Sunday, November 11, 2007

Agung jangan diugut

Pembangkang heret raja-raja ke kancah politik - PM

"PENAMPANG 11 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan tindakan pembangkang menyerahkan memorandum berhubung dengan beberapa tuntutan mengenai proses pilihan raya di Malaysia kepada Istana Negara sebagai cubaan mengheret institusi raja terutama Yang di-Pertuan Agong ke dalam kancah politik." Lapor Utusan.

Pembangkang cuba heret Agung ke kancah politik atau PM cuba ugut Agung jangan BERSIHkan perjalanan pilihanraya seperti tuntutan BERSIH?

Kalau Agung tak BERSIHkan, siapa nak BERSIHkan? Adakah Agung perlu biarkan pilihanraya negara kita KOTOR? BERSIH atau KOTOR lebih mulia?

Sementara itu, baca dulu petikan memo BERSIH kepada Agung;


8. Kami memohon Ke Bawah Duli Tuanku agar Tuanku akan
Menyuarakan kehendak rakyat menuntut pembaharuan pilihanraya termasuk mengutarakan cadangan untuk sebuah Suruhanjaya diRaja untuk mengkaji pembaharuan sistem and proses pilihanraya.
Menggunakan kuasa Tuanku di bawah Perkara 40(2), Perlembagaan Persekutuan, untuk menolak apa jua permintaan untuk membubar Parlimen selagi empat pembaharuan serta-merta di atas tidak dilaksanakan.


Itukah yang PM bimbang?

7 comments:

Anonymous said...

Kita mengharapkan agar Yang Di-Pertuan Agong dapat membersihkan demokrasi yang telah 'diperkosa' oleh BN selama ini.

Semoga usaha kita melalui cara ini membuahkan hasil yang baik. Demi Malaysia tercinta!

Anonymous said...

Khairy kata perhimpunan BERSIH adalah beruk-beruk. Namun kebawah duli menerima kehadiran perserta perhimpunan. Bermakna kebawah duli menerima memo dari beruk-beruk. Hanya beruk sahaja yang faham tuntutan beruk. Ini bermakna khiry juga menyamakan kebawah duli juga sama dengan peserta perhimpunan. Tak kah ini satu penghinaan?.

Anonymous said...

Tahniah Datuk Paduka. Jom buat Perhimpunan BERSIH di Kota Bharu.

Anonymous said...

Yang dipertuan agong harapan rakyat untuk memastikan spr adil dan telus setelah ruang ruang lain....seperti mencurah air kedaun keladi.

Anonymous said...

sakit nya hati!!! ni mesti keja zam nie!!!! hari ni saya cuba untuk membuka saluran al jazeera di astro ( channel 513) . apa yang saya lihat.. the channel is not include in your subscribe. pls contact astro. bla bla bla.... smalam buleh tgk al jazeera... ari ni dah tak buleh. smalam saya terlepas tgk siaran KJ n Nazri aziz ni.. ingat nak tgk hari ni lah!!


to zam!!

KAU NI PENGECUT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Saya ingin menyatakan bahawa sokongan saya terhadap Ronnie Liu tidak bermaksud saya menyokong DAP dan pembangkang secara menyeluruh dan pada masa yang sama tidak bermaksud juga saya menyokong kerajaan. Sokongan peribadi kepada Ronnie Liu adalah disebabkan sokongan saya terhadap seorang invidu yang dianggap maha hebat , mulia dan baik.

Sebelum itu saya juga berharap Ronnie akan bertanding sama ada untuk kerusi Timbalan ataupun Naib Presiden DAP dalam pilihan raya parti akan datang. Kita sama - sama berdoa supaya harapan ini akan menjadi realiti. DAP perlukan Ronnie !

” Saya ingin meminta jasa baik bekas pelajar saya di Sekolah Kebangsaan La Salle Klang supaya menyeru rakan - rakan , ibu bapa dan saudara mara supaya undilah untuk Ronnie. Begitu juga dengan bekas pelajar di Pusat Tuisyen Skor A1 , MRC Centre dan kelas - kelas persendirian saya. Saudara - mara saya yang tinggal di sini. Ahli - ahli penyokong kelab SYA. Rakan - rakan di sekitar Klang. Bekas guru sekolah dan tuisyen. Akhirnya kepada semua yang mengenali saya di Klang. Sebarkan berita dan katakanlah Shen Yee Aun meminta dan juga merayu kepada semua supaya menangkan Tuan Ronnie Liu Thien Khiew di sini ! Para pembaca yang mengenali sesiapa di sini juga diharapkan dapat membantu memohon supaya kenalan di sini memangkah dan undi Ronnie kerana ini bukan soal perbezaan parti dan ideologi tetapi soal individu yang berintegriti dan baik maka penyokong kerajaan wajib menyokong Ronnie sekiranya mahukan janji yang mungkin tidak terlaksana oleh individu yang lain”

Ronnie Liu merupakan seorang yang mesra tetapi tegas dan adil dalam perjuangan beliau. Beliau sanggup mengenepikan harta dan kekayaan demi perjuangan yang jitu dan tulen. Saya pernah diberitahu pada zaman muda beliau pernah ada cubaan untuk membeli beliau tetapi tidak berjaya. Saya juga diberitahu oleh bekas calon Pandamaran saudara Tee Boon Hock yang menentang YB Teh Kim Poo dari MCA bahawa Ronnie liu ditawarkan oleh satu peluang pekerjaan ke China dan gaji itu bersamaan dengan RM 25 ribu sebulan tetapi Ronnie sanggup tinggalkan kekayaan material demi kemakmuran material masyarakat.

Setakat ini saya masih belum melihat ada orang yang betul - betul ingin berjaya dalam pilihan raya selain Ronnie. Mungkin ada tetapi mungkin saya tak berpeluang untuk melihat. Dalam kes Ronnie boleh saya katakan 6 bulan lepas beliau kerap datang ke sini dan hampir 2 kali seminggu ! Inilah pemimpin yang harus dicontohi oleh sesiapa sahaja. Begitulah pemimpin masyarakat yang akan bersama rakyat dan membantu sesiapa sahaja yang memerlukan sekiranya diberi peluang. Ronnie sememangnya ikhlas ingin berbakti.

Ronnie mempunyai jiwa yang amat besar dan sanggup melepaskan kawasan Parlimen yang pernah ditandingi oleh beliau 2 kali dan dilepaskan kepada seorang darah muda. Berani ramai yang sanggup melepaskan peluang sedemikian ?
Saya berani katakan versi Tian Chua di Parti Keadilan Rakyat tidak banyak beza dengan versi Ronnie Liu di DAP. Walaupun kedua - dua ini mempunyai ciri - ciri dan cara pembawaan yang amat berbeza tetapi persamaan mereka adalah dari segi dedikasi dan kerajinan yang ditunjukkan kepada parti dan masyarakat. Kita juga tak dapat nafikan Ronnie memiliki banyak keunikan yang mungkin tidak dimiliki oleh Tian Chua dan mana - mana pemimpin di negara ini.
Amat jarang sekali untuk bertemu dengan seorang legenda yang begitu rendah diri. Saya dapat lihat Ronniu sebagai seorang ahli politik yang berjiwa besar dan pada masa yang sama memiliki hati yang suci dan baik. Beliau menghormati adat dan agama orang lain dengan hati dan mentaliti yang terbuka. Kita perlukan lebih ramai pemimpin yang mempunyai matlamat dan hati yang suci dan bersih seperti Ronniu.

Mungkin saya dikaburi dengan imej baik yang cuma dipaparkan oleh beliau sebagai seorang ahli politik tetapi saya berani berkata amat sukar sekali seseorang ingin bermuka dua di depan saya. Bukan saya sombong tetapi pandangan dan mata saya biasanya adalah tepat. Tidak dapat dinafikan tiada manusia yang sempurna di dunia ini tetapi setakat ini dari segi sahsiah , keikhlasan dan dedikasi Ronnie dijamin tidak hiprokrit !
Ronnie sudah lama bertapak dalami dunia politik dan apatah lagi memainkan peranan yang penting dalam parti DAP. Malangnya beliau tidak pernah menang sehingga hari ini. Shen Yee Aun memberi sokongan penuh kepada Ronniu Liu dalam pilihan raya yang akan datang. Saya berharap masyarakat akan memberi peluang kepda beliau untuk membuktikan diri sendiri.

Saya menyokong Ronniu bukan disebabkan saya menyokong DAP. Biar hari ini Ronnie berada di dalam PAS , MCA , PKR , GERAKAN , mahupun calon bebas saya sokong Ronnie disebabkan saya percaya beliau ada hati yang suci untuk berkhidmat kepada masyarakat tanpa mengira kaum dan bangsa

Bukan mudah untuk kita berbicara dan berkawan dengan seorang legenda. Walaupun hanya sehari bersamanya ( 7 jam setengah ) bagaikan saya sudah mengenali dirinya untuk berbulan - bulan disebabkan beliau sememangnya seorang yang terbuka dan mesra.

Ronnie fasih dan mahir dalam menguasai pelbagai bahasa. Beliau merupakan seorang yang multilingual sama ada Mandarin , Inggeris , Melayu , Hokkien dan sebagainya. Seorang pemimpin yang kini turut menguasai dunia penulisan , blogging dan tidak buta IT. Seorang pemimpin yang tahu banyak tentang selok belok agama , sejarah , falsafah dan budaya dunia.

Ronnie merupakan salah seorang ahli DAP yang unik kerana mampu menjalinkan hubungna dengan sesiapa sahaja dalam kalangan pembangkan sama ada dalam kalangan DAP sendiri ataupun dengan pemimpin di sebelah yang merangkumni Parti Keadilan Rakyat dan PAS.

Keunikan Ronnie bertambah apabila beliau selalu bersetuju dengan saya supaya perjuangna DAP harus berubah dan DAP harus lebih banyak berusaha berjuang untuk masyarakat bukan cina khususnya Melayu dan India. Oleh itu , percayalah bahawa Ronnie bukanlah seorang yang bersifat perkauman dan sanggup berjuang sehingga akhir nafasnya untuk mana - mana pihak , agama , bangsa , warna , budaya dan jantina.

Keberanian yang ada pada Ronnie amat menakjubkan. Pahlawan sebeginilah yang kita perlukan untuk mengetuai sesuatu pasukan ataupun negara untuk berperang. Ronnie Liu tidak pernah tunduk kepada tekanan kuasa. Ronnie Liu sudah terkenal dengan dirinya yang lantang bersuara dan berani mengkritik demi pembaharuan dan kebaikan.

Walau sehebat mana Ronnie dalam DAP tetapi beliau tetap menghormati pejuang - pejuang dan ahli - ahli lama yang sudah lama berbakti. Ronnie sanggup tunduk dengan rendah diri dan meminta tunjuk ajar daripada mereka yang lebih tua daripadanya walaupun tidak semestinya mereka lebih bijak daripadanya. Saya sendiri menyaksikan apabila Ronnie membawa saya dan perkenalkan saya kepada golongan veteran DAP yang tidak pernah berjawatan dan berkuasa tetapi walaupun tidak memiliki apa - apa Ronnie tetap menghargai jasa dan bakti mereka. Jelas Ronnie menghormati golongan dan warga tua. Beliau berbudi bahasa dan berbudi perkerti !

Percayalah masyarakat bahawa Ronnie tidak akan berdiam diri sekiranya hak anda tercabar. Percayalah Ronnie tidak akan duduk bergoyang kaki apabila masyarakat memerlukan pertolongan dan bantuan. Percayalah Ronnie tidak akan leka dan tidur apabila menang dan dipilih. Percayalah Ronnie tidak akan lupa diri apabila berjaya dan dipuji ! Percayalah Ronnie tidak akan undur apabila ditekan.
Laman Blog beliau boleh didapati di Ronnie Liu Thien Kiew

Sesiapa yang hendak berkawan dengan beliau bolehlah email kepada Ronnie yang selalu terbuka untuk berkawan dan menjawab sebarang persoalan serta permasalahan di liu.ronnie2@gmail.com. Seorang yang mudah dibawa berbincang. Sanggup mengorbakan masa demi membantu rakyat. Tidak pernah melihat kepada status , kedudukan , bangsa umur dan jantina.

Sesiapa yang ingin berbakti , membantu menolong Ronnie sama ada dari segi sokongan moral , tenaga , wang , masa , promosi dan apa bentuk sokongan bolehlah hubungi terus kepada saya. Segala sokongan yang bakal diberi adalah amat dihargai.Ingat buat baik berpada - pada dan buat jahat jangan sekali. Kita diseru supaya membantu mereka yang betul - betul layak memimpin.

Salah seorang pengunjung laman blog saya pernah memuji Ronnie di ruang komentar suatu ketika dahulu dan berbunyi ” Ronnie memang seorang insan yg berjiwa besar dan rajin. Pernah saya bangkitkan nama Ronnie kpd Guan Eng. Guan Eng juga menyanjung semangat Ronnie and kefasihan beliau sebagai seorang multi lingua. ”

Sebenarnya kehebatan dan kebaikan Ronnie tidak dapat dihuraikan dengan hanya menulis dan sekiranya menulis mungkin sebuah buku yang beratus - ratus muka suratnya tebalnya hanya mampu menonjolkan kewibawaan beliau. Sebenarnya banyak lagi yang ingin yang berkongsi dengan semua tetapi tidak mampu. Cuma ingin saya ingatkan sendiri berkawan dengan Ronnie. Sendiri turun padang dan lihat cara Ronnie berjuang dan berkerja dan lebih penting menangkan Ronnie dan lihat dengan mata sendiri apa Ronnie boleh buat.

Para pembaca yang membaca rencana ini makalah marilah kita bersama - sama mendoakan kemenangan Ronnie dalam pilihan raya akan datang . Marilah kita berdoa supaya kekuatan dan semangat yang kental bersama Ronnie. Kita berdoa supaya rakyat akan turun beramai - ramai mengundi dan juga menyokong Ronnie dalam apa jua bentuk sokongan. Kita berdoa suapya Ronnie akan menang dan berjaya menjadi seorang wakil rakyat dan berdedikasi , mulia dan baik.

SHEN YEE AUN sanggup memberi jaminan segala janji di sini adalah dijamin benar dan bukannya janji manis seorang ahli politik. Kalau Ronnie tidak seperti yang dikatakan oleh saya maka carilah saya kerana saya yang memberi jaminan Ronnie adalah antara yang betul - betul unik , terunggul dan terbaik.

Penulisan saya mungkin timbul keraguan daripada kalangan pembaca. Apa yang saya dapat dan apa yang Ronnie Liu beritahu. Ingin saya tegaskan apa pun tak dapat. Ronnie sendiri tidak tahu saya menulis rencana ini dan saya selaku bekas Presiden 5 buah kelab , Pengerusi Pengelola lebih daripada 50 program , Penasihat Kelab Pemimpin SYA , wakil kempen pemenang One In A Million Suki Low Sook Yee , antara pengasas awal Kelab Supersukis , Pengurus Kempen calon ASPIRASI pilihan raya kampus dan berjaya menewaskan Presiden Fakulti , Johan dan Pendebat terbaik Bahasa Melayu Universiti Malaya dan banyak lagi sendiri secara individu mengiktiraf kepimpinan Ronnie Liu tanpa disuruh , dibayar ataupun dipujuk.

HIDUP RONNIE LIU !

HIDUP RONNIE LIU !

HIDUP RONNIE LIU !

HIDUP RONNIE LIU !

HIDUP RONNIE LIU !

HIDUP RONNIE LIU !

HIDUP RONNIE LIU !

Anonymous said...

Ini kah perjuangan Melayu???

Kita telah lihat bagaimana akhirnya keputusan Pilihan Raya Umum ke 11. Akhirnya, kita lihat akan kehendak rakyat. Walaubagaimanapun, suka saya menekankan akan konsep perpaduan dan hormat-menghormati antara satu sama lain terutamanya dikalangan orang Melayu.

Saya adalah seorang daripada generasi muda yang buat pertama kalinya mengundi untuk negara kita. Akan tetapi, terus terang saya menyatakan bahawa saya kecewa dengan sikap dan mentaliti orang Melayu itu sendiri. Saya percaya sekiranya perkara seperti hipokrit, enggan mengaku kesilapan, mengampu, kacang lupakan kulit, kurang ajar masih lagi menjadi jati diri orang kita, orang Melayu akan hilang ketuanan di bumi Malaysia ini.

Di media-media elektronik, sering menyatakan betapa semua pihak dalam UMNO itu sendiri menyokong Pak Lah sedangkan kami di pihak generasi muda ini semakin muak dan jelak dengan tingkah laku pemimpin UMNO itu sendiri yang sentiasa berpura-pura dan menganggap rakyat masih di pihak mereka. Suka saya nyatakan tentang betapa kurang ajarnya mereka kepada mantan PM suatu ketika dahulu walhal senario yang sama masih berlaku. Betapa mereka mengeji dan menghina bekas Presiden UMNO itu sendiri. Inikah sikap dan ciri-ciri orang Melayu yang mengaku mereka mengetuai orang Melayu dan organisasi Melayu yang terbesar di negara ini? Bagi saya generasi muda negara, ini sungguh memalukan. Cuba kita lihat betapa kaum asing yang sedia mengambil bekas pemimpin mereka sebagai penasihat walaupun pemimpin veteran itu sudah meletakkan jawatannya. Kita lihat bagaimana mereka ini menghargai semangat dan idea yang tidak henti-henti dicurahkan oleh pemimpin mereka ini dan pemimpin veteran ini sentiasa dimuliakan dan pandangan mereka sentiasa diambil kira. Tidak kah kita malu dengan kaum lain apabila kita melihat pemimpin Melayu itu sendiri bertelagah sesama sendiri? Ucapan dan kenyataan yang kurang ajar dan berbentuk nista kepada pemimpin veteran UMNO daripada orang baru yang baru setahun jagung di dalam UMNO itu sendiri adalah sesuatu yang diluar norma kita sebagai bangsa timur yang penuh dengan adat kesopanan dan kesusilaan. Yang pasti, polisi UMNO yang seperti "kacang lupakan kulit" ini bakal menghancurkan pertubuhan Melayu yang sekarang sudah nazak. Bagi saya generasi muda negara, ia amat memalukan.

Bagi UMNO itu sendiri, adakah sukar bagi mereka untuk meminta maaf kepada rakyat dan bertanggungjawab atas kekalahan yang teruk ini? Apa yang kami ingin dengar ialah ucapan maaf dan rasa bertanggungjawab atas kekalahan orang Melayu paling besar ini. Seterusnya dapat kita bersama-sama bangkit meneruskan semangat dan perjuangan orang Melayu itu sendiri.

Justeru itu, saya generasi muda negara berharap agar bangkitlah dan sedarlah wahai pemimpin-pemimpin, tanpa perpaduan dan hormat-menghormati antara satu sama lain perlulah di praktikkan dalam kehidupan kita. Persoalan yang perlu kita jawab ialah, adakah benar kata-kata Hang Tuah "Melayu tidak akan hilang di dunia" itu akan sentiasa benar atau tidak lagi benar? Fikir-fikirkan lah wahai Melayu!!!!!