Sunday, November 26, 2006
Utusan Tegur Pemimpin Tertidur
Utusan Malaysia, dalam ruangan Forum, telah menyiarkan 'surat pembaca' yang agak menarik. 'Surat' ini, menegur pemimpin dan perwakilan yang tertidur semasa perbahasan di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini. Ikuti petikan 'surat' berkenaan;
"Tukar menu makanan atasi Melayu malas
PERWAKILAN Perhimpunan Agung UMNO 2006 tidak menyentuh langsung sikap ‘Melayu malas’ yang sepatutnya turut diberi perhatian. Akibatnya Melayu akan terus ‘malas’.
Setiap kali UMNO bersidang, kita dapati ramai perwakilan, juga pemimpin perwakilan yang mengantuk dan nampak keletihan walaupun membincangkan soal-soal penting tentang bangsa dan negara.
Lebih buruk apabila ia ditayangkan secara langsung melalui TV oleh Astro. Tidakkah kita sedari bahwa selalu mengantuk atau tertidur di tempat yang tidak sepatutnya itu adalah simbol kemalasan?
Mereka adalah orang-orang yang dipilih untuk mewakili bahagian UMNO ke satu persidangan yang sangat penting, tetapi mereka terkulai layu di kerusi masing-masing."
Isinya cantik dan berguna. Apa mesej yang hendak disampaikan oleh Utusan?
Harap-harap, perwakilan yang tertidur berkenaan, terbaca 'surat' ini yang ditujukan kepada mereka. Jangan pula mereka terkejut lalu berkata, '...tidurlah bersama saya.....'.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
A'kum Dato
Nampaknya siaran lansung perhimpunan UMNO baru-baru ini bukan sahaja menimbulkan kebencian bukan Melayu kepada UMNO tapi pada
masa yang sama mendedahkan kelemahan pewakilan-pewakilan. Tertidur semasa perbahasan isu penting negara tidaklah memeranjatkan saya, kerana mereka rata-rata memikilkan macam mana nak mengumpulkan harta, isu-isu negara tak penting. Jika perbahasan menjuruskan kepada pembahagian dana atau kontrak maka terbeliak mata, terkeluar air liur mereka, kerana ghairahnya nafsu mereka kepada kebendaan kepada kemegahan, keegoaan tanpa mempunyai perasaan yang ikhas untuk membantu rakyat bawahan yang dibebani perbagai masalah. Ini telah menjadi penyakit yang sudah tidak boleh diubati lagi, selagi dasar parti tersebut tidak meletakkan Al Quran dan Sunnah sebagai tunjaknya selagi itulah UMNO akan hanyut kearah kemusnahan.
W’lam
NSW Australia
Asalnya depa nak hentam TDM secara terbuka. Lps depa hentam TDM depa plak kena hentam balik. itulah pasng niat tak betui.
Pas ni jgn haraplah depa nak benarkan pula siaran langsung dewan rakyat. nanti nampak plak depa tertidur & kerusi MP side depa sentiasa kosong...
KITA DOK BISING PASAL PM TIDUR DALAM PERSIDANGANNYA.
BARU-BARU NI, PJ PAS SELANGOR TIDUR DALAM MAJLIS DALAM PROGRAM MUNQASYAH UCAPAN PRESIDEN
KALAU DUDUK KAT BELAKANG TU, TAHAN LAH JUGA, DI KAT DEPAN, SEMUA ORANG TENGOK...
UMNO ADA PM YANG TIDUR DALAM MAJLIS, BEGITUJUGA PAS ADA PJ YANG TIDUR JUGA..
TEGURLAH SI DIA ITU WAHAI NAIB PRESIDEN...
Kalau nak sama kan taraf PJ Pas dengan PM Malaysia dari parti nasioanalis/sekulariS/ pragmatis UMNO..hebat sungguhlah PAS. Oooi orang Pakistan bangang..tidor orang yang beriman dengan tidor orang sekular tak sama lah oooi!!! Tidor orang beriman yang berjuang atas dasar ISLAM adalah ibadah. Tidor orang sekular adalah kerana telampau kenyang makan harta rakyat. Bila jadi YB dengan cara rasuah, tulah yang ramai remaja Melayu jadi murtad, jadi bohsia, jadi mat rempit, pengidap AIDS. Dan cakaplah apa sahaja... Melayu lah yang jadi johannya. Itulah kejayaan UMNO. Undilah UMNO lagi, biar semua Melayu jadi murtad
Post a Comment