Saturday, November 04, 2006

Robohkan Tambak Johor: Titah Sultan Johor untuk siapa?

Majlis pelancaran Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor semalam diserikan dengan titah mengejut Sultan Johor supaya Tambak Johor dirobohkan.

"Robohkan juga Tambak Johor... Datuk nenek beta dah kena tipu dengan Mat Salleh..." Titah baginda didengar di seluruh negara melalui siaran langsung yang dipancarkan oleh pelbagai stesen tv tempatan.

Utusan Malaysia versi on line tidak menyiarkan berita mengenainya, tetapi akhbar lain termasuk agensi berita antarabangsa telah menyiarkan laporan tersebut sejak semalam. Akhbar The Star pergi lebih jauh dengan menggunakan tajuk menggambarkan titah itu menimbulkan kecoh.

"Sultan of Johor causes stir

News update from The Star Newsdesk
JOHOR BARU: Johor Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail caused a stir during his address at the launch of the South Johor Economic Region (SJER) today when he digressed from his written text and said the Causeway should be removed."

Hadhirin dilaporkan memberikan tepukan bergemuruh terhadap titah itu.

AFP pula menyelitkan laporan berikut;

"The causeway has been at the center of a bitter dispute between Malaysia and Singapore, with Malaysia calling for its replacement with a new bridge until dropping those plans in April this year."

Ia mengaitkan dengan jambatan bengkok yang dibatalkan.

Perdana Menteri ada bersama semasa Sultan Johor bertitah. Adakah beliau faham titah itu ditujukan kepada siapa?

Jika ada media yang boleh bertanya Perdana Menteri mengenai respon beliau terhadap titah itu, ia jadi lebih menarik. Apa pula komen Tun Dr. M nanti?

9 comments:

Pelukis Pelan Johor said...

Pihak kami sedia berbincang mengenal Wilayah Pembangunan Iskandar. Harap semua pihak mempunyai fikiran yang terbuka, kreatif dan kritis.

Anonymous said...

UMNO harus henti bersandiwara dalam isu kritikan TDM dengan Pak Lah. Gugur jawatan penasihat TDM, pecat TDM dan macam-macam lagi.

Sebenarnya isu kritikan tersebut adalah kritikan antara Bekas Perdana Menteri dengan Kerajaan sekarang yang dipimpin oleh Pak Lah bukannya kritikan terhadap UMNO.

Lihat satu-persatu setiap kritikan TDM. Semuanya terhadap Kerajaan. Tiada satu pun kritikan terhadap UMNO. Isu AP, Polis, Media, Ekonomi hingga Jambatan Bengkok.

Berhubung isu Jambatan Bengkok, akhirnya Sultan Johor sendiri telah menggesa tambak johor dirobohkan.

Sepatutnya SJER jadi Wilayah Pembangunan Hadhari Iskandar. Pembangunan yang ada Had Ada Hari tertentu.

Anonymous said...

saya merafakkan sembah tahniah kepada DYMM Sultan johior atas kenyataan beraninya supaya tambak johor dirobohkan. Datuk MB Johor patut ambil tindakan segera kerana seluruh rakyat johor menyokong titah Sultan itu. Cuba buat referendum di johor atau seluruh malaysia pasti menyokong dirobohkan. cuma pak lah sahaja yang kata rakyat tidak sokong bina jejambat bengkok itu. nah sekarang..Pak lah buatlah sesuatu.

Anonymous said...

pemutar-pemutar alam ( spin doctor) Pak lah silap. Depa ingat boleh guna Sultan johor untuk kutuk Tun masa ucapan itu ( sebab itu buat live dua2 channel tv3, tv1). sama macam media main masa titah sultan pada raya - "kalu pencen, buat cara pencen" yang disiarkan besar-besaran.

Tapi kali ini backfired , sebab Sultan sokong roboh. mana nak letak muka pak lah..

Anonymous said...

laporan akhbar menyatakan bahawa Khazanah syorkan supaya aad zon bebas dimana orang singapura boleh keluar masuk di SJER tanpa dokumen, ingatlah bangsaku, orang Singapura ini macam orang belanda minta tanah, bagi betis nak peha. ingat khazanah mulai minggu lalu, warga malaysia nak masuk singapura kena pakai pasport antarabangsa, mana boleh border pas dah. ini kita nak pagi free-free je diorang masuk...ada akai ka?

Anonymous said...

sdr nasution s,

saya terbayang kesibukan spin doctor tu bekerja sekarang akibat titah sultan tu....

Anonymous said...

jangan risau....nanti akan ada bahagian umno yang akan mencadangkan agar sultan johor pula dipecat....semata mata untuk memuaskan hati PM dan Khairy

former tv3

Anonymous said...

ehem,ehem, nak terbatuk pulak tengah jalan laju ni ..nak tumbok sapa ,ni..ih nak tumbuk sapa tak tau..tumbuk batang hidung semua pengundi melayu yg sokong BN la.Ya lah sokong UMNO buta tuli,jadi kerbau dicucuk hidong,sign cek kosong bagi BN la hangpa nak melalak PM tak betui itu tak betui ini...padan muka hangapa dan aku. Pangkah lah BN lagi he he

Anonymous said...

Memang ya, betui betui ,tak lama lagi UMNO akan pecat Sultan,,mana ada puak UMNO sayang Sultan...hangpa tak ingat Mahathir buat apa kpd sultan?Umno kelantan buat apa kat Sultan..kesian kat Melayu/...mudah lupa...apa nama ...aaa apa nama... Mahathir la namanya, dok apa nama apa nama!Mari kita doakan si tua ini sehat kita sama sama tengok balasan dunia, ya dunia.