Saturday, November 11, 2006

Kemiskinan di Perak dan Terengganu atasi Kelantan

Bilangan isi rumah di dalam kategori miskin tegar di Perak, Kedah, Terengganu, Sabah dan Sarawak, ternyata lebih besar dari negeri Kelantan.

Angka ini terkandung dalam kertas EPU, Jabatan Perdana Menteri yang ditaklimatkan kepada negeri-negeri, di bawah tajuk ‘Program Pembasmian Kemiskinan RMK 9’.

Bilangan isu rumah dalam kategori miskin tegar mengikut negeri-negeri adalah seperti berikut;

1. Sabah - 32,297
2. Terengganu - 8,300
3. Perak - 5,730
4. Sarawak - 5,243
5. Kedah - 4,938
6. Kelantan - 3,550

Perhatikan, Terengganu, dengan kekayaan minyak yang demikian besar dan dengan jumlah penduduk yang kecil, mempunyai bilangan sis rumah miskin tegar yang lebih tinggi dari negeri-negeri lain.

Mengikut kertas tersebut, peratus kemiskinan Terengganu ialah 15. 4%, berbanding Kelantan 10.6%.

Angka rasmi ini, memberikan gambaran yang berbeza dari apa yang diberikan oleh Pengerusi Umno Kelantan dalam siaran langsung di TV 1, malam semalam.

16 comments:

Anonymous said...

Kalau kutuk Kelantan bukan main lagi, haa cuba tengok sapa yang lagi teruk! Padahal, geran wajib yg sememangnya Kerajaan Negeri patut dapat pun selalu diterima lambat dan macam2 lagi diskriminasi yg dilakukan kerajaan pusat.

Kalau tengokkkan rekod bayarn hutang dgn kerajaan pusat pun, rasanya Kelantan lagi bagus berbanding dgn kerajaan negeri BN yg lain. Cakap je lebih..

Semoga Kelantan sentiasa diberkati dan dirahmati Allah hendaknya.

Anonymous said...

A'kum Dato

Statistik EPU sah menyatakan tembelang UMNO bahawa penduduk Kelantan termiskin di Malaysia. Saban hari, kita dengar di media massa yang dikawal oleh kerajaan bahawa Kelantan serba serbi ketinggalan dan mundur. Hakikatnya tidak sebegitu. Penduduk Kelantan yang mana mendapat jolokan as "Scottish in UK", terkenal kerana pandai berniaga, pergi kesegenap ceruk di Malaysia ini didapati ada saja orang Kelantan yang berniaga. Baru-baru ini saya berkesempatan melawat Pulau Labuan di Sabah, di pasar saya bertemu peniaga ikan kering, udang, keropok berasal dari KelantaN. Disamping itu orang Kelantan seperti orang Scotland mengekalkan bahasa mereka dimana juga mereka pergi, ini mengambarkan mereka mahu dikenali dengan identiti tersendiri.

Saya masih lagi ingat sewaktu belajar di universiti tempatan dulu, bila saya memperkenalkan diri saya, kawan-kawan dari negeril lain berkata, orang Kelantan kaya-kaya. Saya merasa hairan, lama kelamaan menjadi biasa kerana selalu disebut oleh kawan-kawan dari negeri lain.

Ternyata walaupun banyak sekatan, pemindasan, diskriminasi tohmahan oleh kerajaan pusat berteraskan UMNO tidak mampu untuk mematahkan semangat orang Kelantan terus berjuang memastikan cara hidup Islam dalam semua aspek kehidupan.
Penolakan UMNO oleh kebanyakan orang Kelantan disebabkan parti itu tidak meletakkan Islam sebagai asas perjuangannya.

Walaubagaimana pun Kelantan seperti negeri-negeri lain masih lagi menghadapi masalah kemiskinan, ini sebahagiannya boleh disalahkan oleh ketidak cekapan kerajaan dalam menangani masalah ini. Kerajaan Malaysia tidak memandang serius untuk mengatasi masalah kemiskinan. Sepatutnya ia menjadi tanggungjawab utama, kerana tanggungjawab kerajaan yang paling asas ialah menyediakan kemudahan yang paling minimum. Sebagai contoh, di Australia setiap keluarga yang tidak mempunyai pendapatan akan disara oleh kerajaan. Mereka mendapat elaun yang cukup untuk hidup. Di tempat saya tinggal sekarang ini, di luar bandar di NSW, agak sukar mencari mereka yang betul-betul daif. Tetapi di Malaysia orang miskin terabai. Jika mendapat elaun, ternyata amat rendah. Orang miskin tertindah, orang kaya boleh mendapat duit dengan senang dengan pangkat mereka, kroni mereka, dan mereka mempunyai modal untuk berniaga.

Kerajaan Malaysia di bawah UMNO menyuburkan budaya rasuah hingga ia tidak segan silu lagi diamalkan. Lihat kontraktor kita hari ini, untuk mendapatkan projek mereka melobi ahli politik, bukan kerana prestasi mereka. Bila projek gagal, ahli politik menipu didepan TV, kita akan black list kontraktor terbabit, hakikatnya tidak kerana merekalah sebenarnya dibelakang kontraktor tersebut. Sesetengah ahli politik UMNO juga ada syarikat sendiri. Pemberian kontrak tidak telus, tanpa tander. Akibatnya duit rakyat membazir, mereka yang tamak ini terus dengan ketamakan mereka.

Yaacob Saman
NSW Australian.

Anonymous said...

Ketika menonton siaran 'Wawancara Datuk Anuar Musa' yang ditemubual oleh Sdr.Syed Munawwar, beberapa perkara yang menjadi tanda-tanya:
1- kenapa semua 'impian' kemajuan di Kelantan dimulai dengan "saya mahu melihat... itu dan ini".

Kenyataan ini terlalu self-centered; seakan-akan ianya hanya merupakan agenda peribadi Datuk Anuar Musa. Agaknya hanya orang yang super-ego yang memilih untuk bercakap dalam corak yang sedemikian. Paling kurang Pak Lah pun sangat merendah diri.Kesianlah UMNO Kelantan yang cuba bangun semula tetapi dipimpin oleh peribadi yang seumpama ini!

2-Ketika Datuk Anuar menjadi menteri pusat, apakah sumbangan yang dibawa balik kepada rakyat Kelantan?

Kalau Datuk Pa, ada juga MRSM, Pusat Giat Mara, Jambatan Bukit Bunga dan lain-lain projek di Jeli. Kalau Ku Li ada KESESDAR, ada Bandar Baru Gua MUsang dan lainnya.

Sekodi-kodi Datuk Him Ali buat balik jambatan yang sehingga kini rakyat panggil 'gertak Brahim Ali".

Agaknya Datuk Anuar ada bawa balik projek di Bukit Cina dan Bukit Sireh, yang kemudiannya pegawai kanan Kementerian Luar Bandar keluar muka depan surat khabar bergari tangan dan pegawai kanan badan berkanun keluar masuk mahkamah..kes salah guna peruntukan kewangan dan kuasa. Kuasa siapa.. kuasa pegawai taua kuasa menteri ketika itu...

Kesian UMNO Kelantan yang berketuakan pemimpin yang punya rekod yang seburuk itu!

Abu Abdillah said...

Asalamualaikum,

Sdr. Husam.

Apa yang sedang berlaku di Kelantan satu manisfestasi kepada perlaksanan pemerentahan mengikut petunjuk ALlah. Ini baru dalam suasana terdapat banyak sekatan dan kezaliman Kerajaan Pusat ke atas Kelantan.

Apa yang akan jadi bila Islam terlaksana sepenuhnya?

Kkalifah Umar Abdul Aziz menjadi khalifah hanya 2 tahun 3 bulan. Dalam masa sesingkat itu, beliau berjaya menghapus kemiskinan, sehingga tidak ada orang yang layak menerima zakat, satu kejayaan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia bila-bila masa pun.

Satu perkara yang saya perhati dalam program PAS baik di Kelantan mahu pun di tempat-tempat lain, kurangnya program pendidikan ekonomi kepada masyarakat, khususnya pendikkan fiqh alawiyat dan jihad ekonomi.

Dalam kaedah fiqh alawiyat, Islam mengajar orang Islam membuat pilihan bila berdepan dengan dua perkara:
1. Pilih kedai yang Islam dari yang bukan Islam.
2. Di antara dua kedai Islam , pilih yang terbaik dan
3. Di antara kedai bukan Islam, kalau terpaksa juga membeli, pilih kedai bukan Islam yang rendah permusuhannya terhadap Islam.

Dalam kempen perniagaan, orang menyebar fakta separuh benar: "Nabi Muhammad saw bermualamat dengan orang Yahudi."
Tetapi kurang orang yang menyebarkan ma'lumat se cara umum bahawa perniagaan itu fardhu kifayah. Sekiranya kedai orang islam rugi dan tutup maka dosa akan menimpa ke atas semua orang Islam.

Semua perniagaan bergantung kepada pembeli. Maka bila tiada atau kurang pembeli, maka perniagaan itu rugi.

Lihat saja apa yang berlaku kepada kedai-kedai berjenama di Singapura, Malaysia, Hong Kong dll, bila berlaku keruntuhan ekonomi tahun 80an dan 90an.

Antara alasan orang suka ke pasar raya dan supermarket, ialah kerana keselesaan, semua ada, air-con ada dan barang-barang murah.

Apakah kita boleh tukar keselasaan sementara itu dengan dosa dan kepanasan api neraka bila kita menyebabakan kegagalan perniagaan saudara se agama kita?

Barang di pasar raya dan supermarket murah?

Ini hanya satu gamabaran saja. Strategi mereka ialah memberi gambaran bahawa barang-barang tertentu murah, khususnya, barang-barang kegunaan biasa. Barang-barang lain lebih mahal dari di kedai-kedai runcit. Cubalah buat kajian sendiri.

Kalau betullah barang-barang itu murah, ini pelung kita melakukan jihad.

Tidak payah kita pergi ke medan perang. Yang tidak mampu ke medan perang, boleh melakukan jihad ekonomi dengan berbeli belah di kedai-kedai atau beli barang-barang buatan orang-orang Islam.

Sebenarnya orang lain, bukan Islam, melakukan konsep jiha ekonomi ini.

Contuh:

1. Mengikut pendakwah Sharifah Carlo Andulusia dari AS, dia memperhatikan orang Yahudi di New York pergi ke hujung bandar untuk membeli belah di kedai kepunyai Yahudi, walau pun barang-barang yang sama terdapat di kedai-kedai berdekatan dengan teempat tinggal mereka.

2. Di Jepun, orang-orang Jepun lebih mengutamakan barangan buatan Jepun dari luar Jepun.

Di peringkat awal, walau pun mutu buatan kereta Jepun amat rendah berbanding dengan kereta-kereta buatan AS dan UK, masyarakat Jepun masih memilih untuk membeli kereta-kereta buatan mereka. Kini, Syarikat Toyota sudah menjadi pembuat kereta nombor satu di dunia.

3. Di Korea, pemandu yang memandu kereta buatan selain dari buatan Korea akan dilanyang terakhir di stysen-stysen minyak di Korea.

4. Di tempat saya, orang-orang bukan Melayu membeli keperluan dapur dari se orang penjaja bukan Melayu yang datang dengan van dari pusat bandar lebih kurang 50 kilo meter dari bandar tempat tinggl mereka. Barang yang mereka beli bertaburan di pasar tempatan yang dimonopoli oleh orang-orang Melayu.

Dalam hubungan orang Islam dengan orang-orang kafir, dalam usaha menjaga hubungan persaudaran manusia/insan, kita boleh membeli di kedai-kedai kafir, seperti contuh Nabi Muhammad saw, tetapi tidaklah ke tahap menyebabkan perniagaan orang-orang Islam terjejas.

Di tempat saya tinggal, mak cik-mak cik di pasar mengadu bahawa kadang kala, dia tidak dapat jaulan pun se hari, sedangkan barang-barang yang dia jual sama seperti yang terdapat di pasar raya yang berdekatan.

Bila kita membelakangkan petunjuk ALlah dan Rasul-Nya, maka tunggulah bala dari-Nya.

Wallah hua'lam

Anonymous said...

Asalamualaikum,

YBhg Datuk

Bagi pihak rakyat Kelantan khususnya dan rakyat Malaysia amnya, saya mohon YBhg Datuk tanya itu Nuar Musa dan EPU apakah tanda aras (benchmark) atau cut-off point pendapatan bulanan isirumah (sekeluarga) yang mewajarkan ditakrif sebagai "miskin" atau "miskin tegar"?

Di manakah letaknya garis pemisah satu-satu isi rumah itu miskin atau tidak? Pendapatan bulanan bawah dari RM400/bulan? Di bawah RM600/bulan? Atau di bawah RM1,00/bulan?

Hanya bila rakyat dan wakil-wakil mereka dapat bersetuju dan berpuas hati dengan takrif "miskin" dan "miskin tegar," yakni pendapatan bulanan minima isirumah, barulah wajar ditanya soalan kedua -- berapa banyak isirumah yang miskin atau miskin tegar yang ada di Kelantan.

Tiada guna PAS membazirkan letrik, dan YBhg Datuk berkering tekak membahaskan isu yang mana takrif kunci masih lagi tidak tentu hujung pangkal.

Saya yakin Nuar Musa sebagai pengurusi Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) tentu lebih arif tentang garis pemisah ini. Kerana bermula dari garis pemisah inilah YKK menetukan berapa banyak isirumah di Kelantan itu "miskin." Yang mana berpandukan angka ini juga YKK membuat permohonan grant (duit) pembiayaan operasi tahunan dari Kerajaan Pusat. Sekaligus implikasinya -- lagi banyak isurumah yang miskin, lagi besar pembiayaan yang YKK dapat.

Sehubungan YKK dan takrif kemiskinan, saya pasti rakyat Kelantan sudah jelak dengan isu kemiskinan dari dua aspek.

Aspek pertama, takrif miskin yang anjal lagi berubah-ubah seperti yang digunakan oleh YKK dan UMNO-Kelantan. Contoh onar dari aspek ini ialah semasa dekad 90han dulu, di mana untuk menjustifikasikan agihan saham ASN 5,000 untuk seisirumah miskin, UMNO-Kelantan telah menyenaraikan guru-guru Kerajaan Pusat yang menyokong mereka sebagai miskin!

Malah hingga kini pun ramai penyokong UMNO yang jauh dari miskin (dalam konteks mana pun kita takrif miskin), dengan rumah-rumah separa bungalow, yang mendapat bantuan membaiki rumah di bawah projek "rumah rakyat miskin."

Apakah yang mewajarkan/menghalalkan bantuan tersebut? Semata-mata kerana ketua isirumah dilapurkan sebagai tidak berkerja tetap, maka tidak mempunyai pendapatan tetap. Walhal isteri atau isteri-isteri ketua isirumah berkerja sebagai guru, jururawat atau lain-lain penjawat awam!

Adakah angka palsu lagi berhati jahat jumlah "miskin tegar" seperti yang dibincangkan menjadi asas bagi Nuar Musa menuduh kepincangan pentadbiran ekonomi Kelantan?

Kalau itulah asas beliau, maka saya sarankan supaya Nuar Musa dan juak-juaknya rajinkan diri masuk jengok penyokong-penyokong UMNO di Dabong, atau Pos Gob atau Pos Pasik di Nenggiri dalam jajahan Gua Musang, untuk saksikan dengan mata kepala apa itu erti miskin dan daif. Lepas itu tanya soalan -- apakah peranan KESEDAR dan JHEOA selama ini, dengan bajet puluhan juta setahun!

Aspek kedua adalah berhubung dengan YKK. Perhatikan bahawa nama yayasan ini adalah tersangat janggal -- YAYASAN KEMISKINAN KELANTAN. Kalau dinamakan "yayasan basmi kemiskinan" itu jelas maksudnya. Tetapi dengan nama Yayasan Kemiskinan Kelantan, maksud pertama yang menerpa ialah yayasan ini membayangkan hasrat mahu lihat Kelantan kekal miskin! Seolah-olah ingin menginstitusikan kemiskinan di Kelantan.

Melesetkah sangakaan ini? Atau sememang motifnya begitu? Diwujudkan satu yayasan untuk membolehkan Kerajaan Pusat terus diperas atas tujuan palsu. Yang mana motif sebenar ialah untuk mendapatkan dana untuk membiayai gaya hidup Nuar Musa dan juak-juaknya? Lantaran tidak hairanlah kalau Kelantan mempunyai banyak isirumah yang miskin seperti yang didakwa.

Wassalaam.

Anonymous said...

salam hormat

Pa'chik said...

assalamualaikum datuk,
jika kita perhatikan kepada statistik tersebut, memang mungkin bukan kita saja ramai yang miskin tegar, tapi, masih lagi ramai yang termasuk dalam golongan miskin.

sejujurnya, saya tidak mempedulikan sangat statistik sebegini, kerana kita tahu bagaimana diri kita, cuma, usul saya, agar pihak kerajaan negeri dapat berbuat sesuatu mengenai tangga gaji bagi negeri kesayangan kita ni.

Dari pengalaman saya, kerja kerani dengan gaji sekitar Rm350, tak banyak yang boleh dibuat. Kos pergi balik kerja sudah mengambil RM5/hari, sebulan sudah RM125 (RM5@25). Makan sewaktu bekerja, sekurangk-kurangnya perlukan RM4/Hari, RM100/bulan. Dengan baki Rm125, apa sangatla yang boleh dibuat.. mana nak bayar sewa rumah, mana nak bayar balik pinjaman pengajian lagi. Sudahnya, kerja hanya untuk senangkan cukong² yang tidak berhati perut.
Jika difikirkan, kerja dikedai makan lebih baik, sekurang-kurangnya gaji dapat gak dalam Rm400-450, makan pun lepas (sesetengah kedai la). Kadang tu ada disediakan rumah, tapi bagi seorang siswazah, bukan memilih, tapi jika terus nak berkerja ditempat-tempat seperti itu, kerana desakan kewangan, dia hanya akan berakhir di situ, tanpa mendapat apa-apa ilmu untuk melangkah lebih jauh.

harap pihak tuan dapat menimbangkan perkara ini, sekurang-kurangnya letak la gaji minima, seorang pensyarah saya semasa terkejut bila mendapat tahu salah seorang pelajar beliau, dengan ijazah, bekerja sebagai kerani dengan gaji RM400. Kata beliau, suaminya menggajikan kerani di syarikatnya Rm800 dengan kelulusan SPM sahaja.

Apapun, saya bukan membangkang, cuma mencadang. Bagi saya semoga PAS akan terus kekal di negeri ini. Tidak perlu lagi dacing buruk itu kembali untuk melicinkan hasil negeri.

Sekian, wassalam

Anonymous said...

Pelik juga kan YB bila kadar kemiskinan rakyat dijadikan senjata peperangan. Kalau membasmi kemiskinan bermaksud ingin menjadikan 'miskin zero' saya rasa agak mustahil sbb sewaktu zaman Rasulullah pun kemiskinan tetap ada di mana-mana.

Tapi itu bukan bermaksud jangan bantu mereka, sebaliknya usaha mesti dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan bukan hanya oleh orang politik sahaja.

Bila kemiskinan jadi senjata perang politik, maka tanggungjawab membantu golongan miskin sudah menjadi kerja orang politik sahaja pula. Orang bisnes dan yg berkeupayaan sudah mula lepas tangan.

Semoga umat Islam terus membantu antara satu sama lain tak kira apa bangsa apa pegangan politik dsb.

Anonymous said...

Assalamualaikum
Berkongsi pengalaman di negara Jepun. Alhamdulillah teringat belanjawan hijau yang di sarankan oleh Arwah ustaz fadzil tentang perlunya pertanian. Dan katanya lagi negara pertanian tidak akan kebuluran. Fakta ini benar dan saya tertarik dengan macamana negara jepun menaikan hidup taraf pertani dan nelayan.
1.Mereka mengawal harga pasaran pertanian dan nelayan. Walaupun harganya agak tinggi namun kesannya begitu baik. Taraf hidup pertani dan nelayan adalah sama taraf hidup dengan pekerja-pekerja lain. Saya mengambil kesempatan melawat kampung-kampung nelayan dan pertani. Masya Allah mereka juga hidup mewah seperti orang-orang lain walaupun menjadi pertani atau nelayan. Oleh itu jepun dapat menyamaratakan taraf kehidupan masyarakatnya. Berbeza dgn negara kita yang boleh membezakan kampung nelayan yang agak miskin.

2. Kebaiaknnya lagi, saya lihat dari mata dan hati saya. so pekerjaan pertanian dan nelayan ini mendapat sambutan dari rakyat negara ini. bagi mereka menjadi pertani mendapat pendapatan yang baik dan boleh jadi kaya. So satu peluang yang boleh memberasankan ekonomi.
3. Menurut kata kawan-kawan jepun kerajaan kena menghormati petani. Kerana kata mereka dahulu pertanianlah yang menaikan ekonomi negara mereka dan petanilah berperanan dalam meneruskan kemajuan yang mereka kecapi selami ini.
Cadangan saya, kiranya dato boleh datang melawat negara jepun terutamanya dalam bidang pertanian dan cara ini insyaAllah boleh memajukan negeri kelantan khususnya. InsyaAllah di lain masa saya akan berkongsi pengalaman hidup di negara orang(Jepun). Wassalam.

Anonymous said...

duit peruntukan petronas yg disalur ke trengganu melalui deris jusoh tu gi mana, hei rakyat terengganu buke mato la wei, jangan jadi pok-ko. tukar la gelombong biru tu...

Anonymous said...

Alhamdulillah..
Kebenaran sudah mula menonjolkan wajahnya.

Anonymous said...

UMNO selagi di biarkan memerintah negara ini..akan hancur dan tergadai lah bangsa, ugama dan negara kepada pihak-pihak asing.
Contoh paling ketara apa yang berlaku di Singapura (dulu Melayu, sekarang di dominasi bangsa asing)
Pulau Pinang.. tak tahu apa nak jadi sekarang.
Tapi...inilah bangsa Melayu ni. Bebal, mudah lupa dan lemah mentaliti nya..tiap kali pilihanraya UMNO dan BN juga dia pangkah!
Hai...apalah nak jadi dengan bangsa Melayu ku ini...

Abu Abdillah said...

Assalamualaikum,

"Anonymous said...

UMNO selagi di biarkan memerintah negara ini..akan hancur dan tergadai lah bangsa, ugama dan negara kepada pihak-pihak asing."

Yalah tu! Lihat saja apa yang sebenarnya berlaku pada Mesyuarat Agong Tahunan UMNO tahun ini 2006, sebagaimana yang diterangkan oleh Datuk Sri Radzi Sheikh Ahmad S/U UMNO:

"Local News
10 Minutes with Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad: 'Live telecast will keep delegates on their toes'
16 Nov 2006
Q: Some of the speeches have racial undertones? Will not live telecasts spook viewers?

A: No. That is Umno. The delegates come from all over the country. They shout, that’s about all. Umno has been doing it for years. Don’t worry about it.

They will soon learn this is Umno tradition. Most of them (the speakers) are orators, they tell jokes (and) they raise the temperature a bit. They like it that way but after that they go out and cool it. That’s about it."
New Straits Times 16 Nov 2006..

Jadi, apa yang berlaku semasa mesy agong itu hanya lakonan, laungan, hot air, for show saja. Dan ini tradisi UMNO, kata S/U UMNO!!!

Rugi masa saja kita baca/dengar persidangan UMNO.

Kerosakan di dunia berlaku akibat dari tangan manusia. Apa yang tangan buat antaranya mengundi.

Orang Melayu mahu bunuh diri sendiri bila terus mengundi UMNO bila sudah nyata bahawa selama 49 tahun pemerentahan UMNO, UMNO membawa kehancuran kepada :

1. Agama (Islam Hadhari yang UMNO buat, ganti Islam yang ALlah buat),

2.Bangsa (Bangsa Malaysia yang UMNO buat mengganti Bangsa Melayu yang Allah buat),

3 Bahasa (Bahasa Melayu yang ALlah buat jadi Bahasa Malaysia yang UMNO buat) dan

4. Tanah air (Tanah Melayu yang Allah buat menjadi Malaya dan Malaysia yang UMNO buat).

"Melayu tak akan hilang dari dunia?"

Ini kata-kata dan slogan UMNO saja.

Apa yang Allah kata?

" Maka tatakala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa. Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala puji bagi ALlah, Tuhan semesta alam."
(Al An'aam 6 : 44-45)

ALlah tidak kesah bila Melayu hancur dan pupus. Dia akan menggantikan Melayu dengan golongan yang cinta kepada ALlah dan ALlah pula cinta kepada mereka.

Lihat saja apa yang Allah lakukan kepada kaum Firaun, Lut, Noh, 'Ad dll.

Lihatlah betapa bangganya UMNO dengan 'pembangunan' dan 'Wawasan 2020', sedangkan masyarakat kita sekarang terus dilanda keruntuhan moral di semua lapisan masyarakat, peningkatan jenayah, pembunuhan, zina, wabak penagihan dadah dan kesan-kesan sampingan seperti meragut, mencuri dan HIV/AIDS, rasuah (dari tangga 39 turun ke 44 dalam senarai rasuah antarabangsa) dll.

Bila lagi Melayu mahu sedar dan kembali kepada Islam? Atau apakah Melayu sudah begitu terperangkap ke dalam perangkap musuh Islam hingga tidak tahu lagi caranya untuk kembali kepada ALlah?

Wallah hua'lam.

Anonymous said...

Salam Dato'

Sebelum ini saya pernah menghantar artikel yang kira-kira berbunyi, kerajaan UMNO meminggirkan org melayu dari bandaraya KL secara halus.

Bukti yg nyata telah berlaku. Mereka menghalau secara paksa penduduk Kg Berembang AMpang dengan membakar kampung tersebut baru baru ini. Tujuan nya hanya satu, utk merampas tanah itu untuk mendirikan penempatan mewah kondo atau apartment (tapi kualiti nya kurang)

Taktik yg sama mereka gunakan di Kg. Kerinchi beberapa tahun dahulu. Membakar rumah hingga merebak seluruh kampung.

Bakal menjadi mangsa, bukit gasing K.Lumpur dan Kg. Chubadak Sentul. Taktik yang bakal digunakan untuk menhalau secara paksa di Kg. Chubadak adalah, menyumbat sistem perparitan hingga berlaku banjir kilat yg teruk. Tujuan menghalau penduduk Kg. Chubadak bagi menjayakan project Duke Highway.

Byk lagi kawasan org melayu yg bakal menjadi mangsa kerakusan pemimpin UMNO. Kawasan strategik yg seterusnya adalah Kg. Padang Balang, Kg. Batu Muda dan Kg. Dalam Bandar di Gombak. Kawasan ini amat berharga bagi mendirikan penempatan jenis apartment mewah (yg tak berkualiti).

Inilah yg dikatakan setinggan sifar. Kadar kemiskinan di Kuala Lumpur dan Selangor adalah lebih tinggi berbanding Kelantan dan Terengganu. Kemiskinan tidak boleh diukur melalui pendapatan isi rumah. Tetapi diukur melalui kemampuan berbelanja seisi rumah. Pendapatan RM 1000 sebulan bagi sebuah rumah di Kelantan sudah cukup mewah. Tetapi di Kuala Lumpur dan Selangor macam mana?

Sewa rumah jenis satu bilik RM 300 sebulan. Rumah flat DBKL mencecah RM 500 sebulan. Perbelanjaan anak skolah, belanja dapur, kos pengangkutan (bas,motor,teksi)... kos mana yg boleh diubah ? kos pengangkutan fix... kos sewa rumah fix... kos belanja dapur? kos ini lah yg sentiasa digunakan utk menyara kehidupan di Bandaraya Kuala Lumpur. terpaksa ikat perut bila hujung bulan. Inilah index ukuran kemiskinan yg sebenarnya.

Berapa ribu penduduk KL yg bependapatan RM1000 sebulan utk seisi rumah. Mereka yg bekerja sebagai pekerja am dan buruh pelbagai industri... ramai.. memang ramai.. lebih dari 5000 keluarga yg berpendapatan RM1000 dan kebawah.

Tolonglah bawak usul ini ke parlimen dato'. Perhimpunan agung UMNO hanyalah medan utk menjadi jaguh memperjuangkan hak org melayu. Medan utk tunjuk terrer. Siapa yg berbahas dgn hebat sekali, tapi perlaksanaan nya kosong. Semua janji kosong.

Perhimpunan agung UMNO juga menjadi medan memuji pemimpin yg sedang berkuasa. Apa Pak Lah cakap semua nya hebat dan bernas belaka. Ikut cara Hang Tuah, apa sultan cakap mesti dijunjung... saya ikut Hang Jebat.. raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah... sekali Mukhriz melatah, seluruh pemimpin pemuda mengutuk keras tindakan Mukhriz.... memang betul apa Mukhriz kata... ucapan Pak Lah biasa sahaja... Tapi perwakilan UMNO, tak habis habis dok puji apa Pak Lah kata...

Yg bhg Dato'

Selamatkan lah golongan marhain di negara kita ini. Pemimpin UMNO buat mereka tak ubah seperti melukut ditepi gantang. Ditendang, dihalau sesuka hati. Mana kami nak pergi Dato'. Kami cari rezeki di sini, tapi keringat kami di perah sehingga kering. habis sepah kami jadi sampah...

Negara ini hak bersama. Bukan hak kroni mereka sahaja. Mengapa GLC perlu bagi muka pada kroni UMNO. Patut bagi muka pada yg layak sahaja, asalkan bumiputera yg layak. Tak perlu ada tiket UMNO. Kenapa UMNO... golongan professional di Malaysia ni semestinya ahli UMNO. GLC perlu tolak tiket khas UMNO didlm pentadbiranya.

Lain kali saya tulis lagi Dato'


sekian

mEsoL said...

baru je tgk berita pasal anuar musa tipu statistik kemiskinan Kelantan. Erm, apa nak jadi dgn Anuar Musa nie.

Baru je jumpa blog nie. Tak sangka plak dapat jumpa WeBlog Husam Musa nie. Jangan takut kita ramai supporters. (Ana dari UTP, Tronoh, Perak - Anak jati Kelantan)

Anonymous said...

Aloh la ambo orang tupat ni lama dah dok tunggu gertak dari Pelekbang ke Kg. Laut bila nak buat dato'.