Thursday, December 07, 2006

Minyak Kedah Minyak Kelantan

Ada dua berita berlainan yang menarik perhatian saya.

Kedah akan menjadi pusat penapisan minyak terbesar bermula tahun depan. The Star semalam, memetik kenyatan Exco Kedah, Datuk Chong Itt Chew. Saluran paip sepanjang 312km akan mengalirkan pula minyak ke Bachok, Kelantan.

Berikut, laporan berkenaan;

Yan set to be refinery hub

ALOR STAR: Yan is poised to be an oil refinery centre by next year as it is expected to attract RM20bil in investment for refinery plants and pipelines.

State Investment, Transport and Trade committee chairman Datuk Chong Itt Chew said a Malaysian-Middle East joint venture company was investing RM7.68bil to set up a crude oil refinery plant in Yan.

He said a listed company would also be setting up another oil refinery there, bringing the total investment to RM17bil.

Another company is proposing to build a 312km-long pipeline from Yan to Bachok in Kelantan.

Minyak itu bukan minyak Kedah, tetapi minyak dari timur Tengah. Kerajaan Kelantan, saya percaya, mengetahui hal ini, tetapi belum mengumumkan apa-apa. Biar tak berkokok tapi jadi bertelur. Salah kokok, bertelur tak jadi. Lebih baik diam ubi, berisi.

Berita kedua, 72 nelayan Vietnam terpaksa mendarat di Tok Bali, Kelantan selepas ditiup oleh Taufan Durian.

Betapa dekatnya Kelantan dengan Vietnam. Ini mengingatkan saya kepada pengeluaran minyak di kawasan PM-3 CAA, yang beertindan antara Malaysia (Kelantan) dengan Vietnam. Setakat maklumat sedia ada, melalui carian internet menunjukkan pengeluaran minyak di sini melebihi 40,000 tong sehari. Pengeluaran gas juga sudah bermula.

Ada sesiapa yang boleh menasihati saya mengenai isu ini? Adakah Kelantan tidak berhak menerima apa-apa pembahagian dari pengeluaran di kawasan ini?

5 comments:

Anonymous said...

A’kum Dato

Membaca tulisan Dato teringat buku yang saya baca beberapa bulan lepas bertajuk
“The Nets of Resistance” oleh Supara Janchitfah, diterbitkan oleh Campaign for alternative industry Network (CHAIN) tahun 2004. Atau pun sila rujuk Website: www.thaipetroleumwatch.com. Secara umumnya buku ini berkisar tentang penentangan penduduk di Selatan Thai, terutamanya di wilayah Songkla terhadap paip darat dari Songkla (Thailand) ke sempadan Perlis dan Gurun (Kedah) yang membawa minyak mentah yang disedut dari Malaysia-Thai Joint development Area (JDA) di Teluk Siam, sempadan Thailand dan Kelantan. Minyak akan di tapis di Gurun, Kedah.

Projek ini mendapat tentangan yang hebat dari penduduk Selatan Thai kerana ia menimbulkan kesan buruk kepada alam sekitar dan juga kesan sosial. Penduduk kampong di Selatan Thai yang menentang projek ini telah menerima berbagai ancaman dari kerajaan Thai. Projek ini adalah usahasama antara Petronas dan Petroleum Authorities of Thailand.

Jarak terdekat untuk menyalurkan minyak mentah dari kawasan usahasama tersebut ke Malaysia ialah ke pantai Kelantan, 150km melalu paip dasar laut. Tetapi kerajaan Malaysia telah memilih untuk menyalurkan minyak mentah melalui Selatan Thai (dengan kerjasama kerajaan Thai) ke Gurun yang mana melibatkan lebih 600 km. Minyak akan diproses di Gurun.

Secara logiknya Kelantan lah sepatutnya didirikan loji penapisan kerana ia adalah jarak terdekat, ini menjadi lebih efficient, kos mengalirkan minyak mentah akan jadi rendah. Lain pula alasan kerajaan UMNO apabila nakkan sesuatu untuk survival politik kotor mereka. Salah satu sebab penggabungan NST-Utusan ialah untuk menjadi media tersebut lebih efficient. Ini alasan kerajaan, tapi semua orang tahu apa kan sebab sebenarnya. Tapi tidak begitu apabila melibatkan Kelantan. Efficiency tidak lagi menjadi alasan. Patutlah zaman regim Dr. Mahathir dulu industry berat dibuat di Kedah, walaupun industri pemprosesan besi waja di Kemaman, akibatnya besi terpaksa diangkut dengan lori melalui lebuh raya Timur Barat , akhirnya rugi.

Inilah hakikat kerajaan Malaysia bertunggulkan UMNO yang terus menerus menafikan hak rakyat Kelantan kerana tidak menyokong UMNO. Walaupun minyak dijumpai di sempadan perairan Kelantan tetapi negeri Kelantan dinafikan hak, telah di anak tirikan. Inilah satu lagi contoh bagaimanapun UMNO begitu takut apabila loji penapisan didirikan di Kelantan, negeri itu akan maju dan modal yang diguna dalam pilihan raya Kelantan tidak membangun akan menjadi basi, tak laku kata orang Kelantan.

Saya begitu sedih melihat bagaimana busuk nya UMNO yang menidakkan hak Kelantan walaupun Kelantan sepatutnya lebih berhak untuk mendapatkan manfaat dari kekayaan minyak dari perairannya.

Sama-sama kita renungkan.

W’lam

NSW, Australia

Anonymous said...

Dear Sir,
With the current political development in Malaysia, theoritically, next year will be a tough year for BN, but as usual better expect for the worse as the voters will be confused and again they will vote for BN. This is Malaysian style.
If BN rules the federal govenrnment again, do not expect much changes on their policy for Kelantan.Minyak Kelantan, irregardless from JV with Vietnam, Thaniland or even from Kelantan owns soil, it will be controlled by them. There will be no 'wang ehsan'or loyalty to be paid to the rakyat of Kelantan thru PAS-led government.
They will not ever think on the efficiencies, skin loss while transporting it from the source to the refinery plant as long as they can punish Kelantanesse because they choose to follow democracy.
To YB, take this as a challenge. Kelantanese are spreading all over the world. Just name it, we are every where.Physically, Kelantan can be considered as less developed compared to some other places in this county, but there is always a 'good'and justified reasons behind it.
To Kelantan gevernment, start scouting for the talent. Thousand of us who are expert and professional are willing to lend the support. Not necessary in monetary value but knowledge. Start to have a plan for knowledge based economy. Start to educate some of less fortunate Kelantanes pupils for long terms, hope they can be a bangsa ynag berilmu dan berguna.

Wasallam

Perantau
South Pacific

Pakngahlee said...

Sahabat Sekalian,

Terdapat banyak faktor mengapa BN mengalami kalah di Kelantan dan BN sememangnya tidak akan menang untuk penggal seterusnya selagi faktor-faktor tersebut tidak diubah. Namun apa yang peliknya, faktor-faktor yang menyumbang kepada kekalahan BN di Kelantan adalah hampir kesemuannya ciptaan kerjaan BN bermula zaman Tun Dr Mahathir sehinggalah zaman Islam Hadhari Pak Lah sendiri. Antara faktor-faktornya adalah:-

1. BN menyekat pembangunan di Kelantan untuk membuktikan bahawa hanya BN yang boleh membawa pembangunan di Kelantan. Tetapi tindakan ini tidak memberi apa-apa kesan pun kepada rakyat kelantan kerana janji yang sama pernah ditaburkan oleh BN semasa memerintah Kelantan dulu dan Kelantan masih juga di takuk yang lama. Dengan kata lain, rakyat Kelantan sudah tak kisah dengan semua itu lagi. Malahan mereka lebih suka dan selesa dengan keadaan sekarang iaitu berada di bawah pimpinan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz.

2. Semua rakyat Kelantan tahu bahawa bumi kelantan kaya dengan Minyak dan Emas. Mereka juga tahu bahawa mereka tidak akan mendapat apa-apa hasil selagi BN memerintah Malaysia. Lihat sahaja contoh jiran Kelantan sendiri iaitu Terengganu yang sudah berpuluh-puluh tahun mendapat Royalti minyak tapi tak ada satu pun pembangunan yang boleh mereka megahkan kecuali Rantau Petronas yang dibina oleh Petronas untuk kakitangannya sendiri. Jadi kemana wang royalti dilaburkan selama ini? Tak kan Wan Mokhtar yang lesapkan semuanya? Beliaukan seorang yang berpendidikan tinggi dalam bidang agama? Kesian rakyat Terengganu yang sepatutnya mendapat faedah hasil dari royalti minyak mereka selama ini. Jadi apa yang rakyat Kelantan kisahkan sangat dengan royalti minyak tu?

3. Rakyat Kelantan adalah rakyat yang paling bertuah di Malaysia. Setiap kali pilihanraya mereka akan mendapat habuan kerana UMNO pasti akan menaburkan wang yang banyak kepada pengundi-pengundi untuk membeli undi mereka. Mereka sudah kenal siapa Anuar Musa, siapa Awang Adek, siapa Mustapha Muhammad setiap kalil pilihanraya. Mereka inilah yang melantik kuncu-kuncu mereka untuk membeli undi rakyat Kelantan. Namun kuncu-kuncu yang mereka lantik ini cukup merugikan UMNO kerana wang tersebut hanya diagihkan kepada kaum kerabat dan ahli-ahli UMNO sahaja yang sememangnya dari dulu lagi mengundi BN. Pengundi-pengundi atas pagar hanya menerima RM50.00 seorang berbanding RM200 hingga RM500 seorang untuk ahli-ahli UMNO. Adakah mereka ini buta?Sudah pasti pengundi-pengundi atas pagar itu tidak berpuas hati, marah, juak dan muak dengan telatah mereka ini. Jadi mereka sapu wang tersebut dan terus memangkah PAS.

4. Subsidi baja hanya diberikan kepada ahli-ahli UMNO sedangkan ahli-ahli pas yang miskin terpaksa membeli sendiri baja padi mereka. Oleh itu mereka terpaksa menanam lewat sedikit padi mereka berbanding dengan petani yang mendapat subsidi padi kerana masalah kewangnan. Akibatnya petani yang mendapat subsidi baja tadi telah menderita kerugian kerana tidak dapat menuai pada mereka yang telah masak tepat pada waktunya kerana padi petani-petani yang berada di keliling mereka masih belum masak dan ini akan menyukarkan mesin penuai padi untuk memasuki kawasan mereka. Mereka terpaksa menanggung kerugian yang besar disebabkan tindakan UMNO yang tidak adil itu. Akhirnya mereka sudah tidak pandang lagi pada subsidi baja padi UMNO itu. Apa yang penting mereka boleh menuai padi sama-sama dengan petani yang lain. Kalau dah tak ada kepentingan buat apa undi BN lagi, jadi mereka pakat undi PAS.

5. BN tidak menggalakkan pelabur melabur di Kelantan dengan alasan kerajaan PAS tidak dapat memberi kemudahan yang diperlukan, jadi mereka menggalakkan pelabur melabur di Kedah, Selangor dan lain-lain negeri. Jadi muda-mudi lepasan sekolah di Kelantan tidak peluang untuk bekerja selepas tamat SPM atau STPM seperti muda mudi di KL, Selangor, P.Pinang dan Johor. Jadi mereka gunakan peluang tersebut untuk meneruskan pelajaran sehinggakan ada yang menduduki SPM atau STPM sebanyak 5 kali untuk memasuki Universiti. Akhirnya sekolah-sekolah swasta tumbuh macam cendawan di Kota Bharu dan berduyun-duyun anak-anak Kelantan dapat melanjutkan pelajaran di IPTA setiap tahun. Sebab itu rakyat Kelantan tidak kisah dengan Meritokrasi kerana ia memberi lebih banyak peluang untuk rakyat kelantan memasuki IPTA. Mereka inilah yang akan menerajui organisasi-organisasi besar milik kerajaan dan swasta berbanding dengan rakyat negeri lain. Setiap bulan mereka akan menghantar wang kepada ibubapa di Kelantan. Sekarang keluarga di kampung dah ada rumah besar dan taraf kehidupan yang baik di negeri yang kos kehidupan yang amat rendah.

6. BN tidak mencipta peluang pekerjaan yang banyak di Kelantan telah mendorong rakyat Kelantan untuk berniaga di dalam dan luar Kelantan seperti Kuala Lumpur, Selangor dan lain-lain negeri lagi. Ramai usahawan luar yang berjaya adalah terdiri dari rakyat Kelantan. Setiap bulan dan tahun wang tersebut mengalir balik ke Kelantan terutamanya semasa musim perayaan, cuti umum dan musim cuti sekolah. Hotel-hotel dan rumah tumpangan semuaya penuh dan Kota Bharu bertukar menjadi pusat pesta membeli belah. Penjual nasi pun sudah mampu memakai barangan kemas seluruh badan. Jadi apalah kisah sangat dengan pembangunan yang BN war-warkan. Apa yang penting warga pencen dan muda mudi mendapat pendidikan agama dengan mudah dan selesa.

Banyak lagi faktor-faktor lain yang tak mampu saya tulis di sini. Cuma apa yang saya tuliskan ini adalah satu kenyataan. Saya pernah tinggal di Kelantan dan saya mahu Kelantan kekalkan apa yang ada sekarang. Tidak perlulah pembangunan kalau sekiranya maruah dan agama tergadai.

Terima kasih.

Anonymous said...

Assalamualaikum..saya pelik..tak tahu yg mana betul or yg mana salah..biarlah Allah yg tahu..saya bukan tak sokong dgn cara islam..tapi tengok kelantangan kutuk mngutuk..masyaallah..saya x der kerja lagi..eloklah buat satu project yg boleh org bekerja..Apa yg kita buat mesti ikhlas krn Allah..Awak bekerja dgn tidak mendapat gaji..adakah anda mahu..

Anonymous said...

Salam Datuk Husam,
Saya harap sebelum Datuk mengwar-warkan isu minyak ini lebih baik Datuk kaji dulu dengan teliti dan cukupkan bukti-buktinya. Jangan cuba serkap jarang sahaja kerana nanti Datuk juga yang akan hilang integriti. Kalau benar Kelantan ada minyak, saya sangat menyokong tindakan kerajaan untuk menuntut wang royalti tersebut.
Saya tertanya-tanya tentang kos 600km salur paip darat dan 150km salur dasar laut yang dinyatakan oleh anonymous di atas... agak-agaknya yang mana satu lebih murah?
Berkenaan dengan bilangan rakyat kelantan diuniversiti.... apakah yang perlu dibanggakan sangat kalau hanya bilangan yang ramai tetapi yang cemerlang bukan dalam kalangan mereka.