Thursday, November 30, 2006

Proton rugi, MAS untung lepas jual bangunan

Proton, seperti dijangka, mengalami kemerosotan jualan yang ketara, sehingga membawa Proton rugi sekali lagi. Kali ini, kerugiannya semakin membesar - RM 336 juta, bagi tahun kewangan setengah tahun pertama, berakhir 30 September 2006.
(seperti laporan Bernama dalam webnya, pagi ini)

Setengah tahun pertama 2005 - rugi RM 169 juta
Setengah tahun pertama 2006 - rugi RM 336 juta

Jualan keretanya menurun sebanyak RM 630 juta. Jualannya berjumlah RM 1.275 billion berbanding RM 1.805 billion bagi tempoh yang sama sebelumnya.

http://www.bernama.com/bernama/v3/news_business.php?id=233566

Kebimbangan banyak pihak terhadap nasib Proton selama ini, kini menjadi kenyataan. Bukan saja nasib Proton yang dibimbangkan, tetapi juga nasib vendor-vendor yang mungkin akan bermasalah bila Proton bermasalah.

Tetapi pemimpin apa peduli? Dua AP king lebih penting dari nasib pelaburan negara berpuluh ribu juta dalam Proton dan nasib beribu pekerja dalam industri ini nanti.

Tun M telah membangkitkan isu pengeluaran AP, surat kaya segera yang begitu banyak yang akan mengancam Proton. Juga pemberian status kereta nasional kepada pesaing Proton yang lain.

Beberapa hari sebelumnya, MAS mengumumkan ia telah keluar dari putaran kerugian dengan mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM256.67 juta pada suku ketiga berakhir 30 September lalu.

Kerugian sebelum cukai MAS ialah RM216.18 juta bagi sembilan bulan pertama berbanding RM509.087 juta tahun lalu.

Keuntungan ini diperolehi, antara lain kerana MAS menjual menaranya di Jalan Sultan Ismail dengan harga RM 194 juta.

Dalam laporan Utusan mengenai keuntungan MAS, tidak dinyatakan hal ini.
http://www.utusan.com.my

Namun, laporan media utama lain seperti NST, melaporkan seperti berikut;

"MAS’ favourable third quarter was largely due to the net one-off gain of RM194 million from the sale of its office building on Jalan Sultan Ismail and the Widespread Asset Unbundling (WAU) compensation from the domestic rationalisation exercise".

Jual harta yang ditinggalkan nenek moyang? Ah, tentulah untung. Selain itu, MAS juga turut menerima subsidi kerajaan kerana penyusunan semula penerbangan domestik. Duit kerajaan masuk akaun MAS, siapa pun jadi pengurus, mesti untung.

Jika RM 256 juta keuntungan itu ditolak RM 194 juta pendapatan menjual bangunan dan ditambah subsidi WAU, keuntungan MAS hasil operasi masih amat kecil.

Kersimpulannya, melalui tiga cara di bawah, MAS mencatatkan keuntungannya;

- mengurangkan kakitangannya
- menaikkan tambang, sehingga membebankan pengguna
- menjual aset sedia ada

Melalui pemberhentian staf, MAS berjaya berjimat sehingga RM441 juta.

Kalau ada lagi harta yang boleh dilelong, tentu MAS akan untung lebih besar.

Sekali pandang, Idris Jala agak cekap.

3 comments:

Anonymous said...

ini zaman moden, ijazah boleh beli, PhD boleh pesan melalui pos.

dan kes drama sebabak MAS/AP/proton ini memperkenalkan watak tukang sulap yang segak, bertali leher dan diberi jawatan besar.

agak2-nya, berapa juta penonton yang terpesona....?

Anonymous said...

dato'.. leh x letak sekali link blog pemimpin lain... senang sikit saya nak cari... :)

Anonymous said...

A'kum Dato

Bercakap tentang MAS, satu perkara menarik ialah ketidak islaman MAS dalam mengendalikan perkhidmatannya. Orang ramai menegur MAS yang tidak segan silu mengarahkan kakitangannya menjamu arak di atas kapal terbang, jawapannya cukup mudah, takut rugi, takut pelancung tak menggunakan perkhidmatan MAS. Jika itu mentaliti MAS dan ahli-ahli politik UMNO ternyata cukup lemahnya imam mereka. Sedih saya melihat kakitangan MAS yang Islam menungkan arak kepada penumpang-penumpang. Walaupun mereka tidak boleh disalahkan 100 peratus, tetapi sebahagian kesalahan boleh juga disalahkan kepada mereka. Mereka mengadaikan agama kerana mahu glamour berkerja sebagai pramugari dan pramugara.

Sekarang lihat, apakah menghidangkan arak membawa keuntungan? Mas nyata rugi. Kerugian besar disebabkan oleh pengurusan, perancangan dan perkhidmatan yang tidak cekap bukan kerana isu arak. Inilah secerdik-cerdik manusia yang tidak berlandasan Islam pada hakikatnya tetap bodoh.

Diharap MAS berubah ke arah yang lebih Islamik

NSW, Australia