Friday, September 29, 2006

Pilihanraya di Ambang Pintu……….(1)

Pilihanraya di Ambang Pintu……….(1)

Sah!! Pilihanraya Umum sebelum berakhir 2007. UMNO tangguhkan pemilihan parti sehingga pilihanraya berakhir.

Sesiapa dalam UMNO yang mahu melihat Abdullah berundur melalui saluran proses pemilihan parti, perlu tentukan BN kehilangan banyak kerusi dalam pilihanraya ke 12 nanti. Jika BN menang besar sekali lagi, kerana proses pilihanraya Negara kita yang berat sebelah dan boleh diselewengkan, ia akan mengukuhkan kedudukan Abdullah selepas pilihanraya. Pengkritik beliau dalam parti harus mendiamkan diri pada waktu itu.

Pilihan tinggal satu. Pastikan BN, terutama UMNO hilang sebanyak kerusi yang boleh. Kecuali, Abdullah boleh diturunkan sebagai Perdana Menteri dengan cara yang lain, sebelum pilihanraya.

Pilihanraya Di Ambang Pintu…..(2)

Pilihanraya sudah pasti amat hampir. Kekecewaan pembangkang dalam PRU 11 mungkin berulang, kecuali semua pihak bersatu menuntut pembaharuan pilihanraya yang total. Jika tidak, kita telah menempah kekalahan kita.

Dalam pilihanraya yang lalu, penyelewengan pilihanraya dilakukan dengan sewenang-wenangnya.

Di Selangor saja, seramai 233,950 pengundi tidak dapat mengundi kerana ketiadaan saluran mengundi – seperti terdapat dalam laporan yang disediakan oleh Parti Keadilan Rakyat bertajuk Sham Democracy.

Jika seramai itu pengundi tidak dapat mengundi kerana sistem yang diatur sedemikian rupa, tidakkah mungkin angka ini akan menjadi berlipat kali ganda dan akan berlaku di semua negeri dalam pilihanraya akan datang, dek kreativiti SPR di bawah Abdullah??? Jawapannya, UMNO dan BN akan menang besar sekalipun rakyat tidak sukakan mereka.

Kecuali Pembangkang bersatu, dan pembangkang menjadikan agenda pembaharuan pilihanraya di Malaysia satu reality……

Tarikh Pemilihan UMNO boleh ditentu lebih awal, mengapa tidak tarikh Pilihanraya Umum?

Jika UMNO boleh menentukan tarikh pemilihan dalam parti mereka lebih awal dan boleh berpindah randah hanya kerana hendak mempastikan UMNO bertikaman selepas menang pilihanraya dan Presidennya dapat menentukan senarai calon yang akan membantunya kekal sebagai Presiden selepas itu, mengapa tidak, tarikh pilihanraya juga ditetapkan lebih awal. Tidak perlu teka teki tarikh pilihanraya.

Tentukan enam bulan lebih awal. Semua pihak akan mempunyai level playing field. Ia lebih baik untuk rakyat walaupun mungkin tidak baik untuk UMNO.

Dinar: Awang Adek vs Awang Adek

Khamis, 28 Sep 2006, Utusan Malaysia memetik komen Dr. Awang Adek, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia tentang dinar emas Kelantan. Kata beliau, dinar emas lebih tidak stabil dari wang kertas. Lantaran itu, risiko pembeli lebih besar dan pelancarannya oleh Kerajaan Kelantan hanya satu gimmik politik.

Tiga tahun lalu, semasa menjadi Pengerusi Royal Mint yang mencetak kepingan dinar yang mempunyai cirri-ciri yang sama, Dr. Awang mempunyai fikiran yang lain sama sekali. Bacakan petikan-petikan di bawah, yang boleh dilayari dalam laman-laman web, termasuk utusan online;

"This is an important first step. We have talked about Dinar for a long time in this country, and this is one way to concretise it," said the chairman of The Royal Mint Exchange Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Royal Mint Exchange Sdn Bhd chairman Datuk Dr Awang Adek Hussin said purchasing the Dinar was an effective mode of savings as the value of gold was much more stable compared to currencies.

He said the introduction of Dinar provided an alternative mode of investment for the public who would normally place savings in banks or purchase property or land.

Mana satu gimmik politik? Kecelaruan berfikir nampaknya ciri utama barisan pimpinan Negara kita, terutama kebelakangan ini. Sekali begini, sekali begitu. Lalu, di mana kejujuran mereka?

3 comments:

Anonymous said...

DINAR AWANG ADEK

Tahniah BH publisiti yang cukup menarik. Semoga usaha Dato' berjaya. Emas, perak, suasa tetap dicari orang tak kira bangsa.

Anonymous said...

Pemimpin BN bukannya ada pendirian. Semuanya mcm lalang. Lebih pentingkan tembolok sendiri dari memikirkan kepentingan masyarakat.

Anonymous said...

Hampir RM1 Juta Dinar Emas Kelantan Sudah Dijual
KOTA BAHARU, 1 Dis (Bernama) -- Emas Dinar Kelantan yang dilancarkan sejak 20 Sept lepas sehingga kini telah mencatatkan penjualan hampir RM1 juta, yang menurut kerajaan negeri merupakan satu keadaan yang sangat memberangsangkan. http://bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=233674

Tahniah di atas kejayaan penjualan dinar emas.

Bagaimana caranya untuk membelinya? Bolehkah rakyat dari negeri lain membelinya?

Sekian Terima Kasih