Friday, December 01, 2006

Utusan tak jadi kawin NST?

Rancangan membawa Utusan ke jinjang pelamin melalui penggabungan dengan NST dilakukan penuh rahsia. Utusan sendiri tidak pernah melaporkan dalam akhbarnya, tentang rancangan penggabungan itu serta nasib Utusan sendiri.

Akhbar Singapura mula membocorkan rancangan misteri ini dalam laporan mereka. Perkembangan terakhir sebelum ini ialah saham kedua-dua bakal mempelai ini digantung dari diniagakan menjelang pengumuman rasmi mengenainya Isnin ini.

Namun, hasil mesyuarat MT Umno semalam (Juma'at) mungkin mengubah cadangan asal yang sudah berada diambang pintu.

Akhbar The Star, melaporkan seperti berikut;

NST-Utusan merger deal back to the drawing board

KUALA LUMPUR: The New Straits Times and Utusan Malaysia merger deal has been sent back to the drawing board hours after Umno president Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi called for the tradition and histories of the newspapers to be maintained.

Sources said several party supreme council members voiced their concern over the deal and also the long connection between the party and Utusan Malaysia.

They told the meeting they feared that any merger which could affect the identity of the Malay daily would backfire on the party, although Umno would continue to control it.

It was learnt that the negotiators were told of the council’s concern later and decided to take a re-look at the deal.

Media Prima, the parent company of NSTP, had originally scheduled a press conference on Monday to announce the deal but that function is expected to be called off.

Satu - cadangan penggabungan itu akan dikaji semula
Dua - ada ahli MT menyuarakan rasa tidak senang mereka dalam mesyuarat MT semalam
Tiga - ada Ahli MT berpendapat rancangan penggabungan itu akan menjadi isu yang akan merugikan parti
Empat- perunding penggabungan ini telah diberitahu tentang pandangan ahli MT dan diminta mengkaji semula cadangan ini
Lima - rancangan memanggil sidang akhbar pihak berkenaan Isnin ini untuk menggumumkan penggabungan ini dibatalkan

Persoalan:

Satu - siapakah sebenarnya yang telah memberikan persetujuan awal menggenai penggabungan ini? Perdana Menteri?
Timbalan Perdana Menteri? Belum mendapat persetujuan sesiapa? Mustahil cadangan sebesar itu tidak dimaklumkan
terlebih dahulu kepada Perdana Menteri atau Timbalannya.
Kedua - jika kedua mereka sebelum ini telah bersetuju, adakah ini bermakna pandangan mereka telah ditolak oleh MT
Umno? Jika demikian, bagaimana mereka boleh memberikan persetujuan sebelum mendapatkan pandangan MT?
Jika pandangan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno ditolak, ia boleh melemahkan lagi kepimpinan beliau?
Ketiga - siapakah negotiators berkenaan? Anak atau menantu siapa? Adakah rakyat biasa dan ahli Umno tidak perlu tahu
siapa mereka?
Empat - apa nasib penggabungan ini seterusnya? Adakah Utusan akhirnya akan 'tergadai' atau tak jadi 'tergadai'? Dibatal
terus sama seperti nasib jambatan bengkok? Sekejap jadi, sekejap tak jadi.
Lima - mengapa rancangan ini begitu rahsia sekali?
Enam - apa motif penggabungan ini?
Tujuh - mengikut laporan, NUJ juga menentang cadangan ini. Satu dari sebabnya ialah para kakitangan kedua gergasi
akhbar ini tidak pernah diberikan taklimat mengenai penggabaungan ini sedangkan ia melibatkan kedudukan
mereka. Apa hal macam tu?
Lapan - siapakah ahli MT yang menentang cadangan ini? Apa hujjah mereka?
Sembilan - siapa lebih sukakan siapa? NST tergilakan Utusan atau Utusan tergoda dengan NST? Atau jodoh mereka diatur oleh orang tertentu?
Bagaimana pencak silat selanjutnya?

8 comments:

Anonymous said...

Dato,

Utusan adalah surat khabar orang melayu. itulah sahaja suratkhabor yang benor-benor melayu kata orang perak.Teman rasa bukan utusan yang tergilakan NST tapi NST yang gilakan utusan. Ye Lah ni zaman puak di belakang NST group/media prima tu nak menguasai semua media dan iklan ni. Bila semua main stream media dikuasai puak KJ ni barulah pemikiran orang Melayu ni boleh di framekan atau di programkan kepada apa sahaj yang mereka hendak lakukan. Sekarang semua NST, Malaymail, Metro, TV3, NTV7, TV9, TV*, 3 buah stesyen radio semuanya bawah penguasaan mereka. Cuma utusan idok lagi, tu yang dema tu terlior bebenor nak ambil alih. bolehlah orang melayu dikuasai minda mereka dan diperkotak-katikkan. Ni lebih dasyat dari komunis ni..kalu semua media dah dikuasai macam tu, kita ni apa kurangnya dengan rejim Korea utara itu?

Anonymous said...

Masa kongress UMNO Johor baru-baru ni, utusan keluarkan satu muka penuh resolusi dan perkara yang dipinta Umno Johor, antaranya berkaitan Meritokrasi, Bangsa Malaysia, Bahasan Melayu. Utusan sahaja yang berani dan perjuangkan isu Melayu ni, ni yang mereka tak suka. Ni yang guna NST untuk ambil alih UTUSAN agar menjadi main-stream macam mereka juga

Anonymous said...

Melayu.. Me-Layu

Anonymous said...

jangan biarkan Utusan Melayu dijajah oleh Melayu yang takutkan bayang-bayang sendiri

Anonymous said...

Salam kepada semua pembaca,

Saya masih baru di dalam arena politik tanah air. Sepanjang pemerhatian saya semenjak Pak Lah mengambil alih tampuk pimpinan negara; terlalu kerap kita rakyat jelata dihidangkan dengan situasi KAWIN. Semacam KAWIN ini trend era Pak Lah atau lebih tepat era KJ..

KAWIN @ PERGABUNGAN @ MERGER ini sepertinya AGENDA UTAMA pemimpin hari ini.

Sedang hebat diperkatakan hari ini juga mengenai MEGA-MERGER antara Sime Darby Bhd + Kumpulan Guthrie Bhd + Golden Hope Plantations Bhd = di bawah SYNERGY Drive Sdn Bhd
---> arah TUJUAN yang JELAS, untuk MEMPERKASAKAN perusahaan kelapa sawit negara.
Sering kali kita rakyat dihidangkan dengan PERANCANGAN yang AMAT BAIK, tetapi tiada PERLAKSANAAN yang TELUS.

Di mana hak kita rakyat untuk menyuasakan rasa gusar tindakan kerajaan ini?
Di mana pandangan para cerdik pandai ekonomi negara?

Saya bersyukur kerana mampu untuk mengikuti perkembangan ekonomi negera melalui beberapa media alternatif. Tetapi bagaimana nasib rakyat majoriti yang hanya bergantung kepada media arus utama?

Kenapa tiada tindakan proaktif dari pembangkang?
BANGKITLAH MEREKA YANG CERDIK PANDAI DALAM HAL EKONOMI, DAN TERANGKAN KEPADA KAMI YANG BUTA-EKONOMI TENTANG SENARIO SEBENAR MALAYSIA HARI INI. PENERANGAN-KHAS MESTI DIGERAKKAN. JANGAN TUNGGU PRU!

Anonymous said...

Hanya Utusan Malaysia yang belum ditelan oleh kumpulan media prima yang didalangi oleh KJ. Di Utusan kita masih boleh baca berita mengenai Tun tetapi di akhbar lain semua memutatbelitkan cerita mengenai Tun. Apa rasionalnya akhbar Utusan Malaysia hendak digabungkan dengan kumpulan NST? Cuba anda semua fikirkan. Inikah dia keterbukaan seperti yang dilaung-laungkan oleh PM kita?. Mahu terbuka tetapi tutup akhbar kepada pertanyaan yang minta penjelasan. Saya sokong, jangan biarkan Utusan Malaysia dijajah oleh Melayu yang takutkan bayang-bayang sendiri

Anonymous said...

Kita hanya pandai bercakap,bercakap dan terus bercakap tanpa sebarang tindakan.

Anonymous said...

Utusan Malaysia memang perlu diselamatkan oleh Media Prima. Edaran yang teruk/rendah disebabkan berita propaganda yang terlalu bodoh. Utusan Malaysia sekarang hanya dibaca oleh ahli Umno sahaja itupun tak dibaca/beli oleh ahli Putera Umno (Mat Rempit), Puteri (Minah GRO) dan Pemuda/Wanita yang hanya baca Business Times ajer!

Samada Media Prima jadi ambilalih atau tidak tak perlu kisahkan kerana kalau masih tidak puas hati, tunggu keluaran terbaru Minda Massa terbitan MCA!

Pi Mai Pi Mai Tang Tu! Aku dok gigit kuku!