Wednesday, November 29, 2006

Roboh - Masjid, Surau, Kuil, Rumah - Di mana Abdullah?

Roboh apa saja - rakyat masih mengundi BN. Mungkin ini falsafah dan pegangan kerajaan BN - baik di Terengganu, Pulau Pinang, Perak, Selangor atau di mana saja. Apa mereka peduli?

Dalam hal ini, BN benar. Kuasa yang besar, boleh membesarkan keangkuhan kuasa.

Di Pulau Pinang, yang dirobohkan adalah kuil. Orang Melayu kata, itu kuil. Di Terengganu, yang dirobohkan ialah masjid. Orang bukan Islam kata, itu urusan orang Melayu.

Di Kg. Berembang, kediaman dirobohkan. Mereka dirikan khemah, untuk berlindung dari panas dan hujan. Anak-anak kecil yang belum kenal erti hidup, bersesak dalam khemah sementara debar hati ibu dan bapa mereka kencang saban hari. Hari ini, khemah yang menjadi istana mereka pula dirobohkan.

Surau tempat mereka menyahut panggilan Tuhan, tidak ada sebarang kehormatan dan kemulian. Segalanya diratah.

Tangisan, penderitaan, jeritan batin, kemanusiaan - tiada perhitungan di sini. Sensitiviti agama juga tiada harga. Kehormatan Rumah Allah tidak dipedulikan, apa pula rumah rakyat biasa.Sedikit masa dulu, surau sebuah flat di Bangi menjadi mangsa. Bukan saja dinding surau dipecahkan, kipas dan lampunya pun turut dirampas. Seakan yang menyerang itu adalah garuda dan robot.

Ini bumi Islam Hadhari. Roboh - satu isu. cara meroboh, sekali lagi tidak menggambarkan ketamadunan, pada hal Islam Hadhari intinya adalah tamadun.

Kecuali- istana Datuk Zak di Kelang. Ia terlalu berharga untuk dirobohkan begitu saja. Perasaan rakyat biasa, harganya lebih murah. Perasaan kanak-kanak yang melihat 'ganasnya' pihak berkuasa, tidak pernah diambil kira.

Di mana Abdullah yang tersenyum lembut, yang mengusap kepala anak-anak ketika bersua mereka seperti disiarkan akhbar-akhbar? Di mana Puteri UMNO? Di mana Pemuda berkeris yang lantang bersumpah akan membela bangsa?

Tidakkah boleh rakyat marhaen Kg Berembang menumpang teduh di kediaman Perdana Menteri di Putra Jaya?

12 comments:

Anonymous said...

YB Dato'

Ketika saya menulis ini air mata masih mengalir. Sedih, pedih dan sakitnya hati dan perasaan.

Wahai rakyat Malaysia! Mahu kemanakah kita dibawa oleh Pemimpin sebegini. Hipokritnya jelas. Dan paling biadablah manusia itu apabila rumah ibadat dirobohkan.

Maafkan saya Dato' kerana terlalu emosi.

Anonymous said...

Assalammualaikum Dato',

Sebenarnya, saya dah jelak melihat perihal tingkah laku para pemimpin BN, tak kira dari parti mana pun. Jika melibatkan orang awam terlalu mudah dan cepat memberikan alasan,serta melanggar batasan kemanusiaan.

Sesungguhnya 'AMANAH' yang telah diberikan samada secara sah atau tidak, telah disalah gunakan untuk kepentingan sendiri.

Tetapi jika di kalangan pemimpin BN sendiri banyak juga alasan yang tidak masuk akal diberikan.

Semoga rakyat Malaysia sedar bahawa 'PERUBAHAN' perlu dilakukan setelah sekian lama BN memerintah tanpa menunjukkan perubahan yang positif dari tahun ke tahun

Wassalam

Anonymous said...

Assalammualaikum Dato',

Sebenarnya, saya dah jelak melihat perihal tingkah laku para pemimpin BN, tak kira dari parti mana pun. Jika melibatkan orang awam terlalu mudah dan cepat memberikan alasan,serta melanggar batasan kemanusiaan.

Sesungguhnya 'AMANAH' yang telah diberikan samada secara sah atau tidak, telah disalah gunakan untuk kepentingan sendiri.

Tetapi jika di kalangan pemimpin BN sendiri banyak juga alasan yang tidak masuk akal diberikan.

Semoga rakyat Malaysia sedar bahawa 'PERUBAHAN' perlu dilakukan setelah sekian lama BN memerintah tanpa menunjukkan perubahan yang positif dari tahun ke tahun

Wassalam

Anonymous said...

dato'

saya nampak di mana abdullah. ya, betul. dia ada di kerusinya. dia - fizikalnya itu - tetap di situ, cuma jiwanya dah pergi entah ke mana (baca: zzzzzz)

sama ada abdullah sebagai abdullah, atau abdullah sebagai perdana menteri - telah gagal. jika ada antara kita yang menangis, boleh saja, tapi air mata tak mampu mengubah keadaan.

bermelankolik juga tak mengubah keadaan. kita perlu keberanian dan perubahan sikap. gagalnya abdullah harus ditangani dengan segera. titik

Anonymous said...

A'kum Dato

Jelas sekarang dasar kerajaan kapitalis telah mengatasi segala-galanya. Rumah ibadat, taman permainan, hutan rimba, sungai, bukit semuanya di hijack dan dimusnahkan oleh kerana satu tujuan untuk keuntungan. Mentaliti pemimpin BN terutamanya UMNO hanyalah untuk mengaut keuntungan material.

Masjid, kuil, hutan rimba, alam semula jadi tidak penting. Tidak mendatangkan kewangan. Jadi pemimpin UMNO tak peduli. Tangisan kanak-kanak, penghuni yang terlibat telah dihalau dari rumah mereka, UMNO tak peduli. Yang mereka pedulikan ialah macam mana nak merompak harta rakyat. Pembinaan banglo, kondo, diserah kepada syarikat tali barut proksi pemimpin UMNO. Mana ada pemimpin UMNO yang tidak secara langsung tidak terlibat dengan perniagaan. Keputusan di parlimen bukan untuk rakyat tetapi untuk perut mereka.

Mereka dengan mudah mendapat duit bukan kebijaksaan mereka tetapi kedudukan mereka. Menyampah saya melihat seorang ADUN dari Melaka yang cuba menggunakan pengaruh dan kuasanya apabila Kastam dan Jabatan Marim merampas balak yang diimport secara "haram" yang tidak mengikut spesifikasi dari kerajaan. Beliau tidak berkhidmat untuk masyarakat sebaliknya tidak tidur malam apabila syarikatnya menghadapi masalah. Sepatutnya beliau tidak tidur malam memikirkan masalah rakyat, jangan haraplah. Dahlah sekarang imej Malaysia tercemar di peringkat antara bangsa apabila Malaysia dituduh mengeksport balak yang diseluduk secara haram dari Indonesia. Kes Datuk dari Melaka ini sepatutnya dipandang serius bukannya tutup sebelah mata. Malangnya Pak Lah tutup dua belah mata, tiduuuuuur.

Kerakusan, kekejaman pemimpin UMNO semestinya ditolak oleh rakyat. Malangnya rakyat terus ditipu, terutamanya oleh media massa hipokrit kerajaan. TV, radio, surat khabar menyiarkan berita berat sebelah, semua condong kepada rhetoric tidak kepada reality. Selagi Malaysia dikuasa oleh BN selagi itulah kejaliman, keganasan, buli, akan bermaharaja lela.

Selagi kudrat saya masih ada, tidak sekali-kali saya akan mengundi pemimpin BN.

W'lam

NSW, Australia.

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Saya sedih bila tahu isu perobohan penempatan ini. Bagaimanakah sekiranya saya mahu menghulurkan derma pada mangsa terlibat? Bolehkan saudara nyatakan cara dan saluran yang boleh saya gunakan.
Minta hubungi saya di hayatazzahra@yahoo.com.

Anonymous said...

YB Dato' Husam Musa,

You are a moron who does not realise that Islam is a Satanic religion founded by a paedophile named Muhammad. As such, mosques are not holy nor houses of God but accursed shit holes where Satan hides. I am very glad to see the Barisan Nasional government destroy mosques and kill Muslims.

Saya sangat gembira apabila terdengar berita bahawa seluruh Kampung Barembang dirobohkan oleh askar-askar Malaysia dan orang Melayu dihalau dari rumah mereka dan dibunuh macam binatang.

Bangsa Melayu itu binatang sebab mereka berfahaman Islam. Sesiapa yang masuk Islam, dia itu jadi binatang dan boleh dibunuh tanpa peri kemanusiaan.

Tentera Israel juga membunuh umat Islam semacam tentera Malaysia. Ini sebab orang Islam adalah binatang dan bukannya manusia. Saya harap satu hari Masjid Al-Aqsa akan dirobohkan oleh askar-askar Yahudi. Bangsa Yahudi pada masa itu akan kencing dan berak dalam Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis.

Saya hendak lihat bangsa Melayu menangis dan air mata mereka mengalir. Kamu orang Melayu mesti rasa sedih, pedih, sakit hati dan perasaan. Barulah kamu terasa bagaimanu kami, orang Kafir sedih apabila kami lihat kerajaan PAS di Kelantan membunuh orang Islam yang murtad. Seorang Islam yang murtad adalah bukan Islam dan membunuhnya adalah perang terhadap semua umat kafir.

Wahai orang Islam! Mahukah kamu dibunuh macam binatang dan rumah-rumah kamu, termasuk rumah Allah dirobohkan oleh tentera Yahudi Malaysia?

Jika tak mahu, PAS mesti memberi kebebasan agama kepada orang Kufar di Kelantan. Orang Kufar mestilah bebas mendakyah orang Melayu dan sesiapa Melayu mesti bebas keluar agama palsu, Islam.

Sekian Terima Kasih.

Anonymous said...

YB Husam,
After I through all the comments regarding your article, I found the comment from Edward Said is very disturbing and I challenge the guy to make that statement any newspaper. Proof his claim. I hope that you can reply to that guy. Don't hide yourself Edward if you are gentleman. All your comment are rubbish.

Saya berharap YB dapat melakukan sesuatu yang lebih daripada apa yang ada sekarang bagi membela rakyat dan tingkatka usaha bagi memurnikan demokrasi dinegara kita jika BA mahu menang, jika tidak peristiwa 2004 akan berlaku semula. Saya berharap Kepimpinan Pas yang ada sekarang memantapkan lagi usaha, saya sedih kerana tak melihat ramai pemimpin BA yang turun semasa perobohan tersebut, dimana Presiden, T. Presiden Pas, Naib2 Presiden Pas, begitu juga pemimpin Keadilan. Dimana DSAI? Saya cadangkan agar YB dapat mengatur usaha membantu keluarga yang perkahwinan anak mereka terpaksa dibatalkan selepas semuanya dirobohkan di Kg Berembang, kerana mereka hendak mengadakan satu yang disukai Allah. Apa salahnya Pas bantu, misalnya adakan dikenduri di Pusat Tarbiyyah Pas TM, malamnya adakan Ceramah Perdana:Air Mata Rakyat.
Akhirnya saya menyeru kepada para pemimpin BA terutamanya DSAI jangan lengah lagi ayuh melangkah unutk tumbangkan BN yang tidak boleh dibiarkan lagi kedurjanaan mereka. Rakyat menunggu satu pakatan ampuh BA.

Anonymous said...

Kesedaran dan kecintaan kepada rumah-rumah ibadat perlu ditanamkan dan disuburkan di dalam jiwa pak-pak menteri dan YB-YB bukan sahaja dari pihak UMNO, malah juga PAS. Kalau hanya ditunggu tindakan Pak Lah, manakan mampu beliau berfikir tentang seribu masalah dalam satu-satu masa.

Keperihatinan YB amat kami hargai. Saya bertanya DSAI dan beliau juga dari awal sudah prihatin berkenaan isu ini. Kita perlu lebih ramai lagi yang mampu bersuara terutama sekali dalam Dewan Parlimen bila masa isu sebegini dipersembahkan.

Harapan kita - melihat kesamaan pendirian daripada pihak kerajaan dan bukan kerajaan dalam isu-isu yang boleh dipersetujui. Bukan hanya berbangkang-bangkangan. Contohnya kira ada YB kerajaan yang bangun tidak bersetuju dengan perobohan tempat ibadat sebegini, tak perlulah yang dipihak bukan kerajaan bangkit menentang bukan?

Anonymous said...

dah tau duduk tanah haram , bising lagi, haram tetap haram, org dah bagi rumah lain , pindahlah.nama islam tapi seronok dok tanah haram.

ManCuRia said...

tak sangka plak...ada jugak manusia bersifat syaitan disini...yg nak bunuh orang Islam la..yg nak tunjuk pandai la..sebab tak kena rumah dia..hati tu punya la busuk ...syaitan pun naik takut....baguslah..macam tu punya comment..

Anonymous said...

I support HINDRAF 10000000%.any prob i will be there .