Friday, November 10, 2006

Murtad - Keprihatinan Sultan Perak membanggakan

Isu murtad, amat sensitif. Pada masa yang sama, ia amat penting.

Malangnya, kadar tindakbalas kerajaan dalam isu ini amat lembab.

Ia mungkin saja boleh mencetuskan keadaan yang merbahaya. Lebih cepat dan responsif kerajaan bertindak dalam isu ini, lebih baik.

Kerajaan mesti lebih bersifat informatif. Dalam kes individu tertentu dikaitkan dengan gejala murtad, kerajaan boleh mengambil inisiatif segera untuk menentukan kesahihan berita seumpama itu sebelum ia mula menyambar menjadi api yang besar.

Dalam isu ada pihak menjalankan kegiatan memurtadkan orang Islam, kerajaan harus datang dengan kenyataan yang meyakinkan untuk menyekatnya, seperti kehendak Perlembagaan Negara. Dalam isu bilangan yang telah murtad yang besar jumlahnya, penjelasan segera harus diberi dan pihak-pihak berkenaan semestinya segera dipanggil untuk dirundingi atau sekurang-kurangnya, mendapatkan penjelasan.

Malangnya, semua peringkat kerajaan lembab selembab-lembabnya. Lagi amat tidak meyakinkan.

Keadaan boleh menjadi parah dengan insiden yang berlaku di Ipoh. Orang ramai tidak boleh disalahkan kerana isu ini memang sifatnya sensitif. Bahkan, kepekaan orang ramai, dilihat dari satu sudut, adalah menggambarkan kepekaan mereka untuk melihat agama mereka terjaga.

Siapa yang memulakan SMS itu, boleh diuruskan oleh polis. Tetapi mengapa kerajaan seakan membiarkan isu ini membara, masih menimbulkan kesangsian saya. Jika kerajaan bertindak pantas, tidak ada pihak boleh mensensasikannya.

Bush, Howard dan Blair, masing-masing telah menggunakan psaikologi takut sepenuhnya, dalam perang propaganda mereka.

Di Malaysia, perkauman dan sensitiviti agama selalu meletakkan UMNO/BN dalam kedudukan lebih mudah untuk meminggirkan parti-parti lain.

Kerana itukah kerajaan lembab? Atau sememangnya kerajaan sekarang mengalami sindrom tindak balas yang perlahan dan tidak menentu?

Langkah Sultan Perak memanggil MB baginda dan Ketua Polis Negara, mengadap atas isu ini, harus menyedarkan Perdana Menteri dan juak-juaknya bahawa, dalam isu ini, dan isu yang lain juga, banyak tindakan responsif dan pro aktif boleh diambil dan dengan itu, keamanan negara kita terpelihara.

Langkah Sultan Perak itu, mesti menjadi teladan pemimpin-pemimpin kerajaan. Tidakkah mereka merasa malu atas perlahannya tindak balas mereka dalam isu ini?

9 comments:

Anonymous said...

"tidak ada apa yang membimbangkan sebab bilangan yang murtad tidak seperti yang dilaporkan..." - itu bukan saya cakap, tapi pak menteri cakap.

malu? sejak bila org2 yang diatas tu tahu malu...?

Anonymous said...

Penggunaan psikologi "takut" memang menguntungkan pihak pihak berkuasa. Kalau rakyat "takut" dan merasa ugama mereka digugat, mereka tak nampak bangkai gajah korupsi di depan mata.

Mesej dalam diam sangat jelas...

Anonymous said...

Assalamu'alaikum,

Kalau semua Raja dan Sultan setegas ini dalam perkara agama di negeri masing-masing alangkah moleknya.

Tentang kelembapan respons pemimpin negara, ia sebenarnya tidak mengejutkan. Kreana itu lah UMNO dan pemimpin nya. Selagi perkara buruk tidak menimpa ke atas batang hidung mereka selagi itulah mereka akan cuba sweep everything under the carpet.

Anonymous said...

ini government banyak slowla macam itu kula-kula.. itu dia punya pm ha, ada titun juga la...manyak geli hati tengok itu hrkh

Anonymous said...

sultan adil sultan disembah, pemimpin lembab mesti disanggah

Anonymous said...

baru ni dalam ucapan perasmian perrhimpunan pemuda umno,datuk najib dgn tegas ckp umno akan tentang ifc..akan bela islam..

sebetulnya mereka dah amik inisiatif supaya digubal akta menghalang umat islam dari menukar agama..smpai bila islam akan terus digula-gulakan di malaysia ni??

Anonymous said...

Salam, Ybhg Dato'

Sejak akhir-akhir ini, ada dikalangan Sultan yg bersuara dgn nada yg agak murka dgn perkembangan yg berlaku dinegara kita.

Sultan Perak melahirkan nada yg serius keatas isu murtad.

Sultan Selangor melahirkan nada yg serius keatas isu pemimpin yg korup (kes Dato Zakaria), sehingga meletakkan syarat yg ketat utk dato'ship.

Sultan Johor melahirkan nada yg tak tidak seiringan tdk tindakan kerajaan pusat berkaitan isu tambak johor. Tambak itu perlu dirobohkan.

ketegasan, kecekapan dan keberkesanan kepimpinan Pak Lah dan pemimpin UMNO keseluruhannya ternyata lemah.

Anonymous said...

Yg Bhg Dato'


Kes Pembunuhan model Mongolia memang berprofile tinggi... model itu 'berkemungkinan' atau 'barangkali' adalah agen asing, kerana difahamkan model itu fasih berhasa Perancis, Rusia dan Inggeris seperti yg dilaporkan oleh sesetengah akhbar... barangkali dia cuba mencuri rahsia kerajaan malaysia dari Penganalisis penting Menteri Pertahanan.

Kes ini patut dipandang serius. Ia berkaitan dgn rahsia urusan kementerian pertahanan yg membabitkan pembelian kapal selam dan senjata-senjata lain. Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan patut mengeluarkan kenyataan yg menggambarkan kebimbangan.

Kita tak tahu hubungan intim yg sekian lama itu telah menggadai berapa banyak maklumat sulit negara. Razak Baginda adalah org penting di dlm strategy ketenteraan kita. Kerana hubungan akrabnya dgn TPM sbg penganalisis politik dan strategis.

Mengapa kes macam ini tidak dipantau oleh Kementerian Keselamatan Dlm Negeri. PM pula sibuk nak jadi menteri kewangan nak minta dirinya memerintah bukan utk satu penggal. (Dia MEMINTA jawatannya terus dipertahankan oleh ahli UMNO).

Dia sebok nak uruskan kepentingan Scomi dan ECM Libra. (Tapi menafikan Scomi mendapat tender kerajaan). Sebab tu PM kita hanya pentingkan Kementerian Kewangan bukan Kementerian Keselamatan Dlm Negeri.

Setakat nie, PM tak beri sebarang ulasan berkaitan pembunuhan kejam itu. Tunggu siatan katanya. Kan lebih dia sendiri yg menyiasat kerana ia membabitkan keselamatan negara. Rahsia negara mungkin telah tergadai akibat hubungan intim Razak Baginda dan Altantunya.

INI PERKARA SERIUS.

Anonymous said...

hemm....kan dah jelas terbukti. Sapa kata Raja-Raja Melayu tak boleh mencampuri ususan kerajaan / negara. Ini tidak, dok kata pihak pembangkang "mengheret" Raja-Raja Melayu / YDP Agong dalam kancah pentabiran kerajaan. Habis tu....takkan kita nak jadikan Raja-Raja Melayu / Agong sebagai tunggul kayu....Di manakah letaknya kedaulatan Raja-Raja Melayu.....Fikir-fikirkanlah....