Monday, October 16, 2006

Hairan, UMNO lebih sukakan kegagalan

Polemik 18% vs 45% berterusan. Gerakan, komponen BN, mahukan kerajaan telus dalam soal penguasaan Bumiputera dalam ekonomi. Perdana Menteri pula, menegur cara sinis dan penuh sindiran sesetengah pihak (Gerakan?) terus mempersoalkan ketelusan kerajaan dalam isu ini. (Kerajaan memang tak telus, bukan?). Kalau mahu tanya, jangan cara sinis, kata beliau.

Pemimpin UMNO bertegas, bahawa matlamat 30% penguasaan Bumiputera belum tercapai sekalipun DEB sudah lama berakhir. Baru tercapai sekitar 18%.

UMNO bertegas mempertahankan bahawa ia gagal.

Hairan. Ada masanya UMNO sanggup bermati-matian mempertahankan ia gagal dan mahu semua orang percaya ia sememangnya gagal. Ia tidak meminda angka-angka dan angka kerajaan saja tepat dalam hal ini, kata pemimpin UMNO.

Lazimnya, UMNO mendabik dada ia berjaya di semua segi, tetapi kali ini tidak.

7 comments:

Anonymous said...

Kalau UMNO mengaku Bumiputra dah maju- dia tahu yang maju cuma kawan kawan dia atau bahasa sekarang kroni kroni dia, bumiputra tak UMNO masih hidup dalam kemiskinan dan kesederhanaan, jadi dia berlindunglah dibawah khemah bumiputra supaya kroni kroni dapat menikmati terus kekayaan negara- rakyat bumiputra dan bukan bumiputra beleh teruskan hidup sebagai second class citizen.

Anonymous said...

memang dah dasar umno jadi pak angguk...walau tak munasabah sekali ke statement itu, tapi kerana nak jadi pembodek kepada ketua-ketua UMNO, masuk longkang pun sanggup. bodoh punya umno.

Anonymous said...

Salam...

Dengan ini, saya mencadangkan agar PAS memainkan peranannya sebagai parti Melayu bukan UMNO agar dapat mengatasi kekurangan dan kelemahan UMNO itu agar kita mempunyai kelebihan berbanding UMNO. Diminta agar PAS menjadi pejuang ekonomi Bumiputera dan Islam. Tidak kiralah sama ada Bumiputera itu PAS atau pun bukan PAS. Asalkan kita dapat bertindak melebihi keupayaan UMNO. Yang penting lagi untuk ekonomi orang Islam.

PAS juga perlu meningkatkan ekonomi sendiri walaupun kita sentiasa ditekan oleh pelakon-pelakon dari UMNO yang mengatakan kononnya parti mereka untuk Bumiputera, sedangkan hakikatnya untuk kroni mereka. Usaha yang boleh kita adakan adalah seperti kempen kesedaran meningkatkan ekonomi Bumiputera dan orang Islam, memberikan sumbangan dan galakan kepada usahawan-usahawan baru, kempen kesedaran kepentingan wujudnya syarikat peruncitan makanan dari kalangan orang Islam dan sebagainya, yang mana setengahnya mungkin telah ada dalam DEB. Dan pada pendapat saya yang paling penting adalah kekentalan jiwa untuk terus maju ke depan.

Insya Allah kita boleh berjaya, asalkan ada usaha dan dengan izinNya.

Itu pendapat saya.
Wassalam

Anonymous said...

sdr husam,
FYI, inilah yang dinamakan melayu glokal. dalam global dia lokal, dalam lokal dia global.

dalam berjaya dia gagal, dalam gagal, sah dah, memang gagal

Anonymous said...

Org melayu malas berusaha... takdir ketentuan Allah tp takdir adalah apa yang kita usaha pada zaman lalu... Satu lagi tinggalkan rasuah, inilah penyakit yang paling berat sekarang menjangkiti melayu yang mengaku beragama islam...

Amin Shahriz said...

asSalamualaikum.

itulah yang jadinya apabila dasar perjuangan itu hanyalah dunia semata-mata.

Pada pemerhatian saya, 18% itu hanyalah tidak lain dan tidak bukan sebagai sokongan kepada RMK-9.

Andaikata hasil kajian oleh ASLI adalah benar, maka sudah tentu gagasan duniawi itu akan bergolak kerana hakikatnya gagasan itu terdiri daripada tiang-tiang yang amatlah tidak kukuh, dan diikat tiang-tiang itu dengan tali-tali rasuah dan sebagainya.

Assuming if 45% itulah yang benar, bermakna sudah tentu RMK-9 yang berat sebelah kepada kaum Bumiputera perlu digubal dan diubah kembali.

Tidaklah bermaksud di sini saya cuba menimbulkan sentimen anti-Bumiputera, kerana saya juga berdarah Bumiputera.

Tetapi, bila diingati kembali, asas perjuangan PAS adalah perjuangan akidah, bukannya perjuangan kelompok-kelompok ataupun kaum semata-mata.

Maka, andaikata 18% atau 45%, sudah tentu tiada pertikaian, kerana Islam itu menyuruh umatnya berlaku adil dan jujur.

Anonymous said...

Kita tahu rata-rata ahli umno sudah naik jelak dengan sikap pemimpin mereka. Di kala ini UMNO berada didalam kecelaruan minda. Justeru itu PAS harus mengorak langkah, mengatur strategi untuk menaikkan semangat para pengundi agar mengundi PAS.PAS harus mencari sesuatu ideologi baru yang bolih dinamakan IDEOLOGI KILLER.Ini perlu agar pengikut2 Baru PAS tidak akan beralih arah buat selama-lamanya. Ceramah-ceramah PAS haruslah berkonsepkan keMalaysia an. Jika bolih hentikanlah ceramah2 yang memaki hamun orang lain . Saya yakin PAS akan dapat menguasai persada politik Malaysia sekiranya kenyakinan rakyat malaysia terhadap PAS tidak berbelah bagi.