Monday, November 27, 2006

Penguasaan Singapura - Najib prihatin, bos perlu koreksi diri

"Be Flexible, Allow Msia Acquire More Spore Assets, Says Najib"

Bernama malam ini, melaporkan menerusi laman webnya, seruan TPM untuk Singapura membuka ruang bagi penguasaan Malaysia ke atas aset negara tersebut, dengan tajuk seperti di atas.

Laporan selanjutnya: "Citing Singapore's investment holding company Temasek's notable inroads into Malaysia in recent years, Najib said the incoming traffic of investments from Singapore had been significantly greater.__"However, on one hand, we understand that identifying suitable acquisitions in Singapore is far harder for Malaysian companies given the structure of the Singaporean economy," he said in his keynote address at the London Business School's regional conference themed "Expanding in Asia: New Challenges and Opportunities", here Monday.

Akhirnya, kita mengakui, Singapura sudah terkedepan menguasai kepentingan kita dan kita sendiri dengan mudahnya mengizinkan mereka berbuat demikian. Hari ini, kita merayu untuk mereka membuka ruang kepada kita untuk melakukan hal yang sama di negara mereka.

8 Julai lalu, Utusan sudah melaporkan komen Najib mengenai isu penguasaan Singapura ke atas aset negara kita. Perhatikan petikan tersebut di bawah;

"Kerajaan dapatkan butiran pembelian syarikat tempatan

PEKAN 8 Julai - Kerajaan akan mendapatkan butiran lanjut berhubung aktiviti pembelian kepentingan syarikat-syarikat besar tempatan oleh entiti asing terutamanya dari Singapura yang dilihat semakin rancak sejak dua tahun kebelakangan ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sendiri akan mendapatkan butiran-butiran penting berhubung dakwaan itu bagi mengetahui gambaran sebenar aktiviti pengambilalihan tersebut.

Antara contoh yang diketengahkan ialah pengambilalihan Pantai Holdings Bhd. oleh syarikat Singapura, Parkway Holdings; pembelian sebahagian kepentingan Proton Holdings Bhd. oleh GSIC; pemilikan ekuiti Telekom Malaysia Bhd. (TM) dan Malaysian Plantations Bhd. oleh Temasek Holdings dan pemilikan saham-saham pelabuhan tempatan, Westports, oleh pengendali pelabuhan Singapura, PSA, melalui Hutchison Ports Holdings.

Selain Proton, TM dan Westport yang telah disenaraikan sebagai peserta strategik dalam ekonomi Malaysia, Pantai Holdings turut dianggap penting dengan pemilikannya terhadap Fomema, pemegang konsesi pemeriksaan kesihatan pekerja asing yang memonopoli proses kemasukan tenaga buruh ke negara ini.

PSA pada bulan lalu memuktamadkan pembelian 20 peratus kepentingan Hutchison, syarikat Hong Kong yang memiliki 30 peratus kepentingan Westport sejak 2000.

Pelabuhan itu bersama-sama Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Northport merupakan kepentingan yang amat strategik dalam usaha Malaysia menyaingi Singapura sebagai pusat perkapalan global.

Terbaru, Temasek dipercayai sedang berusaha meningkatkan pegangannya dalam syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd. (AirAsia), yang akan mengambil alih laluan domestik daripada syarikat penerbangan kebangsaan, Malaysian Airline System Bhd. (MAS) mulai 1 Ogos ini."

Hingga kini, kita tidak dimaklumkan perkembangan usaha Najib mendapatkan butiran berkenaan. Ada butirannya atau tidak? Butirannya sudah terkumpul atau belum? Kalau belum terkumpul, di mana sangkutnya?

Utusan sendiri tidak membuat laporan susulan, sekalipun sebenarnya, komen TPM di atas adalah reaksi kepada laporan Utusan sendiri sehari sebelumnya.

Sudah lebih empat bulan komen tersebut disiarkan. Pembaca harus dimaklumkan semula oeh Kerajaan maupun TPM sendiri tentang butiran berkenaan.

Berbalik kita kepada seruan Najib kepada Singapura. Bolehkah ia dianggap bahawa TPM telahpun mempunyai butiran tersebut sehingga ia berkata; "the incoming traffic of investments from Singapore had been significantly greater".

Jika kita awal-awal lagi mempertimbangkan isu ini, kita boleh mengambil pilihan menukarkan kepentingan kita dengan kepentingan Singapura dan tidak hanya menjual kepentingan kita untuk mengaut keuntungan segera sama seperti sesetengah usahawan Bumi yang selalu ditegur oleh Kerajaan.

Swap atau pertukaran kepentingan, akan membolehkan kita juga menguasai aset Singapura. Tetapi ini tidak berlaku. Kita ambil cash. Hari ini kita merungut.

Alangkah elok, jika Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri, mengambil kira pandangan Timbalannya sebelum ini, dalam isu yang penting ini. Nampaknya ia tidak berlaku. Penasihat-penasihat lain lebih berpengaruh, barangkali.

Perdana Menteri harus menerima isyarat halus TPMnya ini dengan dada terbuka.

7 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum..... dato'

Kenapa keprihatinan Najib baru sekarang, kenapa tak kesan dari awal-awal lagi permasalahan ini. So harap-harap Najib boleh membuat pemantauan yang teliti mengenai WPI yang dikatakan sebhgn besar FDI berasal dari republik sebelah....

tapi yang betul2 ana musykil kenapa keprihatinan ini berkeadaan dalam satu masa dengan kemunculan Synergy Drive Sdn bhd yang dikatakan berkait rapat dengan CIMB yang diurus oleh adik Najib.

herm whose ass need to cover

Anonymous said...

KEPRIHATINAN TPM NAJIB

Kita tidak perlu mencurugai keprihatinan TPM Najib jika pendapat atau tindakan yang dilakukan akan membawa kebaikan kepada negara dan rakyat.

Malah didalam banyak perkara kita dapat menyaksikan perbezaan pendapat diantara mereka. Namun sebagai TPM, Najib lebih bertindak secara tertutup dan 'selamat' didalam menemukakan hujah atau pendiriannya. Dalam perkara berkenaan Singapura, nampaknya PM seperti 'lemah', 'lembut', 'kalah' 'terima saja', 'berikan saja' dan lain2 langkah 'positif'(media prima). Jadi pendirian TPM penting bagi menjaga hak rakyat dan negara daripada terlepas dari tangan kita. Sudah banyak syarikat yang kita terlepas, jangan pula nanti tanah tergadai... (WPI???)... Semoga dilindungan Allah

Anonymous said...

Dato'

Semasa jadi wartawan dulu, seorang rakan memberitahu saya, jika mahu ke US atau lain-lain negara Eropah atau Jepun dan Korea, baik kalau jangan gunakan jawatan wartawan dalam pasport kita. Gunakan ahli perniagaan lagi bagus. Ini kerana, dengan menggunakan lesen ini, kita lebih mudah membuat kerja.

Kini, melalui WPI, Johor membuka negerinya untuk dimasuki Singaporean menggunakan kata laluan 'perniagaan'.

Kita bimbang sebenarnya, idea siapakah ini. Sebelum ini, Singapore bersusah payah mendapatkan pasir dari Malaysia untuk memperluaskan tanahnya, tetapi akhirnya kita tolak, maka usaha Singapore untuk membuka tapak baru untuk rakyatnya tersekat.

Kini, dengan kerjasama si jembalang mana, Singaporean tidak perlu membayar satu senpun harga pasir untuk mendapatkan tapak baru untuk rakyatnya berniaga. Masuk saja ke WPI, mereka akan disambut dengan permaidani merah.

Inikah yang dikatakan "Cemerlang, Terbilang dan Gemilang" dan Islam Hadhari Perdana Menteri.

Kitaro Minami said...

Makluman: Satu lagi Projek Barisan Nasional

Objektif:

1. UMNO mempergunakan mahasiswa untuk tawan Kelantan
2. Setiap IPTA akan ada 'kampung angkat' untuk gerak kerja tawan Kelantan

Nama program: Seminar Pelajar Kelantan (kononnya membincangkan isu pembangunan modal insan)

Tarikh: Sabtu, 2 November 2006

Masa: 9 pagi hingga 5 petang

Tempat: UiTM machang, Kelantan.

Orang penting dalam program ini: Dato' Pa (Menteri KPT?) dan Annuar Musa

Anonymous said...

Zzzzzzzzz.........

er, apa dato' cakap tadi?

Zzzzzzzzzzzzzz......

Pa'chik said...

kitaro,
keje uitm machang ni memang dari dulu lagi. si hitam tu kekal pun pasal politik jugak, patutnya dah habih kontrak pengarah tu dulu lagi. sorang lecturer tu patut dilantik jadik pengarah machang, tp pasal si hitam tu, lecturer tu dilantik jugak jadi pengarah tapi kat sabah.

takat datang bebudak itm ni, orang kelantan tak heran sangat, takutnya datang lagi hantu² dari selangor, ngan perak, atau johor tu, kat marang dengar kabar dah banyak, tapi deme kata hantu pas punya. Ceh, apa yang pas ada nak bawak hantu ni. lain la kalau espiar.

Anonymous said...

A'kum Dato

Kerajaan BN (baca barang naik)yang bertunggulkan UMNO sebenarnya sudah lemas. Ekonomi negara semakin parah, pelabur-pelabur Barat terus ke China tanpa melihat Malaysia sebagai satu tempat pelaburan yang menarik. Kos sara hidup yang semakin meningkat, ditambah lagi dengan kos tanah, membuat kilang dan lain-lain prasarana, maka pelabur pun tidak terasa menguntungkan datang ke Malaysia.

Jesteru itu satu langkah yang diambil ialah membuka Johor kepada pelabur Singapura. Diharap pelabur Singapura akan datang ke Johor dan terus memakmurkan ekonomi Johor. Bila ini terjadi di atas kertas nampak ekonomi Johor terus 'gah' kehadapan berbanding dengan negeri lain. Maka ia akan di war-warkan sebagai satu lagi kejayaan BN.

Tetapi hakikatnya sebaliknya. Peningkatan pelaburan asing yang berasaskan "economic growth" tidak semestinya bermanafaat kepada warga Johor dalam jangka masa yang panjang. Di Johor satu persatu tanah telah diserahkan kepada pelabur asing. Malah tanah orang Melayu juga terus jatuh ke tangan bukan Melayu. Lama-kelamaan orang Melayu Johor, menjadi tak bertanah air di negeri sendiri. Jika tanah berharga RM100 seekar dan tanah berharga lebih RM 100,000 berapa keratkah Melayu yang mampu. Lainlah UMNOputra, super-super rich.

Sewaktu saya di Johor Bahru beberapa bulan lepas, saya sempat berbual dengan seorang Pak Cik dari Johor. Bila saya memperkenal diri saya dari Kelantan, beliau terus berkata lebih kurang begini: "Walaupun saya ahli UMNO tapi saya menyokong PAS terus berkuasa di Kelantan. Di Johor Bharu ni dah habis tanah Melayu semua dapat ke bukan Melayu. Ekonomi di kuasai oleh bukan Melayu". Saya tidak memberi apa-apa komen terus mendengar luahan beliau.

Kata Pak Cik itu banyak kebenarannya. Kapitalisme yang diajar di universiti dan di amalkan oleh Malaysia, sebenarnya membawa kemajuan material yang kosong rohaninya. Lihatlah kemajuan meningkat tetapi tidak semestinya kualiti hidup meningkat sama. Contoh terbaru pencurian microchip di Pulau Pinang berjuta ringgit, ini menunjukkan rakyat tidak didik menjadi manusia tetapi kerakusan mengejar kebendaan menyebabkan mereka yang tertinggal ingin mendapat kebendaan dengan cara yang tidak betul.

Seharusnya kita membangun bersama Islam, inilah yang sebaiknya. Pembangunan seharusnya bermula dari kemanusian, ia akan memastikan pembangunan kebendaan akan memberi banyak manafaat.

Malangnya kerajaan kita membelakangkan Islam dan terus dibuai mimpi menjadi negara Maju tetapi hakikatnya negara maju yang beracuan barat tidak kemana-mana.

W'lam