Tuesday, January 30, 2007

Sewa Untung Atau Beli Untung?

Tak ada jalan lain, kecuali mengakui Kerajaan membeli sebuah lagi jet mewah. Pembeliannya bukan oleh Kerajaan secara terus tetapi oleh sebuah anak syarikat Kerajaan bernama Syarikat Penerbangan Malaysia.

Untuk kecilkan kesan negatifnya, Perdana Menteri hanya ada satu logik yang pada fikirannya berkesan. Sewa, bukan beli.

Ada perkara kita sewa beli. Bayar ansur-ansur tetapi akhirnya kita punya. Yang ni, kita beli, kemudian kita bayar pula sewa atas jet yang kita beli dengan wang kita sendiri.

Adakah wang negara bertambah jimat dengan cara beli, kemudian menyewa semula?

Perdana Menteri tidaklah tak tahu menghitung langsung. Dia tentunya tahu, samada jet mewah itu dibeli oleh Kerajaan secara terus atau oleh anak syarikat kerajaan, kedua-duanya duit kerajaan, duit rakyat juga. Duit itu bukan dicangkul atas angin begitu saja.

Maknanya negara terpaksa berbelanja tambahan untuk jet mewah itu.

Adakah empat buah jet mewah sedia ada tak cukup mewah sehingga negara perlu berbelanja hampir RM 200 juta untuk sebuah lagi jet mewah?

Jika memang tak cukup kerana pemimpin negara kita terpaksa berlegar ke serata dunia, apa perlunya pula kita menyewa kapalterbang yang telah dibeli dengan duit negara?

Adakah ini tidak bermakna dua kali kos? Kos pertama, membeli kapalterbang itu - RM 200 juta. Kos kedua, terpaksa menyewa kapalterbang yang telah dibeli dengan duit negara sendiri. Kata Perdana Menteri, kadar sewanya ialah"....dan kalau kita kata nak sewa daripadanya tentulah itu satu keuntungan untuk syarikat itu.”

Kalau sewanya menyebabkan Syarikat Penerbangan Malaysia untung, tentulah kadarnya tidak rendah.

"Buat apa nak beli kapal terbang? Dah beli nak kena perbaik, nak kena belanja besar juga.

“Lebih baik sewa, kalau rosak apa pun pihak yang memberi sewa kena ganti."

Kalau nak bagi Syarikat Penerbangan Malaysia untung seperti yang ditegaskan oleh PM, tentulah kadar sewanya dah dimasukkan kos penyeliaan dan pembaikiannya. Baru dia boleh untung. Maknanya, kos sewa mengambilkira kos seliaan. Kalau macam tu, mana jimat, sewa atau beli saja?

Jadi logik Perdana Menteri kalau jet itu disewa kosnya jadi jimat, memang tak logik.

Logik ini hanya untuk menutup malu dituduh berbelanja mewah sedangkan imej beliau adalah berhemat. Samada berfikir dalam kotak atau luar kotak, logik Perdana Menteri ini hanya memberikan gambaran kepada umum beliau sudah hilang kejujuran.

Sudahlah rugi kerana dua kali berbelanja untuk jet mewah itu, integriti Perdana Menteri pula makin mengecut dengan logik sebegitu.

2 comments:

Anonymous said...

YB Dato'

Pak Lah ni bukan saja kotak kecik tapi otaknya juga kecik. Dia dok dengar nasihat dari penasihat tingkat 4 yang half past six yang mengambil kesempatan diatas kelemahan PM. Mereka ni tahu gomol harta kerajaan saja. Lihatlah berapa negara kita rugi dengan Jambatan Bengkok tambah parah dengan pembelian jet mewah ini, sedangkan rakyat kita di Johor masih merana.

Anonymous said...

YBhg Dato'

Inilah fenomena yang dikatakan Perdana Menteri Malaysia yang kelima hilang kawalan Beliau pada mulanya enggan menjawap sebarang persoalan yang telah ditimbulkan. Semua jawapan diberikan oleh oleh askar-askar beliau yang mengetahui kelemahan ketuanya.

Kini Perdana Menteri Malaysia kelima sering didapati ingin menjawab sendiri permasalahan yang ditimbulkan. Malangnya semua jawapan beliau tidak konsisten serta tidak tepat atau tidak boleh diterima pakai. Beliau cuba memberikan jawapan sepertimana Perdana Menteri sebelumnya tetapai semakin beliau membuka mulut, semakin terbuka segala pekong kerajaan di bawah pimpinan beliau. Begitu juga soal penggunaan OSA terhadap isu tol. Setelah beribu kilometer lebuhraya bertol dibina tetapi kini disusuli dengan OSA. Ini hanya kerana beliau tidak tahu menjawab soalan atau telah hilang kawalan tentang perkara yang telah dilakukan oleh anggota kabinet yang telah dibentuk oleh beliau.

Sejumlah rakyat memang telah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri Malaysia kelima ini tetapi untuk mereka menukar pangkah selain Barisan Nasional dalam pilihanraya agak kurang. sejumlah rakyat akan terus memangkah Barisan Nasional dengan penuh harapan ketua kerajaan yang hilang kawalan ini berundur. Untuk memberi undi selain Barisan Nasional adalah amat sukat bagi mereka ini. walaupun bencana demi bencana, kemungkaran demi kemungkaran telah dilakukan oleh Barisan Nasional.

bagi yang betul-betul mahukan perubahan sahaja yang akan memberi undi kepada pembangkang. Johor sepatutnya mengambil iktibar di atas kebanyakkan kemungkaran yang berlaku dinegeri berkenaan maka mungkin BANJIR telah diberikan sebagai amaran. Tetapi johor tetap alpa. Kita lihat pilihanraya umum yang akan datang untuk pembangkang menambah kerusi.