Wednesday, December 09, 2009

Nazri: Kuda Putus Tali

Selari. Apa yang Nazri nak, itu juga yang Kelantan nak. Laporan Malaysiakini: "K'tan plans to sue federal gov't over oil royalty."

Ada satu yang tak selari. Segera bawa ke Mahkamah supaya tak payah berdoa. Ini tak boleh. Mahkamah, Mahkamah juga. Doa dan tindakan Mahkamah boleh jalan bersama. Sementara tunggu Hakim putus, kita kena berdoa. Lepas Hakim putus, pun kita kena berdoa atau bersyukur.

Tindakan menukar jantina wang minyak dari royalti kepada ihsan adalah tindakan politik. Mahkamah juga kadang kala menjadi instrumen politik kerajaan.

Sebelum kita menghulur kepala kita dalam satu medan yang agak samar integritynya, biarlah kita bergelumang menerusi pentas politik dulu. Nanti istilah sub judice akan menjadi benteng memagari kita dari terus bercakap tentang penganiyaan Kerajaan Persekutuan dalam isu ini.

Biarlah penghakiman rakyat mengambil tempat terlebih dahulu dalam berbagai bentuk sebagai hamparan menuju Mahkamah. Sebuah NGO baru bernama GEGAR yang menggabungkan puluhan NGO telah tertubuh di Kelantan. GEGAR bekerjasama dengan NGO serupa di Terengganu bernama MAMPAT. Program mereka antara lain mebawa kuda jagoan UMNO sendiri untuk bercakap bahawa keputusan Kerajaan UMNO/BN adalah nyata salah. Kalau Ku Li sebagai pengasas Petronas kata royalti adalah terhak dan ihsan adalah pelanggaran terhadap perjanjian, siapalah Nazri?

Ku Li akan berucap. Berupayakah UMNO menidakkan pendapat Ku Li?

Ku Li lebih reliable atau pemimpin negara yang mengatakan sebaliknya lebih reliable? Tidak ada seorang pun pemimpin negara yang ada kini lebih autoritatif dari Ku Li dalam isu ini. Penjelasan demi penjelasan akan nanti menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan dan rasanya ini lebih mahal dan berharga.

Hujjah yang benar tetap kuat sekalipun diucapkan di luar Mahkamah. Penghujjahan yang bernas boleh membawa rakyat menghakimi tindakan Kerajaan Persekutuan dengan kuasa rakyat.

Keputusan politik dihadapi dengan tindakan politik, sampai satu masa yang tepat untuk tindakan selanjutnya.

Sambil itu, teruskan berdoa. Jika Nazri inginkan doa dihentikan, lagilah perlu doa diulang-ulangi terus menerus.

Lagi pun cabaran Nazri tak semestinya menggambarkan hasrat dan pendirian Kerajaan Pusat. LIhat saja isu BTN, TPM pun tak setuju selaran Nazri pada Tun Mahathir. Maknanya, kalau pun tidak "loose cannon on rolling deck" , Nazri adalah kuda putus tali. Larinya kencang tapi kadangkadang lari luar gelanggang.

Apa pun, kalau Kerajaan Pusat begitu yakin mereka benar, Kerajaan Pusat boleh ke Mahkamah untuk mendapatkan perisytiharan terhadap kedudukan sebenar perjanjian itu. Saya tak tau boleh tak boleh, tapi Kerajaan Pusat rasanya juga boleh ke Mahkamah.

Kelantan, seperti kata Tok Guru, tetap akan sampai ke situ tetapi bila, biarlah ikut agenda kita.

2 comments:

Anonymous said...

Salam...

Malaysia di khabarkan dengan berita gembira dengan kebangkitan skuad bola sepak Malaysia dan memberi sinar kepada semua peminat tempatan.

Dalam masa sama ada yg temenung memikirkan nasib diri. Jika berlaku banjir, PM @ menteri turun melawat, jika tragedi bencana turun hulur bantuan dan sumbangan, jika tanaman musnah lawatan dan pampasan diberi, jika masalah2 setempat ada perkhabaran diterima, dipohon agar isu kakitangan kontrak for service agar diberi maklum balas. jika tidak dari PM, wakil dalam pasukan kabinet sudah memadai untuk menunjukkan pemimpin prihatin terhadap masalah setempat..

60,000 orang (anggaran bukan jumlah yang kecil), jika tiada kata putus yg dapat, mohon agar mana ahli parlimen bangkitkan diparlimen. Bukan untuk menunding jari kearah siapa, tetapi untuk sama-sama berfikir, apa yang terbaik dan termampu untuk membantu golongan ini..

Buat masa terdekat, ucapan @ response berkenaan isu terbabit dari pihak yang terbabit ditunggu2. Mohon agar disampaikan maklumat atau pendirian berkenaan isu ini dengan segera..

sekian.