Pembunuhan perempuan rakyat Mongolia di sini, sudah tentu mencomotkan nama Malaysia sekali lagi. Lebih memilukan, anggota polis yang diharapkan melindungi kita semua, adalah antara suspect yang ditahan.
Anggota polis yang dilatih mengutamakan keamanan orang lain hilang pedoman sehingga merelakan kekejaman mengambil tempat- gadis 28 tahun dari Negara miskin Mongolia ditembak dua das di kepala sebelum diletupkan dengan bom.
Editor Weekend Mail, edisi hujung minggu Malay Mail dalam warga NST, gagal mempertimbangkan baik dan buruk ketika menyiarkan isu-isu lucah sebanyak 57 muka surat di bawah premis Let’s Talk About Sex hujung minggu lalu,.
Malaysia terguling lima tangga lagi dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International, menafikan dengan jelasnya keberkesanan slogan pengislahan pentadbiran seperti yang dilaungkan.
Seorang Timbalan Menteri terlibat mengitar wang haram (money laundry) mencecah RM 10 juta andainya laporan seorang pemuda Mohamad Tahir Fazal Mohamad, adalah benar. Seperti dilaporkan oleh The Star hari ini, Mohamad membuat laporan BPR sejak 23 Ogos tahun ini dan sejak itu, beliau sudah empat kali mengunjungi pejabat BPR tetapi tiada sebarang tindakan diambil. Jika tidak silap ingatan saya, perkara ini pernah dibangkitkan di Dewan Rakyat satu masa dulu dan saya kira, saya boleh meneka Timbalan Menteri berkenaan.
Jakim – menjadi sasaran kecaman – dituduh kehilangan arah tuju – tidak lain melainkan oleh ahli Dewan Rakyat dari BN sendiri. Ia dengan sendirinya menjelaskan ketidakmajuan Islam Hadhari yang dilaung-laungkan.
Semua ini menggambarkan kecomotan Negara kita – imej yang bercelaru di satu segi. Segi yang jauh lebih membimbangkan ialah nampaknya orang-orang yang diberi tugas memikul amanah – tidak lagi memiliki keupayaan mempertimbangkan isu-isu paling asas. Kehilangan kelayakan memikul amanah menjadi amat ketara. Nilai-nilai tunjang telah hilang.
Jika ini adalah gambaran dari keseluruhan permasalahan yang Negara kita sedang hadapi, ia tentu menjanjikan scenario yang lebih menakutkan pada masa depan.
Ia bukan lagi kelemahan Abdullah semata-mata, tetapi kegagalan dasar yang serius untuk hampir 50 tahun pemerentahan Umno-Perikatan-Barisan Nasional.
Wednesday, November 08, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Insaflah!!! Inilah bala yang Allah turunkan kepada rakyat Malaysia kerana menolak Islam. Padah dan kesannya akan dirasai oleh semua.
Wahai rakyat Malaysia, tukarlah segala Isme yang kamu anuti kini kepada ILAM YANG SYUMUL.
ISLAMLAH ANDA AKAN SELAMAT - DUNIA DAN AKHIRAT.
A'kum
Jelas sekarang kemodenan, kemajuan and cara hidup yang sebahagian besar adalah hasil kerjaaan secular UMNO tidak membawa kita ke mana-mana. Tidak dapat dinafikan negara kita (walaubagaimanapun negara-negara lain juga turut maju ke arah ini) mencapai sedikit kemajuan material, ini boleh dilihat dari segi prasarana, kenderaan, peralatan elektrik di rumah kita, namun hakikatnya kebendaan ini tidak membawa kita kebahagiaan hidup yang sebenar. Lihatlah daripada pihak atasan, terutamannya menteri, pegawai tinggi kerajaan sehingga rakyat mempunyai masalah-masalah. Menteri-menteri dan wakil rakyat mempunyai harta banyak, boros berbelanja, dan sibuk bekerja bukan untuk kebaikan agama dan bangsa sebalik untuk perut keluarga mereka. Di bawah sana, penyeluk saku, peragut, perogol, Mat Rempit, pergaulan bebas, perasuah dll berkeliaran mencari mangsa. Daripada kerajaan sampai ke masyarakat bermasalah.
Pendek kata kemajuan ala securalisme yang dibawa oleh UMNO yang diceduk dari barat dan mendakwa ianya Islamik membawa kehancuran kepada rakyat Malaysia. Sebagai contoh sistem perbank conventional yang tidak islamik telah diterima ole kebanyak orang walaupun ia berasakan riba. Saya masih lagi ingat dirancangan radio 20 tahun lepas, seorang pendengar telah bertanyakan seorang ustaz tentang kerja di bank, dan beliau penanya telah menolak tawaran bank untuk bekerja di bank tersebut. Ustaz memujinya dan menjawab beliau membuat keputusan yang betul. Walaupun waktu itu tidak ada bank Islam, sekarang walaupun ada bank Islam tapi operasi yang tidak Islamik masih lagi diteruskan. Banyak peminjam yang gagal membawa pinjaman telah diistihar muflis, kerana bank dalam keadaan ini, walaupun apa yang berlaku pada peminjam bank tetap untung. Inikah keadilan?
Berbalik kepada masalah timbul daripada secularism, capitalism, dan hedonism tadi, saya merasa sungguh jelek dengan pihak di atas sana. Mereka sepatutnya menjadi model yang berpaksikan Islam tapi hakikatnya mereka adalah model kepada kehidupan yang tidak betul.
Tapi yang menjadi hairan kenapa rakyat tidak celik mata dan tetap memilih mereka menjadi pemimpin?
Selagi saya bernafas, selagi saya mampu untuk membuat pemilihan saya tidak akan sekali-kali memilih kerajaan yang berpaksikan idealisme UMNO. Insyaalah.
Teruskan pejuangan menolak kepimpinan tidak Islamik UMNO
assalammualaikum dato'
Saya ni terasa amat sedih bercampur dengan geram dan kecewa didalam situasi sekarang ni, iaitu kebanyakanya adalah disebabkan oleh melayu = islam.Kes murtad, kes bunuh, kes salah gunakuasa, kes pm dan ex-pm.Teruk melayu=islam dihentam oleh bangsa=ugama lain di laman web.Saya adalah penyokong PAS, sebab saya yakin tentang perjuangan pas untuk melayu=islam.Tapi saya tak yakin apa yang PAS dapat memerintah Malaysia untuk berdasarkan banyak faktor yang tak perlu saya terangkan.Tapi apa yang saya nak kata ialah PAS dan UMNO mesti bekerjasama demi untuk melayu= islam. kalau tidak entah la apa yang akan berlaku lagi.
Pembunuhan perempuan mangolia adalah the tip of icesberg kepada kerenah masyarakat kita. masalah yang terpendam di bawah permukaan pengetahuan awam masih besar dan mengerunkan.
Sakitnya masyarakat kita yang menunjukkan betapa parahnya jiwa dalaman kita semua. Kerosakan jiwalah yang memenafestasikan kerosakan akhlak dalam masyarakat, kerosakan pemerentah, kerosakan remaja dan kerosakan ahli-ahli politik dari semua parti semada yang bercakap 'I-u' , saya -awak atau ana-anta'
Marilah kita rawat keparahan ini dan kita mulai apa yang kita boleh mulai, dengan kita mengasuh diri kita secara zahir dan batinnya untuk kembali kepada Allah. Kita mungkin tidak disoal tentang kemaksiatan yang diluar kawalan kita tetapi kita akan disoal tentang maksiat yang di bawah kawalan kita, hati kita, diri kita , keluarga kita..
Inilah soal hati...inilah soal menunggu mati.
Assalamualaikum wbt,
Bagi saya, imej anggota polis sememangnya telah lama tercemar. Kes terbaru pembunuhan Altantuya Sharibu cuma memburukkan lagi imej tersebut...
Setiap kali musim perayaan datang, kita adalah disarankan untuk memberitahu balai polis terdekat, berapa lama kita nak balik kampung dan sebagainya. Kononnya untuk menjaga kepentingan awam. Camana lah kita nak percayakan polis, jikalau satu demi satu kes timbul yang melibatkan golongan mereka ni,lebih2 lagi kes kecurian. Lagi senang mereka nak buat 'kerja' adalah kot...
Memanglah tak dinafikan, terdapat anggota polis yg betul2 menjalankan tugas. Rasanya minoriti sgtlah kot. Terus terang saya katakan, kepercayaan saya terhadap polis memang dah terlalu nipis. Pengalaman yang dilalui benar2 mngajar saya..
Sekadar cetusan hati.TQ
asm wbt.
confirmed comot dan meloyakan. hati2 jangan berjangkit. wallahua'lam.
Post a Comment