Monday, September 10, 2007

Apa erti hamper polis untuk Suwandi?

"Polis tembak Suwandi sambil berdiri!" - mengikut seorang saksi yang melihat dari jarak dekat peristiwa tembakan peluru hidup ke atas orang awam di Batu Buruk.
"Kami nampak percikan api keluar dari pistol polis"

Kenyataan ini sama sekali berbeza dengan apa yang diterangkan oleh Ketua Polis Terengganu, seperti di bawah;

Ayub said the policeman, who suffered a blow to his eye causing it to bleed, then fell to the ground but the mob allegedly did not relent and continued to hit him.

“He had no choice, he used his left hand to fend the blows and with his right hand, he reached for his gun. Because his face was bleeding profusely, he couldn’t see properly as well.

“He was still on the ground, his elbow was on the ground when he fired into the air. He did not even know that someone had been hit (by the shot),” he added.


Siapa benar?

Itulah sebabnya satu Suruhanjaya Siasatan diperlukan.

Kedua mangsa tembakan dijangka sembuh dan mereka boleh memberikan keterangan.

Jika benar bahawa anggota polis berkenaan dibelasah hingga terjatuh ke tanah, adakah Suwandi yang mengejar beliau?

Jika Suwandi yang mengejar anggota polis berkenaan, mengapa pula polis menghantar hamper kepada Suwandi semasa beliau di rawat di hospital Kuala Terengganu sebelum di bawa untuk pembedahan di HUSM Kubang Kerian?

Tanda simpati?

Tanda kesilapan tembakan?

Tanda persahabatan?

Kita tidak ingin bermusuh dengan polis tetapi tembakan peluru hidup ke atas orang awam dalam satu majlis yang sepatutnya berjalan aman jika tidak wujud gangguan seperti yang telah berlaku, adalah satu peristiwa serious yang tidak boleh dibiarkan berulang.

Biarkan kebenaran mengambil tempat dengan satu siasatan bebas dan mana-mana pihak tidak harus dibiarkan menjadi 'raja' untuk bertindak sesuka hati.

2 comments:

Amin Iskandar said...

Sudah sampai masanya untuk kita menunjukkan kekuatan rakyat. Rakyat Merdeka tidak seharusnya membiarkan diri mereka terus dibuli oleh Polis yang bertindak sama seperti tentera Gurkha upahan British semasa zaman penjajahan dahulu.

Anonymous said...

Buat desakan utk SURUHANJAYA DIRAJA
supaya siasatan adil dijalankan