Thursday, July 01, 2010

Saman Felda, lalu rakyat diam?

Saya seronok membaca kenyataan Ahmad Maslan. Felda menyaman PKR dan Suara Keadilan.

Tajuk berita Suara Keadilan ' Felda Bangkrap' dikira memfitnah Felda.

Ternyata Felda terdesak menutup perbincangan bagaimana rizab tunai susut lebih cepat dari paip bocor.

Felda memang belum bangkrap. Bangkrap yang dipakai sebagai tajuk oleh Suara Keadilan juga bukan bermaksud begitu.

Saman satu cara. Jika ada pihak yang takut lalu membisu, seronoklah Felda. Cerita ia berbelanja besar akan tertutup.

Tidak semudah itu. Saya yakin ramai pihak akan membantu Suara Keadlan merangka afidavit mendetailkan pemborosan-pemborosan dan pebelanjaan yang mengeringkan kantong Felda. Afidavit ini boleh dipetik pula oleh apa saja media. Mungkin, kesan tidak memihak kepada Felda.

Itu sebab saya seronok. Ini 'launching pad' untuk gerakan membongkar Felda mendapat tempat terhormat.

Jika Felda benar dan perbelanjaannya prudent, tidak ada salah menjemput MP ke satu taklimat Felda. Buka untuk pertanyaan. Ajak media ikut sama. Bentangkan penyata yang diodit. Jelaskan rasional tiap perbelanjaan dan pelaburan.

Rakyat rasa puas. Keraguan hilang. Keyakinan terbina. Maruah Felda memuncak.

Ahmad Maslan menekankan nilai saman RM 200 juta. Sekalipun Suara Keadilan ditakdirkan membayar semua saman itu, ia tidak cukup untuk menampung akaun Felda yang kekeringan.

Pada waktu Felda hauskan 200 juta dari Suara Keadilan, rakyat hauskan penjelasan tentang kedudukan Felda. Kehausan ini terus membengkak sekalipun Felda memfailkan sepuluh saman lagi.

3 comments:

roland shen loong said...

AHMAD MASLAN TERJERAT DENGAN PERANGKAP PKR/PAKATAN DENGAN MENGGUNAKAN KENYATAAN FELDA BANKRAP !
SATU LANGKAH YANG BIJAK DIATURKAN PKR.!!

Anonymous said...

YB, nak tanya berapa agaknya kos yg kerajaan terpaksa tanggung untuk peperiksaan besar spt upsr dan pmr. muhyiddin kata, kedua2 peperiksaan ni nak dihapuskan utk menjimatkan kos kerajaan. kalau nak jimatkan kos sbb nak tolong org susah takpe, ni yuran sekolah semua dah bayar termasuk yuran peperiksaan semua, nak tolong apenye.

kalau yuran sekolah dimansuhkan takpe jugak. kalau nak jimatkan duit sebab kerajaan takde duit utk sogok org time PRU13, kenapa pelajar2 yang jadi mangsa?

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PentaksiranBerasaskanSekolahgantiUPSR_PMR/Article

http://personajohor.blogspot.com/2009/12/yuran-sekolah-2010.html

Unknown said...

Salam Datuk,

Saya cuma ingin bertanya tentang penguatkuasaan senarai hitam untuk saman ekor.Ianya telah dikuatkuasa bermula april 2010 dan telah menyusahkan ramai rakyat yang tidak dapat memperbaharui lesen dan cukai jalan.
Setahu saya sebelum ini saman ekor tidak dapat dikuatkuasa mengikut undang2 disebabkan kesalahan yang dilakukan tidak dapat dibuktikan kesahihannya.
Saya berharap pihak Datuk boleh membuat sesuatu kerana ini melibatkan ramai rakyat bawahan.

Wassalam