Saturday, November 04, 2006

Zaharin murah, Mahathir mahal

Tidak ada apa-apa tindakan terhadap Tun M, tegas Presiden Umno sebaik sidang MT Umno pada 3 November tamat. Namun, kata beliau, itu bukan bermakna Umno lemah. Umno tetap akan memantau perkembangan dan boleh bertindak jika perlu, kerana, kata beliau, tidak ada sesiapa yang kebal.

Sebagai orang luar, apa yang saya boleh fahami ialah, niat untuk mengambil tindakan itu ada. Namun, kerena bimbangkan kesan balasnya, tindakan tersebut tidak diambil sekarang. Seperti khabar angin, Rais difahamkan memberikan pandangan dalam mesyuarat tersebut tentang tindak balas ke atas pimpinan Abdullah jika tindakan ke atas Tun diambil menjelang persidangan Umno dua minggu sahaja lagi.

Berbeza dengan sidang MT pada 28 September lalu. Seorang ahli Umno, Sdr Zaharin Yasin telah dipecat dari Umno atas kesalahan mengkritik pimipinan Umno, terutama melalui bloknya Sang Kelembai.

Adakah pada pertimbangan Umno, kesalahan Zaharin jauh lebih besar dari apa-apa kesalahan yang mungkin Tun M lakukan dalam kritikan terbuka yang disifatkan berbisa oleh Presiden Umno sendiri. Jika Presiden Umno sendiri telah dengan jelasnya menyifatkan suntikan kritikan Tun adalah racun berbisa, mengapa 'ular berbisa' Tun boleh lepas dan Zaharin terpecat?

Adakah Umno tidak kelihatan lemah kerana sanggup mengambil tindakan hanya kepada mangsa seperti Zaharin dan hanya akan memantau orang seperti Tun? Kecuali Umno tidak menganggap perbuatan Tun tidak salah.

jika perbuatan Tun tidak salah, bermakna ada kebenaran dalam kritikan Tun walau pun ia pedas dan pemimpin Umno mesti menerima teguran Tun atau, jika sekalipun teguran Tun adalah bersifat fitnah semata-mata, Umno tidak akan bertindak kepada 'dewa' seperti Tun walaupun ia bersalah.

Sudut mana antara dua sudut itu dilihat, Abdullah keluar dari sidang MT pada 3 November itu sebagai lebih lemah. Samada ada kebenaran dalam kritikan Tun terhadap Abdullah atau kritikan Tun adalah merosakkan tetapi tidak ada tindakan berani diambil ke atas beliau oleh Abdullah.

Isu pokok ialah rakyat sedang menilai daya kepimpinannya. Persepsi umum ialah daya kepimpinannya amat lemah.

Selepas sidang MT itu, Presiden Umno itu mengumumkan pelbagai projek yang mengikut beliau, bernilai berbillion ringgit. Utusan dan Berita Harian keesokan harinya menyiarkannya di muka depan.

Nampak Presiden Umno itu kian terdesak tetapi beliau masih gagal memahami bahawa daya kepimpinannya yang lemah itu tidak boleh dibaiki dengan perisytiharan ala Ghafar Baba seperti itu.

10 comments:

Anonymous said...

Inilah sistem kasta Barisan Nasional - rakyat dipijak, duit di junjung. Inilah juga budaya Tun, dia nikmati budi pariah yang dia semai dan sekarang dah jadi national culture.

Anonymous said...

Adakah Sultan Johor sealiran dengan Tun bila mengatakan bahawa tambak Johor pelrlu dirobohkan?

http://lelabu.com/blog/2006/11/05/sultan-johor-sokong-mahathir/

Anonymous said...

pelik bila BTN tak promote PakLah, walhal PakLah lah yang mewujudkan BTN. Hmm..

Anonymous said...

Sekiranya kita berada di tempat Pak Lah tentu kita akan berdepan dengan perkara yang sama. Ianya bukan masalah: salah besar salah kecil, tetapi kesan yang dijangka dan sokongan yang diterima.
Inilah agaknya apa yang disebut oleh Ibn Khaldun sebagai asabiyyah, yakni 'strong grass support' adalah suatu keperluan untuk keberkesanan politik, terutama apabi;la tiada dalam keputusan yang tiada consensus.

Dalam kita bersetuju Pak Lah mungkin kelihatan lemah dan mengantuk, tetapi pimpinan sebegitu juga berkesan sekiranya dia dikelilingi oleh penyokong dan serandang yang ikhlas tanpa kepentingan diri, Pemimpin yang lemah dan mengantuk akan menjadi conduit yang baik bagi menyalur pandangan-pandangan bernas yang datang dari belbagai punca.

Agaknya Tun Mahathir sudah ditentukan akan sentiasa menang berdepan dengan mana-mana peribadi sekalipun, pada peringkat manusiawi. Agar dia akan sentiasa mendaki tangga supaya lebih tinggi. Dan apabila sampai masa dijalankan hukuman ke atasnya, maka lebih ramailah orang yang dapat melihat dan mengambil pengajaran dari peristiwa itu. Kalau begitu, sudah tentu Tun Mahathir adalah seorang yang terpilih untuk menerima hukuman terus tanpa campur-tangan manusia dan dihukum ditempat yang jelas kelihatan kerana kedudukannya yang tinggi.
Saya rasa takut dan seram mengingatkan kesudahan yang sebegitu, itupun jika benar...!

Anonymous said...

zaharin boleh lah disepak terajang, cuba dengan Tun. tak berani pulak. Macam mana ini. setuju sangat dengan samanulfarisi " Dollah Murah, Tun Mahal"

Anonymous said...

Ini bukan cerita 'Zaharin Murah,Mahathir Mahal', tetapi cuma nak bertanyakan tentang saman ECM Libra terhadap Harakahdaily dan YB tentang cerita Khairy miliki saham ECM Libra. Pada 23hb Nov. nanti ada EGM untuk GULUNG TIKAR syarikat ECM Libra Berhad. Jadi bagaimana pula dengan status saman menyaman ini oleh mereka. ... Untung jugalah Khairy dan Kalimullah sebab dulu mereka kata rugi kerana terpaksa jual pegangan mereka. Entahlah...

Anonymous said...

A'kum

Antara pemimpin UMNO, tidak seorang pun yang mempunyai keberanian seperti Dr. Mahathir.
Dr. Mahathir nampaknya tegas dalam mempertahankan sesuatu yang difikirkannya betul (walaupun dari segi agama beliau sama seperti pemimpin UMNO lain, banyak perkara beliau tidak merujuk kepada ulamak dan membuat kenyataan yang islamik) Kebanyakan pemimpin UMNO adalah opportunitst mementingkan kekayaan harta, pengaruh dan pangkat tanpa hala tuju yang kukuh terhadap perjuangan parti.

Nampaknya hanya Dr. Mahathir sahaja dari golongan UMNO yang boleh memberi kritikan terhadap kepimpinan Pak Lah yang lemah kerana dibayangi oleh menantunya.

Unknown said...

"Other people have struggled against greater odds. What is there for me? If I have to struggle I will struggle by whatever means possible" - Tun Dr M

Izinkan saya memetik kata-kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa:

"Semoga Allah menyegerakan kesembuhan Tun dan beliau dapat meneruskan peranannya yang sangat berkesan hari ini dalam memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan negara".

Dan, kata-kata Mahfuz Omar:

"Ketika negara diancam oleh kelemahan kepimpinan yang ada kini, negarawan dihormati sepeti Tun sangat diperlukan untuk memperbetulkan keadaaan".

TAK NAK LAH! UNDUR LAH!

Anonymous said...

Husam Musa dan yang sewaktu dengannya ni langsung tak sedar diri......tahulah UMNO ni berkuasa sekarang, dia sendiri nak lebih lebih. Macam dia seorang sahajalah yang betul. I BAGI PERINGATAN KEPADA U HUSAM MUSA, CERMINLAH DIRI U SENDIRI, SEBELUM MENCERMINKAN ORANG LAIN...fikirlah kenapa PAS asyik kalah dalam pilihan raya umum. Semua yang berkaitan dengan UMNO salah, PAS sahaja yang betul.

HUSAM MUSA yang HAPRAKKKKKKKKKK!!!!!

Katakanlah u menjadi perdana menteri walaupun sehari, beginilah juga rakyat akan mengutukmu, melalui blog seperti ini. waktu inilah baru u tahu bagaimana perasaan bila u dikritik.

harap si tua yang maha haprak@ tak sedar diri ni bertaubatlah........
Pintu neraka terbuka luas buatmu

Anonymous said...

Senarai ahli emty@kosong Pas yang paling Haprak, bahalol, bangang dan yang sewaktu dengannya

1. HAJI MOHAMAD SABU @ GANJA(PALING MAHA HAPRAK MATILAH CEPAT ANTARA SLOGANNYA
2. HUSAM @ PEKASAM MUSA