Laporan wartawan Utusan, Sopha Sulaiman dari Jakarta mengenai komen Muhyidin, memberikan kita beberapa gambaran tambahan dalam isu Utusan kawin NST;
1. ‘‘Saya ingin merujuk kepada keputusan MT yang mahu mendapatkan maklum balas daripada pemimpin UMNO kerana mereka tentu hendak melihat Utusan terus menjadi penyambung lidah Melayu,” katanya.
Tambahnya, pemimpin UMNO tidak mahu sejarah dan reputasi Utusan dalam memperjuangkan kepentingan orang Melayu hilang dan tenggelam.
“Aspek itu telah disuarakan dengan kuat oleh mereka,” kata Muhyiddin.
2. ‘‘Kita serah kepada pemimpin untuk menimbang perkara itu bagi mendapatkan pelbagai maklum balas daripada ahli parti selain soal utama yang disuarakan oleh pengurusan ialah aspek ekonomi,’’ katanya.
Setakat ini, kata Muhyiddin, belum ada keputusan muktamad dibuat tentang penggabungan tetapi UMNO menyerahkan kepada presiden dan timbalannya untuk mencari pendekatan terbaik.
3. Ditanya sama ada penggabungan itu mendapat tentangan daripada ahli UMNO, Muhyiddin menjelaskan ia bukan satu protes tetapi mungkin mereka mahu mencadangkan pendekatan lain.
Katanya, UMNO tidak mahu Utusan terpinggir atau terhimpit kerana tidak memiliki kekuatan ekonomi untuk mempertahankan kredibilitinya.
Maklumbalas ahli parti? Macam mana tu?
Diserah kepada Presiden dan Timbalan?
Tak mahu Utusan terpinggir? Cadangan asal akan meminggirkan Utusan? Sekali lagi, siapa yang memberikan cadangan asal itu? Mengapa Presiden boleh memberikan persetujuan terhadap cadangan asal itu?
Jika Presiden boleh menyetujui cadangan asal yang akan meminggirkan kedudukan Utusan sebelum ini, apa jaminan Presiden yang sama dapat mengambil keputusan saksama dalam isu ini selepas ini? Jika MT Umno tidak membantah, sudah tentu cadangan asal yang buruk itu sudah jadi kenyataan.
Umno perlu menyemak kehilangan keupayaan pemimpin mereka membuat pertimbangan yang baik ini.
Kehilangan atau ketidakupayaan membuat pertimbangan inilah yang menimbulkan persoalan dalam isu pembatalan jambatan bengkok dengan alasan tidak masuk akal dan berkesudahan dengan kerugian melebihi RM 1 billion, penjualan MV Augusta yang merugikan hampir RM 600 juta, pengeluaran ribuan AP kepada dua raja AP yang mengancam Proton, serta lain-lain isu termasuk yang terakhir, meminta Peguam Negara campur tangan dalam isu penentuan agama seseorang dengan membelakangkan proses undang-undang sedia ada.
Sunday, December 10, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Dato,
sepatutnya yang paling marah dengan gabungan Uts-NST ialah ZAM. Beliaulah yang selama ini mengakui bahawa utusan itu umpama darah daging beliau, darah yang mengalir dalam tubuhnya ialah dakwat utusan. dulu Zam yang mengetuai melawan establishment tetapi kini tunduk, kaku dan muyu.
Tahniah, zainudin Maidin atas pupusnya Utusan nanti.
padan muka dengan utusan kerana selalu menfitnah perjuangan menegakkan kebenaran. Setuju???
NUJ yang selama ini perjuangkan press freedom, kenapa membisu. Macam ini lebih baik semua AJK letak jawatanla kalau tidak mempunyai keberanian.
Dato,
Muyidin ini orang Melayu Johor, Melayu Riau. Melayu Riau ini Melayu asli. Jadi serba sedikit semangat Melayu tu kuat. Jadi Muhyidin rasanya tidak setuju utusan yang begitu tebal sinonim dengan Melayu diambil alih. Orang Johor, UMNO dan tidak UMNO bangkang.
Pak Lah dia Melayu campur, Melayu Penang. Darah Melayu dia dah tinggal sedikit. Jadi takpa belakalah.
There is no such thing as Melayu X or melayu Y and that Melayu Proto is more melayu than the rest. It is blantantly obvious to me that Melayu Proto is racist and is exhibiting his/her enthnocentrism. I would have thought that PAS that champion Islam would not tolerate such sentiment. Alas, the true color appears: PAS, like any other political party in the country is not fighting for religion but for power. It is time to call a spade a spade.
Utusan has outlived its purposes. It no longer champions the rakyat but the select few UMNOputras. Utusan contributes to mediocrity of Malay race. Instead of empowering the Malays and shoo them to be more independent, Utusan remains the vehicle in which the ruling elites encourages the Malay to lean and be dependent on their "tongkat". With the demise of Singa-singa UMNO and the birth of syncophantic (pengapu-pengapu Presiden) Utusan lost its soul decades ago. Get real.
Ybhg Dato'
Saya rasa ada udang disebalik batu dlm usaha penggabungan ini. Dato' dah baca grand plan of 'The Toyol Code' oleh Dato' Ruhanie Ahmad di laman blognya kuda kepang.
Theori 'Toyol Code' ada mirip dengan perkembangan pengaruh Singapura di rantau Asia Tenggara seperti yang ditulis oleh Rizki Ridyasmara di dalam "Singapura Basis Israel Asia Tenggara".
Kalimullah ada warga Singapura seperti yang didedahkan oleh Tun Mahathir. Kalimullah mengatur strategi utk mengambil alih kepentingan politik org Melayu. Dia adalah mastermind disebalik peristiwa yang berlaku didalam negara. Yang bersengkongkol bersama adalah Khairy Jamaluddin, mengikut ramalan 'The toyol Code'.
Ikuti kronologi ini.
1. Penguasaan syarikat Temasik pada Pantai Holding
2. Penguasaan Synergy Drive Sdn Bhd pada Guthrie, Golden Hope dan Sime Darby
3. Pembatalan project jambatan bengkok
4. Sysrikat Singapura berminat memegang ekuiti pelaburan sistem LRT di Johor yg bernilai 3 billion
5. Pendedahan Najib Tun Razak, syarikat-syarikat Singapura perlu memberi peluang syarikat malaysia menguasai ekuiti ekonomi di Singapura kerana mereka telah memegang beberapa instituisi penting Malaysia.
6. NST bergabung dengan lidah rasmi org melayu Utusan Malaysia.
Siapa yang untung dari 6 perkara diatas. Cuba baca 'the toyol code' dan kasi akan kebenaran peristiwa ini. Pastinya, dakwaan Dato' Ruhanie Ahmad tentang document 500 muka surat yang mengatur strategi kepentingan politik Malaysia, ada sedikit kebenaran.
visit
http://www.kuda-kepang.blogspot.com/
Ybhg Dato,
Ini adalah persoalan dato' di dalam artikel dato' yang berbunyi, 'Hantaran Kahwin Utusan Dah Berubah'
2. Siapa yang begitu berpengaruh memberikan format cadangan awal yang lebih memihak kepada Nst?
saya rasa jawapannya akan terjawab jika kaji 6 peristiwa yang disebutkan oleh anonymous dan membaca 'The Toyol Code' pada laman blog kuda kepang: artikel bulan october 2006.
saya dah baca 'The Toyol Code' dan teori ini amat menakutkan. Bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi ia juga menakutkan beberapa ahli veteran UMNO dan pak menteri UMNO yg sudah memerintah lebih dari 2 penggal. Sebagai rakyat Malaysia, saya takut memikirkan akan kebenaran teori ini dan apa akan terjadi pada kedaulatan Malaysia sekiranya ianya benar seperti yang dirancangkan
Post a Comment