Thursday, December 07, 2006

Pemimpin kita elok baca buku ini



Diterbitkan oleh Khalifa, Jakarta, buku yang sudah dua kali diulang cetak ini informatif dan sarat dengan rujukan yang kemas. Ia sekurang-kurangnya mampu meluaskan horizon dan pandangan jauh kita. Jauh dari berbaur emosi, malah santun kupasannya.

Ia boleh membantu pimpinan negara membuat keputusan lebih strategik dalam arus persaingan penguasaan sumber negara lain yang kian mencabar kini. Agar kita tidak terlepas pandang dan hanyut dibawa arus semata-mata.

Sekadar memetik tulisan yang dipapar di cover belakang buku ini;

"Israel lebih hebat dibanding AS. Di Vietnam, AS mengirim 6,000 penasehat militer membantu Presiden Ngo Dinh Diem dan gagal. Di Singapura, Israel hanya mengirim 18 perwira untuk membangun angkatan perang negara ini. Hasilnya fantastis, angkatan perang Singapura menjadi kekuatan militer yang tercanggih ..." Lee Kuan Yew, From Third World to First.

"Yang bisa membantu Singapura hanyalah Israel. Sebuah negara kecil yang dikepung oleh negara-negara Muslim..." Menteri Pertahanan Singapura, 1965.

3 comments:

Anonymous said...

YB Dato'

Dia orang ni suka tidur dari membaca. Apa lagi kalaulah buku yang nak dibaca itu kena batang hidung depa.

Anonymous said...

Saya rasa ia memang sebuah buku yang hebat, pemimpin melayu kita tidur sehingga tak dapat membaca 'the grand plan' yang sedang di rancang oleh jiran Temasik. Selepas membaca 6 siri pendedahan 'The Toyol Code', saya dapat rasa sesuatu sedang dirancang oleh pakatan asing untuk menawan negara Malaysia melalui jalan diplomasi yang halus.

Secara tradisi, politik Malaysia yang dikuasai oleh 2/3 ahli BN yang ditunjangi oleh UMNO. Segala dasar dan polisi negara dikuasai oleh 2/3 BN dalam parlimen. BN membuat keputusan secara total. Dimana hak rakyat ? Rakyat tiada suara di dalam perlimen. Pemilihan yang mereka catur melalui pilihanraya ditipu oleh propanganda media masa BN yang sudah berkuasa lebih dari 50 tahun. Rakyat hanya nampak BN... surat khabar, TV, radio menerangkan.. hanya BN yang mampu mengubah hala tuju rakyat.

BN ditunjangi oleh UMNO. Perancangan warga asing adalah untuk mengusai UMNO amat halus dan terperinci. Lim Kuan Yew sebelum ini mengeluarkan kata-kata, "org cina di Malaysia dan Indonesia dipinggirkan". Jika di teliti, apakah isyarat Lee Kuan Yew ini. Dia sudah menyedari akan kebimbangan untuk Singapura untuk tinggal berjiran dengan Malaysia dan Indonesia. Apa langkah seterusnya kerajaan Temasik ini.

Selain menguatkan ketenteraannya. Singapura perlu mengusai ekonomi dan politik negara serantau. Ia adalah suatu 'grand plan' yang dipernah disangkakan oleh mana mana negara di dunia ini. Pertama mengusai ekonomi negara serantau. Pengusaan syarikat Temasek pada kepentingan syarikat besar di Thailand, Malaysia dan Indonesia amat ketara. Thailand mengambil langkah yang amat drastik melalui rampasan kuasa tentera bagi pengstrukturan semula hak ekuiti ekononmi negara. Singapura tdk berani bersuara secara melatah tetapi mengambil langkah yang lebih proaktif.

Aktiviti ketenteraan adalah pilihan terakhir. Memperkuatkan ketenteraan adalah objektif utama. Langkah yang terbaik untuk berdepan dengan Thailand dan Indonesia adalah menguasai Malaysia. Tetapi bagaimana ? Pertama, penguasaan temasek pada syarikat Malaysia antara langkah berjaya. Najib TPM bersuara agar syarikat Singapura meng'consider' pengusaan syarikat Malaysia di Singapura, tetapi nasi sudah menjadi bubur.

Yang terbaru ialah, cobaan untuk mengusai politik Malaysia seperti yang di dedahkan di dalam "The Toyol Code" oleh dato' Ruhanie Ahmad.

Ia adalah percaturan terbaik SIngapura. Mengusai UMNO adalah langkah terbaik mengusai parlimen Malaysia. Semua decision tdk dibincangkan di parlimen kerana pengusaan 2/3 BN. Semua keputusan untuk dasar dan polisi negara banyak dibincangkan dan diluluskan pada peringkat kabinet. Siapa bakal menteri kabinet Malaysia ? Menggerunkan kalau 'The Toyol Code' adalah suatu kenyataan.

Pelbagai urusan strategik mengenai hubungan dua-hala boleh dibincang oleh Temasek dan Menteri Kabinet Malaysia. Ini sangat merbahaya pada kedaulatan negara. Saya cukup gerun membaca perancangan 'The Toyol Code'. Ia seolah-olah menggadai kedaulatan dan maruah negara. Saya melihat, Singapura mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menguasai rantau Asia Tenggara. Seandainya Malaysia berjaya dikuasai, Thailand dan Indonesia akan menjadi sasaran berikutnya.

Sejarah telah membuktikan, pembelotan pembesar negara sudah terjadi sejak sebelum kedatang Portugis lagi. Sekali lagi, bumi asia tenggara akan bermandi darah seperti yang terjadi pada sekitar tahun 1500-1700. Menguasai Malaysia amat mudah, selepas beberapa siri perjanjian, Malaysia akan tergadai satu persatu. Ia suatu perkara yang menakutkan.

Mengapa Malaysia ? Pertama isu air, Singapura memerlukan sokongan kerajaan Malaysia utk terus membekalkan air kepada republik itu. Kedua tanah... Singapura mempunyai keluasan tanah yang terhad, dan tanah besar yang hampir dengannya ialah Malaysia. Ketiga Strategi peperangan. Peperangan darat hanya boleh berlaku di antara SIngapura dan Malaysia sahaja. Ia adalah ketegori peperangan yang mudah menerima impak yang dasyat berbanding serangan laut dan udara. Mengusai Malaysia bermakna, mengusai ketenteraan darat bagi menghadai Thailand dan juga ketenteraan laut dari Indonesia.

Malaysia perlu dikuasai jika mahu memimpin Asia Tenggara. Itu adalah cita-cita Lee Kuan Yew sejak dia keluar dari Malaysia. Tidak mustahil Singapura akan bersatu dengan Malaysia semula tetapi pusat pentadbiran bukan lagi Putrajaya, tetapi The Lion City of Singapore...

Anonymous said...

mahathir mmg diktator , tp dia mcm saddam . kita ingat org islam yg zalim tu teruk sangat , tp rupanya kalau ditadbir oleh org bukan islam , jadi 100 kali ganda lebih teruk ! tengok apa jadi kat Iraq di bawah US dan kerajaan boneka US .

Kurang2 mahathir ni ultra , ego kuat sampai tak nak ikut telunjuk amerika dan yahudi .