Sunday, November 18, 2007

Tarikh Pilihanraya: PM tak berani nafikan

Seperti diduga, PM memberi respon terhadap kenyataan Pengerusi SPR Khamis lalu: "saya tahu tarikh pilihanraya tapi saya tak boleh bagitahu.."

Tapi bentuk respon itu tidak menafikan anggaran kasar SPR bila Parlimen dibubarkan.

Bernama petang ini sekadar melaporkan : "He (PM) said the decision on when to dissolve Parliament was vested with him as the Prime Minister."

Kuasa cadangkan Parlimen bubar terletak di tangan PM - itu semua orang tahu. Tan Sri Rashid pun tahu itu. Tapi itu bukan bermakna orang lain tak diberitahu atau langsung tak tahu.

Yang perlu diberitahu, adakah agakan Pengerusi SPR bahawa pilihanraya akan diadakan sekitar Feb-Mac 2008 betul atau tidak?

Kalau tak betul, nafikan saja. Jika tak dinafikan, ia betul. Sungguhpun kuasa menyembahkan tarikh pembubaran Parlimen kepada Agung terletak di tangan PM, itu bukan bermakna PM tidak pernah memberitahu sesiapa termasuk Pengerusi SPR mengenainya.

"Therefore, he(PM) advised all parties to wait for Parliament to be dissolved to know the actual date of the general election." Tambah laporan Bernama.

Berdasarkan scenario ini, ada beberapa kemungkinan;

Satu, pilihanraya diadakan lebih awal dari Feb/Mac 2008 tetapi PM telah berpakat dengan Pengerusi SPR untuk memberikan gambaran pilihanraya akan diadakan pada tarikh yang lebih jauh untuk memerangkap pembangkang.

Kedua, Pengerusi SPR memang tahu tarikh pilihanraya tersebut melalui apa-apa isyarat atau sumber dan beliau sengaja mengumpankan gimmik ini untuk mengalihkan perhatian rakyat dari kesan gelombang kuning Sepuluh Sebelas baru lalu. Dua dalam satu. Kerana itu, PM tidak berani menafikan.

Apa pun, polemik ini tidak harus melupakan kita dengan tuntutan reformasi pilihanraya dan juga persiapan pilihanraya, kapan pun dia tiba....

11 comments:

Anonymous said...

Dato'

Kalau PM dah umum tarikh pilihanraya, agak-agaknya Kelantan PAS mampu bertahan lagi ke?

Anonymous said...

InsyaAllah..
sama² kita berdoa kepada Allah SWT

Anonymous said...

Assalamualaikum dato'

memandangkan beberapa isu seperti kambing jamnapari, penyelewengan di AKSB,isu pembalakan dan beberapa isu yang tidak diketahui lagi akan cuba ditimbulkan melalui konspirasi SPR,BPR dan BN dalam usaha menawan Kelantan cukup meluluhkan dan mendebarkan hati saya sebagai pendokong kerajaan kelantan sekarang , bahkan saya cukup risau masa depan pas kelantan untuk pilihan raya yang akan datang.
Saya rasa dan berkeyakinan semua ahli dan penyokong pas pun turut ternanti-nanti penjelasan secara ikhlas, mendalam dan penuh kebenaran biarkan boleh melukakan hati dan pahit untuk diterima.Biarlah jika telah terlanjur kesalahan yang dilakukan jika ada, wajar dibuat pendedahan secara terbuka dan penuh kejujuran. Walau pahit macam mana pun kebenaran itu, tangan-tangan ini masih erat memegang kuat tonggak kerajaan yang ada dan sekali-kali tidak berpaling kepada UMNO dalam usaha mereka merebut Kelantan.Secara peribadi, saya sayang kerajaan kelantan kini, saya sayang pemimpin pas yang ada kini, memang susah dah kita nak cari ganti dengan mengantikan kepimpinan UMNO yang sememangnya diketahui penuh dengan kerosakan.Dato' dalam keadaan mana pun jika kita bersalah atau terlanjur,kebenaran kita adalah pengakuan dengan penuh ikhlas. Saya mungkin salah seorang daripada jutaan rakyat Kelantan tidak sanggup menangis lagi andainya sesuatu yang buruk berlaku kepada Kelantan mendatang.
Tolonglah

Anonymous said...

kenangkan tragedi memali di http://syafiqthink.blogspot.com

Anonymous said...

tak tau la apa depa nak tipu plak kali ni....

Abdul Hisham said...

Dear Friends,

Please try this and send it to other friends..

SPR belum bersih..


The Election Commission's website one goes to check his status as a member of the electorate is below;
http://daftarj.spr.gov.my/

The minimum age to vote in Malaysia is 21 yrs old.To get an IC, you need to attain the age of 12. If you're below 12 years old, you cant even get an Identity Card much less be eligible to vote. Opposition leaders claim that dead people were voted in the last election. Sounds far fetched? Here's proof.

If the IC number starts with "91", the person was born in 1991 and is only 17 years old this year. "99"
represents an 8 year old. Go the above site and test the system by keying the IC numbers and see if their name appears on the election register.

IC: 991214740101
IC: 910815750017
IC: 981231081137

Dr Aziz Sabran ( Aziz Rantissi) said...

SAYA CADANGKAN LAMAN WEB INI MENERBITKAN BAHAN PENERANGAN BA UNTUK DICETAK YG UP TO DATE MENJELANG PILIHANRAYA INI.

OLEH ITU SETIAP CAWANGAN MESTI ADA MESIN PRINTER 3 IN 1. SETIAP CAWANGAN WAJIB CETAK DAN FOTOSTAT BANYAK2 DAN EDARKAN KPD SETIAP PENDUDUK KAWASAN CAWANGAN ITU.

HARAP SAUDARA TAKE NOTE!!!!

Anonymous said...

UMNO...takut dari DULU, KINI DAN SELAMANYA...

Anonymous said...

Datuk rasa kelantan kali ini bagaimana? pas dapat kekalkan kuasa kah?

Mohd Razib Ramili said...

Assalamualaikum Dato',

Saya ahli UMNO dan juga berasal dari keluarga UMNO yang mana kekanda saya adalah Ketua Wanita UMNO Cawangan; secara jujur berasa kecewa dengan pimpinan UMNO. Secara dasarnya, saya memberi jaminan bahawa undi saya pada kali ini (jika ada umur) akan berpihak 100% kepada BA.
Cuma satu harapan saya pada BA, cubalah untuk tidak memandang sinis kepada sesiapa yang hadir di Majlis anda.Kami sebenarnya dipihak yang sama dengan anda.Jangan berbuat sesuatu yang akan membuat BN senyum dan memberi mereka input untuk menyerang parti Islam kesayangan kita ini.
Buat pengetahuan Dato', saya ada menghadiri majlis PAS di Negeri Sembilan (termasuk majlis Dato' sempena hari kemerdekaan).Saya berharap,pada kempen pilihanraya kali ini, agendanya lebih tepat dan straight forward. jangan takut seandainya kita benar.
Kami (ahli YahooGroups Sebuah Sekolah Asrama Penuh)sebenarnya telah sepakat akan menggunakan kuasa undi kami dan menidakkan calon BN; tidak kiralah ia disifatkan undi protes atau tidak.

Harapan kami:
1.BA menawan Penang,Kedah, Perlis, Trengganu dan semestinya Kelantan.Keputusan di Negeri yang lain diharap memberi kejutan kepada BN.
2. Khairi Jamaluddin, Samy Vellu,Najib Razak, Pak Lah,Aziz Shamsuddin,Shahrizat Jalil,Menantu Zakaria Derus, Firdaus, Shahidan Kassim kalah teruk dan seterusnya memberi mesej kepada mereka; Melayu Islam tidak bodoh dan boleh dibudak-budakkan.

Akhir Qalam,
Salam perkenalan pada Dato'dan sampaikan salam "Assalamualaikum" saya pada Tuan Guru Ustaz Nik Aziz, DSAI dan Tuan Presiden Pas.

dukes™ said...

salam semua dan juga utk dato..

Kalau ikutkan situasi semasa.. pada pemerhatian saya.. IsnyaAllah PAS mampu kekal berada di kelate kito.. Beberapa isu yg dibangkitkan oleh BN terhadap pas kelantan tak byk dapat merubah pendirian rakyatnya..

Pun begitu.. saya yakin, BN pun tetap akan menang dibeberapa dun dan parlimen kelate nanti.. bukan saya tak yakin dgn calon2 BA yg ditampilkan..cuma beberapa calon dari BN terutama penyandang dibeberapa dun sememangnya 'buat kerja' sepanjang menjadi wakil rakyat sebelum ni..

Tapi saya gelak besar bila TPM mengumumkan slogan TAHUN MERAWAT KELANTAN sbb pada saya slogan tu amat sesuai ditujukan kepada BN sendiri dgn diubahsuai sikit menjadi TAHUN MERAWAT PEMIMPIN BN KELANTAN..