Thursday, February 06, 2014

Confidential Document


Hello,

Kindly view these Document I Uploaded for you. Click here and sign in with your email to view. I thought it would be a good read as it's about wealth management and about the most insightful I've read.

Best Regards

Tuesday, January 14, 2014

kindly review swift

Dear all,
Please kindly review the uploaded document,

https://docs.google/file and sign in to view,

It's very important
kind regards

Saturday, July 09, 2011

Episode BERSIH 2 - BN terluka parah

Akhirnya, kami sampai di kawasan bersebelahan bangunan sebuah tokong Budha di sebuah jalan menghala Stadium Negara.

Ribuan berhimpun. Tidak lama, ia menjadi belasan ribu, kalau pun tak puluhan ribu.

Sungguh pun ada barisan FRU menghalang jalan itu ke Stadium Negara, perhimpunan berjalan aman betul-betul bersebelahan sekatan FRU.

Pak Samad Said di situ. Saya melihat mata kanannya merah. Terkena semburan gas pemedih mata di KL Sentral sebelum ke sini. Diserbu FRU bersama pimpinan Bersih dan PR ketika mereka mula nak bergerak dari sana.

Ustaz Hadi ditahan. Pimpinan lain juga.

Ada yang cedera. Salah seorang adalah pengiring DSAI. Luka parah dengan lumuran darah di pipi kanan beliau.

Saya tiba beberapa minit selepas rombongan bergerak dari Hilton. Sempat menyaksikan polis mengheret pimpinan ke dalam trak FRU.

Pak Samad terlepas bersekali Haris. Ia ke sini. Meneruskan tapak-tapak perjuangan rakyat yang cintakan damai menuntut kesaksamaan pilihanraya, sekalipun sukar.

Bukan dekat berjalan kaki ke sini. Hampir lima belas minit berjalan laju.

Saya berucap dulu.

Kagum. Sekatan polis begitu mencengkam seluruh kotaraya KL.

Amaran polis dan pimpinan UMNO/BN sebelum tarikh ini bertubi-tubi. Malam tadi saya menyaksikan kenyataan Ketua Polis Negara, polis akan melakukan apa sahaja untuk menghalang perhimpunan ini.

Serbuan di mana sahaja ada rakyat berhimpun.

Namun, di depan mata saya ada belasan ribu. Ribuan lagi di berbagai lokasi di kora raya. Hebat rakyat Malaysia. Serta merta rasa bangga dengan keberanian rakyat Malaysia semua kaum menyerap masuk ke dalam hati kecil saya. Lebih membanggakan, bagaimana mereka boleh menembusi semua sekatan yang ada???

Adakah strategi kepungan polis Malaysia begitu naif???

Adakah polis kita memerlukan penilaian semula terhadap pendekatan dan kaedah berfikir mereka?

Atau ombak semangan rakyat begitu cekal?

India, Cina, Melayu, tua, muda, bahkan berkeluarga, Sabahan, Sarawak juga, satu hati membuktikan kuasa rakyat lebih kuat dari kuasa polis!

Ugutan tidak boleh meleburkan tekad mereka. Sekatan, serbuan dan gas pemedih mata ala Tahrir Square adalah kecil di mata kebangkitan. Jangan lupa ini.

Ombak rakyat lebih tinggi dari gunung, lebih hebat dari tsunami. Lebih kukuh dari kekerasan, kekejaman dan hilang pedoman pihak berkuasa yang paling kuat sekalipun.

Hujan yang turun mendamaikan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh polis menjadi bukti Tuhan bersama rakyat yang inginkan politik yang BERSIH.

Jika pemimpin UMNO/BN dan polis bersopan, mendengar nasihat Yang Di Pertuan Agung, mengizinkan perhimnpunan aman di Stadium, tidak lah UMNO/BN dan polis dimalukan sebegini.

Tidaklah dunia menjadi saksi Najib menyembunyikan sebuah perjalanan pilihanraya yang penuh dengan penyelewengan untuk meneruskan talian hayatnya.

Kini, dunia menyaksikan Malaysia sedang menyusur jalan kejatuhan yang sama dengan regim kotor yang lain. Terakhir, perubahan politik di negara jiran, Thailand.

SPR, keluar dari episod BERSIH 2, sebagai kaldai tunggangan UMNO/BN.

Keutuhannya hancur. Kehendak Perlembagaan Negara 114(2) menghendaki SPR mendapat KEPERCAYAAN AWAM.

Kepercayaan awam terhadapnya telah hancur dengan sikapnya menjelang BERSIH 2.

Pengerusi dan anggota SPR wajar mengosongkan kerusi mereka jika mereka benar menyokong pilihanraya yang bersih dan bukan berada di situ melindungi nyawa UMNO/BN. Izinkan YDP Agung membentuk anggota SPR yang baru.

Pandanglah kebangkitan rakyat di tengah kepungan polis ini sebagai lambang tuntutan kepada sistem yang bersih. Demi negara tercinta, pandanglah pada semua penyelewengan yang anda sendiri memang mengetahuinya (tetapi berpura-pura tidak mengetahuinya), dengan bertindak jujur dan memberikan peluang reformasi yang sangat penting untuk keselamatan negara.

Kenyataan berunsur perkauman para pemimpin UMNO/BN sebelum perhimpunan ini telah meletakkan jurang yang amat dalam antara pemimpin ini dengan majoriti rakyat yang rasional dan cintakan keharmonian.

Wajah sebenar Najib dan pentadbirannya yang bermuka-muka dan sanggup membelakangkan teras demokrasi, keharmonian rakyat Malaysia dan kesopanan terhadap Raja Melayu, terserlah. Ia cukup menggerikan. Kelayakan pemimpin seperti ini untuk memimpin rakyat pelbagai kaum di negara ini dan meletakkan keselamatan rakyat tanpa memilih bulu telah hilang.

Ugutan dan terkaman kumpulan ektremis sepanjang episode BERSIH 2 yang dibiarkan tanpa sebarang tindakan membuktikan perlunya pimpinan baru mengambil alih negara jika kita inginkan keamanan dan keselamatan, kestabilan dan keharmonian. Minda gelap mereka berada di mana-mana.

Kekerasan tidak bertempat yang ditunjukkan oleh polis di pelbagai insiden pada hari ini, menyerlahkan minda mereka meletakkan keselamatan regim yang ada lebih penting dari sumpah dan tugas mereka menjaga keselamatan rakyat.

Darah banyak yang menitis, kecederaan, pemimpin di cekup dan diseret seperti penjenayah dan lainnya, bukan berlaku angkara peserta demo yang seluruhnya datang dengan niat yang BERSIH.

Andalah yang telah mengotorkan himpunan ikhlas 9 Julai ini. Akhirnya, andalah yang cedera parah dalam minda majoriti rakyat yang cintakan damai.... Malang....

Monday, February 28, 2011

Chan Kong Choy - PKFZ. Najib - Tanjung Agas

Perdana Menteri ditipu. Oleh Menteri Kabinetnya sendiri.

Tiga pendakwaan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy - melibatkan isu PKFZ.

Penipuan itu nampak begitu mudah berlaku. Ia telah berlaku dan mungkin akan berlaku lagi.

PM - berdasarkan kertas pendakwaan itu, nampaknya tidak menggunakan nasihat Kabinet dan Jabatan-Jabatan, Unit dan Sektor yang ada di JPM untuk melindunginya dari ditipu. PM ditipu oleh menterinya di pejabat Perdana Menteri sendiri. Di mana TPM, Menteri Kabinet dan para pengarah dan pegawai? Adakah proses penipuan itu begitu simple - antara menteri dan PM saja?

Tentunya aturan pembuatan keputusan oleh PM seperti itu amat berbahaya kepada negara. Kerugian tertimpa menjadi berbillion ringgit.

Apa lagi jika PM sebaliknya, tanpa ditipu oleh Kabinetnya, menggunakan kuasanya untuk melaksanakan projek atau keputusan atas kehendaknya sendiri. Dan Kabinet tidak berani membetulkannya sama seperti dalam kes PKFZ ini. Hatta Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri diwaktu itu tidak dapat berbuat apa-apa.

Khusus dalam kaitan isu ini ialah Projek Mega Tanjung Agas, Pekan.

Jika PKFZ yang asalnya dijangka menelan belanja RM 1 B tetapi kemudian membelon melebihi RM 4 B, Tanjung Agas pula dijangka bernilai RM 8 B di atas kawasan seluas 4,700 ekar. Bayangkan kesannya kepada kewangan negara.

Oleh kerana projek ini berada di Pekan, kawasan Parlimen PM, ada mana-mana menteri berani bertanya mengenainya?

Tidak. Tidak ada mana-mana menteri akan berani mempersoal atau memberi pandangan mereka sehinggalah PM baru mengambil alih tempat PM sekarang satu masa kelak. Mungkin pada waktu itu ada pula kambing hitam akan didakwa kerana menipu atau lainnya. Tetapi di masa itu, bukan sahaja kacang dan nasi sudah menjadi bubur, tetapi bubur sudah pun basi dan tak dapat dimakan lagi.

Projek ini seratus peratus versi PKFZ yang kedua. Kecuali jumlah kerugiannya nanti mungkin jauh lebih besar.

Paling kurang, yang telah terkorban ialah Hutan Simpan Paya Laut Sungai Miang, Pekan seluas 1,393.4 ekar yang telah dijadikan sebahagian tapak projek.

Pada Disember tahun lalu, PM mengumumkan suntikan RM 300 juta peruntukan Kerajaan untuk penyediaan infra.

Tanjung Agas dari awal lagi diragui kemunasabahannya sebagai hub minyak dan gas. Apa lagi kita tidak mempunyai 'captive market' untuk membekalkan gas dan minyak seperri yang diperlukan dengan gambaran projek yang dilaungkan. Ia lebih berupa projek politik lebih dari projek ekonomi, selain kedudukan Kemaman yang sudah memainkan peranan tersebut.

Saya lebih berminat melihat bagaimana operasi mengaut wang dari khazanah negara menerusi projek Tanjung Agas yang akan berakhir senasib dengan PKFZ berjalan - di kawasan PM sendiri - berbanding bagaimana PM telah tertipu dalam kes PKFZ.

Di bawah saya salin petik satu komen dari pembaca blog Sakmongkol - andai kata apa yang tertulis adalah benar - PM perlu berikan responnya sebelum lebih banyak wang terbakar hangus di Tanjung Agas.


Tg Agas Supply Base is total failure now as most of us expected. First launch was 16th February 2009 and now over more than a year the bakau trees are still there except road works by main contractor Putra Perdana appointed by Federal Govt who provided funds amounting RM150 million to PKNP. All 7 investor companies have left due to disillusion because the agreement was they'll only begin to invest on "ready land" meaning cleared, reclaimed empty land. TASB claim they can raise RM2 billion fund from KAF or Kenanga was just a big lie. Where are the German company that wanted to invest by taking up 350 acres to build a steel frabication yard ? They left ! Where are the American company that wanted to do a oil tank farm storage ? They left ! Where are the French company that wanted to do a supply base ? They left ! Where are the Malaysian company who wanted to do the first dredgers yard in the country ? They got booted out ! Where are the Malaysian company that JV with Daewoo to build a shipyard ? They got sodomised (hijacked)! Now, all these are not surprising for those who are in the know about the history of this project. This project was the brainchild of one Mr. Idrus and the late Captain Zizie who died a broken man (al-fatihah). They proposed Tg Agas Supply Base based on the same concept of a supply base in Scotland. Unfortunately, the two jokers (or hijackers) who are running the show now, snatched and hijacked this proposal and presented to Tengku Muda as their own. So, this is the answer to why after more than a year there's no progress except statements after statements and no action. They don't even know where to start !!

We hope the Federal Govt not PKNP (which act like an office boy only) will seriously look into this because foreign investors that left have only bitter taste in their mouth about investment in Malaysia. Another PKFZ debacle ? Highly possible. These 2 jokers are smart too, they hide behind His Royal Highness and the Bendahari Bahagian Pekan, Pahang for protection. But for how long ?

Sunday, February 27, 2011

Tun M khianati Melayu

Tun M pengkhianat Melayu, itu kesimpulan saya. Sudah lama saya mempunyai pandangan ini.

Tiga bukti sahaja untuk pusingan ini.

Pendaratan minyak dan gas Kelantan (baca kawasan JDA) ke Songkla dilakukan secara sengaja dan terancang oleh Tun M untuk menafikan hak Kelantan terhadap apa sahaja peluang faedah dari sumber minyak dan gas itu, sampai titisan terakhir.

Bila hak Kelantan ternafi sampai kini, hak rakyat Kelantan juga ternafi dan dikhianati. 95% penduduk Kelantan adalah Melayu. Maknanya Tun M mengkhianati Melayu, Melayu Kelantan secara khusus.

Kawasan JDA hanyalah 150 km dari pantai Kelantan berbanding 270km ke Songkla. Dari Songkla, terpaksa dibina saluran paip gas daratan sejauh 180km lagi untuk gas tersebut dibawa semula ke Malaysia melalui Kedah untuk mengelakkan Kelantan tersentuh!

Hak royalti Kelantan dengan itu dinafikan. Faedah industri hiliran juga dinafikan. Sekalipun telaga yang kaya itu paling hampir dengan Kelantan berbanding semua tempat lain baik di Thailand atau Malaysia, namun sedikit pun faedahnya tidak dapat dikecapi oleh rakyat Kelantan, baik Melayu, Cina, India dan Orang Asli.

Ia adalah program politik untuk memencilkan Kelantan. Secara otomatik Melayu Kelantan juga terpencil.

Sebagai anak Kelantan, saya merasai bagaimana hak kami dinafikan. Dan saya adalah Melayu.

Lebih jelas lagi penghianatan Tun M terhadap Melayu anak negeri ialah bila royalti yang telah dibayar kepada Kerajaan Negeri Terengganu selama 22 tahun dibatalkan bila Terengganu terlepas dari tangan BN.

95% rakyat Terengganu adalah Melayu. Sekali lagi Tun M lupa kepentingan Melayu demi kepentingan kepartian UMNO semata-mata. Melayu Terengganu juga dikhianati.

Tun M sanggup membatalkan apa yang telah menjadi amalan selama ini demi kerana politik.

Orang seperti ini meletakkan politik parti mengatasi segala-galanya dan soal Melayu dengan sendirinya adalah lebih kecil dari kepentingan politik.

Pilihanraya 1999 menyaksikan perubahan sokongan pengundi Melayu terhadap UMNO ekoran isu DSAI. Kuasa UMNO tergugat. Pengundi bukan Melayu memilih untuk bersama BN pada waktu itu.

Apa yang dilakukan oleh Tun M?

Mengubah sempadan pilihanraya dengan memasukkan kawasan pengundi bukan Melayu ke dalam DUN atau Parlimen majoriti pengundi Melayu di seluruh negara supaya peratusan pengundi Melayu mengecil untuk menjamin kemenangan UMNO/BN.

Hari ini, pemimpin UMNO melaungkan 'ketuanan Melayu' terancam. Angkara siapa?

Saya sedia mendebatkan isu pengkhianatan Melayu oleh UMNO dalam diskusi ilmiah dengan Tun.

Sementara itu, siapa sahaja yang mempunyai pandangan terhadap bagaimana UMNO mengkhianati Melayu selama ini boleh berkongsi mengenainya dalam FB '54 tahun UMNO Khianati Melayu'.