Tuesday, January 30, 2007
Kaki kudung
The Army has opened in Texas a $50 million high-tech rehabilitation center that is designed to serve the growing number of soldiers who return from war as amputees or with severe burns. Of the roughly 20,000 soldiers injured since the start of the Iraq war, more than 500 have lost a limb -- many of them in roadside bombings.
Sewa Untung Atau Beli Untung?
Tak ada jalan lain, kecuali mengakui Kerajaan membeli sebuah lagi jet mewah. Pembeliannya bukan oleh Kerajaan secara terus tetapi oleh sebuah anak syarikat Kerajaan bernama Syarikat Penerbangan Malaysia.
Untuk kecilkan kesan negatifnya, Perdana Menteri hanya ada satu logik yang pada fikirannya berkesan. Sewa, bukan beli.
Ada perkara kita sewa beli. Bayar ansur-ansur tetapi akhirnya kita punya. Yang ni, kita beli, kemudian kita bayar pula sewa atas jet yang kita beli dengan wang kita sendiri.
Adakah wang negara bertambah jimat dengan cara beli, kemudian menyewa semula?
Perdana Menteri tidaklah tak tahu menghitung langsung. Dia tentunya tahu, samada jet mewah itu dibeli oleh Kerajaan secara terus atau oleh anak syarikat kerajaan, kedua-duanya duit kerajaan, duit rakyat juga. Duit itu bukan dicangkul atas angin begitu saja.
Maknanya negara terpaksa berbelanja tambahan untuk jet mewah itu.
Adakah empat buah jet mewah sedia ada tak cukup mewah sehingga negara perlu berbelanja hampir RM 200 juta untuk sebuah lagi jet mewah?
Jika memang tak cukup kerana pemimpin negara kita terpaksa berlegar ke serata dunia, apa perlunya pula kita menyewa kapalterbang yang telah dibeli dengan duit negara?
Adakah ini tidak bermakna dua kali kos? Kos pertama, membeli kapalterbang itu - RM 200 juta. Kos kedua, terpaksa menyewa kapalterbang yang telah dibeli dengan duit negara sendiri. Kata Perdana Menteri, kadar sewanya ialah"....dan kalau kita kata nak sewa daripadanya tentulah itu satu keuntungan untuk syarikat itu.”
Kalau sewanya menyebabkan Syarikat Penerbangan Malaysia untung, tentulah kadarnya tidak rendah.
"Buat apa nak beli kapal terbang? Dah beli nak kena perbaik, nak kena belanja besar juga.
“Lebih baik sewa, kalau rosak apa pun pihak yang memberi sewa kena ganti."
Kalau nak bagi Syarikat Penerbangan Malaysia untung seperti yang ditegaskan oleh PM, tentulah kadar sewanya dah dimasukkan kos penyeliaan dan pembaikiannya. Baru dia boleh untung. Maknanya, kos sewa mengambilkira kos seliaan. Kalau macam tu, mana jimat, sewa atau beli saja?
Jadi logik Perdana Menteri kalau jet itu disewa kosnya jadi jimat, memang tak logik.
Logik ini hanya untuk menutup malu dituduh berbelanja mewah sedangkan imej beliau adalah berhemat. Samada berfikir dalam kotak atau luar kotak, logik Perdana Menteri ini hanya memberikan gambaran kepada umum beliau sudah hilang kejujuran.
Sudahlah rugi kerana dua kali berbelanja untuk jet mewah itu, integriti Perdana Menteri pula makin mengecut dengan logik sebegitu.

Saturday, January 27, 2007
Cobra Jet?
Belum reda isu Cobra Sultan berharga RM 30 juta, timbul pula cerita jet mewah untuk Perdana Menteri kita, berharga USD 50 juta , belum dicampur belanja hiasan dan kelengkapan bernilai USD 10 juta.
Ini betul-betul berfikir di luar kotak.
Sedikit masa lalu, Dewan Rakyat diberitahu, kediaman rasmi Perdana Menteri di Putra Jaya yang baru saja siap sebelum Abdullah mengambil alih teraju kerajaan, telah dibaik pulih sebaik Abdullah menjadi Perdana Menteri. Dewan Rakyat diberitahu selepas Pembangkang membangkitkannya.
Telus, itu motto Kerajaan Abdullah. Tetapi rakyat diberitahu bila berita sudah bocor dan tak dapat ditutup lagi.
Najib, 3,000 majoriti dan Altantuya
Pilharaya Kecil Batu Talam yang sepatutnya kecil kerana parti pembangkang tidak menyertainya, rupanya menjadi besar.
Kegelisahan terpancar dari kem Umno/BN, sejak hari penamaan calon bila secara rasmi pembangkang sah memboikot pilihanraya itu. Pas jadi sasaran kerana ia tak masuk pilihanraya. Rupanya, bila Pas tak masuk pilihanraya, itu pun salah.
Paling kelam kabut nampaknya tak lain tak bukan dari Najib sendiri. Sejak awal, beliau menekankan majoriti BN mesti meningkat dan tiga ribu adalah garis ukuran majoriti yang BN perlu perolehi.
BN mesti menang dan menang dengan majoriti lebih besar.
Jika majoriti menurun, seakan satu pukulan yang besar bagi politik Najib. Kerana Pahang negeri Najib, maka kurang majoriti akan menggerhanakan politik Najib. Itu yang boleh kita faham dari cara dan gaya Najib berkempen sampai kepada petang ini.
Sebenarnya, Najib tidak perlu berfikiran demikian kalau beliau berfikir di luar kotak seperti disarankan oleh Perdana Menteri. Take it bit easy.
Biasa sahaja bagi pilihanraya kecil majoriti boleh turun. Ia tidak semestinya dikaitkan dengan Timbalan Perdana Menteri semata-mata kerana itu negeri Timbalan Perdana Menteri.
Bila Timbalan Perdana Menteri kelihatan ghairah menyerang, menerjah dan menempis di Batu Talam, pertanyaan saya ialah kenapa di Batu Talam beliau begitu aktif tetapi dalam isu nasional yang lebih besar beliau menikus?
Dalam isu perolehan kick back money dari pembelian senjata oleh Kementerian Pertahanan umpamanya, beliau tidak menunjukkan sikapnya. Pendiriannya tidak diketahui dan penjelasan dari mulut beliau selaku orang bertanggungjawab di Kementerian Pertahanan tidak diperolehi.
Apalah besarnya objektif majoriti 3,000 undi di Batu Talam yang sepatutnya menjadi pilihanraya 'kecil' saja ketimbang isu nasional yang membabitkan sudut integriti dan maruah negara di peringkat antrabangsa? Adakah isu ini tidak penting bagi Najib?
Najib tidak akan punah dengan berkurangnya majoriti BN di Batu Talam. Pengundi Batu Talam bahkan mungkin akan mendapat faedah berlipatganda jika sekiranya majoriti BN menipis di sana.
Tetapi isu sogokan dari pembelian senjata yang menjadi pertanyaan ramai ekoran pembunuhan misteri Altantuya, sedang menganga untuk menelan mangsanya.
Najib harus kelihatan lebih berani dan proaktif atas isu ini, lebih dari melibas pedang menebas angin di Batu Talam. Ini isu yang lebih real. Isu untuk seorang Timbalan Perdana Menteri menjelaskannya bagi pihak Kerajaan.

Friday, January 26, 2007
Agenda Altantuya
Kesedihan kita tentang kisah pembunuhan kejam Altantuya tentunya belum reda. Semua pihak yang ada perasaan kemanusiaan tentunya mau melihat pembunuh atau pembunuh-pembunuhnnya dan sesiapa sahaja yang terlibat dihukum secepat yang mungkin.
Namun, harapan kita semua tertangguh kerana mahkamah kita, mungkin mahkamah yang tersibuk di dunia, telah menetapkan kesnya hanya akan didengar lebih setahun dari sekarang, iaitu Mac 2008.
Ia secara kebetulan membawa kepada pertanyaan: Pilihanraya dulu, baru Altantuya?
Dalam agenda setting, Altantuya adalah post pilihanraya ke 12?
Tidak ada jawapan yang tepat di sini, kecuali dalam kotak fikiran PM kita.
Namun, jika pilihanraya datang pada tahun 2007 atau selewat-lewatnya Februari 2008, nyata kes Altantuya datang kemudian dari pilihanraya.
Jika kita berfikir dalam kotak sebegini, nampaknya ada sesuatu yang tidak ingin dibiarkan terbongkar sebelum pilihanraya.
Itu dapat difahami. Sesuatu di luar jangka mungkin boleh timbul semasa perbicaraan dan ia mungkin menjejaskan Umno dengan teruknya. Kemungkinannya banyak sekali, termasuk kemungkinan berkait penyaluran wang kick back, kalau ada, dari urusan pembelian senjata di mana Altantuya mungkin mempunyai pengetahuan mengenainya.
Tetapi yang lebih mendebarkan, adakah PM akan menggunakan isu ini untuk penyusunan kerajaan baru post pilihanraya ke 12, jika ditakdirkan BN menang dan membentuk kerajaan sekali lagi?
Mungkinkah ada sesiapa yang akan menjadi korban dan hilang kedudukannya sekarang? Orang ini disimpan sebelum pilihanraya, seakan tidak ada kaitan sama sekali dengan isu Altantuya, dicalonkan semula untuk bertanding dalam pilihanraya akan datang untuk menutup isu dari meletup semasa pilihanraya, tetapi tidak dilantik semula ke jawatan sebelumnya selepas pilihanraya?
Jika itu agenda pihak tertinggi, Datuk seri Anwar Ibrahim ternyata lebih lincah dengan membawa ke depad atau fast forward menjadikan isu ini adalah isu pra pilihanraya.
Jika mereka telah meletakkan setting isu ini sebagai isu post pilihanraya, itu hal mereka. Setting berbeza nampaknya telah dimulakan oleh DSAI.

Boikot tak boleh kempen?
TPM kita yang sepatutnya berfikir di luar kotak seperti bosnya, menganggap apa sahaja aktiviti tak boleh dilakukan oleh PAS sekitar Batu Talam kerana PAS telah memboikot pilihanraya kecil di sana. Pas, dengan itu, kena berpeluk tubuh dan goyang kaki saja. Umno dan BN ligan suka hati dia.
Boikot pilihanraya pula, bagi TPM kita, hanya sekitar tak masuk calon.
Sempit benar ruang di luar kotak TPM kita. Baik balik berfikir dalam kotak saja, kalau macam tu.
Boikot semestinya tidak hanya terbatas tak menamakan calon. Tak letak calon hanya salah satu langkah boikot. Banyak lagi langkah susulan, termasuk tak keluar mengundi.
Kalau Pas tak meletakkan calon kerana memboikot, adakah ahli Pas tidak patut bersama parti mereka?
Jika mereka ingin bersama parti mereka, apa yang harus mereka lakukan?
Mengundi BN? Tentu sekali tidak. Apa guna parti memboikot pilihanraya, tiba-tiba undi parti lawan bertambah?
Tak keluar mengundi? Itu hak pengundi. TPM malah PM sekalipun tak boleh memarahi pengundi yang tak nak keluar mengundi. Suka hati mereka. Kalau mereka fikir tak mengundi itu lebih baik dan dalam kes ini memberi lebih kesan kepada boikot, mereka tak payah keluar mengundi.
Macam mana mereka nak faham ini? Parti kena ada majlis penerangan dan bila Pas buat program seperti ini, adakah bermakna Pas bersandiwara?
Tidak. Itu hanya untuk menyelaraskan pendirian ahli parti bagi memberikan impak yang lebih atas langkah memboikot tadi. Ia masih dalam semangat boikot.
Boikot bermula dengan tak letak calon sampai kepada peratus keluar mengundi yang rendah. Itu baru boikot.
Kalau ahli Pas dipaksa juga keluar ke pusat pengundian atas apa saja tekanan, pilihan mereka ialah undi menjadi rosak atau mengundi lawan kepada BN. Undi rosak juga tak salah dari segi undang-undang.
Tapi peratus keluar mengundi yang rendah atau undi rosak yang tinggi, itu yang Najib nampaknya paling takut.

Alahai Najib!
Timbalan Perdana Menteri kita melayangkan sepucuk surat kononnya ditulis oleh pimpinan PAS menyeru pengundi Batu Talam untuk keluar mengundi. Pimpinan PAS Raub sejak semalam mengingatkan saya tentang teredarnya surat itu, kononnya ditandatangan oleh saya! Sejak semalam juga mereka telah membuat laporan polis.
Laku juga rupanya tandatangan saya. Sampai-sampai entah jin mana terpaksa mengedarkan surat berkenaan, untuk membuktikan Pas berkempen di Batu Talam dan dengan itu, boikot pilihanraya Pas hanya sandiwara.
Timbalan Perdana Menteri yang dikelilingi oleh SB dan risik tentera yang berkeliaran di Batu Talam dengan mudahnya menerima kononnya surat itu sememangnya dikeluarkan oleh Pas.
Mungkin TPM kita berfikir di luar kotak seperti yang disarankan oleh PM, lantas memanggil sidang akhbar sambil posing bersama surat berkenaan. Malangnya, TPM kita tak pula berani menyebut nama siapa menandatangani surat berkenaan. Takut kena saman?
Alahai! Desperade sangatkah TPM kita?

Subscribe to:
Posts (Atom)