Tuesday, October 17, 2006

DEB: Sesama pemimpin UMNO pun tak sepakat

Isu meneruskan semangat DEB mula berbangkit pada Perhimpunan Pemuda UMNO pada tahun 2005.

Berikut imbas kembali usul Pemuda UMNO dan komen seorang pemimpin Umno yang lain mengenai isu yang sama. Kedua-duanya boleh dilayari di Utusan Online.

Moral yang saya ingin tonjolkan dari dua petikan ini ialah, kita dapat menghidu niat tersirat Umno untuk menjadikan modal politik melanjutkan sokongan orang Melayu kepada parti itu dan hasrat mengaut sebanyak mungkin projek dalam peruntukan RM 9, sebagai serampang dua mata dari isu ini.

Pemuda Umno;

KUALA LUMPUR 22 Julai - Pergerakan Pemuda UMNO hari ini mencadangkan supaya semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) diserapkan ke dalam satu gagasan dikenali sebagai Agenda Nasional Baru (ANB).

Mustapa, Ahli MKT Umno;

Tingkat usaha elak berlakunya kebocoran- Mustapa
GESAAN tiga sayap UMNO - Wanita, Pemuda dan Puteri supaya UMNO menggunakan kuasa politik padanya bagi menyuntik semula semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) menarik perhatian umum.
Apatah lagi, ia tiba-tiba timbul ketika memasuki fasa kedua pembangunan negara iaitu 15 tahun lagi untuk mencapai Wawasan 2020.
Gesaan itu mengundang pelbagai pertanyaan di kebanyakan orang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mustapa Mohamad, dalam wawancaranya dengan wartawan Utusan Malaysia AMRAN AHMAD, beliau menjelaskan pandangannya secara terbuka dan tidak berselindung.
UTUSAN: Ketiga-tiga sayap UMNO - Pemuda, Wanita dan Puteri mahu semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) disuntik semula dalam usaha menangani kehakisan kepentingan Melayu.
MUSTAPA: Pada saya, suntikan semula DEB menggunakan kuasa politik yang ada pada UMNO adalah tidak perlu buat masa sekarang.
Ini kerana dasar sedia ada sudah cukup untuk membolehkan orang Melayu mendapat peluang perniagaan lebih baik dalam ekonomi negara.
UTUSAN: Jadi, pada masa ini apa yang perlu dilakukan oleh UMNO dan kerajaan.
MUSTAPA: Apa yang perlu ialah kita tingkatkan usaha bagi mengelakkan berlakunya kebocoran menerusi proses pemantauan yang lebih berkesan.
Banyak perkara penting dalam ekonomi sebelum ini berlaku atau dilaksanakan tanpa pemantauan yang secukupnya. Justeru itu, apa yang perlu dilakukan sekarang ialah perkemaskan aspek pemantauan.
Insya-Allah, kita akan mendapat hasil yang diharapkan.
UTUSAN: Maksudnya Datuk mengakui berlaku banyak kebocoran dalam pemberian tender-tender bumiputera. Di peringkat manakah kebocoran ini berlaku?
MUSTAPA: Kebocoran berlaku di semua peringkat pemberian hinggalah pelaksanaan tender-tender itu.
Jadi, proses pemantauan ini perlu dilakukan di semua peringkat bermula seawal penganugerahan tender-tender bumiputera sehinggalah siapnya projek berkenaan.
UTUSAN: Bagaimana pula dengan kedudukan ekonomi masyarakat Melayu pada masa ini?
MUSTAPA: Secara umum, pencapaian mereka pada hari ini adalah lebih baik berbanding dahulu. Kita dapat melihat beberapa orang Melayu kini yang telah berjaya.

No comments: