Thursday, March 20, 2008

Ke mana Kabinet Abdullah?

Reform judisiari? Zaid di kabinet dan Tg Adnan yang dikaitkan dengan pengaturan Lingam di Ibu pejabat UMNO/BN? Tahniah pada Lingam atau pada Tg Adnan?

Kerajaan bersih dan pengisytiharan harta menteri? Tan Sri Mat Taib dan wang dalam guninya? Sudah lesap atau jika wang masih berguni-guni, bagaimana hendak dihitung?

Bebas dari perasa KJ? Mengapa Noh sebagai Menteri penuh dan bukan Husni Hanazlah? Shaziman dari NS? Mat Zain lebih layak dari yang lain?

Betulkah Najib asalnya diberikan peluang menyenaraikan 40% s anggota Kabinet? Saat akhir, semua senarai Najib gugur dan beliau kini keseorangan dalam Kabinet untuk pengukuhan politik Abdullah lebih dari segala yang lain.

Teluskah pengaturan projek dan pengurusan khazanah negara di bawah Kabinet Abdullah, lebih penting dari gimmik politik pengisytiharan harta Menteri yang masih boleh dipusing-pusing.

2 comments:

Cucu Adam said...

UMNO/BN akan hancur dari dalam. Itu antara kata-kata disebut oleh ramai orang termasuk daripada kalangan ahli UMNO sendiri.

Kita sedang menyaksikannya, dan biarkan apa saja yang mereka mahu lakukan, kerana ia memudahkan proses UMNO diakhir hayatnya.

Kita sudahpun lihat beberapa pemimpin UMNO telah meletakkan jawatan mereka, dan perbalahan di dalam UMNO semakin ketara dan bertambah rancak.

PKR-DAP-PAS bersedialah untuk bertindak untuk mengambil pemerintah Malaysia, dan akan banyak lagi negeri-negeri yang akan jatuh ke tangan PKR-DAP-PAS. Jangan pula pemimpin PKR-DAP-PAS berbalah sesama sendiri dan bertindak seumpama UMNO.

Brother Puchong said...

Harapan kami rakyat malaysia dapat melihat malaysia yang baru bebas dari pengaruh kroni BN khusus UMNO,mereka begitu rakus menindas rakyat,memperbodohkan rakyat serta menzalimi rakyat.Saya berdoa agar rakyat malaysia menolak terus BN dan menolak pemimpin yang korup dan zalim.Untuk gandingan PAS,PKR,DAP dan beberapa pertubuhan yang menyokong BARISAN RAKYAT saya berharap PEMIMPIN anda dapat membersihkan segala kekotoran dan noda yang telah dibuat oleh PEMIMPIN BN khususnya UMNO.Semoga allah memberkati gandingan BARISAN RAKYAT.