Tuesday, November 11, 2008

Telekom Malaysia: Rugi atau Untung?

Utusan melaporkan Telekom Malaysia untung RM 165.8 juta bagi suku ketiga tahun ini;

."Syarikat telekomunikasi tersebut berkata, kos-kos luar biasa itu juga menyebabkan keuntungan bersih merosot kepada RM165.8 juta bagi suku ketiga tahun kewangan berakhir 30 September 2008 berbanding RM658.5 juta, tempoh sebelumnya."

Tetap untung, tetapi merosot kepada RM 165.8 juta.

Berlainan dengan laporan The Star dan Bernama. Angka sama - RM 165.8 juta - tetapi itu jumlah kerugian Telekom bagi suku ketiga, bukannya keuntungan.

The Star;
"KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd posted net loss of RM165.82mil in the third quarter ended Sept 30, weighed down by foreign exchange losses of RM195.7mil.

Announcing a weaker set of results on Tuesday, the net loss was in sharp contrast of the net profit of RM658.51mil year ago."


Bernama;

"KUALA LUMPUR, Nov 11 (Bernama) -- Telekom Malaysia, which reported a loss after tax and minority interests of RM165.8 million for the third quarter ended Setpember 30,..."


Hasilnya, tajuk berita Utusan dan media lain menjadi berbeza dalam isu ini.

Tajuk Utusan;

Telekom catat untung lebih rendah

Tajuk The Star;

Telekom Malaysia Q3 net loss RM165.8mil

Satu melaporkan keuntungan, lainnya melaporkan kerugian. Disengajakan atau tersalah, pembaca Utusan yang rata-rata orang Melayu akan 'kagum' dengan keuntungan itu dan tidak dikejutkan dengan kerugian. Ada kesannya.

Sebab kerugian mendadak dari keuntungan besar dalam tempoh sama tahun sebelumnya, menarik untuk dikorek.

Pendapatannya tidak banyak berubah, RM2.062 billion tahun ini berbanding RM2.128 billion tahun sebelum.

Mungkin kerana itu Ketuanan UMNO/BN meluluskan projek broadband lebih RM 11 billion tanpa tender dan tergesa-gesa kepada Telekom?

Berita Bernama yang sama melaporkan;

Group chief executive officer, Datuk Zamzamzairani Mohd Isa, said that TM continued to see broadband as the key growth driver.

For Q3, broadband registered a growth of 24.6 percent to RM390.6 million from Q3 in 2007 arising from continued growth of broadband customers to 1.55 million from 1.18 million before.

"With the implementation of High Speed Broadband (HSSB), there would be potential for a host of products and services that we can offer, especially on the retail front," he said.


Broadband adalah mustahak, sama seperti helikopter baru menggantikan Nuri.

Harga berlebihan, itu yang merosakkan.

Sunday, November 09, 2008

Eksklusif Korup

Syed Hamid - orang luar UMNO tak perlu laporkan aktiviti politik wang UMNO.
Logik berfikir pemimpin UMNO tak lurus, bengkang bengkok.
Rasuah dan politik wang UMNO ada eksklusiviti dan 'orang luar' tak berhak mencegahnya. Pada hal, pemimpin yang menang pemilihan UMNO secara korup akhirnya akan memimpin negara. Masih mereka percaya dengan doktrin urusan UMNO untuk UMNO saja sama seperti mereka percaya politik suku, agama suku.
Orang yang membuat laporan pula kena bedal oleh Syed Hamid.
Menteri sekanan Syed Hamid sepatutnya tak perlu gentar atau menunjukkan kegentarannya dengan laporan sedemikian. Bahkan, beliau harus dilihat terbuka dan sedia disiasat.
Tuduhan boleh datang dan pergi tetapi apa diheran dengan laporan yang dibuat jika kita tak bersalah. Berani kerana benar.
Penyiasatan yang akan dibuat akan membersihkan lagi nama baik beliau jika ia cuma laporan berunsur politik.
Sekarang, isu politik wang Syed Hamid dah meningkat kepada cara berfikir UMNO yang pelik iaitu urusan politik wang mereka adalah eksklusif untuk sesama mereka dan undang-undang negara tak berhak menyentuh amalan seperti itu.
Dengan imej seburuk itu dan jalan berfikir sebengkok itu, layakkah UMNO memimpin Malaysia?

Thursday, November 06, 2008

Tahniah Raja Petra!

Tahniah Raja Petra! Tahniah juga pada Hakim Syed Ahmad Helmy.
ISA tidak lagi berbisa mempertahankan ketuanan Umno/Bn dgn menggunakan premis keselamatan negara.
Negara insya Allah sedang bergerak menuju fitrah: menjunjung keadilan.

Wednesday, November 05, 2008

Empower-kan rangsangan ekonomi pada negeri-negeri

Di celah krisis ekonomi sedunia, apakah yang perlu dirangsangkan?
Ciri-ciri krisis ini antara lain ialah matawang turun naik tak menentu. Ringgit melemah. Ada pihak meramal ringgit turun sampai RM 3.80 berbanding satu USD. Import akan menjadi mahal. Inflasi akan naik kecuali negara dapat mengeluarkan gantian import melalui ransangan pengeluaran keperluan kita dalam negara.
Yang perlu dirangsang ialah peningkatan penggantian import dan pengeluran domestik.
Pasaran saham merudum. Bank mungkin terjejas bila pinjaman tak berbayar meningkat mendadak sama seperti kita pernah alami sekitar 90an. NPL akan menggoncang bank-bank sekali lagi.
Ekonomi melembab. Harga komoditi turun.
Kesannya. Pendapatan rakyat menurun. Pengganguran meningkat. Hasil negara turut terjejas.
Jangkaan Najib bahawa hasil negara tahun 2009 berkurangan hanya RM 8 billion saja tentunya tak benar. Paling tidak, dengan kejatuhan harga minyak mentah, sawit dan getah, hasil negara 2009 berkurangan sekitar RM 20 billion atau lebih.
Yang perlu dirangsang ialah pewujudan peluang kerja produktif. Juga pengunaan alternatif komoditi utama kita.
Kenapa tak fikirkan kemudahan canggih dan lengkap untuk industri perikanan di Pantai Timur dan Malaysia Timur? Hasil laut kita sebahagian besar kini didaratkan di Thailand dan kita mengimport ikan yang ditangkap di perairan kita sendiri kerana kita tidak mempunyai rangsangan yang cukup dan lengkap untuk sebuah pembangunan industri perikanan yang sempurna. Aneh tapi benar.
Rangsangan yang diumumkan Najib lebih berunsurkan rangsangan politik - rumah dan sekolah(pendidikan). Lagi-lagi pengangkutan awam. Saling tak tumpah seperti pump priming yang pernah dilancarkan Tun Mahathir yang berakhir dengan pembinaan sekolah rendah seakan kampus universiti di tengah hutan belantara . Setengahnya, bumbung makmal komputer runtuh dan seribu satu macam jenaka dan sandiwara lagi. (Pump primingitu dijadikan peluang kroni tertentu mendapat projek).
Ia tak menggambarkan daya kreativiti Najib sebagai Menteri Kewangan dinamik menggantikan Menteri sebelumnya. Stimulus amat ala kadar tanpa falsafah kukuh mendasarinya.
7 billion dicampur 5 billion untuk pasaran saham, 12 billlio. Kita bimbang, wang habis, ekonomi tetap kuyup. Nanti kita kena berbelanja lagi.
Jika setiap negeri diberi peluang merangka program rangsangan ekonomi masing-masing selari dengan keperluan negara dan diberikan peruntukan RM 200 juta setiap negeri, kita hanya perlukan 2.6 billion saja dan saya yakin, kesannya berlipat ganda kerana Negeri lebih memahami apa yang berkesan untuk negeri masing-masing. Umpamanya perumahan. Ia boleh menjadi rangsangan aktiviti ekonomi di negeri tertentu tetapi mungkin menambah 'bubble' pada negeri tertentu.
Tiba masanya stimulus seperti ini di 'empower' sama kepada negeri-negeri. Rangsangan baru, bukan rangsangan lama diulang tayang berkali-kali.

Bahasa: Sekadar Bertanya

Bahasa jiwa bangsa. Bahasa martabat bangsa.
Satu masa, sistem pendidikan kita mengalami rombakan besar bila Bahasa Inggeris 'dipaksa' digunakan menggantikan Bahasa Kebangsaan dalam pengajaran subjek sains dan hisab. Kesannya amat besar sekali. Sistem Pendidikan Kebangsaan berteraskan bahasa asing. Bagaimana boleh berlaku begitu?
Gegarnya lebih besar dari isu papan tanda. Murid Melayu dikhuatiri tertinggal dan pencapaian mereka merosot. Fungsi bahasa sebagai medium penyatuan menerusi sistem pendidikan dibimbangi terjejas.
Rasanya kesan peralihan pengantar itu lebih kencang dan kecoh. Besar kecil dan sejuk panasnya kesan itu nyata bila Menteri Pelajaran memberitahu kajian dan pertimbangan ke atas dasar itu sedang berjalan.
Waktu itu, tak ada pihak terlintas memfailkan saman? Kalau jam diputar ke belakang, adakah saman juga akan difailkan? Masa belum terlambat.
Fungsi bahasa dalam sistem pendidikan antara lain ialah untuk mendaulatkan bahasa, rasa saya. Selain untuk 'menyatukan' rakyat dengan kefasihan dan rasa milik bahasa ibunda tertanam dalam jiwa rakyat kita.
Fungsi papan tanda lebih besar kepada memudahkan pengguna termasuk orang asing mengenali jalan yang mereka cari.
Sama atau tak sama dengan penggunaan pelbagai bahasa di KLIA saya tak tau. Di KLIA, selain bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris, bahasa Mandarin dan Arab turut digunakan untuk membuat pengumuman. Mungkin kerana ketika tertentu ramai pelancong Arab dan Cina datang berkunjung.
Fungsi pengumuman itu ialah untuk pengunjung luar tak tersesat dan faham dengan apa yang nak diumumkan. Bukan untuk merendahkan martabat bahasa kita.
Fungsi pengumuman di KLIA rasanya hampir sama dengan nama jalan. Kalau di KLIA kita takut mereka tak faham pengumuman kita, adakah mereka boleh faham nama jalan dalam bahasa kita saja?
Saya hanya melontarkan pertanyaan. Atau Malaysia Airport juga perlu disaman? Sama-sama kita tunggu.

Tuesday, October 28, 2008

Eurocopter: Najib atau Abdullah kempunan atau keduanya?

Eurocopter permainan siapa - Abdullah atau Najib?

Hari ini, Abdullah umumkan pembelian Eurocopter dibatalkan. Kenyataan pembatalan ini dibuat hanya 32 hari selepas Abdullah yang sama pertama kali mengumumkan mengenai rancangan pembeliannya pada 26 September tahun ini.

Petikan laporan Utusan mengenainya seperti di bawah;

Perdana Menteri berkata, surat hasrat (LOI) telah dihantar kepada Eurocopter untuk membeli helikopter tersebut.

‘‘Pada masa ini Kementerian Pertahanan sedang mengadakan rundingan dengan Eurocopter mengenai spesifikasi teknikal helikopter, klausa perjanjian sebelum menandatanganinya secara rasmi dengan syarikat berkenaan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima taklimat khas di Wisma Pertahanan di sini hari ini.
Esok, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dijangka memulakan siasatan mereka ke atas pembelian tersebut. Hari ini, Abdullah mengumumkan pembatalannya. Kata Abdullah, keputusan pembatalan itu dibuat dalam mesyuarat Eksekutif Majlis Ekonomi Kebangsaan yang bersidang dua minggu sebelum ini. Maknanya, sekitar 14 Oktober.

Jika benar mesyuarat Majlis Ekonomi membincang dan membuat keputusan itu dua minggu lepas, ada dua persoalan di sini;

a. Mengapa dua minggu kemudian baru keputusan tersebut diumumkan?
b. Mengapa Timbalan Perdana Menteri seakan tak mengetahuinya apabila Najib, pada 21 Oktober atau tujuh hari yang lalu, membuat kenyataan berikut, seperti laporan Utusan;
Najib ditanya sama ada krisis kewangan global akan menyebabkan kerajaan menilai kembali peruntukan untuk projek pertahanan terutama pembelian helikopter Eurocopter bagi menggantikan pesawat Nuri.
Jawapan Najib, ikut laporan itu ialah;

KUALA LUMPUR 21 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kedudukan ekonomi semasa tidak boleh dijadikan satu-satunya kayu pengukur dalam menentukan peruntukan perbelanjaan untuk pertahanan dan keselamatan.

Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri berkata, peruntukan untuk kedua-dua perkara itu perlu kepada pertimbangan tertentu kerana ia melibatkan kedaulatan negara dan ketenteraman awam.

''Kita menilai balik semua projek, bukan hanya yang melibatkan pertahanan untuk memastikan hanya projek yang mampu membawa impak terbaik dilaksanakan.

''Namun, projek yang berkaitan keselamatan dan pertahanan tidak boleh sama sekali diukur hanya berasaskan kedudukan ekonomi semasa.

''Kalau kita guna kayu ukur itu, maka kita tidak akan boleh laksanakan walau satu pun projek pertahanan atau keselamatan,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Mengenai Selat Melaka, Institut Maritim Malaysia (Mima) di sini hari ini.
Kenyataan Najib di atas dibuat seminggu yang lalu, seminggu selepas apa yang didakwa Abdullah keputusan sudah dibuat dalam mesyuarat Majlis Ekonomi Kebangsaan. Mustahil Najib tak mengetahui keputusan itu sehinga kenyataan seperti ini terkeluar dari mulutnya jika memang keputusan itu sudah dibuat.

Dalam kenyataan lain Najib dua hari sebelum itu, Najib menyatakan;

"Dalam mesyuarat Kabinet kelmarin, saya mengusulkan supaya isu pembelian helikopter Eurocopter diperhalusi PAC.

PEKAN 19 Okt. - Kerajaan mengarahkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memperhalusi isu pembelian helikopter Eurocopter EC725 bagi menggantikan Nuri sebelum mengambil keputusan untuk membeli pesawat itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan membeli pesawat tersebut perlu dikaji secara mendalam walaupun proses perolehan helikopter itu dikatakan dilakukan mengikut peraturan dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak.

Apa mesej yang nak dihantar oleh Najib? 

Ketika ramai menyangka deal Eurocopter didalangi Najib dan komesyen seperti kes kapal selam dan pesawat perang mungkin wujud sekali lagi, Najib terasa isu ini cuba dipalitkan kepada beliau sedang orang lain yang memakan nagka dan orang lain terkena getah.

Benar LOI dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan, dua hari sebelum Najib dipindahkan ke Kementerian Kewangan. Ia nampak macam Najib tergesa-gesa.

Namun, LOI itu mungkin sahaja dikeluarkan atas arahan Menteri Kewangan. Memang pun pembelian seperti itu memerlukan kelulusan Menteri Kewangan. 

Abdullah berpindah dari Kementerian Kewangan ke Kementerian Pertahanan seakan untuk mempastikan deal ini berjalan mengikut yang dirancang bersekali dengan 'hasilnya'.

Pada masa yang sama, ia seakan program Najib dan perginya Abdullah ke Kementerian Pertahanan adalah untuk membongkar dan 'menyudahkan' Najib. Surat Kapt (B) Zahar Hashim ditujukan kepada Najib. 

Bagaimana cara Najib dapat melantunkan semula bola ini ke kepala Abdullah? Najib meminta PAC menyiasat supaya dapat dikenal siapa sebenarnya 'tuan nangka'.

Ia satu 'permainan' tingkat tingi. Berbillion ringgit wang negara jadi pertaruhan.

Sehari menjelang siasatan PAC, Abdullah segera tahu Eurocopter adalah mahal dan negara tak cukup wang kerana dunia dilanda krisis kewangan. Cepat dan pantas. Sebulan, selesai.

Abdullah terkejar masa untuk 'sentuhan' akhir sebelum bersara?

Bila Keangkuhan Berakhir?




Menjelang Deepavalli, 10 orang rakyat kita keturunan India ditahan. Kesalahan mereka, hadhir di Putra Jaya, Pejabat Perdana Menteri.
Nak dikatakan kesalahan mereka terlalu besar dan tidak boleh dikompromikan, mereka direman tiga hari sahaja.
Memejam mata terhadap punca keresahan kaum, adalah bahaya. Melayan mereka sebagai musuh yang tidak boleh dirundungi, tidak memberi apa faedah.
Mendengar seorang kanak-kanak dan dua perempuan turut ditahan, hati kecil saya terpanggil untuk menyekat buli seperti ini.
Hindraf yang telah diharamkan dimomokkan sebagai anti Islam. Ini tidak benar. Rakyat yang cintakan kebenaran dan perpaduan, tidak wajar takut untuk memecahkan agenda media dan propaganda perpecahan. Jika tidak, buli akan berterusan.
Atas hasrat itu, saya muncul menunjukkan simpati saya kepada keluarga mangsa yang ditahan di hadapan balai polis Putra Jaya.
Mesej saya ialah, masa untuk tunduk pada agenda media yang cuba mengasing-asingkan kekuatan kebangkitan mencabar keangkuhan kuasa sudah tamat. Kita perlu bersatu. Media arus perdana bukan penentu perjalanan perjuangan kita.

Utusan-MCA-DAP

Ke mana Utusan?

Malang nasib Utusan. Peluru berpandunya ditujukan kepada DAP. Ia menjadi agenda post pilihanraya tak tertulis Utusan.
Orang Melayu nak dibangkit marahkan DAP. Pakatan Rakyat di mana DAP adalah satu dari komponennya, akan ditolak oleh orang Melayu. Itu game-nya.
Malang, nampaknya serangan datang dari dalam BN- MCA. Dua Timbalan Pengerusi BN. Hapus quota pemilikan saham syarikat GLC. Naib Ketua Pemuda UMNO perlukan diISAkan. UMNO digelar pembuli dalam BN.
Elok ada penulis menulis cerpen. Menulis sajak. Untuk MCA pula. Utusan terus bermain api. Hasilnya?
Utusan gunakan jaluran berbau kaum. Pulangannya adalah isu kaum dan pendekatan kaum juga yang akan berpusing balik.
Pendekatan perkauman tidak boleh menyelesaikan isu perkauman. Kaum kita terdesak, kaum lain juga terdesak. Kaum kita mendesak, kaum lain juga terangsang mendesak.
Fikir dengan masak.

Tuesday, October 21, 2008

Menunggu Keberanian MCA

Tidak terlambat untuk saya ucapkan tahniah kepada Ong Tee Keat yang telah ditemukan jodoh menjadi Presiden MCA.
Takziah pula kepada MCA yang mendapat Timbalan Presiden, role model yang bersalahan dengan masyarakat Malaysia yang bersusila.
Saya tertarik dengan motto Ong Tee Keat untuk membawa MCA bersikap berani.Berani untuk apa?
Berani untuk mempertahankan kepentingan rakyat atau berani menekan UMNO untuk menyerahkan sebahagian keistimewaan UMNO menggunakan kedudukannya membolot kekayaan negara, supaya dapat dikongsi bersama oleh MCA?
Ong boleh membuktikan hala tuju keberaniannya dalam beberapa isu current;
a. Isu kerugian besar Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang tinggal belum berjawab. Menteri Pengangkutan waktu itu adalah dari MCA. Beranikah Ong mendedahkan kedudukan sebenar isu ini?
b. Isu pembelian Eurocopter yang menimbulkan tandatanya;
i. Siapa sebenarnya meluluskan? Menteri Kewangan - pada waktu itu PM sendiri? Menteri Pertahanan - yang kini dipindahkan ke Kementerian Kewangan?
ii. Sejauh mana pembelian ini dibuat dengan perkiraan terbaik untuk negara?
Apa pendirian MCA??
c. Sejauh mana MCA boleh keluar dari parti yang memperjuangkan kaum Cina semata-mata kepada memperjuangkan asas-asas good governance dan keadilan dan kesaksamaan tanpa mengira kaum?
Quotation dari Aristotle di bawah saya hadiahkan untuk Ong;
"Men acquire a particular quality by constantly acting a particular way... you become just by performing just actions, temperate by performing temperate actions, brave by performing brave actions."

5 B untuk siapa?

Tidak jejaskan Malaysia – kata Menteri Kewangan – mengulas kesan krisis kewangan global.
Semalam, Menteri Kewangan umumkan RM 5 B untuk menampung pasaran saham Negara kita. RM 5 B – bukan jumlah yang kecil. Ia lebih besar dari wang yang kerajaan pernah jimatkan dengan menaikkan harga petrol/diesel yang telah menyulitkan kehidupan rakyat satu masa dulu - lebih sedikit RM 4 B dikutip dari rakyat sehingga rakyat merasa menderita.
Apa istimewanya syarikat tersenarai di pasaran saham yang diumpankan ‘hantaran’ sebesar itu? Tak kena gaya, RM 5 B hilang sekelip mata bila dicampakkan ke lubuk pasaran saham yang belum terhenti merudum.
Langkah memperuntukkan RM 5 B untuk pasaran saham tetapi sepi dalam langkah-langkah meringankan beban rakyat dan merancakkan ekonomi, adalah langkah berat sebelah.
Mengapa wang sebesar itu tidak boleh diuntukkan bagi merancakkan ekonomi Negara – seperti langkah pump priming atau insentif fiscal yang lain.
Dua isu besar yang dihadapi oleh rakyat ialah: kos hidup yang amat membebankan dan kedua, ekonomi yang lembab termasuk kejatuhan harga komoditi utama.
Langkah-langkah mudah dan segera boleh dilakukan kerajaan untuk menurunkan kos hidup dan belanjanya tidak sebesar yang diperuntukkan untuk melonjakkan pasaran saham yang ternganga luas. Antaranya, menurunkan semula tariff elektrik selari dengan penurunan harga minyak kerana asas yang digunakan oleh kerajaan untuk menaikkan tariff elektrik dulu ialah kenaikan harga minyak. Bila minyak sudah turun, tariff elektrik kekal tinggi, mengapa?
Kerajaan juga boleh menurunkan harga gas memasak seperti dicadangkan Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM. Harga tabung gas memasak 14 kilogram dinaikkan kepada RM24.50 ekoran kerajaan mengumumkan kenaikan harga bahan api tidak lama dulu dan belum diturunkan.

Wednesday, September 17, 2008

BN membisu: SAPP bersuara

Kegagalan Abdullah mendengarkan suara rintihan dan desakan perubahan, kata Yong Teck Lee, antara punca SAPP bertindak keluar dari BN.

Penahanan ISA ke atas tiga figur dalam tindakan terbaru Kerajaan Abdullah, kata Teck Lee, adalah bukti BN belum ingin berubah, di samping kenaikan harga minyak yang jelas membelakangkan kebajikan rakyat.

Peletakan jawatan Menteri Kabinet, kata beliau, mengesahkan janji pembaharuan oleh Abdullah menemui jalan buntu dan tak ke mana.

Paling mengejutkan, adalah komen berikut yang dipetik dari kenyataan akhbar beliau petang ini;

The shameful Taiwan trip by 49 BN MPs and the instigation of racial animosities have aggravated the collapse of confidence among the people and leaders, not only on the PM but the BN as well.


3. Minister Zaid Ibrahim's resignation only confirms what many lawyers already knew that is that the prime minister and his government has never had the intention to reform the judiciary. Zaid's exposure about "the BN government being paralysed by internal strife and divisions" has also been known to many people in the BN. In many other countries, such paralysis of government will lead to fresh general elections.


Melarikan MP BN sampai ke Taiwan, Macau dan US, kata Teck Lee, adalah paling mengaibkan dan mempercepatkan hilang keyakinan terhadap Kerajaan BN!

Kickdefella Ditahan

Blogger Kickdefella beberapa hari ini mencium beberapa 'lembaga' menjejaki beliau. Namun, beliau tetap 'jinak' dan menununggu 'tetamu' datang menjenguk.

Akhirnya, petang ini, 3 'tetamu' datang menjemput beliau ke satu destinasi yang belum pasti. Beliau ditahan. Untuk apa? Bawah undang-undang mana? Tak ada kepastian. Juga belum ada penjelasan oleh Polis.

Seminggu ini Kick dan keluarga sibuk menguruskan Charity Ramadhannya melalui sumbangan pembaca. Pack hamper makanan dan wang tunai untuk diagihkan. Program tahun kedua selepas beliau berhijrah ke Kelantan setahun yang lalu.

Seperti kata Siti Khadijah, isteri Rasulullah Yang Mulia: "Anda tidak akan ditinggalkan Tuhan kerana anda se orang yang selalu berbakti...."

Monday, September 15, 2008

Hari-hari Penentuan

Hari-hari yang menentukan.

Adakah Abdullah akan ditekan habis untuk meletakkan jawatan dalam waktu terdekat dalam mesyuarat MT UMNO Khamis ini? Mampukah beliau bertahan? Siapakah yang akan mempertahankannya?

Muhyidin sudah tentu tidak. Najib juga.

Seluruh perkembangan tidak menyebelahi Abdullah. Tangan ISA yang dihulurkannya menambah seribu beban. Menterinya sendiri meletakkan jawatan. Rakan parti komponen mempertikai secara terbuka. Menteri Kabinet lain seperti Rais pun kurang senang. Abdul Hamid Al Bond sumbat gol sendiri. Suaranya suara gendang: kuat tapi mengecewakan.

Khamis ini juga dijangka Tun Mahathir akan mengumpulkan tokoh dan bekas tokoh, pemimpin parti komponen BN dan bekas pimpinan, untuk satu sidang akhbar, mendesak Abdullah berundur sebagai cara tunggal pemulihan BN.

Jika Abdullah akhirnya tidak lagi dapat bertahan, Najib akan menjadi PM baru negara kita? Ke mana Malaysia selanjutnya?

Seluruh perkembangan ini bukan kecil kesannya.

Bolehkah kita mengambil kira semua perkembangan ini dan memberikan satu fokus untuk menjayakan agenda Pakatan Rakyat di mana PAS adalah satu juzuk daripadanya?

Mengapa kita perlu menoleh ke kiri dan ke kanan dalam saat genting dan menentukan seperti ini?

Nabi kita Yang Mulia telah menunjukkan penglibatan positif baginda dalam mengemudikan perubahan (positive role), bukan negative role atau passive role. Menjayakan, bukan menggagalkan.

Bukankah kakinya yang mulia digunakan untuk berjalan dari khemah ke khemah di musim haji untuk menemui kumpulan yang sanggup bersama mendokong perjuangan baginda? Lalu merangka Aqabah Pertama, kemudian Aqabah Kedua? Lalu berhijrah, lalu pertama kali mempunyai autoriti sebuah kerajaan? Lalu menghulurkan Piagam Madinah yang disambut dengan rela hati oleh penduduk Madinah yang bersifat majmuk?

Lalu berkembang tahap demi tahap, lalu menjadi empayar yang luas?

Minda positif baginda adalah sunnah yang perlu kita hidupkan sekali lagi di saat yang mencabar ini. Semua itu dicapai hasil titik peluh dari positive role Nabi kita Yang Mulia.

Friday, September 12, 2008

Abdullah menggelunsur

Kenyataan Najib - serahkan Perwakilan Bahagian tentukan sikap terhadap pelan peralihan kuasa - cukup untuk menyedarkan Abdullah, hari-hari terakhirnya di Putra Jaya semakin singkat. Kenyataan Najib datang selepas kenyataan Muhyidin. Hari ini, Muhyidin kekal dengan kenyataannya walaupun Presiden UMNO itu kesal dengan kenyataan anak buahnya sendiri. Beliau sanggup menanggung risiko. Amaran Abdullah tidak memberi kesan.
Apa makna? Abdullah tidak mempunyai tempat bersandar lagi.
Asakan bertubi-tubi untuk Abdullah memikirkan kepentingan negara dan bukan kepentingan beliau seorang patut direnungnya sebaik-baik. Berundur! Sekarang! Bukan esok atau lusa.
Anda sudah tidak efektif. Niat baik anda untuk negara boleh diteruskan oleh kepimpinan lain dan tidak semestinya anda sendiri melakukan apa sahaja cita-cita politik anda.
Bila dua orang kanan anda menyatakan secara halus, anda patut berundur, mereka lebih tahu apa yang baik untuk anda dan Malaysia juga. Dengarkanlah suara di sekeliling anda - ia nyaring membawa mesej, peranan anda sudah tamat. Berundur.
Kawan dan lawan memberikan mesej yang sama. Pengundi dan rakyat mengulangi mesej itu dengan jelas di Permatang Pauh.
Jika ditakdirkan anda berundur sehari dua ini, atau seminggu dua ini, jangan jadikan tanggapan ISA peninggalan anda yang terakhir. Ia buruk untuk anda buat selama-lamanya. Anda akan diingati sebagai pemimpin lemah yang enggan berundur sehingga akhirnya berpaut kepada ISA sebagai tanda kedegilan anda untuk terus berkuasa.
Hari-hari yang akan datang, asakan untuk anda akan menjadi lebih hebat dan kurungan ISA bukanlah penawar untuk hilang keyakinan terhadap daya kepimpinan anda. Melainkan berundur adalah jawapannya.
Berundur secara gentleman adalah lebih mulia. Cepat, tanpa dolak dalik.

Lumba Lari Politik Malaysia

Lumba Lari Politik Malaysia
(Apa-apa berkenaan dengan PAS - hanya sekadar hipotesis)


Politik Malaysia dalam perlumbaan - menjatuhkan Abdullah atau menyambung hayatnya.

Abdullah menghadapi dua serangan serentak : dalam UMNO dan di luar.

Anwar menetapkan September atau mana-mana tarikh terdekat untuk bukan sahaja Abdullah dijatuhkan tetapi juga seluruh kerajaannya bertukar. Lagi dekat Anwar menghampiri matlamat ini, lagi pantas dua kumpulan lain berlari menuju garis penamat. Satu, kumpulan dalam UMNO yang melihat jika sesuatu tidak dilakukan, Anwar besar kemungkinan menjadi orang paling awal mencapai garis penamat. Abdullah tewas, Anwar berjaya.

Untuk mengelakkan kerajaan BN tumbang, Abdullah mesti diturunkan secepat mungkin. Muhyidin, hari ini, (10 September) sudah pun membuat kenyataan di Singapura, bahawa Abdullah perlu berundur lebih awal dari yang ditetapkan, Jun 2010.

Hari yang sama, Mustapa Ali, membuat kenyataan di Terengganu, menolak kemungkinan Anwar akan berjaya, dalam apa yang dilihat sebagai langkah awal ke arah melumpuhkan gerakan menurunkan Abdullah.

Selain September, Oktober dan Disember adalah garis-garis penamat untuk lumba lari dalam politik negara kita. Oktober adalah bulan mesyuarat Agung UMNO akan diadakan di mana pencalonan jawatan tertinggi UMNO akan berlangsung. Disember adalah mesyuarat Agung Pemilihan UMNO.

Tengku Razaleigh sudah mengumumkan beliau bersedia menentang Abdullah untuk jawatan Presiden UMNO. Halangan utama beliau ialah sistem kuota yang ditetapkan sejak zaman Mahathir lagi, yang memberi kelebihan kepada pemegang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden yang sedia ada.

Kiranya bola yang disepak oleh Muhyidin hari ini bergolek kencang, Abdullah paling lewat akan berundur Disember ini. Mahathir yang secara sukarela keluar dari UMNO atas protes ke atas Abdullah, kini dipelawa oleh Muhyidin untuk memasuki semula UMNO.

Masuknya Mahathir untuk apa? Menjatuhkan Abdullah dari dalam dengan membantu Ku Li untuk menentang Abdullah. Lazimnya MT UMNOlah yang akan memutuskan permohonan memasuki UMNO. Jika Abdullah tahu bahawa Mahathir masuk untuk menjatuhkan beliau, beliau sepatutnya menyekat kemasukan itu. Namun, jika ia tetap diteruskan, bermakna Abdullah sudah tidak dapat menguasai MT UMNO lagi dan ini petanda awal Abdullah sedang menggelunsur turun, tidak lebih dari Disember. Sungguhpun Abdullah dan Najib sudah pun memeterai persetujuan bahawa pelan pengunduran Abdullah adalah Jun 2010, pelan itu nampaknya sudah mula tercabar.

Pelan tersebut berjaya mematikan langkah Najib sebagai potensi pencabar terdekat Abdullah. Tapi kini, pemain baru muncul iaitu Muhyidin. Sekalipun tidak jelas apa pos yang beliau sendiri akan tandingi, namun kenyataan se orang Naib Presiden kanan supaya Abdullah berundur lebih awal, akan mengubah corak permainan. Ia tidak mudah dilupuskan begitu saja.

Keputusan Permatang Pauh dan kontraversi Ahmad Ismail adalah perkembangan baru yang mewajarkan penilain semula dibuat ke atas pelan peralihan kuasa 2010. Anutan umum dalam dan luar UMNO adalah bahawa kunci UMNO untuk kekal relevan dalam menerajui kerajaan ialah Abdullah digantikan dengan segera. Daya kepimpinannya amatlah lemah dan beliau gagal meningkatkan keupayaannya mengendalikan negara sekalipun selepas tamparan hebat Mac 2008. Bahkan perkembangan sejurus selepas pilihanraya memperlihatkan dengan lebih jelas ketidakupayaan beliau.

Kemaraan Khairy dengan gaya rambonya, terakhir, di Permatang Pauh, sekali lagi mengingatkan masyarakat Malaysia penguasaan politik tiga beranak ala Abdullah yang tidak disenangi oleh segenap lapisan masyarakat. Langkah membuta tuli menaikkan harga minyak sebegitu besar telah meninggalkan kesan yang parah dalam dada rakyat.

Adakah Abdullah kecundang? Tidak semestinya. Jika UMNO bahagian kekal paralais, isyarat yang dihantar oleh Muhyidin tidak akan bersambut. Penguasaan mekanisma kuasa melalui sistem kuota mungkin mengekalkan Abdullah dipuncak kuasa sekalipun beliau nyata amat lemah dan tidak lagi popular.

Apa kesannya? Tekanan untuk mengubah UMNO melalui mekanisma di luar UMNO akan lebih rancak dan kuat selepas Disember.

Muhyidin, dan juga Ku Li, sudah tentu akan bekerja kuat untuk mendapatkan cukup pencalonan. Itu pun tujuan Muhyidin membuat jolokan terbaru ini. Untuk membangkitkan kesedaran UMNO Bahagian-bahagian. Memang Muhyidin telah mendapat imej pemimpin yang serious untuk melakukan pemulihan UMNO. Ku Li muncul sebagai pilihan selepas Najib tidak lagi dapat bergerak. Najib kini seumpama jin yang perkasa tetapi telah dibotolkan oleh pawang. Jika mereka berjaya mendapat pencalonan lebih besar, Oktober/November sudah pun cukup untuk garis penamat Abdullah boleh ditumbangkan atau tidak diketahui.

Jika Ku Li dan Muhyidin bakal menggantikan Abdullah dan Najib serentak, senario politik selanjutnya memerlukan perhitungan baru.

Jika keduanya gagal, adakah Abdullah akan membiarkan Muhyidin begitu saja?

Muhyidin mempunyai satu lagi pilihan - bersama Anwar selepas Disember.

Jika itu berlaku, potensi untuk menumbangkan kerajaan Abdullah selepas Disember masih terbuka, jika ia gagal dilakukan sebelum itu.

Di sinilah PAS diperlukan oleh Abdullah. Menyambung hayat politik beliau.

Samada PAS bersetuju atau tidak menjadi terompah kayu Abdullah, belum berbangkit. Dalam perbincangan ini, ia adalah hipotesis semata-mata.

Bilakah tarikh Abdullah lebih seronok untuk PAS menyatakan kesediaannya untuk bersama Abdullah? Tentulah sebelum Oktober. Jika PAS sanggup berbuat demikian sebelum Oktober, UMNO bahagian-bahagian mungkin menganggap itu satu kesempatan baru. Mereka mungkin mencalonkan semula Abdullah dan cadangan Muhyidin akan menikam beliau sendiri selepas ini. Abdullah kekal dipuncak walaupun lembik. Najib juga, dengan segala masalah yang menghantuinya. Tapi mungkin untuk sementara. Jika Najib akhirnya akan gugur, siapakah Naib Presiden yang nanti terpilih dalam pemilihan dan kemudiannya bergerak menggantikan Najib? Biarlah masa menjawabnya tetapi tentunya bukan Muhyidin.

Relakah PAS berketuakan seorang pemimpin lemah seperti Abdullah? Pemimpin PAS lah yang perlu menjawabnya.

Jika ini berlaku, Abdullah berjaya mencapai dua matlamat sekali gus. Mengukuhkan semula kedudukannya dalam UMNO dan Kerajaan dan menumpaskan pelan Anwar. Sekali imbas, itulah natijah positifnya.

Adakah PAS bersedia berbuat demikian? Katakan PAS bersedia. PAS menyertai kerajaan Abdullah sebelum Oktober. Ia adalah satu lumba lari, telah kita sebutkan tadi. Date linenya berkisar September dan Oktober. Satu dari cara untuk memudahkan PAS menerima cadangan bersama Abdullah,ialah ISA.

Dalam konteks ini, kenyataan pemimpin tertentu tadi perlu diperhitungkan.

Namun, siapakah yang boleh menjamin dinamisma politik Malaysia terhenti setakat itu?

Adakah Muhyidin dan Ku Li yang kita andaikan tewas itu akan berdiam diri selepas pelan perubahan menerusi UMNO ternyata tertutup? Jika mereka bergabung dengan Anwar selepas Disember, bagaimana kedudukan kerajaan Abdullah-PAS?

Adakah semua ahli Parlimen PAS akan menyertai kerajaan Abdullah-PAS atau setengahnya kekal dengan gagasan Pakatan Rakyat? Berapa yang kekal dan berapa yang beralih? Perlu diingat bahawa Muktamar PAS yang terkini meluluskan usul sebulat suara untuk memperkasakan Pakatan Rakyat. Majlis Syura PAS, seperti disebut oleh anggotanya, Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat dalam temuramah bersama Harakah, tidak mengizinkan kerajaan campuran bersama UMNO.

Jika yang kekal dengan Pakatan Rakyat adalah separuh, tidakkah nanti kumpulan UMNO yang akan bergabung dengan Anwar boleh mencukupi apa yang hilang? Adakah Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak yang kini bersetuju bersama Anwar akan lebih ghairah bersama Anwar dengan adanya PAS dalam BN? Adakah desas desus bahawa MCA juga secara senyap-senyap memperhitungkan untuk keluar dari BN dan akan menyebabkan Kerajaan Abdullah-PAS tidak dapat bertahan lama?

Jika peluang Muhyidin untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri ada bersama Anwar dan tidak melalui UMNO, apa yang menghalang Muhyidin bersama orangnya untuk menyertai Anwar?

Jika Anwar sudah mempunyai 30 Ahli Parlimen BN untuk menyeberang, Anwar hanya perlukan Muhyidin membawa sekitar sebelas orang sahaja lagi untuk menggantikan separuh ahli Parlimen PAS yang menyertai Abdullah. Bahkan sebahagian dari separuh itu boleh balik semula ke pangkuan Pakatan Rakyat.

Jika dinamisma-dinamisma ini mengambil tempat, kerajaan Abdullah-PAS akan menjadi yang terpendek dalam sejarah.

Saya tak mau parti saya berakhir menjadi Pembangkang bersama Abdullah! Janganlah kerana Abdullah, kita mempersiakan harapan jutaan rakyat Malaysia untuk satu peluang perubahan politik Malaysia.

Sekalipun ada mana-mana pihak teringin merapatkan PAS dengan Abdullah, tunggulah langit menjadi lebih cerah. Selepas Monsoon Timur Laut berlalu, Insya Allah langit politik Malaysia akan menjadi lebih terang.....

Abdullah: Jangan Hilang Kewarasan

ISA - untuk menutup kelemahan kepimpinan Abdullah, adalah sesuatu yang sangat dikesalkan. 
Satu, dua..., dan seterusnya...?
Ahmad Ismail digantung dari UMNO selama 3 tahun. Kenapa? Sudah tentu kerana kenyataannya yang menjadi kontraversi itu dipandang salah oleh UMNO. 
Jika Ahmad dihukum kerana kenyataannya memang berunsur perkauman, adakah adil untuk menahan wartawan yang membuat laporan kenyataan yang telah diterima sebagai salah itu? Jika Ahmad tidak berucap sedemikian, laporan itu tidak ada.
Tentulah tidak adil menahan tukang lapor dan akhbar yang menyiarkannya diberi amaran, kecuali kerajaan memang telah hilang kewarasan.
Raja Petra ditahan kerana menghina Islam? 
Di mana Jakim, Yadim dan sekian banyak tokoh Islam? Mengapa agensi rasmi Islam BN/UMNO tidak bangkit mematahkan hujjah Raja Petra jika benar tulisannya menyimpang dan merendahkan Islam? Hujjah lawan hujjah.
Menahan Raja Petra yang terkenal dengan blognya yang berani mendedah,menegur dan mengkritik Kerajaan sehingga Kerajaan telah mencuba segala cara untuk menundukkan beliau tetapi gagal, adalah langkah pengecut yang tidak meningkatkan wibawa Abdullah di mata rakyat.
Saya faham langkah seterusnya akan berjalan. Matlamat utama adalah untuk mempastikan dua perkara:
a. Abdullah kekal sebagai Perdana Menteri.
b. Kerajaan BN kekal berkuasa.
Sasaran seterusnya rasanya adalah aktivis politik. Sebagai pejuang, mereka tidak dapat mengelakkan diri jika tangan ISA dipanjangkan ke atas mereka.
Namun, adakah wajar Kerajaan yang bobrok dan pemimpin yang sedang membawa kapalterbang bersama seluruh rakyat Malaysia melakukan terjunan maut dengan segala kelemahan daya kepimpinannya, dibiarkan bertindak di luar tahap kewarasan?
Jika sekiranya cubaan terakhir mempertahankan kekuasaan dengan cara hodoh itu ditakdirkan berlaku, Rakyat, mesti mempunyai daha tahan yang tinggi untuk mempastikan gerak perubahan terus berjalan.
Ramadhan, bulan berkasih sayang sesama insan, dicemari dengan penahanan ini. Namun, Ramadhan juga Insya Allah, menambahkan kekuatan kepada gerakan kebenaran dan keadilan untuk menghapuskan kemunkaran dan kebobrokan.
Selamat berjuang.....

Tuesday, September 02, 2008

Kongsikan Ramadhan Mu

Ramadhan – sebuah isolasi dan penyendirian? Atau satu peluang pemasaran Islam?
Memang Ramadhan adalah bulan bekalan untuk warga Mukmin.
Dalam sebuah masyarakat pelbagai budaya dan agama kerana keragaman kaumnya, di mana Ramadhan?
Adakah masyarakat di luar sana tahu keindahan Ramadhan? Sahur, udara segar dengan oksigen yang paling tepu, bangun awal untuk minda dan jasmani sihat. Puasa, pembakaran lemak-lemak dan pelepasan semula kolestrol yang terperangkap. Kurma untuk berbuka, kandungan vitamin dan mineral yang kaya, serta kemampuannya memberikan tenaga segera dan khasiat semula jadinya yang begitu tinggi – semuanya bukan kebetulan melainkan ciri-ciri kehebatan Ramadhan itu sendiri.
Kita mukmin menjadi lebih prihatin, di bulan yang memang satu dari kesan asuhannya adalah mengambil berat tentang orang lain.
Bolehkah kita hulurkan semangkuk kuih atau gulai atau lauk kepada jiran bukan Islam kita? Mereka bertanya dalam hati, kenapa? Kerana kita berpuasa dan kita dengan sendirinya menjadi prihatin, pemurah dan baik hati. Bukan nilai ringgitnya tetapi nilai ingatan sebuah keluarga Islam untuk tetangganya kerana memuliakan Ramadhan.
Bolehkan kita belikan Al Qur’an terjemahan dalam bahasa yang paling selesa untuk mereka dan hadiahkan kepada rakan kita bukan Islam? Kenapa? Kerana Ramadhan adalah bulan Al Qur’an.
Bolehkan kita berikan risalah tentang Ramadhan, puasa dan Islam untuk mereka? Kenapa? Kerana Islam yang indah ini tidak layak disekat dari dikongsi dengan Hamba Allah yang belum mengenalinya.
Bolehkah kita mengajak mereka berbuka bersama? Kenapa? Biarkan ruh dan semangat Ramadhan sedikit sebanyak menyentuh hati mereka.
Satu dari kelebihan Ramadhan kepada kesihatan badan adalah seperti dipetik di bawah;

Due to the lack of incoming energy, the body must turn to its own resources, a function called autolysis. (2) Autolysis is the breaking down of fat stores in the body in order to produce energy. The liver is in charge of converting the fats into a chemical called a ketone body, "the metabolic substances acetoacetic acid and beta-hydroxybutyric acid" (3), and then distributing these bodies throughout the body via the blood stream. "When this fat utilization occurs, free fatty acids are released into the blood stream and are used by the liver for energy." (3) The less one eats, the more the body turns to these stored fats and creates these ketone bodies, the accumulation of which is referred to as ketosis. (4)
Detoxification is the foremost argument presented by advocates of fasting. "Detoxification is a normal body process of eliminating or neutralizing toxins through the colon, liver, kidneys, lungs, lymph glands, and skin." (5). This process is precipitated by fasting because when food is no longer entering the body, the body turns to fat reserves for energy.
Mengenai kurma atau tamar pula;
They are rich in minerals such as calcium, iron and potassium, and full of vitamins like vitamin A, B and C, they are also Cholesterol free.
Dates are used to cure lots of digestive illnesses; they are good for fighting constipation and heart-burns. They are also a great cancer fighter.
The phosphorus in Dates helps keep the mind awake and working.
The sugar in Dates gives the body all the energy it needs to keep going, and at the same time, these sugars are easily digested and absorbed by the body, so the stomach doesn’t need so many complicated procedures to break them down and make use of them.

Sunday, August 31, 2008

Saya Berpuasa, Saya Berpuasa, Saya Berpuasa.....

Ramadhan – bulan AJAIB – sudah tiba. Keinginan untuk mendekat, serta merta bertambah. Sebuah tarikan yang kuat. Kita ingin menjadi manusia baru melalui proses The Power of 30 days.
Bulan retreat – segala perlakuan biasa kita – kita tinggalkan pada genap 30 Sya’aban, melangkah masuk ke hari pertama Ramadhan dengan program komprehensif – bertubi-tubi.
Hari biasa – jadual sarapan, makan tengahari dan malam – kini - kita berlapar. Haus. Lintasan fikiran kita terus ke Padang Mahsyar dengan segala kehausan dan kelaparan – lama – dan berat. Tak tertanggung. Bukankah, timbul keinsafan untuk kita menjadi manusia baik yang tidak akan kelak menderita tanpa sesiapa menjenguk menghulur segelas Coca Cola di Perhimpunan Pembalasan yang ngeri itu.
Perut yang kita rajakan selama ini mengempis, membakar lemak-lemak yang telah kita kumpulkan setahun lamanya, lalu tidakkah hati tertumpah kepada para fuqara’, anak-anak yatim dan mereka yang melarat, di mana kelaparan adalah hiasan hidup mereka.
Hati kita menjadi lebih syahdu. Keinsanan seorang insan. Dan keihsanan seharusnya segera memancar…. , lalu anda menjadi pemurah. Bukankah itu selanjutnya menambahkan pertautan kasih sesama insan – concern n caring? Paling tidak, anda hulurkan semangkuk kuah, pada jiran anda, kata Rasulullah.
Kita dahulukan dengan sahur. Kita dipaksa, ya, dipaksa 30 hari dalam setahun untuk bangun pada waktu yang sukar – tapi penuh berkat. Waktu Tuhan menjanjikan pengampunan dan kurnia, waktu si mukmin bertekuk “…pada waktu Sahur, mereka memohon keampunan…” (Az Zaariyat:18)
Al Qur’an? Ia ‘e mail’ Tuhan untuk kita. Tapi kesibukan kita, atau sebenarnya sikap tak endah kita, kita lupa membaca warkah yang mahal itu. Kita, kita gelarkan diri kita para pejuang Islam, juga lupa mentela’ahnya…… ah? Ramadhan merayu kita untuk berfikir semula tentang Qur’an dan kita.
Dalam qiam Terawih yang indah dan dalam sayup suara di mana-mana, alunan Qur’an membawa kita membacanya dari lembar ke lembar, sehingga tamat. Suluhan petunjuknya kita sematkan di dada, kisah dan teladan kita telusuri semula, hikmah dan maknanya, kita studi sekali lagi. Harapan dan suruhannya, kita perkukuhkan azam menghayatinya. Larangannya, kita tidak biarkan ia berlalu tanpa menyentuh hati kita untuk berubah.
Bulan ulangkaji. Bulan koreksi diri. Bulan mengisi tangki bekalan iman dan taqwa.
Bulan kesabaran. Jika ada yang mengherdik dan menyakiti hati anda, katakanlah pada mereka, “Saya berpuasa. Saya berpuasa. Saya berpuasa.”
Ia tidak mudah. Tapi kan Ramadhan itu meninggalkan yang buruk-buruk di pagar harinya yang pertama. Kata Rasulullah, berapa ramai orang yang berlapar, berdahaga dan berdiri malam, ia hanya sia-sia? Malang sekali. Ini yang seharusnya paling kita takuti. Dalam asyik mengejar ganjarannya, kita terlepas semuanya.
Bukankah ini sahaja sudah cukup untuk mentransform individu dan masyarakat Islam seluruhnya melalui Ramadhan Kariim?
Ahli Parlimen, para Menteri dan pembuat dasar, karyawan, pengarang dan penulis, peniaga, pekerja - berpuasa dengan ingatan ini – mana lagi kacau bilau dan hiruk pikuk yang tak menentu dalam masyarakat Malaysia kita?
Menasabahlah, Allah menjanjikan keampunan kepada hambanNya yang 'berpuasa' dengan keimanan yang penuh.
Berikanlah kami peluang mengutip kuntum-kuntum pahala yang mekar mewangi di RamadhanMu, wahai Maha Pengasih. Jambangannya menghiasi Malaysia Baru dengan pemimpin dan rakyat yang bertaqwa, satu masa. Teduhan dan bekalan kami untuk ke syurgaMu……
Alangkah bahagianya, sekali lagi Engkau izinkan aku menemui RamadhanMu yang Pemurah…….

Thursday, August 28, 2008

Sdr. Sukri Daud - hubungi saya

Rindu nak bertemu mata dengan Sdr Sukri bin Daud. Phone beliau - 013 - 9612414. Kalau ada masa, sila hubungi saya.

Saiful Anzani: Semoga syahid.......

Mohamad Saiful Anzani bin Rozi, meninggal pagi ini, selepas kemalangan teruk, 26 Ogos. Beliau bertugas mengiringi saya pada hari pilihanraya di Permatang Pauh.
Saya tak sempat mengenali beliau. Tau-tau kemalangan, itu pun diketahui oleh anggota yang lain sesudah pilihanraya berakhir.
Salam takziah kepada keluarga telah saya sampaikan melalui talipon kepada bapa beliau.
Semoga Saiful diterima sebagai syuhada'. Bukan kerana beliau meninggal selepas kemalangan kerana bertugas mengiringi saya, tapi itu kan apa yang selalu dinyanyikan oleh anggota Unit Amal. Saiful adalah anggota Unit Amal Permatang Pauh.
Saiful hanya seorang penjual burger. Permatang Pauh, menyaksikan anak-anak muda penuh semangat seperti Saiful sedang mencipta gelombang kebangkitan. Pemuda di mana-mana. Laungan pemuda di sana sini. Mereka inginkan sebuah kerajaan baru. Itu yang terpapar, itu yang terjelma.
Saiful juga. Penjual burger yang kerdil tapi bersemangat jitu ini inginkan sebuah pengakhiran kepada penyelewengan dan korupsi. Politik kaum yang sempit sebagai modal mempertahankan kerajaan korup di ambang keruntuhan. Ukuran akhlak sudah hilang, hukum Islam jadi permainan, penindasan demi penindasan.
Sayang, Saiful tak sempat menghirup kejayaan sebuah perjuangan yang sedang menanti.... namun, didoakan anda sedang berehat di ambang syurga - atas niat tulus mu dan pengorbanan orang sekerdil mu....
Sebagai rakan berkebajikan, YB Ahli Parlimen Kota Bharu dalam perjalanan ke rumah Saiful membawa sedikit sumbangan bersama untuk keluarga Saiful yang tak sempat ku kenali.
Dirgahayu dan syabas untuk para pemuda perubahan...!

Kuburkan media 'gila', politik kejam

26 Ogos, Gunung Karakatao meletus, menukar muka bumi dalam banyak segi. Tahun 1883, peristiwa menakjubkan itu berlaku.
SPR memilih 26 Ogos 2008 untuk Anwar dinobatkan sebagai Ahli Dewan Rakyat oleh pengundi Permatang Pauh, selepas sepuluh tahun pembunuhan karakter dilakukan ke atas beliau. Sama tarikh dengan letupan besar Karakatao.
Dalam kes Anwar, pembunuhan karekter, tidak semestinya mematikan karier seseorang, bahkan mungkin mengangkat-tinggikan lagi martabat dan penghormatan. Semalam dicaci, besok disanjungi.
Pujian tidak membawa leka, tidak pula longlai dengan caci maki dan fitnah. Itu prinsip pemimpin. Kental dan pejal.
Menghampiri tarikh 26 Ogos, serangan bertambah sengit. Tidak pernah media arus perdana 'segila' ini. Bersekali pemimpin utama UMNO/BN, mereka menggadaikan saki baki maruah diri mereka dalam satu kempen yang sungguh jejek dan hina. Ganas dan tak berperikemanusian.
Apa hasil? Kejayaan Anwar. Majoriti PKR meningkat. Undi BN menurun. Undi Melayu dan bukan Melayu juga lebih meningkat. Anwar mendapat 62% undi Melayu, naik 3% berbanding Mac lepas, dan 78% undi bukan Melayu, naik 1% - menjadikan keseluruhan undi Anwar 67%. Satu peratus lebih tinggi dari undi PM di Kepala Batas, Mac lepas (66%).
Rakyat lebih matang. Di mana media dan pemimpin seperti ini nak menyimpan malu?
Karakatao mengubah landskap dunia. Rakyat Malaysia menunggu perubahan landskap politik Malaysia selepas 26 Ogos.
Menunggu berakhirnya media ganas dan politik kotor tanpa batas - penantian yang lama. Media dan ahli politik bersendikan hukum, berpagarkan akhirat, bermatlamatkan ibadah, berpaksikan kebenaran dan keadilan, berhiaskan kejujuran. Bukan untuk Anwar. Untuk Malaysia tercinta. Untuk generasi Malaysia akan datang.

Wednesday, August 20, 2008

BN Panik?

Dua Exco Perak ditahan reman BPR - ia kes rasuah tulin atau satu agenda politik? Begitu hati saya tertanya. Mesej untuk Permatang Pauh? PKR sama rasuah dengan UMNO dan BN. Mengapa undi Anwar?

Projek Perumahan di Seri Iskandar bernilai RM 180 juta? Adakah projek ini wujud dan telah diluluskan dalam mesyuarat Exco?

Semakan saya dengan pegawai pihak berkuasa Negeri Perak menunjukkan projek ini tidak pernah diluluskan oleh Exco Kerajaan Perak. Bagaimana rasuah boleh berlaku atas projek yang tak pernah diluluskan?

Scenario cara dua Exco ini ditangkap perlukan penelitian lanjut, sebelum kita merumuskan motif penagkapan ini dengan lebih jelas.

Kemaraan Anwar melalui Permatang Pauh, memungkinkan ramai pihak mula panik. Tidak mustahil, cerita sensasi seperti ini adalah sebahagian komplot menyekat kemaraan dan kebangkitan.

Dalam kehangatan suasana seperti ini, hati-hati menerima berita. Tunggu hingga keadaan lebih jelas.

Sunday, July 20, 2008

Abdullah memancing, hati-hati

PM: I've met with PAS leaders

PUTRAJAYA: Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi has confirmed that he has personally met with "high-level" PAS leaders three times to discuss issues relating to Islam and Malay unity.

Although he declined to name these leaders, he said they were "decision-makers."


Pengumuman sebelah pihak oleh Abdullah tentunya ada motif tersirat. Jujurkah Abdullah bila beliau umumkan pemimpin 'decision-makers' PAS telah tiga kali menemui beliau? Atau beliau sedang memainkan PAS dengan satu strategi politik dengan umpan yang enak? Sekurang-kurang, dalam keadaan terlalu terdesak, beliau boleh mencapai matlamat politik jangka pendek;

a. Mengukuhkan kedudukan beliau dalam UMNO di tengah pergolakan dalaman yang tidak menentu.
b. Menabur benih perpecahan di dalam PAS yang mungkin mara mengambil alih tempat UMNO pada masa depan.
c. Menghilangkan keyakinan dalam Pakatan Rakyat dan menghalang Agenda Post Pilhanraya 2008.
d. Menjarakkan semula PAS dari sokongan masyarakat bukan Melayu, mungkin 40 tahun kebelakang semula.

Mungkin Abdullah mendapat inspirasi umpan 'Negara Islam' yang dilemparkan oleh Dr. Mahathir selepas melihat kemaraan Pembangkang dalam pilihanraya 1999 dan umpan itu menjadi sehingga Pembangkang undur semula dalam pilihanraya 2004.

Perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS sudah tentu tidak akan mengkesampingkan perpaduan ummat Islam dan tidak pula menjadikan Perpaduan Nasional agenda kedua selepas Perpaduan Islam. Malah, Perpaduan Islam dicapai dalam konteks Perpaduan Nasional yang semestinya diasaskan bukan di atas asas kaum semata-mata seperti dilakukan oleh UMNO selama ini, tetapi di atas asas yang lebih kukuh seperti tiada diskriminasi kaum, tiada diskriminasi berdasarkan fahaman politik dan keadilan untuk semua.

Perpaduan versi UMNO sudah lusuh. UMNO sesama UMNO pun tidak dapat disatukan. Apatah lagi formula itu hendak digunakan bagi ummat Islam dan nasional.

Abdullah sudah pun mencapai maksud yang diharapkan, pada darjah yang tertentu yang belum parah.

Tugas utama pemimpin PAS pada waktu ini ialah;

a. Mempastikan parti tidak berpecah, bahkan kekal bersatu. PAS lah satu-satunya parti yang paling stabil, kukuh dan mantap buat masa ini. Jika jangkitan kuman UMNO meresap dan memecahkan PAS, perkongsian kuasa dengan UMNO hanya ulangan percantuman sementara era BN dulu yang berakhir PAS ditolak ke tepi selepas UMNO mencapai kekuatan mereka semula.

b. Mempastikan kepercayaan dan harapan masyarakat bukan Islam terhadap PAS tidak dikhianati. Islam menekankan kepada kesetian terhadap janji.

Jika sekiranya PAS mempunyai pandangan dan agenda yang berguna untuk kepentingan negara, agenda ini boleh dimaklumkan kepada rakyat secara terbuka dan tuntutan boleh dibuat untuk UMNO menerima atau melaksanakannya, tanpa terikat dengan satu perkongsian kuasa yang akan meletakkan PAS selama-lamanya pemain kedua yang bertugas menyelamatkan UMNO dengan faham sekularnya yang merosakkan itu. Berulang kali PAS memainkan peranan yang sama.

Tetapi itu tidak penting bagi Abdullah. Dalam ketidak tentuan sebelum Disember ini, Abdullah memerlukan segala dahan yang ada untuk berpaut.

Pada waktu kepercayaan kepada kepimpinannya berada pada titik yang paling rendah: keupayaan pengurusan ekonomi yang hampir sifar, hala tuju negara yang amat kabur, keyakinan terhadap kemampuan membawa keharmonian pelbagai kaum yang amat rendah, kehilangan keyakinan terhadap institusi utama seperti kehakiman, polis dan jabatan Peguam Negara - memang Abdullah memerlukan PAS.

Jawatan kerajaan yang mungkin ditawarkan oleh Abdullah kepada PAS tentulah bukan segala-galanya.

Abdullah, cuba menggambarkan gambaran positif terhadap dakwaan pertemuannya itu dengan menggunakan istilah -decision-makers' - 'pembuat keputusan', walaupun dia tau mana-mana, apatah lagi parti Ilam seperti PAS, tidak dimiliki oleh mana-mana pemimpin, sebesar mana pun pemimpin itu. PAS sebagai jamaah Islam dikendalikan dengan kaedah dan etika harakah Islamiyyah yang tertentu, termasuk mesyuarah.

PAS tidak mampu berpecah semata-mata untuk memenuhi impian Abdullah mendapatkan 'keldai' korban yang boleh ditunggang, walaupun sementara.

Sunday, July 06, 2008

MEMO UNTUK MP:FAJAR DARI REMBAU KELIRUKAN MENTERI PENGANGKUTAN

Ong Tee Kiat, Naib Presiden MCA tentunya tidak ingin mengikut jejak Chong Kong Choy - Menteri Pengangkutan adalah pos terakhir dalam Kabinet. Kemudian bersara.

Fajarbaru Builder Sdn. Bhd. (dulu sebagai Syarikat Pembenaan Fajar Baru (Rembau) Sdn. Bhd.), telah membuat makluman kepada BSKL pada 24 Mac, iaitu 15 hari selepas pilihanraya umum 8 Mac, bahawa ia telah menerima surat penerimaan tawaran dari Malaysia Airports Holding bertarikh 19 Mac 2008 untuk membina Lapangan Terbang LCCT yang baru bernilai RM 123.9 juta. 

Kenyataan kepada Bursa Saham semestinya melalui Akuan Berkanun (AB).

Mengikut Ong dalam jawapannya di Dewan Rakyat, pada 12 Mei, pembinaan LCCT pertama bernilai RM 108 juta telah diberikan kepada Fajarbaru melalui tender runding. Semua orang maklum hal ini. 

LCCT kedua ini, kata Ong, akan dibuka untuk tawaran terbuka dan Fajarbaru, kata Ong dalam jawapannya itu, belum dianugerahkan dengan projek tersebut.

Kenyataan Fajarbaru kepada BSKL boleh dirujuk. Ia dokumen bertulis. Sekali lagi Fajarbaru Builder yang dulunya Fajarbaru Rembau yang telah ditukar namanya atas sebab yang mereka sendiri ketahui, mendapat projek ini belum pun Menteri tahu mengenainya. Dua bulan selepas syarikat ini mendapat tawaran, Menteri Pengangkutan masih pergi ke Dewan Rakyat dengan jawapan yang sudah usang dan tak terpakai!

Keputusan pilihanraya Mac 2008 ada kaitan atau tidak dengan keputusan pemberian tawaran ini, boleh menjadi teka teki. 

Tetapi untuk Ong memberikan jawapan berbeza dengan dokumen rasmi yang ada, merendahkan mutu Ong yang saya yakin, tidak sama sekali akan berbuat demikian jika beliau diberikan maklumat yang tepat. 

Rakan-rakan MP boleh cungkil isu ini lebih lanjut.

Tuesday, June 10, 2008

Pakatan Rakyat boleh turunkan harga minyak

Jika Kerajaan BN tumbang, bolehkah harga minyak diturunkan semula??

Saya penuh yakin kita boleh menurunkannya sekali pun harga minyak dunia terus meningkat.

Satu dari strategi mudah dan praktikal ialah meluaskan penggunaan gas, baik LPG atau NGV untuk domestik, termasuk untuk kenderaan.

Bila lebih banyak gas digunakan, kita kurang menggunakan minyak. Lebih banyak pula minyak kita dapat di eksport dan kita mendapat lebih banyak wang. Wang minyak itu kita gunakan untuk mengekalkan harga minyak tempatan dan kita sendiri menggunakan lebih gas dari minyak.

Sebagai ‘net exporter’ minyak dan gas, Malaysia mendapat keuntungan yang banyak dari kenaikan harga minyak dari hasil penjualan lebihan hasil petroleum Negara. 

Jika dicampurkan pengeluaran gas dan minyak negara jumlah keseluruhannya melebihi 1.7 juta tong sehari. Namun penggunaan Negara termasuk gas asli adalah kurang dari 1 juta tong sehari. Oleh itu subsidi yang diberikan masih boleh ditanggung oleh kerajaan. 

Kenaikan harga minyak adalah kerana kegagalan pihak kerajaan BN merancang dan melaksana polisi tenaga Negara yang berkesan. Tidak ada satu forum untuk pakar-pakar terlibat sama merancang dasar tenaga negara kerana National Petroleum Advisory Council (NPAC) yang diwujudkan bersama lahirnya Petronas dulu mungkin telah menjadi arwah.

Apa yang boleh dilakukan oleh kerajaan PR ialah menurunkan harga minyak petrol dan disel dan seterusnya memperkembangkan penggunaan NGV dan gas asli untuk industri dalam tempoh tiga tahun bermula dari sekarang. Rakyat yang perlu berjimat boleh menggunakan NGV yang lebih murah dan mudah diperolehi dan rakyat yang berkemampuan boleh terus menggunakan bahan petrol yang lebih mahal.

Mari kita lihat kecacatan dasar tenaga kita sekarang.

NGV

Penggunaan bahan petroleum Negara ialah kira-kira 590,000 tong sehari.

Pengunaan bahan petroleum pasti dapat dikurangkan dengan bertambahnya penggunaan gas seperti NGV (natural gas for vehicle) yang tentunya lebih murah. Kerajaan dengan itu dapat kurangkan kos subsidi minyak tanpa perlu naikkan harga minyak.

Sumber gas asli kita begitu kaya.

Malaysia adalah antara negara yang terbaik di rantau Asia dalam mempunyai rangkaian saluran paip gas asli - PGU. (Peninsula Gas Utilisation) Malang, penggunaan gas asli hanya tertumpu kepada stesen janakuasa dan industri tertentu sahaja. Rangkaian saluran gas PGU yang telah merangkumi semua negeri di semenanjung Malaysia, kecuali Kelantan, tidak digunakan sepenuhnya. 

Setakat ini, Petronas hanya memiliki kurang dari 40 stesen NGV dalam negara. Jumlah ini tidak sampai 5% stesen yang dimiliki Petronas. Memandangkan hanya Petronas yang berhak membangunkan stesen NGV maka nyatalah Petronas tidak menumpukan usaha sepenuhnya ke arah meluaskan lagi kegunaan bahan bakar ini. Banyak industri yang perlukan bekalan gas asli dari system PGU untuk operasi mereka, gagal memperolehinya.

Dengan sumber gas asli yang begini banyak, rakyat negara ini sepatutnya sudah dapat merasakan faedah dan nikmat. Ia tidak berlaku kerana kurang perancangan dan visi. 

Nyata benar lemahnya kerajaan pimpinan Abdullah. Negara kita tidak kekurangan sumber tetapi kekurangan kesungguhan dan kebijaksanaan.

Petronas yang telah gagal melaksanakan program NGV seharusnya tidak lagi terlibat dalam ‘sales and distribution’ untuk NGV dan gas asli. (buat masa ini pun penjualan gas asli kepada industi dilaksanakan oleh Gas Malaysia.)

Sebaliknya, Petronas seharusnya bertindak sebagai pembekal pukal dan memastikan bekalan mencukupi untuk keperluan rakyat.

LNG (Liquified Natural Gas)

Apa yang dilakukan oleh Petronas untuk sumber gas asli ini ialah dengan mengeksport LNG (gas asli cecair).

Penjualan LNG adalan sebanyak 22 juta tan setahun. Ini bersamaan dengan hampir 500,000 tong sehari minyak mentah iaitu hampir memenuhi keperluan bahan petroleum negara.

Penjualan LNG memerlukan kos memproses dan penghantaran yang tinggi. Oleh itu keuntungan menjual LNG adalah kurang berbanding minyak mentah. Seharusnya Petronas mengalakkan pengunaan gas dalam Negara yang akan membolehkan Petronas mengekspot minyak mentah yang lebih menguntungkan.

Pada masa ini Petronas membelanjakan lebih US$ 0.5 billion setahun untuk pengangkutan LNG ke destinasi pembeli. Untuk tempoh 20 tahun (jangkamasa perjanjian penjualan) kos ini adalah sebanyak US$10 billion. Wang sebanyak ini bukankah lebih baik di gunakan untu membina saluran paip gas di antara Sabah, Sarawak (tempat sumber) dan Semenanjung bagi membolehkan sumber gas asli ini disalurkan ke seluruh Negara?

Oleh itu kontrak penjualan LNG harus dikaji semula dan tumpuan harus di berikan dalam mengalakkan pengunaan gas asli untuk kenderaan dan industri di seluruh negara.

Pakatan Rakyat tak boleh laksanakan langkah semudah ini? Tentu boleh. 

Kita masih ada pilihan antara dasar semborono yang menyusahkan semua pihak dengan dasar yang lebih menguntungkan kita: antara BN dan PR.

Potong Gaji Atau Tukar Kerajaan?

Fakta tentang minyak dan gas. 

a. Minyak kita belum kiamat

Laporan tahunan Petronas mencatitkan minyak kita dapat bertahan 20 tahun lagi, bukan tujuh lapan tahun seperti dibisingkan oleh BN. Tak perlu terburu ikut harga dunia.
(The Group's (Petronas)continuous effort to replenish the nation’s hydrocarbon resources have resulted in a fairly constant reserve life for Malaysia – an average of 20 years for crude oil and condensates and 34 years for natural gas reserves respectively, at current rates of production. (Laporan Tahunan Petronas 2006)b. 
Kenapa rakyat dibohongi?

b. Rizab minyak kita bertambah, bukan berkurang

Sejak 1980, rizab tersimpan minyak kita ialah 3 billion tong. Sejak itu, kita telah mengeluarkan lebih dari 4 billion tong tetapi pada tahun 2008, rizab minyak kita semakin bertambah iaitu kini 4 billion tong. Bermakna, kita di tangga ke 28 di dunia.

Kenapa ini berlaku? Kita menemui sumber baru setiap masa.

c. Nisbah temu ganti kita kekal tinggi

Minyak yang kita keluarkan diganti oeh penemuan baru - dikenali sebagai 'replacement ratio'. Berdasarkan rizab dalam negara, 'replacement ratio' kita ialah 1.8. Satu liter yang kita keluarkan hari ini mempunyai ganti dengan kadar 1.8 liter sumber baru. 

Berdasarkan sumber luar negara yang diterokai oleh Petronas, kadarnya ialah 3.4.

Jadi, mengapa kerajaan begitu panik dan sanggup mendera rakyat?

Mana angka ini diperolehi? Lihat Laporan Petronas sendiri.
(One of the Group’s (Petronas)significant achievements in the E&P sector during the year was its success in replacing more hydrocarbons than what was produced in Malaysia, with a respectable Reserves Replacement Ratio (RRR) of 1.8 times, which is amongst the highest in the industry (based on 2006 report).

Tetapi rakyat dinafikan dengan nikmat ini kerana kerakusan. Ikut laporan ini, kadar penggatian baru kita adalah tertinggi dalam industri! Kenapa fakta ini tak ditonjolkan?

d. Kita kaya dengan gas tapi kita tak guna sepenuhnya

Kalau kita gunakan sepenuhnya gas kita untuk kenderaan, kita boleh jimatkan penggunaan minyak dan dapat sumber tenaga yang lebih murah kerana kita ada sumber gas yang kaya.

Rizab gas asli adalah kira-kira 75 trilion kaki padu, bersamaan kira-kira 13 billion tong minyak mentah berada di tangga ke 13 dunia. Ini bermakna bahawa rizab gas asli Negara adalah lebih 4 kali ganda rizab minyak mentah.

Pengeluaran gas asli Negara adalah kira-kira 2.2 trilian kaki padu setahun, bererti rizab yang sedia ada akan bertahan untuk tempoh 35 tahun. Usaha cari gali masih diteruskan dan angka ini akan meningkat.

Malu Petronas dan Kerajaan BN kerana perancangan tenaga yang begitu lemah. Apa yang mereka tahu ialah naikkan harga minyak sesuka hati.

Secebis fakta ini boleh jadi ukuran samada rakyat berpuas hati dengan potongan elaun PM atau menukar PM dengan PM yang baru.

Friday, June 06, 2008

MINYAK - ABDULLAH SEDIA DITUMBANG

Malaysia seperti dihempap ke batu dengan lompatan harga minyak diumum Abdullah. Perasaan rakyat hancur berkecai. Beban yang akan menimpa terasa begitu berat. Ekonomi Negara sudah tentu bertambah bercelaru dengan bebanan inflasi yang akan meragut keselesaan semua lapisan rakyat. Himpitan yang mungkin tidak tertanggung oleh sektor tertentu masyarakat.

Malaysia – masih kekal bertaraf ‘net exporter’ minyak. Minyak dari perut bumi yang kita keluarkan setiap hari adalah lebih besar dari minyak yang dibeli untuk kegunaan kita sendiri. Lebihan sekitar 250,000 hingga 300,000 tong sehari bergantung kepada naik turun jumlah pengeluaran sama ada 650,000 atau 700,000 tong. (Mengambil kira 400,000 tong kita gunakan untuk membayar minyak yang kita import untuk kegunaan domestik, kita ada lebihan kasar sebanyak RM 43 billion setahun dengan harga minyak USD 124 satu tong sekarang). Itu adalah keadaan di mana harga minyak di subsidi seratus peratus atau tong ke tong! 

Bermakna, wang minyak juga mencurah setiap hari dalam khazanah kita walaupun tidak sebesar Arab Saudi atau Brunei. Kita mendapat keuntungan yang besar setiap kali harga minyak dunia meningkat dan keuntungan ini adalah lebih dari cukup untuk membiayai sebarang kenaikan harga minyak untuk kegunaan dalam negeri. (Setiap bulan, kita menerima lebihan kasar sebanyak RM 3.58 billion! Dengan andaian subsidi seratus peratus) Itu belum mengambil kira keuntungan Petronas di luar Negara.

Itulah juga salah satu sebab Petronas ditubuhkan oleh Tun Razak 44 tahun yang lalu – untuk melindungi rakyat Malaysia dari kenaikan harga minyak dunia. ‘Inoculation’ atau – melindungi harga minyak tempatan supaya lebih rendah dari harga minyak dunia. Telaga minyak Negara kita adalah alat untuk tujuan itu, bukan alat untuk Petronas menciptakan keuntungan besar semata-mata.

Petronas – mengikut idea Tun Razak dan konsep asalnya – adalah custodian atau penjaga khazanah minyak Negara. Petronas bukan pemilik sebenar khazanah bumi itu. Pemilik sebenar adalah rakyat Malaysia. Dan kerana itu, manafaat utama dari khazanah minyak kita mesti mengutamakan kesejahteraan rakyat dan bukannya rekod keuntungan.

Petronas boleh berkecimpung di peringkat antarabangsa untuk menjadi badan mutinasional tetapi tugas utamanya bukan semata-mata membilang keuntungan. Tugasnya meletakkan harga minyak dalam Negara ini kekal lebih rendah. Keuntungan Petronas bukan keuntungan Petronas. Keuntungan Petronas adalah untuk mengurangkan harga minyak dalam Negara kita.

Jika Petronas sibuk mengungkit keuntungannya susut kerana ‘terpaksa’ menyumbang kepada subsidi minyak Negara – tiba masanya pengurusan Petronas juga perlu dirobak bersekali dengan kerajaan yang telah terputus dari denyut nadi dan suara hati rakyatnya sendiri.

Tiba masanya rakyat Negara ini mengetahui secara terbuka pendapatan sebenar Negara dan Petronas hasil kenaikan harga minyak dunia. Sebuah odit bebas harus diberi peluang melakukan odit terperinci dan mendedahkannya kepada rakyat.

Tetapi, untuk odit bebas dilantik oleh Kerajaan Abdullah adalah mengharapkan kucing tumbuh tanduk. Kita memerlukan kerajaan baru untuk melakukan perkara ini.

Membandingkan harga minyak Negara dengan Negara jiran yang bukan pengeluar minyak, adalah perbuatan yang menyakitkan hati. Singapura, GDPnya beberapa kali ganda Negara kita dan Singapura tak ada Petronas kerana tidak ada satu titik minyak di sana. Di Thailand, sekurung-kurangnya road tax adalah percuma.

Kerajaan berbangga kerana dapat berjimat RM 18 billion. Kerajaan akan guna wang itu untuk itu dan ini. Kerajaan lebih rela merampas RM 18 billion dari rakyat yang akan mengakibatkan pelbagai implikasi kewangan dan kebajikan rakyat di semua peringkat. Sebahagian wang itu akan digunakan untuk perbelanjaan tidak perlu seperti membayar kontrak runding terus dengan harga lebih tinggi seperti dalam kes landasan berkembar keretapi.

Kenaikan besar ini adalah preplanned atau dirancang awal. Ia selari dengan saranan Khairy dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu. Ia bertujuan mewujudkan dana yang besar untuk membolehkan kerajaan berbelanja sesuka hati seperti dalam kes projek mewah di Terengganu. 

Pada masa yang sama, kita mempunyai khazanah tenaga yang lain yang amat besar iaitu gas. Buat masa ini, Negara tidak dipersiapkan sepenuhnya untuk beralih kepada gas. Petronas lebih berbangga menjadi pembekal gas berharga murah ke Negara seperti Jepun.

Di Thailand, bekalan NGV boleh didapati dengan mudah dan kenderaan boleh beralih kepada NGV dengan senang. Di Negara kita, Kelantan dan sebahagian Terengganu belum disiapkan dengan saluran paip PGU untuk membolehkan gas disalurkan. 

Jika kita akan menjadi ‘net importer’ minyak dalam tempoh lapan tahun lagi kerana telaga baru tidak lagi ditemui dan telaga lama mula kering, kita masih mempunyai telaga gas yang boleh bertahan tujuh generasi akan datang.

Apa perlunya kita membuat lompatan harga minyak yang begitu besar dan bermula Ogos, harga minyak domestik hanya 30 sen lebih murah dari harga pasaran dunia?

Kita boleh bergantung kepada gas untuk sumber tenaga baru kita dan juga pendapatan eksport kita, jika kita mempersiapkan Negara kita. Dengan itu, kita tidak perlu tergesa-gesa menyamakan harga minyak Negara kita dengan harga dunia dan pada masa yang sama, kita kenakan pula road tax ke atas rakyat kita.

Syarikat gergasi minyak mendapat ‘windfall gain’ hasil kenaikan harga minyak dunia dan cukai ke atas ‘windfall gain’ mungkin mencukupi untuk memberikan lebih keselesaan kepada rakyat kita.

Nampaknya, kita perlukan kerajaan yang lebih prihatin, berhemah dan bijak untuk mentadbir kita semua.

Sunday, April 20, 2008

Terowong Air Pahang-Selangor: Tak Perlu Bazirkan Wang

Banjir kilat adalah antara ancaman KL.

Sungai berasal dari Selangor hanya menumpang lalu KL. Sungai utama, Sungai Kelang dan semua anak sungai utamanya, Sungai Ampang, Sungai Gombak, Sungai Batu, Sungai Kerayong, Sungai Jinjang, Sungai Baru dan Sungai Keroh, semuanya berasal dan berada di Selangor, kecuali melepasi KL sekejap.

Bagaimana Selangor dan KL dikatakan tidak mempunyai sumber air sendiri yang cukup dan perlu habiskan 10 billion untuk dapatkan bekalan dari Pahang. Banjir itu apa, kalau bukan air sudah lebih.

Kajian oleh beberapa pihak, termasuk oleh Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar, USM, menunjukkan jika program bersepadu pengurusan air dilaksanakan di Selangor, Selangor mampu meningkatkan 4 juta meter cubik bekalan air sehari berbanding jumlah maksimum hanya 2.5 juta meter cubik menggunakan terowong Pahang-Selangor.

Melalui pengurusan bersepadu, bukan sahaja Selangor boleh meningkatkan jumlah bekalan air dengan kos yang jauh lebih murah, malah dapat mengatasi isu banjir di Selangor dan KL.

Cadangan tentang konsep ini, telah pun dimajukan kepada PM dan bekas MB Selangor tetapi 10 B untuk pembinaan empangan dan terowong dari Pahang mungkin lebih 'lumayan dan menawan'.

Tidak hairanlah, Menteri Air agak 'cepat' mengumumkan dua hari lalu program terowong Pahang-Selangor akan diteruskan dan pada hari yang sama, Utusan melaporkan projek kolam takungan banjir berharga RM 140 juta akan dibina. Kenapa tak boleh difikirkan 3dalam satu: kolam bekalan air, takungan banjir dan janakuasa dengan wang yang sama?

Tan Sri Khalid diharap dapat berbuat sesuatu.

Wednesday, April 09, 2008

Kijang Care - Azreen - Anda


Bapa Azreen telah punyai passport, beliau akan terbang menemui Azreen yang hilang empat bulan lalu.

NST semalam membawa laporan menarik tentang penemuan ini;

"I never dreamt we would ever see her again.

"It is a miracle and I am grateful to all those who helped locate her," Che Ishak said.

"Kijang Care and Migrant Care are helping me make arrangements, including the cost of the trip. I hope to leave by next week to bring my daughter back," he said.

Che Ishak said he was referred to Kijang Care by a friend who told him that it (Kijang Care) may be able to help him locate his daughter.




Kijang Care bersyukur, tindakan cepat dan tabah team Migrant Care di Lombok , dalam tempoh empat hari, Acreen berjaya ditemui, diselamatkan dan dijaga. Bapa Azreen, penoreh miskin dari Negeri Sembilan, tidak mudah untuk membayar RM 300 untuk mendapatkan passport. Apa lagi, tambang untuk terbang ke sana. Migrant Care dan Kijang Care, atas bantuan anda, menjadikan mimpi kecil keluarga Azreen satu kenyataan.

Pihak berkuasa dengan segala agensinya, walaupun terlambat, harus merasa terpanggil dengan jeritan-jeritan manusia kerdil seperti Che Ishak dan keluarga mereka. Empat bulan terlalu lama, untuk satu tindakan berkesan dan jika petugas kerdil Migrant Care, selepas bertungkus lumus selama empat hari, boleh melakukannya, bayangkan....

Kijang Care berhasrat membina kehidupan baru bagi Azreen bersama keluarganya, bukan lagi rasa terhimpit dan suasana lama yang akan meresahkan anak kecil ini.

Kali ini, selain para pembaca budiman akan terus membantu Kijang Care dengan sumbangan anda, kita berharap Kerajaan Negeri Sembilan boleh tampil mengambil bahagaian.

Mulanya, saya berhasrat untuk terbang bersama bapa Azreen menemui anaknya di Lombok dan mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada Gabenor Lombok dan semua pihak yang telah bekerjasama.

Masa tidak mengizinkan dan mungkin ADUN PAS Paroi, YB Taufik atau Pesuruhjaya PAS N Sembilan, Sdr Zul, boleh ikut terbang untuk menambah ikatan silatur rahim serumpun dengan rakan-rakan di sana.