Wednesday, November 08, 2006

Tamparan Saddam untuk Bush - Bush wajar letak jawatan

Berita kemenangan Democrat dalam pilihanraya Amerika semalam (Selasa), adalah tamparan ke muka Bush.

Hukuman gantung ke atas Saddam yang diumumkan dua hari menjelang pilihanraya tersebut gagal membantu Republikan meraih kemenangan. Sekalipun Bush menafikan pengumuman penghukuman Saddam oleh Mahkamah Tinggi Iraq telah diatur lebih awal, ternyata Bush menggunakan isu ini sebagai bahan kempen mengukuhkan sokongan pengundi kepada Republikan.

Ternyata ia tidak berkesan. Dalam analisa segera dan komen media utama ketika melaporkan keputusan yang mengecewakan Bush itu, tiga faktor dinyatakan sebagai penyumbang kekalahan Republikan; dasar Bush di Iraq, korupsi dan kepimpinan Bush yang tidak disenangi.

Dijangkakan, pengawalan Democrat dalam House of Representatives dan terlantiknya Speaker wanita Amerika yang pertama, Rep. Nancy Pelosi, akan banyak menyekat agenda Bush terutama sekali berkait dengan dasar Amerika di Iraq.

"Tonight is a great victory for the American people," Pelosi berucap dalam rally kemengan Democrat di Capitol Hill. "Today the American people voted for change, and they voted for Democrats to take our country in a new direction."

Sebagaimana Thaksin tumbang selepas dasar kejamnya di Selatan Thai dan isu korupsi, kekejaman Amerika di Iraq sedang mengheret Bush untuk ditolak oleh majoriti rakyat Amerika.

Lawatan kempennya ke lima belas bandaraya utama Amerika, kunjungan ke lima negeri dalam masa lima hari - berjabat tangan, memuji rakan se parti, membelasah Democrat, mencium bayi di sana sini untuk menggambarkan imej penyayang dan prihatin, dan ucapan yang dirangka khas, ternyata gagal memujuk rakyat Amerika memihak kepadanya.

Sudah tentu, bayangan ejekan Saddam lebih menyakitkan hati Bush.

Lebih penting, dasar penaklukan negara lain yang diamalkan oleh Amerika di bawah Bush yang akhirnya membawa porak poranda dan pertumpahan darah harus segera dihentikan.

Bush wajar memikirkan untuk berundur demi kebaikan dunia.

3 comments:

Anonymous said...

Saya seorang pegawai kanan sebuah syarikat swasta/Bank Tempatan, setuju dgn pendapat artikel ini.Saya pernah mengusik seorang nelayan di Kuala Kedah,mari kita tukar pemerintahan BN di Malaysia kpd pembanmgkang, lantas dia menjawap ..apa guna..lihat Presiden US ditukar selalu tetapi tetap membunuh rakyat Palastin dan di mana mana lagi didunia. Habis,bagaimana, apa negera Islam boleh buat, pakat pakat jaga periuk nasi lah termasuk Negera beraja mutlak Saudi. Negara negara Islam saperti Kuwait,Oman, Indonesia, Malaysia Islamic Hadhari,dll negara Islam pencacai dan Penjilat Amerika.

Anonymous said...

dari satu aspek, saya kecewa kerana bush kalah.

saya bukan bersimpati, pengagum atau pemuja bush. tapi kekalahan bush dan regimnya hanya memberikan harapan palsu kpd dunia.

malah, skrg pun dah banyak cakap2 yang memberikan sinar harapan - sama ada secara langsung atau tidak - utk regim baru di dewan senat.

ketika bush bertanding kerusi presiden AS dulu, osama tiba2 muncul dan mengutuk bush. tindakan itu menyebabkan bush mendapat simpati/sokongan umat AS.

perkiraan saya - osama sengaja mengeluarkan kenyataan mengeji bush dengan kesedaran ia menyebabkan bush tetap duduk di kerusi rumah putih.

dia tahu kesan yang boleh timbul jika bush kalah dan rumah putih bertukar penguasa.

masih ingat kesan perpindahan/perubahan ketua parti yang berkuasa di negara kita? percaturan itulah yang saya maksudkan.

Anonymous said...

Meski tamparan hebat berlaku, soalnya apakah ariel sharon, Bush, dan tony Blair akan dihadapkan ke tribunal jenayah perang?

sedang menunggu keajaiban. Mungkin orang-orang yang hebat lagi berani boleh tarik ketiga-tiga dajjal milenium ini ke tribunal itu.

P/S: saya tidak meratap kematian saddam, juga tidak terkejut dgn keputusan tribunal.