Thursday, October 05, 2006

Abdullah mengharungi jerebu……

Saya boleh membayangkan bagaimana Abdullah dan Tun M bernafas dalam cuaca berjerebu yang melanda Putra Jaya sehari dua ini. Jerebu politik juga.

Jika indeks pencemaran kian meningkat, mungkin keduanya memerlukan penutup mulut seperti dipakai makhluk angkasa lepas.

Semalam, indeks pencemaran di Putra Jaya ialah 90. Pada petang 3 Oktober, IPUnya ialah 187. Tidak hairanlah akhbar Jawa Post menyiarkan gambar Putra Jaya yang canggih itu dikepung jerebu tebal dengan tajuk “Asap kepung kantor PM Malaysia”.

Jika Perdana Menteri sendiri bernafas dalam debu, bayangkan anak-anak kecil, pesakit dan rakyat yang kurang sihat, hidup dalam jerebu, tahun demi tahun dan komen pemimpin-pemimpin Negara kita ialah; ‘keadaan jerebu akan bertambah baik sedikit masa lagi selepas angin bertukar arah dan hujan turun ……..”

“He said the weather would improve once the winds change direction”, kata Khir Toyo seperti dilaporkan oleh The Star hari ini.

Bulan Ogos tahun lalu, Negara kita menyaksikan beberapa tempat terpaksa diisytiharkan dharurat kerana jerebu. Sekolah ditutup dan penerbangan dibatalkan. Tepatnya pada 11 Ogos.

Secara kebetulan, jerebu terburuk pernah melanda Negara kita ialah pada tahun 1997. Kerugian bagi negara serantau diangar mencecah USD 9 b. Pada tahun itu juga jerebu politik mengepungi Negara kita ekoran pemecatan DSAI dari UMNO dan Kerajaan. Tahun ini, jerebu datang lagi. Mungkinkah ia berlanjutan hingga November ini, di mana Abdullah akan berhadapan dengan perwakilan di Persidangan Agung UMNO?

Hingga kini, polisi Negara kita ialah ‘tunggu api padam, angin bertiup dan hujan turun....’

1 comment:

Anonymous said...

Pak Lah sepatutnya letak jawatan...
sbb kadangkala mcm org nyanyuk...kadangkala cam org buta yg kehilangan tongkat...
oleh sebab Pak Lah tak tau cara camne nak undurkan diri secara terhormat..
meh, kita pakat2 tolong dia...
undi BA!!!undi PAS!!!!undi BA!!!undi PAS!!!
biarkan BN/UMNO jatuh tersungkur, tertiarap tak bangun2...
baru la Pak Lah tau...BN dah tak relevan lagi...
aku penah dgr ceramah Pak Lah kat dewan Millenium..masa tu "dipaksa" pegi masa dia nak lancarkan Islam hadhari...
lawak la...50% yg aku perasan..tido time dia cakap...lemah lembik sgt...tak semangat langsung...camana melayu nak maju...layu lagi ada..