Tokoh hampir lemas gara-gara guni wang yang dibawa masuk ke Australia sedikit masa dulu kembali gagah.
Beliau dilantik sebagai Senator dan disebut-sebut bakal menjadi Menteri dalam rombakan kabinet Abdullah post persidangan Umno.
Perlantikan beliau sebagai Senator atas restu Abdullah dengan slogan kerajaan bersihnya, memang ganjil dan menebalkan lagi kecelaruan. Ke mana sebenarnya Abdullah?
Sungguhpun tokoh gagah bergelar Mat Tyson ini tidak pernah didapati bersalah, kerana gred Inggerisnya yang rendah telah berjaya menyelamatkan beliau, namun, tokoh ini telah meninggalkan jenaka yang masih diingati hingga ke hari ini.
Wang mat Tyson berguni-guni dan bagaimana wang sebanyak itu diperolehi, nampaknya tidak mustahak bagi Abdullah. Membawa wang dalam guni di zaman serba canggih, juga cukup melucukan. Mungkinkah beliau tidak akan mengisi guni dengan wang sekali lagi? Mengapa beliau tidak menggunakan perkhidmatan bank serba canggih dan apa jadi pada negara kita dengan pengurusan kewangan pakai guni seperti itu?
Survival politik nampaknya lebih penting dari membentuk kabinet bersih yang berwibawa. Caca merba adalah trend pilihan Abdullah.
Sunday, November 26, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
gred ingerisnye rendah sbb dulu takde subjek science and mathematics in english :D
A'kum Dato'
Nampaknya Mat Tyson tak serik-serik lagi, sudahlah bersaralah, bintang dah pudar, beri peluang kepada orang muda yang lebih bermaruah.
Tapi...jika beri beluang kepada pemimpin muda yang bersih, ia akan mengancam pemimpin UMNO veteran. Mahu tak mahu kekalkan muka-muka lama yang berkedu, penuh dengan masalah, daripada masalah peribadi sampai ke masalah kepimpinan. Inilah UMNO jangan terkejut bila Osu Sukam dan Rahim Tambi Chik pula akan dilantik menjadi menteri....tak mustahil
NSW, Australia
Ybhg Dato'
Nampaknya Pak Lah sudah tidak ada calon yg mahu 'tidor' bersama dgn nya. Jadi dia cari kawan yang sama kuat tidor. Yg tidor sampai tak tahu perit jerih rakyat. Yg tidor diulit duit berguni.
Kalau tak silap, Aziz Shamsudin tetap setia bersama Dr.M. Aziz tak sesuai didlm list kabinet Pak Lah. Aziz tak tidor kerana jadi mata dgn telinga utk Dr. M. (bukan utk rakyat).
Pak Lah tak senang dgn Aziz. Pak Lah nak pemimpin yg tidor, dan bersama-sama terus tidor. Jgn sesiapa pun sedar siapa yg menguruskan negara sebenarnya. Synergy Sdn. Bhd. boleh makan Golden Hope, Sime Darby dan Guthrie. Angkara siapa dibelakang Synergy Sdn. Bhd. Siapa lagi kalau bukan adik Najib, menantu Paklah dan Kalimullah.
Dengar-dengar, Mike Tyson akan ganti Aziz Shamsudin. Kementerian Luar Bandar... adus... makin sakit lah kami-kami yg dari luar bandar. Habis lah peruntukan rakyat luar bandar akan dibawa berguni-guni ke Australia. Next time mungkin bukan Australia... Monggolia kot... kat sana ramai model sambilan yg boleh dibawa kesana kemari. Khabarnya, model sambilan Monggolia suka dgn pembesar-pembesar dari Malaysia.
Pasni kita akan dengar, Mike Tyson bawak duit pergi Monggolia lah pulak...
Abis lah.. macam mana Dato'... kampung kami diluarbandar masih takde air dan electric... kemudahan ICT jauh sekali.. semua peruntukan Mike Tyson dah bawak pergi... macam mana nasib kami Dato'...
pas pun tak leh harap, cuba jadi parti berwibawa baru org sokong ni kelantan tak terurus, trengganu dulu hadi buat blunders
Post a Comment