Friday, October 26, 2007

Ada ekor, baru cam kepala

Kerajaan Abdullah begitu sibuk mengejar 'ekor' klip video Lingam, untuk mengesahkan 'kepala' klip itu adalah tulin. Tanpa 'ekor', kepala tak boleh di cam.

Kalau anda lihat kepala cicak mengkarung di bawah, anda hanya boleh mengesahkan ianya mengkarung, selepas anda membelek ekornya. Ia boleh dipanggil pengesahan melalui ekor.... Tanpa 'ekor', Lingam tetap 'bermaharajalela' di Malaysia dan kemelut insitusi kehakiman tinggal tergantung.



Pencarian ekor klip video sinonim dengan pencarian perakam klip itu.

Pak Lah, mewakili Lingam dan konconya, lebih berminat mengesahkan siapa perakam tersebut. Tahniah Lingam.

5 comments:

Anonymous said...

hahahaha... siapa yang bersalah ? Pemberi maklumat atau panerima rasuah ? begitulah kenyataan nya sekarang..

Anonymous said...

nampaknya cukup dramatik video ni, perakamnya besar kemungkinan geng dia orang juga, lagi pun dikatakan dirakam pd 2002... la ni 2007 baru timbul. lepas 5 tahun. tentu ada sesuatu yg menarik disebaliknya.

marn said...

isu ni dipersembahkan ke khalayak oleh parti keadilan. PAS takkan asyik jadi pak turut selama-lamanya?

bila dilihat dari perspektif politik, PAS tenggelam dalam mencari isu yang boleh memberi impak besar kepada khalayak. Banyaknya mencari kelemahan pembesar.

Pohon kreatif dalam berdakwah!

Anonymous said...

Kenyataan Pengarah Bahagian siasatan Jenayah komersial kelmarin membenarkan dakwaan bahawa pemberi maklumat tidak selamat. Iu dikalangan polis, kalau orang biasa camno? Kes video Linggam sapelah berani tampil nak beri maklumat!?

Anonymous said...

Saudara, Isu video memberikan gambaran jelas bahawa India memainkan peranan sebagai talibarut / penghasut,Melayu jadi pak turut dan cina sebagai pelabur. Hamba berharap sangat mereka yang terlibat wajar menerima hukuman yang berat kerana penyelewengan sistem kehakiman ini juga menyebabkan maruah negara tergadai.

Kejatuhannya kerajaan melayu melaka juga adalah angkara pak hitam yang sanggup membelakangan kedaulatan undang-undang.