tegur dan kerajaan Khir Toyo dengan senang memerintah!

Tetapi dalam pada itu, apakah kita sedang berusaha sekarang ini untuk tidak menyifarkan pembangkang di Selangor, ataupun di negeri lain juga (kecuali Kelantan). Tidak ada guna kita melalak dan meraung tidak mahu kepada pembangkang sifar. Tidak guna kita marah-marah kepada Khir Toyo apabila beliau bertindak macam hantu dan toyol di Selangor. Apabila tidak ada pembangkang beliau boleh lakukan apa saja, termasuk telanjng bogel dan keliling Bandaraya Shah Alam 10 kali sehari. Tidak ada siapa yang berani mencegah dan menegurnya.

Tetapi apakah usaha kita ke arah itu. Khususnya apakah usaha Pas Selangor dalam memastikan DUN Selangor pada pilihan raya akan datang ada ada calon Pas? Apakah usahanya?

Kalau pada pilihan raya 1999 dulu Pas bernasib baik ada wakilnya ialah kerana berlaku krisis Anwar Ibrahim. Arus dan gelombang reformasi membantu Pas untuk menang beberapa kerusi di Selangor.

Tetapi apakah pula arus dan gelombang kali ini? Kalau arus Anwar sudah tawar dan sejuk, maka Pas harus buat gelombang baru. Macam buat awan dan hujan dikala kemarau. Saya tidak nampak Pas sedang mencipta sesuatu di Selangor untuk tujuan itu, melainkan marah kepada Khir Toyo.

Satu hakiakt yang kena sedar dan diakui, Pas menang dulu kerana arus dan gelombang Anwar. Dalam erti kata lain disebabkan Anwar. Hari ini Pas pula sudah sedikit renggang dengan Anwar. Jadi arus Anwar tidak akan membantu Pas lagi.

Hendak tidak hendak Pas kena berdiri di atas kaki sendiri. Berusaha sendiri. Kalau mereka rasa Anwar tidak dapat memabantu, nah cari alternatif lain. Cari strategi lain. Hassan Ali dan Hassan Shukeri serta Hatta Ramli, Dr Lo Lo Ghazali dan lain-lain hendak memerahkan otak sikit memikirkan bagaimana Pas hendak kembali duduk dalam DUN Selangor.

Marah kepada Khir tidak ada gunanya. Cemuh kepada Khir tidak ada faedahnya. Sumpah dan membenci Khir tidak menyelesaikan masalah. Cara itu saya tidak nampak ia membantu Pas untuk menang di Selangor pada pilihan raya akan datang melainkan untuk melepaskan perasaan saja.

Sebenarnya Pas Selangor masih terkial-kial dan tercari-cari apakah senjata paling ampuh untuk melawan Umno Selangor. Pas Selango masih belum ada ada hala tuju yang jelas. Tidak ada agenda yang dibentangkan kepada rakyat, apakah yang mereka akan lakukan jika menang. Kerana kelompongan ini menyebabkan keadaan tambah menyulitkan Pas untuk melawan projek pembangkang sifar di Selangor dan apa lagi untuk menang satu atau dua kerusi sebagai mengulangi kejayaan 1999 lalu!

Anonymous said...

satu ingatan yang baik...

kalau nak kira dari segi point untuk berhujah dengan isu2 semasa yang ada sekarang ni (dari dulu lagi pun)...memang KO la sepatutnya UMNO....

strategi tetap perlu disusun....baik untuk menghadapi pilhanraya itu sendiri, juga tindakan2 lanjutan yang perlu dilakukan sekiranya berjaya menghidupkan semula kerusi pembangkang dalam dewan.

Anonymous said...

Dato,
YB Zakaria mewarisi YB Onn Ismail terdahulu. Kedua-dua mempunyai geng dan mafia yang menguasai seluruh Kelang. Sampai ke Shah Alam dikuasai pulak oleh Salamon dan ADUN anak Mat Zin yang telah meninggal dunia.
Geng-geng ni memang berkuasa di dua daerah ini.
Sebab tu mat Zin jambang dah diteranjang jadi MP Sepang supaya jangan kacau daun.
Apa pun tahniah kepada Pak Lah yang put a stop kepada MPK. Memang MPK dan MBSA ada masalah. masalah politik dan juga masalah pentadbirang. Tak heran kalau orang semua marah dan buat laporan dalam akhbar.
Tapi apa pun, kalau hidup dengan memberi makan anak bini hasil menindas orang lain memang tak selamat. Duit tak boleh bawak mati.
Tak payah tunggu sampai masuk kubur, di atas dunia ni pun Tuhan akan tunjuk.
Kalau buat rumah besar istana pun x guna jugak kalau tiap malam hanya boleh tidur atas satu katil dalam satu bilik saja. Sebelum masuk bilik yang jauh lebih sempit dan lebih gelap nanti.
Semoga menjadi ikhtibar pada kita semua.

Anonymous said...

Hello everyone! I do not know where to begin but hope this place will be useful for me.
Hope to get any help from you if I will have some quesitons.
Thanks and good luck everyone! ;)

Anonymous said...

Hi,

I am new here..First post to just say hi to all community.

Thanks

Anonymous said...

Shalom

It is my first time here. I just wanted to say hi!