Sunday, November 18, 2007

Yuran Hapus, Bayaran Kena!

Bayar tetap bayar, walaupun PM telah mengumumkan yuran persekolahan rendah dan menengah akan dihapuskan bermula 2008.

PM tak tipu, tetapi bila sekolah memberitahu pelbagai bayaran tetap dikenakan bila anak masing-masing mendaftar semula awal 2008 nanti, setengah rakyat rasa semacam tertipu. Sekolah beritahu, yuran hapus, bayaran sumbangan kekal. Ada setengah kes, dinaikkan.

Berita Bernama hari ini memetik Menteri Pelajaran mengesahkan pelbagai bayaran di awal penggal persekolahan 2008 akan tetap dikenakan.

"Hishammuddin said the fees abolished included the annual RM4.50 and RM9 fees for primary and secondary students respectively, ...."


RM 4.50 - sekolah rendah dan RM 9.00 untuk sekolah menengah - itu saja yang hapus - kata Hishamuddin.

Rasa segar dengan Budget Pak Lah 2008 bertukar pudar.

Kenapa Menteri Pelajaran tak jelas awal-awal lagi? Cakaplah awal sikit, hapus empat ringgit lebih saja. Empat puluh lebih kena bayar macam biasa.

Taklah ibu bapa rasa dipermain saja.

9 comments:

Anonymous said...

Salam YB, sebenarnya yg dihapuskan hanya perkataan 'Yuran',hakikatnya 3 jenis skim bayaran bantuan kepada sekolah mula diperkenalkan iaitu skim A,skim B dan skim C.Skim A paling mahal manakala skim C paling murah.Kesimpulannya ibu bapa tetap dikenakan bayaran apabila mendaftar anak ke sekolah pada awal tahu depan.

Anonymous said...

Kalo dulu, jumlah yuran sekolah adalah RM20.50 sahaja (Tak termasuk duit buku) tapi lepas di hapuskan yurannya menjadi kategori A (RM38) Kategori B (RM33.50) dan Kategori C (RM23.50) Ini utk sekolah rendah. Sekolah menengah lagi mahal wei. Tak termasuk beli buku2 lagi

fazlin80 said...

Sebelum hapus yuran sekolah, ibubapa hanya bayar RM20.50. Selepas diumumkan penghapusannya ibubapa diwajibkan membayar samaada RM38 (Kategori A) atau RM33.50 (Kategori B) atau RM23.50 (Kategori C) Ini untuk sekolah rendah. Kalau sekolah menengah utk kategori A sahaja RM55. Ini belum masuk bayar buku2 tulis lagi. Harga2 buku meningkat lagi nampaknya. Diumukan hapus yuran, tapi hakikatnya Yuran Sekolah Naik Lagi. Memang kena TIPU lagi Rakyat Malaysia nie

shafarina said...

Benda ni dah dibisikkan pada hubby lama dulu, apa yg mereka cakap tu hanya 30% daripada cerita sebenar.

Nah sekarang, terbukti sudah.

Dijanjikan oleh Menteri Pelajaran yang jika tidak mahu, tidak perlu membayar yuran PIBG dll. Tapi jika pentadbiran sekolah pula menolak utk menerima anak kita bersekolah di situ sebab x membayar yuran tsbt, apa Menteri akan buat?

Anonymous said...

assalamualaikum tuan Husam,saya adalah bekas murid yang 7 tahun tinggal di pondok tok guru, bermula 1989 hingga 1996.Rabu lepas saya ikuti siaran live ceramah tuan dari Kota Bharu,sejurus tok guru sampai,tuan sebut,lebih kurang gini,nampaknya tok guru dah sapa,kita bui ko dio sambung ceramah ni..saya secara peribadi rasa lebih manis andai tuan didepan ribuan khalayak yg hadir bahkan ribuan yg tak hadir,tp ikuti scr live, tn tidak menyebut DIA, akan ttp gunakanlah pkatan BELIAU.Tok guru tu mcm semua tahu, ALim, Warak,diakui ulama2 luar negara...sy rasa perubahan yg sikit tak mjadi masalah bg tuan,demi indahnya akhlak para pjuang pasti ISLAM...harap difahami...

Anonymous said...

nk byr yuran, guna wang. nk bayr "byran skim A atau B atau C" tetap guna wang. so, PM kita nk tipu, takut dipanggil penipu. so, nk jadi penipu terhormat, maka guna perkataan "hapus yuran skolah". tapi, kena bayar "school fees"... atau PM kita ni, kena tpu dek org bwahan sebb PM ni tgh mabuk bercinta ketika umum budget tu ......

Deni Saren said...

Now the BA had won. School Fees is one of the thorn stinging the Malaysian Middle Class. Many of us found the Government was lying through their teeth and was shocked by the Government slapping us with higher fees. As a public we do not care what type of fees we pay or abolished. What we want is when they say fees was abolished, there must be a significant enough decrease in the fees that we have to pay out for our children primary and secondary education not vice-versa. Don't take us as so simplistic to do the math. I would appreciate if this matter can be corrected. We want fee reduction that is significant enough to reduce our living expense burden. After all, many questions the quality of the educations that we get.

Anonymous said...

Wahai YB Apa gunanya cakap lah ni bagi tahu awal awal kan senang. Putar sini putar sana akhirnya sama sahaja.Hakikatnya kena juga bayar yuran, malah ada pula yuran tambahan. Kesianilah yang tidak mampu.Apa bezanya ''Yuran Hapus Kalau Kena juga bayaranya.

MELAYUSEPANG said...

yang kerajaan bn hapuskan ialah yuran sekolah dan yuran peperiksaan.yuran2 lain adalah atas pertimgbangan pihak sekolah hasil dr mesyuarat pibg sekolah berkenaan.sebab tu kalau ade mesy pibg hadirkan diri untuk mengambil tahu hal yg sebenarnya.